Wednesday, March 31, 2010

Ala dodo, dodo sidodo !

Tak kira dari parti mana, asalkan isu kemanusiaan dan keselamatan disuara saya akan menyokong. Aziz Kadir walaupun dari Ketereh Kelantan ia peka kepada masaalah keselamatan rakyat dan kalau Aziz Kadir dari UMNO alangkah bahagianya bersuara bagi pihak rakyat Trengganu. Apakah YB Parlimen dari Trengganu tidak tahu untuk bersuara bagi keselamatan rakyat.

Saya, YB Haji Ab Aziz Bin Ab Kadir [Ketereh] akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini membincangkan kejadian bangunan Institiut Oseanografi dan Institiut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang sedang dalam pembinaan runtuh, petang semalam yang mengakibat seorang buruh mati dan empat cedera parah."

Tan Sri Yang Dipertua,

Pada 29 Mac 2010 jam 5.10 petang ketika para pekerja sedang sibuk melakukan kerja-kerja binaan di Universiti Malaysia Terengganu tiba-tiba bangunan Institiut Oseanografi dan Institiut Akuakultur Tropika runtuh. Kejadian ini mengakibatkan seorang buruh mati dan empat lagi cedera parah.

Bangunan ini akan digunakan oleh ribuan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan universiti apabila siap kelak. Kejadian ini menjadi tandatanya samaada keseluruhan pembangunan kampus universiti ini selamat dan tidak mengancam keselamatan dan nyawa penggunanya.

Terlalu banyak kejadian keruntuhan dan kecacatan dalam pembangunan projek-projek di Terengganu yang mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Antaranya, keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, keruntuhan kubah Masjid Kampung Puteh, keruntuhan Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai, keruntuhan Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang, kebocoran Pusat Akuatik Batu Burok, keretakan Pusat latihan Antarabangsa (ITC) yang menjadi fakulti Baru kolej Universiti Institiut Teknikal Tinggi Terengganu (TATIUC), kebocoran siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu dan pelbagai lagi.

Kejadian keruntuhan dan kecacatan ini berlaku bukan secara kebetulan tetapi akibat kecuaian di semua peringkat dari proses tender hingga kelulusan pembangunannya. Kejadian ini mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Projek prasarana ini akan digunakan ramai orang awam dan perlu penyelesaian segera sebelum lebih banyak nyawa akan terkorban.

Terima kasih

YB Haji Ab Azizi Bin Ab Kadir
Ahli Parlimen kawasan Ketereh

Siapakah menteri itu?.

Wahid didakwa terima RM50,000

KUALA LUMPUR 30 Mac - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don menerima RM50,000 setelah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh pada 2008.

Saksi pendakwa ke-29, Datuk Seri Low Chang Hian berkata, wang itu diserahkan ketika berkunjung ke rumah Wahid bersama-sama dengan rakannya 'Mr Sim', iaitu orang yang turut terlibat dalam mendapatkan pekerja asing.

Katanya, pembayaran itu adalah susulan daripada pembayaran pertama yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkafli Maulud sebanyak RM350,000 setelah memperoleh kelulusan visa tersebut.

''Sim menghubungi saya untuk berjumpa di rumah Datuk Wahid. Perbincangan turut berkisar mengenai perkara lain, bukan mengenai pekerja Bangladesh sahaja kerana Sim asalnya mahu mendapatkan nasihat dan panduan daripada Datuk Wahid kerana Sim diberikan kelulusan oleh kementerian untuk menubuhkan pejabat perwakilan di China.

''Selepas itu Sim berikan satu sampul surat kepada saya dan berkata ia mengandungi RM50,000 dan beritahu saya wang dalam sampul surat itu untuk dikongsi antara Datuk Wahid dan saya. Saya tidak buka sampul surat itu, saya hanya serahkan kepada Datuk Wahid,'' katanya.

Chang Hian, 66, memberi keterangan pada perbicaraan kes Wahid, 57, yang didakwa menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripadanya, juga seorang ahli perniagaan pada 19 Ogos tahun lalu sebagai upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang off Jalan Duta, pada 10.15 malam, 10 Julai 2008. Terdahulu Chang Hian memberitahu, beliau berjumpa dengan Wahid ketika bermain golf pada 2006 dan dalam pertemuan itu Zulkafli turut ada bersama. Katanya, Zulkafli pernah beberapa kali menghantar maklumat kepadanya untuk mendapatkan kelulusan visa.

Sepanjang urusan itu, katanya, Zulkafli telah menghantar maklumat sebanyak 16 kali mengenai pekerja dan syarikat pemohon, bermula 24 Jun hingga 28 Julai 2008 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melibatkan 3,773 pekerja. Chang Hian berkata, Sim menetapkan bayaran sebanyak RM280 setiap seorang dan terdapat beberapa pembahagian di kalangan mereka yang terlibat dengan jumlah keseluruhannya RM1,056,440 untuk 3,773 pekerja.

'Bayaran RM280 itu, menurut Sim adalah RM180 adalah untuk diberikan kepada menteri, RM20 untuk rakan Sim yang juga seorang peguam yang menjadi perantara kepada menteri, Sim ambil RM40 untuk diri sendiri, RM20 untuk Wahid dan RM20 bagi belanja saya,'' katanya.

Saksi itu berkata, pada 9 Julai 2008, beliau telah ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Hotel PJ Hilton setelah selesai berurusan dengan Zulkafli. Perbicaraan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin bersambung 10 Mei. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Ahmad Kamal Ariffin Ismail manakala Wahid diwakili peguam Datuk V. Sithambaram. - BERNAMA.
Nota:
Saya keliru dengan berita diatas. Siapakah yang dimaksud dengan menteri itu atau pun ianya bekas menteri?

Tuesday, March 30, 2010

Kenangan mengusik jiwa.

Tahniah kepada Dato' Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan kerana telah dipilih mengepalai penerima anugerahan Kehormatan Negeri Kelantan, Kurniaan Pemangku Raja Kelantan, hari ini dan tahniah juga kerana kekal sebagai Mursyidul Am Pas selama 5 tahun lagi.

Nik Aziz menerima gelaran kebesaran Datuk Bentara Setia, Mohd Aiseri Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) mendapat Datuk Seri Setia Raja, Abdul Halim Hamat, Pengelola Istana Kelantan mendapat Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPSK) bersama dengan Sukri Mohamed seorang peguam.

Manakala Ketua Polis Kelantan, Abdul Rahim Hanafi pula mendapat Ahli Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang.

Kata Aiseri Alias, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Tradisi Pengurnian darjah-darjah kebesaran oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra tiada kena mengena dengan Hari Keputeraan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ke 60.

Tarikh pada 30hb. Mac yang dipilih adalah secara 'kebetulan' sama dengan hari Tuanku Ismail Petra diputerakan, kata Aiseri Alias kepada Utusan Malaysia. Barangkali semasa tarikh itu hendak ditetapkan Aiseri Alias lupa bahawa pada tiap-tiap tahun iaitu 30hb. Mac adalah hari Sambutan dan Penyampaian Pingat-Pingat dan Darjah Kebesaran sempena hari Keputeraan Tuanku Sultan Ismail Petra.

Boleh jadi Rodelio Junjun Taucan tahu jawapannya.

Monday, March 29, 2010

Wan Hashim perlukan 'keadilan'


Dewan Rakyat mula bersidang hari ini setelah berihat hari minggu untuk memberi peluang wakil rakyat pulang kekawasan masing-masing. Negeri Kelantan mempunyai 14 orang wakil Rakyat Parlimen, 2 orang diwakili BN dan 8 orang diwakili PAS serta 3 orang diwakili PKR dan 1 orang bebas yang bergelar 'Adi Jagat' pembela melayu. Semuanya melayu yang berugama Islam dan seorang daripada mereka ada berjawatan Menteri. Dato' Wan Hashim adalah seorang melayu yang perlu pembelaan.

Kebetulan pada minggu lalu, Kelantan dilanda kemelut Istana apabila KDYMM Tuanku Sultan selamat berangkat pulang ke dalan negeri setelah hampir 9bulan mendapat rawatan di sebuah Hospital di Singapura. Kasihatan KDYMM bertamah baik dan lapuran hospital yang berada ditangan YAM Tengku Temenggong Kelantan mengesahkan bahawa KDYMM telah boleh membuat keputusan dan pemikirannya adalah baik.

Akhbar melapurkan bahawa Dato' Wan Hashim bin Wan Daud telah dilantik oleh KDYMM Tuanku sebagai Setiausaha Sulit dan telah menyampaikan titah Tuanku bahawa bermula pada 24hb. Mac jawatan Pemangku Raja yang disandang oleh YTM Tengku Muhammad Faris Petra ditamatkan dan dengan itu KDYMM Tuanku kembali memerintah.

Ekoran daripada itu pihak Polis DiRaja Malaysia telah menangkap Wan Hashim Wan Daud dirumahnya pada jam 8.30 malam dan berita akhbar hari ini menyiarkan bahawa Wan Hashim disambung tahanannya selama 2 hari lagi. Itulah ganjaran yang diterima oleh Dato' Wan Hashim Wan Daud yang selama ini namanya jarang-jarang disebut oleh rakyat kelantan apabila beliau bersara daripada jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) dan Presiden Bolasepak Kelantan (KAFA).

Hari ini rakyat mahu tahu, apakah kesalahan yang dilakukan oleh Dato' Wan Hashim itu sehingga beliau terpaksa tidur beralaskan lengang, apa pentafsiran seksyen 419. kalau sabit kesalahan berapa tahun jel dan denda yang maksima yang akan beliau hadapi.

Rakyat seperti saya apabila bertanya kepada pihak berkuasa tentunya tidak akan dilayan. Datuk Wan Hashim dari ditahan selama 3 hari dilanjutkan lagi selama 2 hari, tentunya kepada rakyat Wan Hashim telah melakukan jenayah yang besar. Persoalan inilah yang menjadi rakyat ingin tahu, jenayah apa yang hendak dituduhkan terhadap Dato' Wan Hashim.

Semuanya akan terjawab sekiranya para wakil-wakil rakyat daripada kelantan yang berada di parlimen hari ini bertanya kepada kerajaan, tentunya Dato' Seri Hishamuddin sebagai menteri Keselamatan Dalam Negeri dan bertanggongjawab dalam urusan polis telah diberi maklum tentang tangkapan itu, lagi pun orang yang ditangkap itu adalah orang kenamaan dan telah berkhidmat kepada KDYMM Tuanku Al-Sultan.

Rakyat kelantan akan menunggu 'suara wakil rakyat mereka' diparlimen, adakah mereka itu akan terus membisu untuk menjaga body supaya tidak dianggap mencampuri urusan polis, sedangkan kes yang ditanggong oleh Dato' Wan Hashim sebenarnya menjadi seribu tandatanya.

Kepada Ryzal72, terima kasih dan jangan salah faham.


Sunday, March 28, 2010

Delima 30hb. Mac.

KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Tuanku Yahya Petra
Sultan Kelantan sekarang.

Saya sedih kerana kemelut Istana Kelantan belum berkesudahan, sebagai rakyat negeri Kelantan sudah letih saya untuk menjawab pertanyaan dari kenalan yang berada diibu kota, bahkan juga kenalan dari negeri lain yang bertanya kabar melalui telepon.

Sedih kerana perasaan sayang dan taat kepada KDYMM Tuanku serta Raja Perempuan dan anaknda-anaknda telah dilanda musibah, sedih kerana dalam kepala saya tidak pernah terlintas bahawa akan berlaku krisis didalam Istana yang semua rakyat menghormati dan menjunjung kasih taat setia kepada insitiusi D' Raja Kelantan berlaku krisis perlembagaan.

Kekacakan dan humble anaknda-anaknda Tuanku berdua membuat rakyat rasa sayang dan menghormati serta menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi. Kini kebanyakan rakyat merasa sedih kerana tidak menyangka 'kemelut bagini menimpa keluarga Tuanku' yang tempat menjadi payung keamanan rakyat diseluruh negeri Kelantan.

Keseluruhan rakyat, tidak ada sesiapa pun akan rasa bersukacita sekiranya 'kemelut itu terus berpanjangan', rakyat mahu kedamaian dan keamanan yang sentiasa murni didalam pagar Istana Kelantan akan kekal seperti dulu-dulu. Ada bunga-bunga yang wangi, ada siulan burung yang kicauan dipagi hari dan disenja hari, ada barbeque untuk bersantai. Semuanya harmoni.

Kegeringan KDYMM Tuanku tidak sepatutnya Istana mahkota menjadi sunyi, bahkan patut lebih meriah daripada masa dulu, kaum kerabat dan rakyat terdekat hendaklah datang untuk berdoa semuga kesihatan Tuanku cepat semboh dan segara dapat memerintah negeri seperti dahulu kala. Titah Tuanku hendaklah disambut dengan segera. Para pembesar negeri sepatutnya membuat giliran untuk menzairahi Tuanku sepanjang masa. Kesihatan Tuanku hendaklah dihebahkan untuk pengatahuan rakyat jelata yang sentiasa ingin ikut perkembangan.

Yang peliknya, orang-orang besar dan para pemimpin kerajaan sama ada yang kerap menzairahi ataupun jarang mezairahi diam tidak berkata apa-apa, apakah Tuanku masih gering yang tidak mampu untuk berintraksi atau Tuanku sudah mampu bercakap, mendengar dan melihat hatta boleh menitah sesautu yang Tuanku mahu.

Kemunculan berita sehari dua ini dengan berbagai-bagai tajuk melalui media agak tidak menyenangkan. Bagaimana boleh ada Dua Orang Pemangku Raja dalam satu masa, seorang dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan melalui pengistiharan yang dibuat oleh Wan Hashim Wan Daud selaku Setuasaha Sulit KDYMM dan ditandatangi oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri dan satu lagi yang diumumkan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri.

Ekoran daripada itu Wan Hashim Wan Daud telah ditangkap oleh polis dan ditahan selama 3 hari untuk meneruskan siasatan, Wan Hashim yang telah bersara dari jawatan kerajaan dan diberi tugas oleh KDYMM Tuanku bagi menitah kehendak Tuanku dipaksa meninggalkan anak isteri dan ditempatkan dilokap tak ubah sebagai seorang banduan. Wan Hashim dalam usia yang sudah melibihi 60tahun sepatutnya selalu didampingi oleh isteri yang tersayang. Persoalannya apakah patut Wan Hasim terpaksa tidur beralaskan lengang dalam usia yang sebegitu hanya kerana menjunjung titah perintah KDYMM Tuanku?.

Watak kurang Ajar, Siapa kah dia itu.

Apabila anda diminta supaya datang menghadap Tuanku Sultan, itu merupakan permintaan yang sepatutnya tidak perlu ditolak kerana sejak Tuanku berangkat pulang kedalam negeri anda belum lagi berpeluang melihat Tuanku dari dekat dan bertanya kabar.

Tentunya sebagai orang Islam anda sepatutnya merasa amat gembira kerana peluang sebegitu tidak diberi kepada semua orang, apatah lagi sebelum Tuanku ke luar negara untuk urusan perubatan anda adalah diantara orang harapan kepada Tuanku.

Anda juga telah mendengar berbagai-bagai cerita berkenaan kesihatan Tuanku, ada cerita mengatakan Tuanku masih gering, masih tidak mampu bercakap, masih tidak boleh melihat dan sebagainya dan ada cerita mengatakan Tuanku sudah boleh bertitah, fikirannya pulih seperti sediakala, sudah boleh mendengar dan melihat dengan terang dan ada pengesahan doktor pakar yang mengatakan Tuanku sudah boleh membuat keputusan.

Kenapa peluang ini tidak disambut oleh anda dengan hati yang senang dan terbuka, kenapa anda terlalu ego dan lupa daratan, Anda telah menolak titih Tuanku yang mahu anda datang menghadap pada malam ini, anda beri syarat kepada Tuanku yang mana anda akan datang menghadap apabila anda boleh membawa 12orang bersama anda. Apa perlunya untuk anda membawa orang seramai itu untuk mengiringi anda untuk menghadap Tuanku. Apakah anda rasa keselamatan diri anda tidak terjamin untuk anda memasuki Istana Mahkota. Apakah anda merasa Tuanku akan bertindak zalim kepada anda kerana sebelum pada ini anda tidak pernah menghadap Tuanku semasa Tuanku berada di Hospital di Singapura. Tuanku adalah Sultan yang tidak zalim dan kejam.

kalau itulah anggapan anda terhadap Tuanku, itu bermakna otak anda sudah rosak, kebaikan yang Tuanku berikan kepada anda untuk bertanya kabar dengan anda yang dianggap serba tahu dalam pentadbiran anda pula memberi syarat kepada Tuanku. Saya rakyat kelantan amat malu kerana ada manusia yang begitu ego dan sombong terhadap Tuanku. Manusia jenis apakah anda ini, tidak ada budi pekerti dalam diri. Ingatlah wahai anaknda-anaknda kepada Tuanku,orang seperti ini tidak harus diberi muka, kalau hari ini orang ini sanggup menyembah derhaka kepada Tuanku tidak mustahil satu hari nanti orang ini juga akan menderhaka kepada anaknda-anaknda Tuanku.

Sudahlah titah Tuanku tidak dilaksanakan, dijemput menghadap pun diberi syarat seolah-oleh Tuanku mesti mematuhi kehendaknya. Apa yang patut kita namakan orang yang seperti ini?.

Friday, March 26, 2010

renungan petang jumaat

Nyanyian orang-orang tuan dizaman dulu.

jangan anakku derhaka

pada ibu mu yang tua

mati lah masuk neraka

hukuman tuhan yang maha kuasa.

Kemelut Istana Kelantan

Dewan Undangan Negeri Tak Payah Bersidang

'cadangan wakil rakyat yang bodoh'

Apabila 'Kemelut Istana Kelantan' bermula, banyak berpendapat supaya Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan sama ada Pemangku Raja masih lagi berkuasa ataupun tidak, kerana Perlantikan Pemangku Raja dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri setelah KDYMM Tuanku berangkat ke Singapura kerana lanjutan rawatan.

Balaci-balaci tidak mahu melaksanakan titah KDYMM Tuanku supaya perkhidmatan Pemangku Raja ditamatkan setelah KDYMM telah kembali dan berada dalam negeri, alasannya Tuanku masih belum boleh menjalankan tugas kerana kesihatan Tuanku tidak pulih sepenohnya dalam erti kata Tuanku tidak pulih seperti sedia kala.

Walapun KDYMM telah boleh bercakap, mendengar dan melihat serta boleh membuat keputusan sendiri mengikut apa yang disahkan oleh doktor pakar yang merawat KDYMM Tuanku di Hospital Singapura secara berterusan, tapi masih ada pihak yang mempertikaikan. Kerajaan negeri pula menafikan hak Tuanku untuk mendapat seorang Setiausaha Sulit sebagai pengantaraan bagi menyampikan titah Tuanku kepada Kerajaan dan rakyat.

Lantas KDYMM Tuanku telah melantik Setiausaha Sulit peribadi Tuanku iaitu Wan Hashim Wan Daud untuk menyampaikan titih kepada Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh seorang Tok Guru. Malangnya Tok Guru tidak iktiraf orang yang bernama Wan Hashim sebagai Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku, Tok Guru memberi punggong terhadap titah Tuanku.

Kemuncak kepada kemelut itu, KDYMM Tuanku memanggil Pengerusi Majlis Perajaan Negeri untuk menghadap pada 24hb. Mac jam 4.00 petang di Istana Mahkota bersama Setiauasah Tuanku dan beberapa orang lagi, orang kepercayaan Tuanku yang mana Tuankutelah menitah supaya YTM Tengku Muhammad Faris Petra digugurkan sebagai Pemangku Raja dan digantikan dengan YM Tengku Abdul Aziz bin Tengku Hamzah berkuat kuasa serta merta.

Pada semalam Wan Hashim atas sifatnya sebagai Setiauasah Sulit Sultan Kelantan telah membuat kenyataan akhbar bahawa diatas titah perintah KDYMM Sultan Ismail Petra telah melantik YM Tengku Abdul Aziz bin Tengku Hamzah sebagai Pemangku Raja yang berkuat kuasa serta merta dan mengikut fahaman YM Tengku Abdul Aziz bahawa pengistiharan itu tidak perlu dibawa kedalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri kerana KDYMM Tunaku telah boleh bertitah dengan sendirinya.

Sekali lagi balaci-balaci mempertikaikan kesahihan pengumuman itu, ada yang mengatakan keguguran jawatan Pemangku Raja akan terlaksana setelah 2/3 ahli Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan, itu adalah pentafsiran perlemabgaan yang difahami oleh mereka. Tengku Abdul Aziz bin Tengku Hamzah ada Pengerusi Majlis Perajaan Negeri dan Asrei adalah Setiausaha, mereka perlu duduk dan berbincang dan bagi menghormati kepada Pengerusi, Setiausaha hendaklah berusaha dengan setianya datang berjumpa dengan pengerusi sesuai dengan jawatan sebagai orang yang Setia dan Usaha.

Menafikan hak Pengerusi secara terbuka melalui media dalam kapasti jawatan yang dipegan bukan kerana dipilih tapi kerana pos jawatan dalam kerajaan itu dinamakan kerja 'tolol'. Hari ini Setiauasah Majlis Perajaan Negeri sepatutnya bersama-sama Pengerusi duduk bersama bagi mencari resolusi bagaimana untuk menyelesaikan krisis anak beranak supaya tidak berlarutan.

Kita semua rakyat sayang kepada keluarga D' raja kita, Kita amat sayang kepada KDYMM Tuanku Al-Sultan, Kita amat sayang kepada DYMM Raja Perempuan Kelantan, Kita amat sayang kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan, Kita amat sayang kepada YM Tengku bendahara Kelantan, Kita amat sayang kepada YM Tengku Temenggong Kelantan dan Kita amat mengasihani kapada YM Tengku Aishah Amalin puteri bongsu.

Tapi kenapa ada dikalangan balaci-balaci pada dulunya sayang kepada semua tapi kini telah berbelah bagi. Mesti dan tentunya ada agenda peribadi yang balaci-balaci itu sakit hati.

Apabila kita bercakap dan menulis, kembalilah kepada perlembagaan dan biarlah Majlis Perajaan membuat keputusan, saya berharap kepada semua selepas Majlis Perajaan Negeri bersidang dan membuat keputusan hari ini, semua rakyat hendaklah akur dan patuh, jangan nanti masih ada bunyi-bunyi sumbang yang tidak suka mlihat keluarga D'raja kelantan kembali aman. Siapa pemangku raja yang itulah hendak diakui dan Sultan akan tetap SULTAN ISMAIL PETRA, jangan ada tangan-tangan ghaib yang cuba hendak merampas kuasa bersandarkan demokerasi melalui Dewan Undangan Negeri.

Maaf, Polis.

Setiausaha Sulit kepada KDYMM Tuanku Sultan Ismail ditangkap polis semalam. Wan Hashim Wan Daud ditangkap dirumahnya mengikut sec. 419 kanun kseseksaan kerana menipu dan penyamaran ekoran lapuran polis dibuat oleh Halim Hamat, Pengelola Istana Kelantan.

Inilah yang terjadi apabila ada pihak sudah tidak menghormati titah Sultan, sebenarnya pihak polis tidak perlu menangkap Wan Hashim Wan Hamat sekiranya budi bicara dipakai dalam menangangi isu tersebut. Wan Hashim membuat pengumuman didalam kawasan Istana Mahkota dimana Tuanku Sultan berada disitu.

Pada logiknya tak mungkin Wan Hashim begitu berani membuat kenyataan mengunakan nama Tuanku Sultan sekiranya beliau tidak dititah dan mengeluarkan kenyataan akhbar dengan mengunakan kepala surat lambang Sultan. Wan Hashim masih waras semasa membaca kenyataan akhbar tersebut.

Penangkapan beliau itu sikit sebanyak menjejaskan imej polis yang rakus mengunakan kuasa tanpa tanpa mengambil kira siapa yang mengarahkan Wan Hashim berbuat demikian. Kerja polis amat mudah untuk menyelesaikan kemelut 'pengistiharan isu Pemangku Raja itu' sekiranya pihak polis mengambil inisiatif berhemat.

Apa salahnya Ketua Polis Kelantan ataupun Ketua Polis Negara datang menghadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan bertanya sendiri adakah benar Tuanku telah melantik Wan Hashim Wan Daud sebagai Setiausaha Sulit kepada KDYMM Tuanku. Sekiranya Tuanku menafikan barulah tangkapan dibuat. Dengan menangkap Wan Hashim untuk disoal siasat tidak menyelesaikan masaalah sekiranya KDYMM betul telah melantik beliau sebagai Setiauasah Sulit Tuanku. Dan tentu kerja Setiausaha Sulit adalah menyampaikan titih yang diarah oleh Tuanku.

Nampaknya polis telah begitu cekap bagi mengambil tindakan dalam kemelut istana Kelantan ini. Undang-undang kita semangkin hari semangkin keras, tak kira siapa yang dianggap melakukan kerja yang boleh mengacam keselamatan negera mereka itu akan ditangkap, tahniah kepada pasukan polis. Tapi yang muskhilnya apabila Setiauasah Sulit kepada KDYMM Tuanku ditangkap kerana menyampaikan titah Tuanku itulah memeningkan kepala saya.

Kesihan kepada KDYMM Tuanku, dahlah Setiauasah Sulit yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri telah ditarik, kini Setiausaha Sulit yang Tuanku bayar gaji sendiri pula ditangkap. Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak hendaklah campurtangan dalam urusan ini dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein sebagai menteri yang beranggongjawab dalam Keselamatan Negara hendaklah bertindak supaya pihak polis tidak mengunakan kuasa yang diberi dilaksanakan dengan membabi buta.

Tangkap Setiausaha Sulit Tuanku yang sedang menjalankan titah yang halal dari segi undang-undang bererti tidak MENGHORMATI TITAH KDYMM Tuanku Sultan. Apabila Tuanku masih belum pulih sepenohnya, inikan bentuk layanan diberi oleh Pasukan Polis D'raja Malaysia. Tapi sekiranya polis menangkap Wan Hashim kerana kesalahan dadah ataupun jenayah yang lain saya TABIK diatas kecekepan polis kita.

Thursday, March 25, 2010

Selepas esok, "KHOJA HASAN" lari kemana.

Sama ada Perlucutan jawatan Pemangku Raja Kelantan sah ataupun tidak itu semua terpulang kepada adat istiadat dan perlembagaan negeri Kelantan. Kekecohan anak beranak itu akhirnya akan selesai sekiranya semua pihak bertenang dan watak-watak Khoja Hasan, Maduliar dan Kitol tidak mengapi-apikan pihak terlibat.

Tidak perlu ada suruhanjaya, tidak perlu ada kumpulan perubatan dan juga tidak perlu ada tukang tafsir perlembagaan ikut pendapat sendiri dan tidak perlu ada penguatkuasa upahan yang menikmati kawasan balak, cukup dengan Majlis Perajaan Negeri yang dulunya membuat perlantikan Yang Teramat Mulia Tengku Mohd Faris Petra sebagai pemangku raja, bagi menentukan siapakah Pemangku Raja yang sah disisi perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri kelantan.

Dan apabila KDYMM Tuanku menitah melantik YM Tengku Abdul Aziz bin Tengku Hamzah iaitu datuk kepada YTM Tengku Mohd Faris sebagai Pemangku Raja adalah dengan sendirinya YTM Tengku Mohd Faris gugur daripada menjawat jawatan sebagai Pemangku Raja. Ertinya jawatan Pemangku Raja tidak kemana hanya disalin diantara anak beranak baginda, dari cucu kepada datuk saudara.

Kepada kita rakyat biasa tentunya amat gembira sekiranya kemelut Istana Kelantan akan berakhir, tak kira siapa yang jadi Pemangku asalkan Sultan Ismail Petra tetap menjadi Sultan selagi nyawa dikandung badan. Orang-orang yang perangai seperti Khoja Hasan, Maduliar dan Kitol saja yang akan resah dan gundah gunala, kerana cerita dongeng mereka itu sudah pecah dan rahsia hatinya akan terbongkar.

Dan apabila majlis Istiadat Penganugerah Darjah dan Pingat dibatalkan maka lari kelubang cacinglah puak-puak Khoja Hasan yang telah berjanji untuk memberi gelaran kepada kaum kerabatnya yang telahpun sedikit sebanyak telah menabur budi kepada mereka.

Wang habis title tak jadi. RUGI.

"KHOJA HASAN" punca Istana bergolak.

Semuanya akan makan diri, rakyat mempunyai minda yang tajam untuk memutuskan yang mana boleh dipakai atau pun hanya cerita bagi menyedap pihak-pihak tertentu. Tuhan Maha Adil, kenyataan yang ingin menegakkan manang basah akan terurai sedikit masa lagi, sekiranya tidak hari ini akan ada harinya nanti, kebenaran akan menjelma.

Dua perkara yang menjadi tajuk utama perbincangan orangramai yang nanti akhirnya memakan diri kepada pihak yang mempercayai 'cerita ciptaan pihak-pihak yang sudah hilang prinsip hidup' yang mana berusaha menjadikan isu untuk mencari makan.

1. Kemunculan ahli Perlimen yang semasa pilihanraya bertanding atas tiket lambang parti dan hari ini mengistiharkan diri sebagai calun bebas dan mendedahkan secara terancang keburukan, stertagi dan percakapan politik oleh bekas pemimpinnya adalah manusia yang tidak berprinsip. Saya setuju dengan kenyataan YB.Ghafur, Ahli Parlimen Keinabatangan yang mengatakan sekiranya UMNO menerima mereka itu kedalam UMNO tidak mustahil satu hari nanti apabila mereka kecewa mereka juga akan bercakap memburuk-burukkan pemimpin UMNO. Mereka yang keluar parti itu tidak seperti Ibrahim Ali dimana beliau tidak memceritakan hal peribadi Tok Guru Niki Aziz. Ibrahim tidak pernah masuk PAS tapi bertanding atas lambang PAS.

2. Kenyataan akhbar beberapa kali yang dibuat oleh Halim Hamat yang yang mengelarkan dirinya masih Sebagai Pengelola Istana Kelantan (walaupun bermula 18hb. Mac, KDYMM Tuanku telah melantik Tengku Shahabuddin sebagai Pengelola Istana, kalau tak silap saya) mengatakan bahawa Pemangku Raja masih berkuasa dan akan terus berkuasa bagi mejalankan tugas KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra selagi Tuankku gering. Sebenarnya tidak ada sesiapa pun rakyat yang mempertikaikan 'KUASA PEMANGKU RAJA' bahkan rakyat merapat sembah kepada Pemangku Raja sebagai Ketua kepada rakyat jelata, bukan hanya sekarang tapi dari semenjak YTM menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Dalam kenyataan Halim Hamat semalam, Pemangku Raja bertitah selagi tidak ada pengemumun dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri selagi itulah Pemangku Raja berkuasa untuk mentadbirkan dalam negeri dan Pemangku Raja tentunya akan melepaskan kuasa setelah Majlis Perajaan Negeri mengugurkankan YTM sebagai Pemangku Raja dan KDYMM akan mula menjalankan tugas memerintah.

Diharap semua pihak hendaklah akur kepada PENGEMUMUMAN yang akan dibuat oleh Pengerusi Masjlis Perajaan Negeri nanti. Tok Guru Nik Aziz secara jujurnya hendaklah mengistihar kepada rakyat isi kandungan surat yang diterimanya yang dijelaskan oleh Majlis Perajaan Negeri. Berkata benarlah, sudah cukup masa untuk Tok Guru membisu, tak usaha berlapik dengan alasan yang membosankan, bertindaklah sebagai morang tua yang berperanan mendamaikan pihak-pihak yang suka bersengketa. Pihak berkuasa dan POLIS mesti menjadi orang tengah yang tidak berpihak.

Apabila Istana Kelantan kembali aman, Pentadbiran Negeri juga hendaklah disusun supaya aman, Pegawai yang menjalankan tugas tanpa mengunakan akal dan fikiran hendaklah diberi kursus dan motivasi yang aggrasif, jika perlu beberapa EXCO juga patut ditukar kerana jangan biarkan ada gunting dalam liptan. Tok Guru juga.

Wednesday, March 24, 2010

Tunggu Pengumuman Majlis Perajaan Negeri.



KOTA BAHARU, 24 Mac (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Ismail Yahya Petra masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan, demikian menurut anakanda baginda yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, Baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang DiPertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.

"Kita telah menitahkan panel doktor-doktor pakar yang telah dilantik untuk membuat pemeriksaan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan mengangkat maklum kepada kita dalam tempoh secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan," titah Tengku Muhammad Faris Petra.Baginda juga bahawa bertitah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Jan lepas, isu mengenai kesultanan Kelantan hendaklah diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri dan bukannya oleh mana-mana individu di luar majlis berkenaan.

"Sehingga Majlis Perajaan Negeri bersidang dan membuat keputusan mengenai perkara tersebut, kita selaku Pemangku Raja Kelantan tetap kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan dan akan terus menjalankan fungsi-fungsi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan mengikut perlembagaan negeri," titah baginda.-- BERNAMA


Ulasan:

Alhamdulillah nampaknya kemelut 'Istana Kelantan' sudah hendak sampai kepenghujungnya, istilah nama KITOL, MUDALIAR dan KHOJA HASAN akan lenyap disambar garuda sedikit masa lagi, tidak akan ada perjumpaan sulit dengan wartawan, akan hilang taring untuk menderhaka kepada Sultan. Sirah Kesultanan Kelantan akan pulih sebagaimana pulihnya KDYMM Tuanku Sultan dari kegeringan. Esok adalah hari gembira buat rakyat Kelantan yang inginkan kedamaian dan keharmonian. Majlis Perajaan Negeri tentunya akan bersuara. Dan diharap kepatuhan akan menjadi prinsip amat mulia disisi Ugama.

Syaitan di Malaysia sedang berpesta.

"sekiranya dia tidak dibunuh, dia juga layak jadi pemimpin negara"


Berita sedih dan menyayat hati kini hari-hari didedahkan oleh media. Perbuatan membunuh bayi sama ada yang baru dilahir ataupun sudah berusia kecil sekarang ini menjadi-jadi, sifat kebinatanagan manusia itu semacam sudah tidak dapat dibendong. Pembunuhan berlaku tiap-tiap hari didunia ini tidak terkecuali di Malaysia.

Ada anak kandung yang sah dibunuh, ada anak kandung zina dibunuh, ada adik bunuh saudara, ada anak bunuh ibu, ada isteri bunuh suami ada kawan bunuh kawan, ada kekasih bunuh kekasih, tapi yang paling pedihnya apabila seorang ibu membunuh anak kandungnya yang baru dilahirkan, dicampak dalam tong sampah, dibuang dalam tandas, disembunyi dalam semak dan sebagainya.

Sedangkan anak dianugerah oleh Allah itu sepatutnya disyukuri. Ini semua kerana didikan ugama terpesong, nafsu meguasai akal. Malapetaka ini terjadi adalah akibat kerana tidak diserapkan syariat Islam, para alim ulama gagal dalam tarbiah bagi mentaksud umat Islam supaya fanatik terhadap ugama Islam, supaya semua umat Islam berpegang kepada 'buat apa yang Tuhan suruh dan tinggal apa yang Tuhan larang'. Yang sedihnya ada para alim ulama bercanggah pendapat soal-soal politik.

Tubuhlah apa bentuk NGO pun selagi akidah umat tidak diterapkan semasa dialam persekolahan sejak kecail, moral anak-anak kita akan bertambah teruk dengan perkembangan kemodenan yang pesat dimana dunia sekarang sudah tidak ada sempadan. Yang buang anak itu sebenarnya mereka sudah tahu akibat hukuman yang akan diterima sekiranya mereka ditangkap dan didapati bersalah. Tapi tidak ada yang merasa takut untuk melakukannya.

Adalah dicadangkan, pihak kerajaan hendaklah menjatuhkan hukuman mati sekiranya didapati mereka yang membuang anak sama ada anak itu mati atau pun hidup dan proses perbicaraan hendaklah di SEGERAkan tanpa ditangguh perbicaraannya, semuga sedikit sebanyak akan mengurangkan tabiat kebinatangan yang ada dalam diri manusia itu.

Dunia modan tentulah hasutan syaitan pun dipermodenkan. Syaitan di malaysia sekarang ini sedang berpesta gembira kerana hasutannya banyak berjaya, bukan saja hasutan membunuh tapi hasutan keluar parti pun menjadi-jadi. Hasutlah syaitan, itu memangnya janji kamu dengan Tuhan, yang mudah makan hasut sekarang ini sedang berada diparlimen.

Tuesday, March 23, 2010

Kemelut Istana Kelantan, Menanti Tengku Razaleigh bersuara.

Semasa saya berada di Mahkamah Jalan Duta bagi meneruskan sambong bicara pagi ini saya telah terima telepon dari seseorang yang tidak mahu memberitahu namanya dengan bertanya soal kemelut Istana Kelantan. Katanya beliau pening membaca blog hari ini yang ditulis oleh MSO, Sayuti Omar dan Kickdefella, Syed Azidi Aziz yang mengulas 'Kemelut Istana Kelantan".

Katanya, MSO nampaknya berpihak kepada Kerajaan Negeri dan Pemangku Raja manakala Kickdefella berpihak kepada Sultan. Sedangkan isu tersebut katanya teramat mudah untuk diselesaikan kerana orang yang rapat dengan Istana dan telah melihat sendiri fizikal Tuanku Sultan serta menjadi orang nombur 2 dalam Majlis Perajaan Negeri, bersuara. Orang itu adalah YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Kenapa sebagai orang harapan dalam keluarga Raja Perempuan Kelantan itu tidak bersuara, diam dan tak buat apa-apa, sedangkan kemelut Istana semangkin meruncing, YBM Tengku Razaleigh lebih aktif bercakap pasal royalti minyak dan tidak bercakap pasal royal yang perlu kepada realiti.

Katanya lagi, rata-rata rakyat sedang menanti suara keramat daripada YBM Tengku Razaleigh sebagai saudara terdekat dan juga sebagai Timbalan Majlis Perajaan Negeri yang bertanggongjawab melantik Pemangku Raja. Apa pandangan Tengku Razaleigh berhubung dengan Istiadat Pengurniaan Darjah. Apakah patut diteruskan atau pun ditangguhkan kerana isu tersebut menyentuh maruah Istana Kelantan.

Katanya, tidak ada sesiapa pun mempertikaikan kuasa Pemangku Raja, yang rakyat nak tahu, apakah Sultan sudah boleh menjalankan tugas ataupun tidak, Sultan sudah boleh bercakap ataupun belum boleh bercakap, Sultan sudah boleh melihat ke belum dan bolehkah Sultan mendengar. Sekiranya boleh itu bererti lapuran dactor Singapura itu betul.

Dactor yang merawat Tuanku berterusan tahu segala-galanya. Itu bererti Tuanku sudah sihat, sudah boleh bertitah dan tahu perkembangan hal ehwal semasa.

E-MAIL yang saya terima.

suara hati rakyat kelantan

Salam Tuan Haji.

  • Salam Tuan Hj, Sebagai tanda menghormati Tuanku Sultan dan agak bersopan, sememangnya digalakkan sempena Hari Keputeraan Tuanku acara atau majlis sambutan ditangguhkan dan lebih afdal sekadar diadakan majlis doa dan solat hajat untuk kesejahteraan Tuanku Sultan dan rahmat buat seluruh rakyat Kelantan.

Soal majlis penganugerahan darjah dan kebesaran negeri, semolek-moleknya atas budi bicara insan dan pertimbangan akal juga ditangguhkan dahulu sehingga isu Istana Kelantan kembali didaulatkan.

Meskipun surat penganugerahan kepada calon-calon penerima telah dikeluarkan, namun sebagai tanda menghormati Tuanku Sultan dan institusi Diraja Kelantan, sewajarnya majlis penganugerahan darjah dan kebesaran negeri ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak meskipun penganugerahan tersebut adalah bidang kuasa Pemangku Raja.

Jangan nanti rakyat beranggapan menjadi suatu tradisi wajib Hari Keputeraan Sultan hanyalah lebih kepada Hari Penganugerahan Darjah dan Kebesaran Negeri, seharusnya darjah tersebut perlu dikawal penganugerahannya sebagai simbolik kewibawaan dan kemuliaan Institusi Diraja .

* Apakah sekiranya majlis Istiadat pengurniaan Darjah dan Bintang ditangguhkan akan menjejas Hari Keputraan Sultan, saya rasa tidak. Kerana banyak terdapat majlis-majlis yang dirancang terdahulu boleh ditanggohkan. Apa sebabnya Kerajaan Negeri beria-ia benar untuk meneruskan acara Istiadat tersebut, mungkin kah ada pembesar negeri yang akan dianugerahkan Darjah Kebesaran sehingga tak sabar lagi untuk menerimanya.

Atau ada orang keliling yang sudah terjebak dengan perkara sumbang sehingga tidak dapat bersuara untuk memberi nasihat kepada Yang Teramat Mulia, Pemangku Raja supaya menangguhkan dulu istiadat tersebut bagi menghormati 'Keluarga' yang masih lagi bersedih kerana Tuanku Sultan belum sihat sepenohnya.

Apa agaknya motif sehingga Ketua Polis Negara membuat pengumuman bahawa kawasan Balai Besar akan dikawal KETAT pada 30hb. Mac nanti sempena hari pengurniaan Darjah Kebesaran yang akan diteruskan walaupun KDYMM Tuanku tidak perkenan diadakan. Apakah kerana Ketua Polis Negara adalah salah seorang yang akan menerima Darjah Kebesaran pada hari tersebut?.

Monday, March 22, 2010

Kerajaan Kelantan 'bisu' dalam kemelut Istana.

Saya dikampung Kadok selama 4hari, pulang untuk menzairahi sanak saudara dan berkesemapatan berjumpa sahabat-sahabat, begitu juga dapat meninjau perkembangan pembangunan di negeri kesayangan saya 'Kelantan Darul Naim' dibawah payung Kedaulatan Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan.

Saya ke Tok Bali, Bachok untuk bersiar-siar, disana saya sempat meninaju tapak perkampungan untuk para Nelayan dan Komplek Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang jetinya sudah hampir siap. Tok Bali sedang berkembang pesat. 90% projek pembangunan di Tok Bali adalah projek yang dibaiayi oleh Kerajaan Pusat iaitu Kerajaan BN.

Tentunya di Kelantan ini tak sunyi dengan cerita kemelut dalam Istana dan perang media diantara Halim Hamat, pengelola Istana Kelantan dengan Wan Hashim Wan Daud, Setiausaha Sulit KDYMM Sultan Kelantan yang baru dilantik oleh Baginda, tapi tidak diiktifar oleh Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pemerintahan Tok Guru. Apakah seorang Tok Guru itu faham proses perlantikan sebagai seorang setiausaha sulit kepada individu tertentu.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan, Ismail telah mengesahkan kepada saya dalam pertemuan singkat semalam bahawa KDYMM Tuanku boleh melantik sesiapa saja sebagai Setiausaha Tuanku yang tidak melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan asalkan gaji pegawai atau setiausaha tersebut dibayar oleh Tuanku dan tidak melibatkan wang Kerajaan Negeri. Ini bermakna Wan Hashim adalah SAH sebagai Setiausaha Sulit kepada Tuanku.

Begitu juga kecelaruan berhubung dengan Istiadat Pengerniaan Darjah yang telah pun diistihar oleh Halim Hamad, Pengelola Istana Kelantan bahawa Istiadat tersebut akan diteruskan walaupun KDYMM Sultan menitah melalui Setiausaha Sulit bahawa Istiadat itu tidak diadakan. Sultan tidak mahu diadakan Istiadat pengurnian pada 30hb. Mac ini sempena Hari Keputraan Baginda tapi Halim Hamat terus berkeras dengan kenyataannya bahawa Istiadat itu akan terus diadakan. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi, kenapa beria-ia benar Istiadat itu hendak diadakan sedangkan tuan yang ampunya diri tidak mahu diadakan. Kenapa?, Kenapa? apa istimewanya Istiadat itu hendak diadakan sedangkan KDYMM tidak akan hadir pada Istiadat tersebut, tak bolehkan tunggu sehingga tuan ampunya sendiri untuk menyampaikannya.

Setiausaha Sulit Sultan telah menghantar surat memaklumkan kepada semua Ketua-Ketua jabatan negeri dan persekutuan bahawa KDYMM tidak berkenan majlis Istiadat pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran diadakan sempena hari Keputeraan baginda tahun ini. Lihatlah nanti siapa yang patuh atau tidak patuh diatas titah KDYMM Tuanku itu.

Dan adalah akan menjadi pelek apabila Sijil-Sijil Kebesaran nanti tidak ditandatangan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Almarhum Tuanku Yahya Petra, Sultan Negeri Kelantan, Darul Naim.

30hb. Mac, nanti adalah satu hari yang akan tercatit sebagai sejarah dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan dibawah PAS. Setelah KDYMM Tuanku sendiri bertitah kepada Tok Guru Menteri Besar dan Exco. Saya ada dengar tape Tuanku bertitah pada Nik Aziz dan Exco Kelantan.

Saturday, March 20, 2010

Nik Aziz tak iktiraf, kenapa?

Wan Hashim sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan.

Kerajaan PAS dibawah pentadbiran Tok Guru Nik Aziz boleh berperanan supaya kemelut yang melanda pentadbiran Istana Kelantan tidak berlarutan dan menjadi kekalutan dalam kepala rakyat jelata. Sebagai sebuah Kerajaan yang slogannya membangun bersama Islam, Nik Aziz tidak boleh berdiam diri untuk membiarkan 'Ketua Ugama' diperkotak katikkan oleh Pegawai Kerajaan yang gajinya dibayar oleh Kerajaan negeri.

Mandat yang diberi oleh rakyat kepada PAS supaya menubuhkan kerajaan bukan sahaja untuk mengurus wang dan hasil dalam negeri, bukan saja untuk membantu rakyat mendapat projek dan kayu balak, rakyat ingin melihat suasana harmoni akan berkekalan dikelantan, tidak akan berlaku perkara yang boleh merusak imej negeri kelantan. Inilah yang harus dipertahankan oleh Nik Aziz.

Nik Aziz mungkin terkilan apabila ditegur oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan kerana tidak menghadap KDYMM Tuanku Sultan di Singapura ketika dipanggil menghadap, itu adalah perkara logik bagi DYMM Raja Perempuan menegur bagi menyampaikan perasaan KDYMM Tuanku kerana orang harapan Kerajaan Tuanku tidak menyahut titah.

Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra adalah Sultan Kelantan, tentu Nik Aziz tidak melupakannya begitu juga dengan beberapa orang Exco, apa saja pekenan Tuanku Sultan mesti diakur oleh Kerajaan negeri, apa saja titah hendaklah dilaksanakan oleh Kerajaan negeri dan menjadi tanggongjawab Kerajaan Negeri untuk melaksanakan titah Tuanku. Tapi malangnya Nik Aziz diam seribu bahasa. Atas alasan Tuanku tidak sihat sepenuhnya maka para wakil rakya PAS, Exco dan Menteri Besar tidak endah titah Tuanku.

Tuanku tetap menjadi SULTAN KELANTAN selagi tidak mangkat, selagi tidak meninggalkan negeri kelantan dengan sengaja selama 12 bulan, ITULAH YANG DITULIS DALAM PERLEMBAGAAN NEGERI KELANTAN. Sultan tetap Sultan tak kira Tuanku deman ataupun batuk dan Kerajaan Negeri mesti bertindak mempertahankan KEDAULATAN TUANKU, jangan mempermain-mainkan ikut selera.

Sudah sampai masanya Kerajaan Negeri bertegas untuk mempertahankan Kedaulatan Sultan, jangan biarkan ada individu tertentu yang lebih berkuasa daripada Kerajaan Negeri dalam menyampaikan arahan kepada pegawai tadbir kerajaan negeri, sekiranya pantafsiran undang-undang yang menjadi halangan untuk kerajaan negeri bertindak maka kerajaan negeri hendaklah merujuk kepada Peguam Negara, bukan membiarkan jabatan kerajaan diperalatkan oleh individu tertentu menjadi galang ganti penasihat undang-undang kerajaan negeri bagi mentafsirkan undang-undang ikut cita rasa sendiri.

Malu, apabila penasihat undang-undang negeri hanya menjadi pendengar dalam majlis penerangan untuk pegawai-pegawai kerajaan berhubung dengan pentafsiran perlembagaan negeri yang mana orang luar daripada kerajaan bertepuk dada yang dialah sebagai jaguh. Baliklah kepangkal jalan, kerana banyak lagi perkara yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk membangun kelantan, "membangun bersama islam".

Islam untuk semua, tidak hanya kepada PAS dan kerana Menteri Besar bergelar Tok Guru maka rakyat berharap Tok Guru boleh menyampaikan perkara yang benar mengikut Islam dalam pemerintahan, apa itu istilah derhaka dalam Islam, dan apa balasannya kepada orang yang derhaka?.

Kepada saya Tok Guru tak pernah berniat derhaka kepada Sultan. Tapi saya percaya sudah ada orang derhaka kepada Sultan.

Friday, March 19, 2010

HALIM vs WAN HASHIM

Nanar rasa dua hari ini. Kelmarin ada seorang sahabat memberitahu bahawa dia telah menerima surat dari Istana Balai Besar Kelantan menjemput untuk menerima Darjah Kebesaran sempena Hari Keputraan Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan NEGERI KELANTAN DarulNaim. Surat ditandatangan oleh Halim Hj.Hamat.

Hari ini pula didalam akhbar terpapar gambar KDYMM Tuanku Sultan sedang menyampaikan titah supaya membatalkan sambutan hari keputeraan melalui Setiausaha Sulit Tuanku Dato' Wan Hashim Wan Daud.

Jam 4.30 petang, Hari Jummat, Berita dari Istana Balai Besar menyebut bahawa Pengelola Istana telah membuat sidang akhbar bahawa titah Tuanku yang disampaikan oleh Wan Hashim itu tidak boleh dipakai dan acara penyampain Darjah akan diadakan sebagaimana yang telah ditetapkan dan khabarnya satu lapuran polis telah dibuat terhadap Wan Hashim.

Semua peristewa itu menjadi tandatanya, Apakah akan berlaku sekiranya Tuanku tidak membenarkan Istana Balai Besar digunakan untuk upacara Istiadat Penganugerahan itu, Kenapa begitu berani Wan Hashim membuat kenyataan yang mengatakan TITAH Tuanku sekiranya beliau tidak mendapat mandat daripada Tuanku sendiri. Berani benar Wan Hashim mempermainkan nama Istana tanpa dititah. Tak Mungkin Wan Hashim berbuat demikian tanpa dititah, lagi pun jawatan setiausaha sulit itu adalah hak mutlak Tuanku.

Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan perkara 43 (1) menyebut, Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah pangkat segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat-pangkat Kemuliaan, Pingat-Pingat Kebesaran dan Kehormatan.

Satu lagi perkara yang lucu ialah dimana JP melahirakan taat setia kepada Tuanku dan Pemangku, perkara tersebut tak usahlah dibawa kepada media, sembah menghadaplah segera di Istana Mahkota, kerana umum dah mengatahui bahawa Tuanku berada diIstana Mahkota, apa resionalnya membuat persidangan akhbar hanya hendak menyampaikan Kesetian dan Taat kepada KDYMM Tuanku dan Pemangku Raja. Mengampukah? kerana semasa Tuanku di Hospital Singapore muka mereka berdua yang keluar dalam Sinar Harian tak pernah nampak melawat Tuanku.

Tentunya esok, masih ada berita yang mendedahkan ada Udang Di Sebalik Batu dan Siapa Dalangnya.

Wednesday, March 17, 2010

Lapurlah kepada POLIS.

Membaca blog, www.kickdefella.wordpress.com membuat saya gerun, pendedahan terbaru berhubung Usaha Menabalkan Sultan Kelantan Yang Baru Dalam Proses amat-amat mengejukkan. Apakah betul cerita yang ditulis oleh Kickdefella, kerana adalah mengaibkan rakyat Kelantan sekiranya cerita yang ditulis oleh blogger itu sengaja diada-adakan. Itu boleh dikatakan suara yang boleh mencemarkan Institusi D'Raja Kelantan.

Oleh itu saya sebagai rakyat Kelantan menyeru kepada sesiapa saja yang membaca blog saya ini terutamanya rakyat Negeri Kelantan supaya tidak berdiam diri, Ayuh bacalah blog tersebut dan selepas itu terus ke balai POLIS yang berdekatan untuk membuat lapuran polis terhadap tulisan blogger itu. Tulisan itu sangat-sangat menguriskan hati terutamanya semacam ada perkara yang betul akan berlaku.

Mengapa Halim dan Sukri memanggil pemberita dan meminta supaya butir penerangan mereka itu tidak boleh ditulis dalam akhbar, apa sebenarnya motif perjumpaan itu, kenapa harus ada perjumpaan tertutup dengan pemberita sedangkan pemberita adalah sumber penyampaian maklumat kepada rakyat. Apa salahnya penerangan itu diwar-warkan juga kepada seluruh rakyat jelata, supaya rakyat dapat tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku sekarang.

Saya juga ingin mengetahui apakah butir dalam perjumpaan tertutup itu, kerana tentunya ramai orang yang teringin tahu apa disebalik yang ditutup itu, tak nampak jelas pun sekurang-kurangnya boleh intai, biar pun nampak samar-samar sudah rasa puas. Tak usaha tutup kerana yang ditutup itu boleh mencurigakan, dedah saja supaya semuanya dapat tahu, besarkah atau pun kecil disebaliknya.

Dan tentunya sebagai penulis blog yang berpengalaman, tak mungkin kickdefella sengaja mengada-adakan cerita tanpa ada bukti, sekiranya beliau membuat fitnah, hukuman sedang menanti dihadapan. Sama-samalah kita tunggu apakah kesudahannya cerita yang ditulis itu dan untuk mempercepatkannya LAPURAN POLIS hendaklah dibuat SEGERA supaya jawapan yang ditulis oleh blogger tersebut itu BENAR ataupun bohong.

Sedih kerana berlaku sekelip mata.

Tuesday, March 16, 2010

Pasukan polis akan bertukar wajah.

Ramli Yusoff, gembira selepas dibebaskan dari tuduhan SPRM

Datuk Ramli Yusoff yang didakwa oleh SPRM atas tuduhan gagal mengistiharkan dua lot tanah telah dilepas dan dibebabskan kerana pendakwa gagal membuktikan segala kes prima facie. Datuk Ramli adalah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJK) Bukit Aman.

Apa pun, nama Datuk Ramli Yusof telah tercalar kerana dicalarkan, tuduhan yang diterima amat berat dan memalukan. Tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk memadamkan rekod peribadi yang ditanggong oleh Datuk Ramli, keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan beliau tidak dapat mengembalikan jawatannya dalam pasukan Polis D'raja Malaysia. Malu dulu tidak dapat ditebus.

Giliran Datuk Ramli untuk membersih namanya sudah berlalu dan sah beliau tidak dijatuhkan hukuman penjara bahkan beliau dibebaskan dari azab yang dibuat oleh manusia. Kini giliran Datuk Ramli berkhidmat secara sukarela untuk membantu Kerajaan Malaysia bagi membersihkan nama Jabatan Polis dari diragui oleh rakyat. Datuk Ramli mesti teruskan memberi maklumat kepada Kerajaan apa yang beliau tahu berhubung dengan kegiatan jenayah yang berlaku di negara ini yang ada kaitan dengan Pegawai Polis berpangkat tinggi.

Kerajaan melalui Kementerian dalam Negeri (KDN) bolehlah memikir satu cara bagaimana untuk mendapat khidmat sukarela daripada Datuk Ramli bagi membersihkan segala penyalahangunaan kuasa di Jabatan Polis D'Raja Malaysia. Saya yakin Datuk Ramli akan memberi sepenoh kerjasama kepada kerajaan bagi menaikkan lagi imej Polis D'raja Malaysia apabila Musa Hassan sudah tidak berkuasa lagi.

Musa Hassan akan meninggalkan Pasukan Polis D'raja Malaysia selewat-lewatnya bulan September 2010. Kerajaan juga diminta membukakan kertas siasatan terhadap Musa Hassan kerana banyak tuduhan diacukan kepada beliau, biarlah nanti mahkamah juga akan mengistiharkan bahawa Musa Hassan bebas dari semua gejala buruk semasa beliau menerajui Pasukan Polis.

Polis D' Raja selepas persaraan Musa Hassan nanti hendaklah dipandang oleh rakyat sebagai sebuah agensi keselamatan yang boleh dipercayai 100%. Seperti mana sekarang ini rakyat telah percaya bahawa kegiatan jenayah akan terus berkurangan dibawah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sekarang Dato' Bakri Jihin.

Kecekapan Dato' Bakri Jihin menerajui jabatan tersebut boleh menaikkan lagi imej polis, Pegawai sebeginilah yang harus diberi kepercayaan oleh kerajaan, tenaga dan cara kerja profesional yang dilaksanakan oleh Dato' Bakri hendaklah dijadikan teladan dan contoh oleh Pegawai Polis bawahan supaya nama pasukan polis D'raja Malaysia menjadi kebanggaan rakyat malaysia.

Selamat meninggalkan pasukan polis diucapkan kepada Musa Hassan, Selamat berbahagia diucapkan Datuk Ramli Yusoff dan selamat menjalankan tugas yang lebih tinggi diucapkan kepada Dato' Mohd bakri Jihin semuga terus cemerlang dan diiringi dengan doa semuga maju setapak lagi dalam perkhidmatan.



Monday, March 15, 2010

Nik Aziz dan Exco menghadap Tuanku Sultan hari ini?

Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Saya sebenarnya tidak nak melayan apa yang ditulis dalam cbox saya ditepi tu. Tapi nampaknya saya juga harus memberi pandangan yang adil supaya topik yang dibawa oleh prihatin yang dijawab oleh MAMA sehingga menjadi perkara yang samar-samar. Kepada saya mereka berdua itu sebenarnya tidak tahu 'peristewa sebenar' dan hal peribadi Tuanku Sultan diungkit-ungkit tanpa segan silu.

Kebebasan bersuara sebenarnya ada tahap-tahap tertentu, yang boleh kita mengeluar pendapat dan pandangan, seperti kebebasan bersuara untuk memperbetulkan pentadbiran negeri dan negara, itu boleh. Tapi menyentuh soal peribadi, membuat andaian sesuka hati adalah tidak molek, apatah lagi menyentoh Instituasi D'Raja yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihati PRIHATIN dan MAMA serta WAN NASRU supaya beralih kepada topik lain, topik yang boleh memberi kesedaran kepada insan yang terlibat dengan rakyat. Bongkarkan segala penyelewengan sekiranya ada, buat lapuran kepada SPRM sekiranya ada bukti orang rasuah dan sebagainya.

Topik Tuanku Sultan tak usahlah kita campur, biarlah diselesaikan secara anak beranak oleh keluarganya. Lagi pun hari ini (15.3.2010, jam 5 petang) Tok Guru Nik Aziz dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan akan menghadap KDYMM Tuanku Al-Sultan di Istana Mahkota dan tentunya TGNA akan mengeluarkan kenyataan akhbar hasil daripada peluang menghadap KDYMM Tuanku. Bagaimana tahap kesihatan Tuanku, betulkah seperti yang dikatakan oleh beberapa orang pegawai Kerajaan nageri Kelantan yang ada kaitan dengan Istana bahawa KDYMM Tuanku masih lagi gering, tidak dapat melihat, makan ikut wayar diperut dan tidak boleh bercakap.

Tidak mungkin Tok Guru Nik Aziz akan berbohong kepada rakyat apabila beliau melihat dengan matanya sendiri tahap kesihatan KDYMM Tuanku. Sekiranya Tuanku boleh bercakap bererti KDYMM Tuanku boleh bertitah, boleh mendengar bahawa KDYMM Tuanku sentiasa dapat lapuran apa yang berlaku dalam negara dan luar negara dan apabila KDYMM Tuanku boleh melihat bermakna KDYMM Tuanku tahu apa berita yang keluar dalam akhbar dan TV.

Bermaknanya KDYMM Tuanku tidak gering, sudah sihat walaupun tidak segagah sebelum jatuh gering sembilan bulan yang lalu. DAULAT TUANKU.

Politik dah jadi satu tanggongjawab untuk diri saya.


hari ini genap 56tahun, hidup ku.
15hb. Mac 1954 - 15hb. Mac 2010.
Hari Isnin, jam 8.55 pagi.
Tahap kesihatan ku hari ini tidak seperti pada 15hb. Mac 1954 dulu, jam 8.55pagi. dimana pada waktu itu aku dikatakan subur dan aktif tapi dalam keadaan tak tahu apa-apa. Hari ini pada 15hb, Mac 2010, fizikal dan kesihatan ku banyak berubah, sejak pulang dari Mekkah pada 18hb. Disember 2009 tahu lalu tahap kesihatan agak kurang menceriakan hasil daripada lepahan daging paha dan betis.

Jam 8.55 pagi seperti hari ini, hari Isnin bertarikh 15hb. Mac. hanya tahun yang berbedza aku bermula dengan meneroka alam dunia, dari zaman tidak bersekolah kezaman bersekolah pada tahun 1961 dan aktif dalam kegiatan sukan seperti lari jarak dekat 100 dan 200 meter yang selalu dapat no 1 apabila ada sukan disekolah. pemain bolasepak pasukan sekolah dan mewakili MSSK jahajan Kota Bharu II ., pernah mewakili pasukan hoki MSSK Negeri Kelantan dibawah bimbingan jurulatih Mr. Jacob.

Sehinggalah tamat persekolah yang kurang cemerlang kerana banyak waktu dan masa ditumpukan kepada kegaiatan sukan sehingga lupa kepada pentingnya pelajaran. Bergiat cergas dalam NGO melalui Pertubuhan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) dibawah kepimpinan Tan Sri Sanusi Junid Bekas Setiausaha Agong UMNO Malaysia, ABIM dibawah kepimpinan Dato' Seri Anuar Ibrahim Bekas Timbalan Presiden UMNO Malaysia, Persatuan Penulis-Penulis Kelantan (PPK) dibawah teraju Tan Sri Husein Ahmad Bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Pernah dipilih sebagai pelakun drama terbaik dikalangan peserta kursus drama anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang mana sijil penghargaan dan hadiah disampaikan oleh Dato' Mokhtar Hashim Bekas Menteri Beliau dan Sukan. Menjadi Pengarah Drama Pentas mewakili negeri Kelantan dalam pertandingan drama pentas diperingkat kebangsaan hanya mendapat tempat kedua dikalahkan oleh Dato' Johan Jaafar.

Bergiat cergas dalam politik. Pernah mewakili UMNO/BN dalam pilihanraya 1995, Calun BN Dewan Undangan Negeri DUN Kadok tapi kalah kepada calun PAS. Sejak tamat persekolahan mula bergiat cergas dalam kepartian dan terlibat secara langsung dalam tunjuk perasaan menyokong Dato' Mohd Nasir (allahyarham), Bekas Menteri Besar Kelantan sehingga berlaku 'MAGERAN' di Kelantan.

Lama berkhidmat di pejabat UMNO Negeri Kelantan dibawah kepimpinan YBM Tengku Razaleigh Hamzah dimana Dato' Haji Mohamed Haji Ali (allahyarham) menjadi Setiausaha Perhubungan Negeri Kelantan. Juga menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan dibawah 3 orang Ketua, iaitu dizaman Tan Sri Husein Ahmad menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri, dizaman Dato' Haji Hassan Ismail (allahyarham) dan dizaman Dato' Hassan Harun.

Itulah serba sedikit sejarah hidup setelah berada didunia ini selama 56 tahun genap hari ini,bermula jam 8.55 pagi pada 15hb. Mac 1954 hingga jam 8.55 pagi pada 15hb. Mac 2010 hari Isnin bersempena persidangan Parliman Malaysia.

Buku kisah hidup akan saya terbitkan setelah mendapat wang hasil daripada kemenangan dalam kes syarikat saya saman MARA Holding Sdn. Bhd kerana pecah kontrek sebanyak RM40 juta.(berapa dapat belum diputuskan lagi) Kini dan sekarang tak ada apa-apa lagi, menjadi penganggur terhormat. Kenalan dan kawan yang sudah menjadi menteri sudah tidak boleh dihubungi lagi kerana mereka sibuk. Sibuk?

Kini saya sudah terbuang tapi masih terbilang. Tidak kenal erti penat untuk berpolitik.

Sunday, March 14, 2010

Negara masih kekurangan tenaga boroh.

Pada satu ketika, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempermudahkan proses kelulusan orang asing mendapat PR termasuk rakyat negara Bangladesh. Dan pada satu ketika lain Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan dengan tidak membenarkan warganegara Bangladesh masuk ke Malaysia untuk bekerja walaupun pada awalnya telah memberi kelulusan dan telah punggut wang lavi yang mencecah puluhan juta ringgit.

Kerajaan bagi menghalang warganegara Bangladesh supaya tidak dibenarkan datang bekerja di Malaysia berbagai-bagai alasan telah diwar-warkan seperti boleh menimbulkan masaalah sosial dan akan terlahirnya PENDATANG tanpa izin kerana apabila sudah habis tempoh mereka itu tidak mahu pulang ke negara asalnya. Kadang-kadang bercinta dengan gadis malaysia.

Tapi pada waktu yang sama terdapat warganegara Bangladesh mendapat status PR dan berkahwin dengan rakyat malaysia sehingga mendapat zuriat yang mana kehidupan mereka itu aman dan bahagian, kaya raya dan telah membantu rakyat malaysia yang lain mendapat pekerjaan digedung perniagaan mereka.

Apa sebenarnya motif dan massage yang hendak disampaikan oleh kerajaan dengan membatalkan kelulusan pekerja warganegara Bangladesh yang telah diberi kepada majikan dan telah memunggut wang levi yang begitu banyak yang boleh menyebabkan banyak pihak menanggung kerugian. Sedangkan pada masa ini masih banyak terdapat kekurangan pekerja diberbagai-bagai sektor di malaysia yang sedikit sebanyak menjejaskan hasil pengeluaran syarikat.

25 ribu kekosongan jawatan di restoran-restoran diseluruh negara disediakan untuk diisikan oleh rakyat malaysia tapi sehingga hari ini hanya 600 orang yang memohon untuk bekerja, apakah kerajaan masih lagi beralasan untuk menutup pintu kepada warga asing datang mencari rezeki disini terutamanya yang berugama Islam dengan mengatakan "kita tidak mahu orang asing kerana, kita hendak memberi peluang kepada rakyat kita bekerja" dengan erti kata kerajaan tidak mahu menyekat peluang pekerjaan untuk rakyat malaysia.

Tahu kah kita bahawa rakyat malaysia hari ini telah mendapat pendidikan yang tinggi tapi masih lagi menganggur dan mereka itu tidak mahu bekerja sebagai boroh dan kuli, sedangkan orang asing sanggup datang memberi khidmat sebagai boroh dan kuli tapi disekat peluang mereka atas alasan kebanjiran pekerja asing, yang menjadi mangsanya adalah sektor yang memerlukan tenaga boroh untuk mengeluarkan produk yang mana kejayaan tergantung kepada tenaga boroh yang mencukupi.

Satu lagi kepelikannya dasar yang diputuskan oleh kerajaan adalah hanya negara Islam Bangladesh saja yang dibekukan dan dihentikan memberi kebenaran kelulusan tapi negara-negara yang rakyatnya tidak Islam terus dibenar untuk membanjiri datang bekerja di negara ini. Satu lagi perkara yang menjadi tandatanya.

Oleh itu adalah diharapkan pihak kerajaan harus menimbang untuk mengatasi kesusahan pihak majikan kerana terpaksa menghadapi risiko ditamatkan kontrek oleh pembeli dan kekurang produk kerana tidak cukup pekerja. Penubuhan makmal bagi mencari jalan untuk mengatasi lambakan pendatang asing adalah dialu-alukan tapi dalam masa yang sama keputusan hendaklah dibuat secara rasional bagi membenarkan raykat asing berugama Islam datang bekerja dengan tidak memilih negara-negara tententu saja yang boleh. Jangan ada dendam dan irihati bagi menjayakan pengeluaran hasil negara melalui tenaga boroh asing.

Saturday, March 13, 2010

Hakim akan putuskan.

sudah janda kah Ellia Suhana?

Peguam Syarie, Zainul Rejal Abu Bakar yang memdakwa mewakili KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra dalam tuntutan pengesahan cerai talak 3 keatas isteri muda Cik Puan Ellia Suhana Ahmad telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan berhujah melalui media tapi akan mengemukakan bukti-bukti, saksi-saksi dan hujahnya di mahkamah nanti dan biarlah mahkamah memutuskan kesahihannya.

Tentunya pihak mahkamah akan mendapatkan segala butir-butir keterangan daripada pengadu iaitu Nik Rohana Binti Abdul Rahman yang menjadi plantif bagi pihak ketiga yang mana prosedur membenarkannya. Jadi lebih baik tak usah dipertikaikan lagi sebelum kita mendapat gambaran jelas dan kesahihan lafas ceria itu. Kerana tidak mungkin si pengadu tidak takut kepada hukuman sekiranya membuat tuduhan palsu, tambahan pula melibatkan Tuanku Al-Sultan. Ini bukan perkara main-main, nahas nanti.

Dan tentunya akhir sekali Hakim mahkamah syarie akan bertanya kepada diri yang ampunya hak sama ada betul-betul ingin menceraikan isterinya atau pun tidak dan sekiranya yang ampunya diri tidak dapat bercakap maka 'sahlah' berlaku pembohongan dan penipuan dalam kes tuntutan itu. Yang patut kita bersuara ialah supaya mahkamah mempercepatkan kes tersebut dibicarakan kerana melibatkan Institiusi D'raja yang menjadi perhatian semua lapisan masyarakat.

Lagi pun di Kelantan hari ini 'PANAS' dengan cuaca dan gerhana poltik.

Friday, March 12, 2010

Ahli Parti KEADILAN Rakyat 4 juta?

Terkejut besar saya apabila Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong, Parti Keadilan Rakyat PKR memberitahu bahawa parti keadilan rakyat mempunyai ahli hampir 4 juta orang dalam waktu terdekat ini yang mana akan terdiri dari golongan muda.

Apakah pengumuman beliau itu sebagai propaganda atau memang PKR sedang berusaha kearah itu dan tidak mustahil angka itu diperolehi oleh PKR kerana jentera PKR tentunya akan berkerja lebih kuat kerana mereka itu adalah dipihak pembangkang. Daftar ahli satu bab, undi bab yang lain. Dalam pilihanraya buka ahli yang menentukan kemenangan tapi undi yang boleh memberi kemenangan kepada parti.

Sebagai contoh,dalam satu pilihanraya umum lalu ada peti undi yang BN tak dapat satu undi pun sedangkan ahli UMNO dipeti undi tersebut ada beberapa ratus orang. Ini berlaku dikawasan Parlimen Gua Musang ketika YBM Tengku Razaleigh mula-mula menubuh semangat 46.

Angka ahli tidak boleh dipakai bagi menentukan kerusi pilihanraya, yang boleh dipakai apakah rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti masih setia bersama BN atau nak cuba beralih angin kepada pakatan Rakyat. Dua kompenan besar pengundi akan menentukan kerajaan pada pilihanraya yang akan datang, pertama golongan peneroka, petani, nelayan & penternak dan kedua golongan penjawat awan yang mana warganya sekarang ini mencecah 1.5juta orang.

Pengecuali cukai import kepada barang-barang keperluan bermain golf tidak boleh menjamin undi kepada BN dalam piliharaya umum nanti. Wad percuma kepada keluarga penjawat awam adalah satu keputusan yang bijak dilakukan oleh Dato' Seri Mohd Najib, Perdana Menteri selain berusaha gigih untuk menyelesaikan masaalah peneroka Felda, menaikkan taraf hidup para Nelayan dan Penternak dan menyusun semula Lembaga Pengarah MADA dan KADA bagi menjaga kepentingan para petani. Usaha ini adalah startegi bagi menjamin BN akan beroleh kemenangan besar pada PRU 13 nanti.

Soalnya sekarang, apakah semua perkara yang diucapkan oleh para pemimpin UMNO bagi memberi keutamaan kepada rakyat betul-betul dapat dinikmati oleh rakyat bawahan atau semua keuntungan hanya dibahagi dikalangan para pemimpin UMNO diperingkat pusat, negeri dan bahagian. Subsidi yang kecil-kecil sampailah lebih kurang kepada ketua-ketua cawangan.

PKR tidak perlu mengadakan peruntukan banyak-banyak, cukup dengan membongkar segala bentuk penyelewengan bagi menjatuhkan imej kerajaan, seorang pentadbir kerajaan atau pegawai parti UMNO membuat salah seperti semua pegawai kerajaan dan ahli parti terlibat melakukan kesalahan yang sama, begitu hebatnya propaganda pihak pembangkang dan yang hairannya ramai rakyat yang percaya.

Kenapa sekarang apabila PKR adakan ceramah orangramai berduyun-duyun keluar mendengarnya tapi apabila UMNO adakan ceramah terpaksa buat kerahan melalui jabatan kerajaan baru ada orangramai mendengarnya?.

Puncanya dimana.

Thursday, March 11, 2010


MENANGIS
dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tinggi,kuala lumpur diperintah membayar rm6juta kerana fitnah suami.

akan terus menangis apabila kerajaan malaysia sudah ada ekstradisi dengan republik indonesia

Jangan sekat peluang orang lain.

Tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamed dan Tun Abdullah Ahmad Badawi bersara menjadi Perdana Menteri dan diganti dengan timbalannya adalah satu tanggongjawab yang AMAT TERPUJI. Tun Mahathir bersara untuk memberi peluang kepada Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri dan Tun Abdullah bersara untuk memberi peluang kepada Dato' Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri.

Begitulah tauladan yang patut dicontohi apabila kita berada dipuncak, bersara untuk memberi peluang kepada anak buah merasai tempat empok yang kita sudah rasai begitu lama. Walau pun ada suara mengatakan tenaga kita masih diperlukan lagi, tapi kerana kita berjiwa besar kita tidak tunduk dengan kedudukan tapi berusaha memberi peluang kepada anak buah kita untuk merasainya. Kerana kita tahu semaking lama kita disana, peluang kenaikan pangkat anak buah akan tersekat dan tidak mempunyai peluang untuk merasai kenikmatan sebagai pembesar.

Itulah yang patut dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negera (KSN) apabila diberi tawaran untuk terus menyambung kontrek perkhidmatan selama satu tahun lagi yang jumlahnya akan jadi 3 tahun kerena sudah 2 tahun disambung perkhidmatan secara kontrek.

Pihak Kerajaan pula entah kena sindrom apa, semacam dah tak ada penjawat awam yang lain yang boleh dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Negara. Apakah pihak kerajaan tidak menyedari dengan terus menyambung kontrek itu bermakna menutup peluang kenaikan pangkat penjawat awam yang lain.

Samalam Dato' Najib sudah melaksanakan tanggongjawab bagi meredakan kemarahan penjawat awam terhadap kerajaan dengan mengkaji tindakan 'pool' oleh JPA dan disusuli dengan memberi peluang kepada anak bini, ibu dan bapa penjawat awam tidak dikenakan bayaran apabila masuk wad di hospital kerajaan.

Tiba-tiba muncul pula dengan gejala menyekat kenaikan pangkat orang yang sepatutnya boleh bertugas sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang mana sepatutnya yang ada hari ini sudah boleh bersara dan bersenang lenang dengan anak isteri.

Adilkah itu.

Wednesday, March 10, 2010

Penjawat Awam dapat layanan istimewa kerajaan.

ini kehendak rakyat melayu & islam

Kemurahan hati Kerajaan pimpinan Dato' Seri Mohd Najib terhadap Penjawat Awam menandakan slogan 1Malaysia akan membawa tuah kepada Barisan Nasional (BN). Selain beliau mendengar bisikan soal penjawat awam di'pool' oleh JPA, kini soal kebajikan pula dapat mencuri hati beliau. Yang mana bermula April 2010 nanti semua penjawat awam termasuk, ibu bapa, anak bini dikecualikan bayaran hospital kerajaan.

Beruntungnya bekerja dengan Kerajaan BN di Malaysia ini, gaji naik, elaun naik, pangkat naik, dan kebajikan kesihatan dijaga supaya yang lelaki barang akan naik. Ini semua menjurus kepada pegawai kerajaan diutamakan, maka sekiranya masih ada penjawat awam yang secara terang mengutuk kebagusan kerajaan pimpinan Dato' Najib, orang itu adalah sebenarnya tidak berapa waras.

Tapi bagaimana dengan slogan, Rakyat Di Dahulukan', rakyat biasa dari penoreh getah, penarik beca, kelaut menangkap ikan, kesawah menuai padi, kepasar malam menjaja makan dan minuman yang rata-rata pendapatannya nak bayar harga ubat pun tak mampu dan tentunya tidak dapat merasa layanan kelas pertama apabila dimasukkan ke wad.

Bagaimana dengan peneroka yang mejoriti pengundinya boleh menguasai 55 kerusi parliman yang BN akan selesa apabila 55 kerusi ini selamat ditangan BN. dan tentunya kerajaan dibawah pimpinan Dato' Najib juga telah mendengar suara yang sayup-sayup dibawa angin sempoi bahasa tentang kegelisahan hidup mereka itu.

Tugas telah diberi kepada Shafie Afdal untuk memperkasakan rakyat diluar bandar, tugas telah diberi kepada Dato' Noh Omar supaya nasib Petani, Nelayan dan Penternak terbela begitu juga Dato' Najib sendiri akan menjaga kepentingan peneroka felda. Dan apabila semua segi dikawal dan dijaga maka tak mustahil sejarah 2004 akan berulang pada PRU ke 13 nanti bahkan mungkin lebih baik daripada itu.

Hanya UMNO dan BN diingatkan, tunai janji dan kota segala kata-kata. Jangan terlena dengan ulikan beberapa ahli perlimen dari Pakatan Rakyat yang keluar parti dan menjadi ahli bebas dan dikalangan ahli bebas itu hanya Dato' Ibrahim Ali seorang saja yang boleh dipercayai setakat ini. PAS tidak mengadakan sembahyang hajat untuk memberi bala kepada Dato' Ibrahim Ali.

Penjawat Awam sokong Najib.

Tok Guru Nik Aziz, tahukah ada pegawai kerajaan negeri kena 'pool'

Pada 23hb. Julai 2009, Hari Khamis, dalam blog ini saya tulis 30 orang 'JUSA di pool' oleh JPA bagi mewujudkan suasana fear n disharmony dan semalam 9hb. Mac, 2010 Hari Selasa, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia mengatakan bahawa sistem 'pool' yang dianggap sebagai alat tindakan pentadbiran sifat menghukum bagi penjawat awam akan dikaji.

Dato' Seri Najib berkata bahawa elemen 'natural justice' iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlu menjadi sebahagian prosedur. Beliau berkata demikian bagi menerangkan bahawa beliau mendengar bisikan dan suara hati penjawat awam yang datang secara perlahan-lahan dan sayup-sayup kedengaran.

Penjawat Awam tentunya merasa lega terutamanya mereka yang sedang di 'pool' di JPA, kerana mereka itu adalah insan yang mahu memberi khidmat dengan mendapat gaji, tapi jadi terseksa kerana dikatakan makan gaji buta. Tahu kah kita apabila seramai 30 orang jusa di 'pool' bererti sebanyak lebih kurang setengah juta ringgit sebulan gaji dibayar kepada mereka itu. Itu adalah satu pembaziran yang dirancang oleh JPA.

Sahidan Kassim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula mendedahkan bahawa Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis telah menjadi mangsa sistem 'pool' yang dijadikan sebagai alat bagi menghukum penjawat awam.

Ada juga kedengaran di Kelantan bahawa terdapat Pegawai Tinggi Kerajaan di'pool'kan kerana barangkali Kerajaan Negeri banyak wang untuk membayar gaji orang yang tidak diberikan tugas. Semua isu ini telah sampai ke telinga Perdana Menteri yang dibawa oleh angin lalu dan berkebetulan pula saya juga telah menyampaikan keluhan penjawat awam melalui tulisan dalam blog ini.

Bagaimana pula dengan agensi-agensi D'Raja?, Polis D'Raja, Askar D'Raja, Kastam D'Raja, tidak berlakukah 'pool' atau kelambatan naik pangkat kerana tidak kroni orang atasan, sekiranya tidak berlaku Alhamdulillah.

Tuesday, March 9, 2010

Berita terkini.


KDYMM Tuanku Al- Sultan Kelantan mohon sah cerai isteri kedua dimahkamah syariah Kota Bharu pada 9hb. Mac, 2010 jam 3.30 petang. Dengan tersiarnya berita ini maka segala desas desus terpadam dan kebenaran sudah menjelma.

Berhati-hatilah.

Aceh, Indonesia.

Dalam serbuan pada 22 Februari lalu, polis menemui raifal, uniform tentera Malaysia dan bahan propaganda termasuk video serangan bom di Bali pada 2002 yang membunuh lebih 200 orang. (sedutan berita dari Utusan Malaysia hari ini).

Yang hendak saya ketengahkan disini ialah ada satu kumpulan di Aceh telah menyimpan 'UNIFORM TENTERA MALAYSIA' bersama-sama RAIFAL sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa Republik Indonesia. tapi tentunya pihak ketenteraan malaysia tidak terlibat tidak pernah campur urusan negara orang. Kenapa pula mereka itu menyimpan uniform tentera kita.

Oleh itu pihak Kerajaan Malaysia hendaklah berhati-hati terutamanya Angkatan Tentera kita, takut-takut ada penyamaran dikalangan anggota tentera yang mudah dilolos oleh pengkhianat yang melakukan jenayah dengan memakai pakaiaan seragam tentera kita kerana pintu masuk antara Malaysia dengan Aceh mudah lolos oleh penjenayah.

Penyamaran sekarang ini berlaku dimana-mana, menyamar sebagai kerabat diraja, menyamar sebagai polis, menyamar sebagai anggota tentera, menyamar sebagai gadis masih lagi dara walaupun anak dah tujuh, menyamar sebagai duda walaupun isteri sudah ada tiga dan banyak lagi penyamaran berlaku, yang sedihnya menyamar sebagai orang alim tapi setiap waktu melakukan munafik. Semua penyamaran itu adalah untuk menipu dan kadang-kadang untuk melakukan jenayah yang boleh membunuh.

Penyamaran mengunakan uniform angkatan tentera adalah perkara yang sensitif, apatah lagi sekiranya dilakukan dinegara lain, kesalahan itu tidak boleh dimaafkan, pihak kerajaan kena mengambil perhatian yang serius terhadap maklumat itu, bagaimana pihak militan boleh mengunakan uniform tentera kita, apakah motifnya dan adakah lapuran itu betul?

Nanti besuk ada berita mengatakan dinegaranya ada orang terserempak dengan anggota tentera malaysia kerana grombolan itu berpakaian uniform tentera malaysia kerana sengaja mahu menyalahkan kita Awas.

Monday, March 8, 2010

Ada Menteri malas?

"bukan malas kerja tapi malas layan rakyat"

YAB. Perdana Menteri.

Dailog bukan saja penting dalam menyelesaikan konflik tetapi juga dalam membuat keputusan seharian yang melibatkan hal ehwal tempatan ataupun antarabangsa, demikian kata-kata YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam bolg 1Malaysia.

Puas hati saya apabila membaca saranan yang dibuat itu, katanyanya sekiranya rakyat sanggup untuk mendengar, berbincang, bersikap analitikal serta adil dalam membuat keputusan, penyelesaian dan persefahaman yang lebih baik mampu dicapai antara satu sama lain.

Sejuk hati, aman dan damai rasa dunia ini, sekiranya Dato' Najib seorang yang berprinsip begitu, alangkah baiknya saranan dan kehendak YAB Perdana Menteri ini diamalkan oleh semua Menteri dan Penjawat Awam. Apabila amalan ini menjadi satu kemestian sudah tentu banyak perkara dapat diselesaikan dan tidak akan ada pihak yang sakit hati dan kurang percaya kepada kerajaan.

Sebagai contoh, apabila ada rakyat menulis surat memohon rayuan atau pertolongan kepada seorang Menteri, adalah diharap Menteri berkenaan terlebih dahulu mengkaji isi surat tersebut jangan hanya mengambil mudah apabila menerima surat oleh kerana bukan kenalan baiknya maka lantas mengarah pegawai khasnya membalas dengan menolak rayuan untuk memohon pertolongan dengan tidak mengendahkan maksud yang sebenar yang dipohon oleh rakyat.

Rakyat yang tahu dan celek tidak mudah boleh menerima alasan yang tidak masuk akar, apa tah lagi penolakan rayuan itu tidak dibincang dengan mata bertentang mata yang rakyat dapat meluah perasaan sebenar, tapi Menteri pula bagi memudahkan kerjanya dan tidak mahu menyusahkan diri terlebih dahulu menolak mentah-mentah surat rayuan daripada rakyat tapi sekiranya yang merayu itu adalah kawan karibnya maka dijemput untuk berbincang bagi menyelesaikan masaalah kawan karibnya itu kadang kala diminta pegawainya mencari jalan dan keadah bagi meluluskan permohonan rayuan kawan karibnya.

Saya tulis ini adalah pengalaman pahit saya hadapi sendiri, Minta dan merayu nak jumpa seorang Menteri dah berbulan-bulan tak dapat, tunggu punya tunggu dapat sekeping kertas yang jawapannya tidak masuk akal yang ditulis oleh pegawai bawahannya. Kalau Dato' Seri Najib nak tahu saya boleh memberitahu orangnya. Pejabat Menteri berkenaan juga tidak melayan dengan baik surat daripada pejabat Perdana Menteri.

So, bagaimana hasrat dan harapan YAB Perdana Menteri untuk dapat melihat penyelesaian yang lebih baik seperti yang diharapkan dan dicari oleh YAB Perdana Menteri itu sekiranya seorang Menteri tidak ada nilai kemanusiaan, teramat sibuk sehingga tidak beri waktu untuk rakyat bertemu.

YAB Perdana Menteri hendaklah memberi arahan kepada Menteri-Menteri supaya memberi layanan kepada rakyat, sekiranya tak ada waktu untuk bertemu sendiri bolehlah diatur supaya pegawai-pegawai kanan Menteri bertemu dan berbincang dengan rakyat yang ingin menyampaikan hasrat kepada Menteri kerana saya dapati setiap pejabat Menteri ada ramai pegawai khas yang dilantik dan diharap pegawai Menteri itu pula apabila melayan rakyat jangan berlagak lebih daripada Menteri, buruk akibatnya.

Kepada pembaca blog ini, Sdr/i diminta memaklumkan kepada YAB Perdana Menteri sekiranya Sdr/i ada line dipejabat Perdana Menteri. Terima Kasih.

Sunday, March 7, 2010

nasib orang kelantan.

wahai
dimana letaknya keadilan.

Dalam waktu Dato' Awang Adek sedang menyelaras peruntukan wang ihsan kepada rakyat Kelantan sebanyak RM20 juta, Dato' Shafie Afdal pula mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM150 juta kepada orang Asli.

Bermaknanya orang Asli lebih beruntung daripada rakyat Kelantan, inilah salah satu amalan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan yang mana keutamaan akan diberi oleh Kerajaan kepada golongan yang sepatutnya dibantu dengan harapan pulangan akan memadai.

Sekiranya rakyat Kelantan telah memberi kemenangan kepada UBN dan UBN memerintah negeri Kelantan sudah pasti wang royalti minyak akan melimpah ruah dan Kelantan membangun setanding dengan Selangor, Wilayah Kuala Lumpur ataupun Melaka, tapi kerana Kelantan dibawah pentadbiran PAS maka rakyat Kelantan tidak dapat mengecap nikmat wang royalti minyak tapi hanya dapat merasa wang ihsan saja yang mana dari RM20 juta itu kalau dibagi kepada rakyat Kelantan sama rata setiap orang akan mendapat 15 sen sahaja.

Oleh itu rakyat Kelantan masih lagi berpeluang untuk menikmati wang royalti minyak sekiranya rakyat Kelantan sanggup pejam mata, iaitu pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti hendaklah memilih dacing untuk dipangkah.

Lihat orang asli dapat peruntukan yang begitu banyak bagi membangunkan taraf hidup mereka kerana Kerajaan yakin orang asli akan memilih dacing apabila adanya pilihanraya tak kira pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil, sebagai contoh, Tengku Razaliegh Hamzah kalah di peti undi pos broke (pengundinya orang asli) bertanding atas tiket semangat 46 lawan TS Husein Ahmad (BN) sedangkan pengaruh peribadi TR kuat disitu.

Dalam politik. Rakyat Kelantan dan Orang Asli dilayan berbedza. Orang Asli tak minta pun dapat, rakyat Kelantan buat tuntutan tak dapat. Kenapa ada perbedzaan diantara rakyat Kelantan dengan yang lain. Kenapa?.


Saturday, March 6, 2010

Ngeri, mati dibunuh?


Kehidupan harian kita sekarang ini semaking ngeri, kes-kes pembunuhan setaip hari dilapurkan dalam akhbar-akhbar tempatan, dari kes pembunuhan kanak-kanak sehinggalah warga emas, ada kes bunuh kerana merompak, ada kes bunuh kerana buang bayi dan ada kes bunuh kerana pergaduhan.

Kes bunuh tersebut bukan kerana kebanjiran pekerja asing di Malaysia, walau pun kadang-kadang melibatkan warga asing yang melakukan rompakan dan pembunuhan, Pembunuhan berlaku ada yang sengaja dan ada yang tidak sengaja dan ada yang dibunuh secara ngeri dengan penyambelehan yang sangat menyayat hati.

Fenomena ini tidak menyenangkan, membuat kita rasa sudah tergugat kehidupan sehari-harian, apakah sudah tidak selamat untuk kita bersiar-siar ditempat-tempat tertentu sehingga kena samun dan dirompak lepas itu dibunuh dengan ngeri. Inilah yang menjadi tandatanya sekarang dan bagaimana jalan untuk membendung peristiwa pembunuhan supaya tidak mejadi satu kebiasaan dinegara kita ini.

Penjenayah tidak segan silu melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan dapat hasil dengan melakukan rompakan dan pembunuhan, orangramai juga kadang-kadang melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja apabila berpunca dari sakit hati dan berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan kematian. Minta dijauhkan semuga negara kita tidak dilebelkan sebagai sebuah negara Islam yang penuh dengan kes-kes jenayah termasuk kes-kes pembunuhan.

Dengan harapan semuga dengan bertambahnya anggota keselamatan maka kes-kes jenayah dapat dikurangkan terutamanya kes-kes samun dan rompak yang mengakibat berlakunya pembunuhan. Pihak Polis Malaysia juga diminta supaya memantau balai-balai polis didaerah dan mukim supaya tidak berlaku ketirisan yang mana sehingga ada kebocoran tindakan pihak berkuasa kepada penjenayah.

Kempen kesedaran sivik hendaklah diperhebatkan oleh kerajaan dengan meminta dan memaksa rakyat supaya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya tahu dan dengar ada penjenayah disekitar tempat tinggal semuga pihak berkuasa dapat bertindak bagi membendungkannya.

Kerjasama pihak polis dan orangramai hendaklah diperhebatkan supaya sama-sama merasa bertanggongjawab bagi mencegah jenayah yang terancang ataupun secara adhoc, pihak polis juga diminta bermesra dengan semua orang dengan tidak memilih hanya orang-orang besar saja diberi layanan yang istimewa.

Bukan mengajar tapi sekadar memberi pandangan dan peringatan, supaya apa yang saya lihat dan dengar tidak menjadi kenyataan.

Friday, March 5, 2010

Sultan keluar, Nik Aziz masuk hospital.

diantara rakyat yang menyambut keberangakatan pulang Sultan Ismail Petra semalam.

Saya teramat SETUJU dengan komen sahabat saya Haji Mohd Sayuti Omar (MSO) yang mengatakan 'Soal sakit bukan main-main' melalui blognya Merah Tinta yang mengulas tafsiran berhubung dengan ketidak hadiran Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan bagi menyambut keberangkatan pulang KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan Darul Naim semalam.

Nik Aziz pada ketika itu berada di Hospital, Kubang Kerian kerana dinasihati oleh doktor supaya berihat dan menjalani rawatan biasa mengikut kata seorang Exco Kerajaan Kelantan sepertimana yang disebut kepada Utusan Malaysia hari ini.

MSO juga bertanya, apa salah Nik Aziz apabila dikatakan mengelak kerana tidak kelihatan di airport bagi menyambut keberangkatan pulang Tuanku, sedangkan umum mengetahui bahawa Tok Guru Nik Aziz tidak pergi menghadap Tuanku di Singapore apabila di titah dan begitu juga Nik Aziz dibaritahu secara rasmi oleh keluarga terdekat Tuanku berhubung keberangkatan pulang Tuanku semalam.

OK lah, Tuanku sudah pulang ke Istana dan Tok Guru Nik Aziz pula sedang berihat di Hospital Kubang Kerian, maka soal tersebut tak usah diungkit lagi, yang sudah-sudahlah, pokoknya rakyat Kelantan hendaklah berdoa semuga Tok Guru Nik Aziz cepat semboh dan dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan amanah. Banyak perkara lagi yang perlu dilaksanakan oleh Nik Aziz setelah Tuanku berada dalam negeri..

Hanya sedikit pembetulan kerana mungkin kesalahan taip berhubung penyakit yang dialami oleh Nik Aziz sepertimana yang terdapat dalam blog MSO. Sorry Bro.

Thursday, March 4, 2010

Yang Ku Dengar.

  • Alhamdulillah
KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah selamat pulang ke Negeri Kelantan Darul Naim pada jam 12.30 tengahari ini (4hb. Mac, 2010)bersama DYMM Raja Perempuan Kelantan. Ribuan rakyat menyambut keberangkatan pulang Tuanku dilapangan terbang, Pengkalan Chepa, termasuk pemimpin parti politik.

Dato' Mustapha Mohamed dan Dato' Awang Adek dari UMNO . Dato' Ibrahim Ali dari Bebas dan para Exco Kerajaan Negeri Kelantan dari PAS, tapi Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan tidak kelihatan, khabarnya Tok Guru Nik Aziz masuk Wad di Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan. Jalan yang terbaik untuk mengelak diri apabila telah melakukan kesilapan.

Keberangakatan pulang KDYMM Tuanku dari luar negeri hari ini ada sedikit kepelikan berlaku, yang mana tidak ada pemakluman dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang mengarahkan semua pegawai tinggi kerajaan negeri dan pusat supaya hadirkan diri bagi menyambut keberangkatan pulang Tuanku, tidak seperti kelaziman yang terdahulu dimana setiap kali KDYMM Tuanku mahu berangkat pergi atau pun pulang ada arahan untuk menghantar dan menyambut kepulangan Tuanku.

Apa muslihat pihak Kerajaan Negeri kita tidak tahu, tapi dengan berlakunya peristiwa yang pelik ini, banyak susek-susok kedengaran di lapangan terbang Pengkalan Chepa pada pagi tadi apa tah lagi tidak ramai ahli-ahli YB dan Pegawai Tinggi Kerajaan yang hadir. Tentunya ada sesautu yang tidak kena.

Nampaknya Episod baru pun bermula di Kelantan setelah suasana tidak menentu berlaku dikelantan sejak KDYMM Tuanku keluar negara untuk urusan perubatan. Termasuklah YAB Menteri Besar Kelantan yang bertaraf Tok Guru di siasat oleh SPRM dalam kes rasuah dan penyalahan kuasa, Cerita Nepotizam dan Kroni meletup, perebuatan siapa akan ganti Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan juga telah meletus, Perbalahan soal wang Royalti Minyak dan sebagainya.

Cerita hina menghina juga tidak terlepas sebagai peristiwa malang di Kelantan, sehingga perlumabaan basikal racing pun jadi isu hina menghina, selain beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri ada yang dihina dan dimalukan sehingga sanggup melihat kawan menjadi penunggu meja yang kosong dipejabat.

Esok, tentunya masih ada peristiwa baru akan berlaku.