Wednesday, April 30, 2008

Majlis Amanah Rakyat (Bukan MARA)

Semalam ku dengar, dirumah Dato' Ibrahim Ali ramai orang bercakap, banyak UMNO Bahagian akan mencalunkan Dato' Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan Tan Sri Muhyuddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO didalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Oktober 2008.

Ini kerana bagi mengelakkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah mendapat cukup pencalunan sebagai Presiden UMNO, dengan alasan UMNO Bahagian yang sudah muak dengan kepimpinan Pak Lah dan mahukan peralihan kuasa berlaku sebelum bermulanya mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian.

Semalam Dato' Ibrahim Ali menjemput ramai sahabatnya kerumah bagi merainkan Isteri beliau Datin Rohaya menyambut hari jadi yang ke ?, diantara orang yang hadir ialah YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Kadir Sheikh Fadzil, Dato' Ibrahim Azmi, Dato' Khalid Yunus, Ybg. Tamrin Ghafar, Haji Sayuti Omar (Abuya)
dan ramai lagi.

Yang menjadi perhatian saya ialah kehadiran Dato' Khalid Yunus dan Tamrin Ghafar kerana mereka ini dulu pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi MARA dan tentunya beliau berdua masih mempunyai ramai lagi sahabat handai yang tertdapat diseluruh negara kerana setahu saya semasa beliau berdua menerajui MARA ramai yang beliau bantu dan tolong terutamanya pemimpin UMNO Bahagian-Bahagian. Dan inilah sebabnya barangkali mereka berada dalam majlis Dato' Ibrahim Ali semalam.

Dato' Ibrahim Ali walaupun menjadi wakil rakyat diatas tiket PAS tapi masih ramai sahabatnya dikalangan pemimpin dan bekas pemimpin UMNO, contohnya semalam ramai yang hadir terdiri daripada ahli-ahli UMNO. Pelik tapi benar.

Saya rasa didalam lubuk hati YB. Dato' Ibrahim Ali, masih segar CINTAnya pada UMNO, Setianya pada UMNO dilahirkan melalui CINTA dan setia kawan dengan rakan-rakan dan sahabatnya dalam UMNO walaupun beliau tidak menunjukkan CINTAnya kepada UMNO melalui perbuatan dan tindakan politik. Walau pun beliau dituduh tidak setia kepada UMNO kerana bertanding diatas tiket bebas dan PAS tapi sebenarnya jiwa beliau lebih menCINTAI k UMNO daripada ahli-ahli baru dalam UMNO yang hanya masuk menjadi ahli UMNO untuk cari makan dan dapat projek mega saja, tapi jiwa dan semangat PERJUANGAN langsung tidak ada dalam diri bagi menCINTAI UMNO.

dan Ayat-Ayat CINTA ialah "CINTA tak semistinya dinilai dari perbuatan,tapi CINTA hendaklah diterjemahkan melalui kasih dan sayang.

Tuesday, April 29, 2008

Yang Benar tetap benar

Alhamdulillah, hari ini ku terima surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara berhubung dengan Persatuan MAJLIS SENIBUDAYA KELANTAN (MASK).

Sejak tahun 2006 , Majlis Senibudaya Kelantan telah digantung daripada menjalankan aktibiti-aktibiti harian akibat ramai yang berminat hendak menerajui Persatuan yang berprestaj ini. Tapi dengan berkat kesabaran jawatankuasa yang diterajui oleh ku maka pada 28hb. April 2008 persatuan ini boleh aktif semula dengan diterajui oleh ku.

Awal penubuhannya persatuan ini dapat bergerak dengan aktif kerana ku memberi kebebasan kepada ahli-ahli untuk menganjurkan program yang boleh melegakan ahli-ahli kebudayaan, kesenian yang terdapat di negeri Cik Siti Wan Kembang. Walau pun pada ketika itu undang-undang kerajaan negeri Kelantan melarang dan masih berkuat kuasa yang mana Wayang Kulit, Mak Yong, Menora dikaitkan dengan aktibiti haram disisi ISLAM.

Tapi hasil daripada Majlis Senibudaya Budaya Kelantan (MASK) mengadakan Konvensyen di Dewan Bunga Raya Hotel Perdana Kota Bharu yang dirasmikan oleh mantan Menteri Kebudayaan & Warisan Malaysia YB. Dato' Seri Utama Rais Yatim beberapa resolusi telah diputuskan dan diantaranya:-

1. Meminta supaya Kerajaan Negeri melonggarkan syarat-syarat kepada ahli ahli atau kumpulan-kumpulan kebudayaan dan kesenian bagi mengadakan pertunjukkan ditempat tempat terbuka tanpa syarat yang ketak yang tidak melanggar tata susila dan adat rakyat serta Ugama Islam.

2. Mendirikan Komplek Budaya Negeri Kelantan untuk menjadikan pusat pengembangan kebudayaan dan pusat aktibiti senibudaya yang terdapat di Negeri Kelantan.

Syukur, kedua-dua resolusi dan permohonan itu telah ditunaikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Kerajaan Persekutuan. Semua usaha ini adalah atas dokongan Yang Amat Mulia, Tengku Muhamad Fakhry, Tengku Temenggong Kelantan sebagai Penasihat, Majlis Seni Budaya Kelantan.

Sudah semistinya, apabila Jabatan Pendaftaran Negera memberi kebenaran untuk Majlis Senibudaya ini bergerak semula maka langkah-langkah perlu akan ku tunaikan. Kepada sesiapa yang berminat untuk sama-sama aktif dalam merealisasikan wadah untuk memertabatkan warisan Seni Budaya Kelantan marilah bersama-sama kita menyertai Majlis ini untuk memberi tunjuk ajar, cadangan dan penglibatan secara terus bagi menjayakan misi dan versi Majlis Senibudaya Kelantan (MASK) yang telah digariskan didalam perlembagaannya.

Dan kepada Jawatankuasa marilah kita teruskan usaha bagi menjayakan matlamat dan tujuan asal penubuhan Majlis ini setelah sekian lama diperuk oleh kerana kesilapan yang dilakukan oleh satu dua orang yang tak dapat menunaikan tanggongjawab secara ikhlas.

Marilah bersama-sama saya untuk memacukan Majlis Seniabudaya Kelantan (MASK) ini kemercu kejayaan supaya ianya tidak lagi terhalang, bak kata Ayat-Ayat CINTA, tak kenal maka tak CINTA.

Monday, April 28, 2008

Mengetuk dulang paku serpih.....

surat kabar hari ini ada berita berhubung dengan politik negeri kelantan. Dato' Sazmi Miah, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Macang minta Dato' Seri Penglima Annuar Musa meletek jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan kerana Parti UMNO Kalah teruk pada pilihanraya umum lalu. (semua tahu). ibarat ikan kepala buruk.

Kenapa Sazmi minta DSP Annuar Musa letak jawatan melalui media, sepatutnya beliau mengadakan mesyuarat j/kuasa pemuda dan angkat kepada Bahagian dan biar Jazlan selaku pemangku Ketua Bahagian membawa cadangan itu didalam mesyuarat Perhubungan.(baru ilir)

Mengapa perlu bergaduh dalam media dan bagaimana pula kalau DSP Annuar Musa jawab dalam akhbar tentang Sazmi, apa beliau buat selaku pengerusi perangsaraf UMNO negeri, mana isu logging yang mengakibat rakyat semaking tak percaya pada UMNO dan-dan lagi.

inilah yang ku dengar, kupasan dari orang politik kelantan berhubung dengan berita yang keluar dalam surat kabar Berita Harian hari ini. Orang juga bertanya apa agenda di sebalik kenyataan sazmi itu, adakah ekoran kedatangan YB. Datuk Mukhris ke Bahagian Machang pada Sabtu lalu yang mana cerita ikan buruk kepala juga dijaja dalam program tersebut (tentunya tuju kepada pak lah).

cukuplah orang politik UMNO kelantan berkelahi dalam surat kabar. Dalam UMNO kalah di Kelantan dan tak ada pemimpin yang boleh mengalahkan Dato' Nik Aziz, Ahli UMNO harus bersatu dan menCINTAI lah antara satu sama lain seperti ayat-ayat yang diucapkan dalam majlis UMNO bersama ahli-ahli, "Kita hendaklah utamakan kepentingan parti daripada kepentingan peribadi(meluat mendengarnya) kita misti sayangkan bangsa kita dan kita mesti berkorban tanda melahirkan CINTA kita pada perjuangan untuk Bangsa dan Negara".

Tapi setelah pilihanraya selesai agenda perjuangan untuk Bangsa dan Negara hilang tak tahu kemana yang menjadi rebutan pula jawatan dan kuasa. inilah yang membuat rakyat muak dengan gelagak pemimpin kita, nah sekarang dah mula menunding jari. Tak sedar kah kadang kala lagak kita akan menjadi seperti ludah kelangit.

Oleh itu cukuplah tuduh menuduh. ambilah tanggongjawab masing-masing, muhasabahlah diri semuga Ayat-Ayat CINTA sayangilah perjuangan itu sebagai bekal di syurga akan jadi amalan yang berkekalan.

Sunday, April 27, 2008

Suka dan Duka Orang UMNO Negeri Kelantan

Yang ku dengar, ramai ahli UMNO dalam bahagian Ketereh akan menghadapi perasaan duka setelah ketua yang mereka CINTAI dan sayangi Datuk Seri Panglima Anuar Musa mengumumkan untuk melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sekiranya diminta mengosongkan jawatan tersebut oleh pucuk pimpinan parti.
Kekecewaan ini tentunya sedikit sebanyak menghilang punca pendapatan segelintir orang UMNO yang mencari makan di atas ihsan YB Datuk Seri Panglima Anuar Musa selaku Ketua Umno negeri Kelantan. Di dalam kekecewaan orang UMNO bahagian Ketereh ada pula yang amat gembira dengan kepercayaan YAB Perdana Menteri Malaysia melantik orang yang mereka CINTAI iaitu YB Datuk Haji Ali Che Mat sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia. Kegembiraan ini dirasai oleh mereka yang ingin melihat YB Datuk Haji Ali Che Mat akan menjadi lebih berpengaruh di arena politik UMNO negeri Kelantan. Apatah lagi beliau sendiri dicurahi dengan rezeki melimpah ruah apabila dalam masa tak sampai 100 hari telah mendapat 3 jawatan politik yang bergaji dan berelaun besar iaitu :-
1. Dipilih sebagai YB
2. Dilantik sebagai setiausaha politik
3. Dipilih sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan
Inilah asam garam kehidupan dalam politik apabila pemimpin mencintai seseorang itu maka orang itu akan mendapat nikmat dan rezeki melimpah ruah.
Ayat-ayat CINTA mengatakan "AKANKU BERI APA SAJA APABILA AKU MENCINTAIMU"

Saturday, April 26, 2008

3 PERISTIWA

Semalam 25hb April 2008, di Kelantan ada 3 perhimpunan besar.
Bertempat di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kota Bharu. YBM Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Cawangan di dalam bahagian sekitar jajahan Kota Bharu. Padat kehadiran ribuan peyokong beliau turut melimpahkan dewan tanda memberi sokongan dan melahirkan KECINTAAN kepada pejuangan beliau kerana penyokong beliau tahu perjumpaan semalam adalah untuk melahirkan hasrat beliau ingin menjadi Presiden UMNO yang ke-6.
Yang kudengar di Machang ada majlis ceramah perdana oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat PKR dan puluhan ribu manusia yang MENCINTAI perjuangan beliau hadir tanda memberi sokongan. Dan tentunya yang hadir itu bagi melahirkan sokongan kepada cita-cita beliau yang ingin mejadi Perdana Menteri yang ke-6.
Dan peristiwa yang ke-3 yang kulihat ribuan manusia menonton perlawanan bola sepak Piala Liga Perdana diantara Kelantan lawan Felda FC yang mana Kelantan menang cemerlang dengan 4-1. Setiap gol yang dijaringkan pasukan Kelantan, penyokong berpesta bersorak gembira .Kedudukan pasukan Kelantan sekarang sangat kukuh kerana rakyat Kelantan teramat MENCINTAI sukan bola sepak. Semenjak KAFA diterajui oleh Datuk Seri Panglima Anwar Musa, pasukan Kelantan menicpta nama yang cemerlang dalam arena sukan bola sepak negara.
Dalam ketiga-tiga peristiwa itu semuanya ada cita-cita YBM Tengku Razaleigh Hamzah bercita-cita nak jadi Presiden UMNO ke-6,Datuk Seri Anuar Ibrahim bercita-cita nak jadi Perdana Menteri Malayasia ke-6. Datuk Seri Anuar Musa bercita-cita nak memartabatkan pasukan bola sepak negeri Kelantan dan nampknya yang hampir berjaya adalah cita-cita Datuk Seri Anuar Musa yang mana walaupun berjaya tetapi tiada kuasa.
Ketiga-tiga peristiwa tersebut juga menggambarkan citarasa rakyat Kelantan. Masing-masing ada pilihan bak kata Ayat-Ayat CINTA "Lain Padang, Lain Belalang"

I LOVE YOU..

Hari ini ku menghadiri majlis pernikahan anak saudara isteriku, Ahmed Hilmi Hanif dengan Lina Farhan di Kampung Anak Musang, Daerah Temila, Setiu, Terengganu,
"Selamat Pengantin Baru" !!!
Semasa majlis merinjis, ku mendengar isteriku berpesan kepada anak saudaranya "SELAMAT HENDAKNYA DAN JANGAN TAKUT BINI" itulah satu gurauan yang nakal. Dan tentu memberi semangat padaku. Yang aku percaya pernikahan anak saudara isteriku ini menjejak langkah ibu saudaranya yang bernikah atas landasan CINTA.
Bak kata Ayat-Ayat CINTA ialah I LOVE YOU.

Thursday, April 24, 2008

Berita dari Negeri Cik Siti Wan Kembang

Ku dengar ada peristiwa PENTING akan berlaku di Negeri Cik Siti Wan Kembang,(Kelantan Darul Naim) teringin juga ingin menjengoknya:-
1. Pada 25hb. malam bertempat di Balai ISLAM, Lundang, Kota Bharu, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah akan membuat ucapan kepada hadirin berhubung masa depan Politik Melayu dan Kuasa orang melayu melalui UMNO.

Dijangkan ribuan orang akan hadir, ramai yang nak tahu apa YBM Tengku boleh memainkan peranan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, sebagai Ahli Perlimen dan sebagai tokoh Politik Tanahair yang ada pengikut dan pengaruh.

Kelantan tidak seperti Pulau Pinang dan Selangor, Kelantan diperintah oleh PAS yang mana semua MB, TMB dan Exconya orang Melayu beragama Islam, lain pula dengan Pulau Pinang ianya diteraju oleh Anak kepada Bapak DAP dan Selangor pula dikepalai oleh orang melayu yang didokong oleh exco yang memperjuangkan ternakan babi.

Apa orang UMNO nak kata, hanya boleh bercakap tapi tak boleh merubahkan keadaan sehingga pilihanraya yang akan datang, itu pun kalau Melayu bersatu seperti dengan kaum China dan India.

Keputusan pilihanraya yang baru lalu telah memberi pengajaran kepada ahli UMNO, terutama pemimpin atasan termasuklah YBM Tengku Tan Sri Razaleigh. YBM Tengku sebenarnya ada kemampuan untuk melontarkan pandangan dan mengambil tindakan bagi mencari jalan bagaimana cara dan keadeh supaya pemimpin melayu boleh bersatu.

YBM Tengku Tan Sri Razaleigh yang ku kenali semenjak belaiu menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dulu adalah seorang hamba ALLAH yang sangat tinggi dan murninya CINTAnya kepada Parti UMNO dan Rakyat seluruhnya.

Apatah lagi CINTAnya kepada AGAMA dan BANGSA serta memahami melayu hendaklah mencuruhkan segala keringat, harta benda dan tenaga bagi melahirkan perasaan CINTA kepada NEGARA kita Malaysia.

Dan tentunya pada malam 25hb. nanti YBM Tengku akan mengaturkan Ayat-Ayat CINTAnya untuk memberi semangat kepada pendengar bahawa CINTA kita pada AGAMA, BANGSA dan NEGARA tidak buta.

Wednesday, April 23, 2008

antara CINTA dan keinginan untuk memiliki

CINTA misti ada matlamatnya.
Jatuh CINTA diantara pemimpin parti politik tanahair boleh menguntungkan BANGSA dan NEGARA, Hari ini orang ramai bercakap MELAYU tidak bersatu, tidak bersatu itulah yang membuat berlakunya keretakan hubungan diantara pemimpin MELAYU dan tidak bersatu itulah juga kerana tidak ada perasaan menCINTAI diantara satu sama lain.
Besar erti CINTA pada AGAMA, BANGSA dan NEGARA.
dan perasaan CINTA dan MENCINTAI hendaklah dipupuk dalam hati sanubari insan yang bergelar pemimpin. Ketua hendaklah MENCINTAI ahlinya, Perdana Menteri hendaklah MEMNCINTAI Rakyatnya begitulah sebaliknya, Pejuang hendaklah MENCINTAI Negaranya, Penganut hendaklah mencintai Agamanya dan Umat hendaklah MENCINTAI Tuhannya.
Sifat CINTA kalau diamalkan dalam perjuangan tidak akan berlaku pertengkaran dan permusuhan, maka suburkanlah perasaan CINTA dalam membuat keputusan politik nescahaya ianya akan membawa berkat dan rahmat.
Dalam keinginan untuk memiliki JAWATAN dan KUASA jangan lupa perasaan CINTA sesama kita hendaklah diutamakan supaya maruah BANGSA dan harga diri akan terpelihara ini kerana apa saja keputusan yang dibuat diatas landasan CINTA ia akan membuah hasil yang bahagia
Dalam suasana politik yang agak PANAS menjelang persidangan Parlimen nanti, para pemimpin MELAYU hendaklah mengambil bahagian dengan meletakkan semangat CINTA kepada BANGSA dan NEGARA diutamakan bab kata pepatah "tarik rambut dalam tepung" rambut tak putus dan tepung tak hancur, walaupun jiwa terasa memberontak oleh suasanan dan keadaan.
Percayalah dalam memurnikan ayat-ayat CINTA diadalamnya mistilah ada SABAR dan IKHLAS.

Tuesday, April 22, 2008

Ezam: Perjuangan saya tidak sia-sia.

KL: Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) menyokong sepenuhnya langkah kerajaan menstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.
Pengerusinya, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai satu komitmen kerajaan untuk memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh di negara ini.

"Asas perjuangan ini jugalah telah menyebabkan saya ditahan di penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hari ini saya merasakan perjuangan saya tidak sia-sia," Ezam

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memulakan sesuatu yang amat berani.
"Secara peribadi gerakan memerangi rasuah merupakan sesuatu yang amat bermakna dalam perjuangan saya. Sejak menerajui Angkatan Muda Keadilan (PKR) dan kemudian mengasaskan Gerak inilah asas perjuangan saya.
"Asas perjuangan ini jugalah telah menyebabkan saya ditahan di penjara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Hari ini saya merasakan perjuangan saya tidak sia-sia," katanya.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur semula bagi menjadikannya satu suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.
Penstrukturan semula itu merupakan satu daripada empat inisiatif kerajaan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.
Mohamad Ezam berkata, langkah paling signifikan untuk membebaskan negara ini daripada rasuah ialah memastikan BPR menjadi sebuah badan bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Parlimen.
Sementara itu, beliau mengajak semua rakyat memberi sokongan dan kerjasama yang sewajarnya dalam usaha merealisasikan rancangan tersebut.
Katanya, Gerak mengajak seluruh lapisan masyarakat melihat secara positif terhadap keputusan ini.
"Rakyat diminta memberi sokongan dan kerjasama yang wajar kepada Perdana Menteri untuk melaksanakan cita-cita murni tetapi penuh cabaran .
(PETIKAN DARI KLPos).

CINTA boleh merubah segala-galanya

Salam Bahagia untuk semua yang mengikuti ' yang ku dengar dan ku lihat'.
mulai minggu ini saya akan paparkan penulisan dan gambar(sekiranya ada) dipersikataran kita tentang apa saja yang akan jadi peristiwa dan sejarah untuk makluman dan tatapan kita bersama.

Semuga ianya menjadi sebahagian ilmu untuk kita semua.

Selamat melayari.


Untuk ingatan dan Panduan kita semua.

'CINTA' adalah satu perkataan.

Perkataan CINTA hendaklah kita sematkan dalam sanubari kita semuga ianya menjadi satu pegangan dalam perjuangan kehidupan kita sehari harian dan DUNIA ini akan AMAN dan TENTERAM sekiranya pemimpin sesebuah negara sentiasa amalkan perasaan CINTA tersemat dilubuk hatinya.

Sebagai pemimpin, tanpa CINTA, perbuatan dan tindakan kita akan sentiasa tergelongsur jatuh dan boleh merusakkan segala macam keadaan, baik untuk menguruskan POLITIK, NEGARA, KELUARGA dan AGAMA, maka oleh itu sifat CINTA itu hendaklah bersebati dengan kehendak dan kemahuan rakyat jelata dan hendaklah menzahirkan dalam keputusan dan tindakan kita.

Dan dalam kemelut politik MALAYSIA hari ini, marilah kita semua minta supaya pucuk pimpinan negara memberi keutamaan kepada CINTA PADA NEGARA lebih daripada CINTA PERIBADI;

1. Apa guna jadi Ketua Parti sekiranya parti akan hanyut dan lemah.

2. Apa guna jadi Ketua Negara sekiranya kuasa BANGSA akan terhakis dan berkubur.

Pandangan YB. Tan Sri Mahyuddin Yassin adalah pandangan dengan penuh perasaan CINTA pada NEGARA, BANGSA DAN AGAMA, teguran ikhlas ini hendaklah disambut dengan sokongan sekiranya rakyat Malaysia ada perasaan CINTA pada Keamanan dalam keadaan politik tidak menentu diwaktu ini.

Begitu juga pemimpin parti-parti pembangkang terutamanya parti yang diterajui oleh orang MELAYU. Mereka harus ada perasaan CINTA pada NEGARA dan BANGSA, jangan kerana ingin tunjuk ego maka maruah bangsa digadaikan dan perasaan CINTA pada NEGARA dan BANGSA dilacurkan sehingga layu kerana pentingkan JAWATAN dan KUASA.

Kalau semua pemimpin BERCINTA dan MENCINTAI antara satu sama lain, sampai khiamat NEGARA kita, BANGSA kita dan AGAMA kita serta rakyat kita akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera dalam masyarakat yang berbilang bangsa ini.

Wahai pemimpin MELAYU (tak kira dari parti politik mana) BERCINTALAH KAMU SEKARANG kerana apabila kamu semua sudah jatuh CINTA yang amat mendalam, maka segala kurap, parut, panau dan segala macam kesalahan dan kejahatan yang kamu lakukan akan hilang dibawa arus kehangatan CINTA.

Barulah NEGARA akan maju dan rakyat akan bersatu.
Dalam bercinta itu aturlah AYAT-AYAT CINTA, semuga ia akan mengasyikkan.