Friday, November 30, 2012

Jangan menipu.


Nama Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bermain dibibir rakyat diwaktu ini. Pertama kerana beliau baru menyelesaikan memberi ucapan dasar kepada perwakilan UMNO dalam Persidangan Agong UMNO yang sedang berlangsung sekarang. Boleh jadi ucapan beliau yang terakhir sebelum PRU13 sebagai Presiden UMNO.
Saya berkata boleh jadi ucapan beliau yang terakhir kerana selepas ini PRU akan diadakan selewat2nya pada April 2013 nanti dan memandang 'mood' rakyat hari ini besar kemungkinan BN akan kalah pada PRU13 itu.

Meneliti ucapan dasar Dato' Najib, tidak ada perkara baru yang dicetuskan bagi menaikkan semangat untuk rakyat bangkit memberi sokongan kepada UMNO dan Kerajaan, yang bersemangat hanyalah lebih kurang 5,000 orang perwakilan yang memenohi dewan merdeka PWTC, itu pun kerana diarah supaya tidak membangkitkan isu-isu yang panas yang boleh merosakkan agenda 'menipu' yang akan dibawa oleh UMNO pada PRU.

Penipuan pertama yang jelas apabila wakil Kelantan yang membahas ucapan dasar Presiden dengan mengatakan bahawa team bolasepak Kelantan TWR menang 3 piala musim ini kerana UMNO sedanghkan seluruh rakyat Kelantan tahu kemenangan itu kerana kesepakatan seluruh rakyat Kelantan memberi sokongan dan dokongan kepada KAFA yang dipimpin oleh Tan Sri Anuar Musa.


Diantara pemimpin yang mencorakkan pasukan bolasepak Kelantan pada awalnya yang membantu Tan Sri Anuar Musa selaku Presiden KAFA ialah Dato' Jazlan Yaakob, Timbalan Presiden KAFA, Encik Nordin, Setiausaha Agong KAFA, Dato' Rosmadi Ismail, bersama  Encik Nik Ismail, Naib2 Presiden dan pada waktu itu saya dilantik oleh Tan Sri Anuar Musa selaku Pen. Bendahari KAFA dan KAFA tidak dibawah naungan UMNO Kelantan.

Keduanya nama Dato' Najib bermain dibibir rakyat Malaysia hari ini kerana kenyataan yang telah dibuat oleh usahawan karpet iaitu Deepak Jaikishan yang mendedahkan bahawa Dato' Najib terlibat dalam urus niaga tanah yang kini sedang dibicara di Mahkamah Kuala Lumpur.

Lebih daripada itu keluarga Najib juga disebut terlibat dalam kes P. Balasubarmaniam yang telah menjadi rahsia umum soal pemalsuan kenyataan beramaran yang diikrarkan beberapa tahun dulu yang mana dikaitkan pula dengan kes 'Pembunuhan Altantuya' yang masih mistri walaupun Mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati kepada Azilah dan Sirul pegawai polis unit tindakan khas yang sehingga kini masih belum dihukum.

Apakah isu ini sengaja didedahkan kerana mahu mengaibkan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO kerana diwaktu ini UMNO menghimpunkan jenteranya seluruh Negara, maka Deepak lantas membuat kenyataan akhbar dan  mengaitkan nama PM Najib dan Keluarganya.

Lebih suspen apabila ada baris-baris dalam lapuran media bahawa ada orang yang sanggup menjadi saksi bagi mengatakan perkara sebenar disebalik trajedi tersebut. Dengan itu maka banyak persoalan sedang dibincang sekarang kerana ia merangkumi tiga perkara besar yang menjadi tandatanya oleh rakyat.


1. Isu tanah yang ada kaitan dengan projek Kementerian Pertahanan semasa Najib jadi menteri yang dikatakan ada penglibatan tokoh wanita UMNO.

2.  Isu Akuan bersumpah kedua yang dibuat oleh P. Balasurbaniam, pegawai penyiasat persendirian yang ditarik balik secara tergesa-gesa akuan bersumpah yang pertama yang dikaitkan dengan Dato' Najib.

3.  Isu pembelian kapal selam 'scorpene' yang dikaitkan dengan rasuah berjuta-juta ringgit menyebabkan Razak Baginda, kawan rapat PM Najib menjadi yang populor sedikit masa dulu.

Sepatutnya dikesempatan ribuan kedar UMNO berada di ibu kota, satu lapuran polis hendaklah dibuat terhadap Deepak supaya siasatan dapat diadakan, adakah betul kenyataan yang dibuat oleh Deepak berhubung dengan perkara yang melibatkan keluarga PM Najib dalam urusan membantu P.Balasurbaniam membuat akuan bersumpah seperti yang disebutkan itu.


UMNO tidak sepatutnya membiarkan isu ini dijadikan modal oleh rakyat mempertikaikan kejujuran UMNO dalam membendung isu-isu yang membuat rakyat resah dan tertanya-tanya. Sesuai dengan slogan yang diwar-warkan iaitu Rakyat didahulukan.

Rakyat mahu tahu, adakah kenyataan Deepak itu benar adanya penglibatan keluarga PM Najib atau Deepak sengaja mengadakan isu untuk mengaibkan PM Najib. Inilah masanya yang sesuai bagi UMNO untuk memadamkan ketiga-tiga isu yang sekiranya dibiar ianya akan berlangsung sehingga PRU13 kelak.

 Rakyat sedang menunggu dan menuntut penjelasan sama ada dari PM Najib atau pun UMNO kerana Dato' Seri Najib adalah Presiden UMNO.

Thursday, November 29, 2012

Najib dan Hishamuddin sedang di 'balun' dan dimalukan?

Punah. itulah kata-kata yang sedang berlegar di setiap warung dan coffee house sekarang apabila dua isu besar terpapar dimedia altenative berhubung isu Bekas Ketua Polis Negara dan Seorang ahli perniagaan terkaya di Malaysia.

Isu yang didedahkan oleh Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berhubung penglibatan beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan. Heboh sekarang kerana dikaitkan juga dengan Kes Pembuhunan Altantuya.

Manakala bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassa pula semasa bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.


Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.


Perkara ini tentunya akan memberi kesan perbincangan terhadap pasukan polis dan Perdana Menter kerana pendedahan ini berlaku dimana pengikut UMNO sedang berhimpun di PWTC yang tentunya akan berbincang isu2 yang berkaitan dengan negara dan pemimpin.

Sesuai dengan Persidangan Agong UMNO, bolehlah dilihat apakah ada diantara perwakilan UMNO sanggup bertanya kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri terhadap isu yang disabitkan terhadap mereka.

Apakah kenyataan Deepak dan Musa Hassan itu adalah fitnah dan sengaja diadakan semata-mata untuk memalu dan mengaibkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO diwaktu UMNO sedang bersidang. Tidak berjaya Persidangan UMNO kali ini sekiranya isu yang dikaitkan dengan pemimpin besarnya tidak diperjelaskan kepada rakyat jelata.

Biasanya persidangan Agung UMNO berjalan dalam keadaan tulus dan ikhlas, walaupun nampak terarah kepada membodek pemimpin tapi pemimpin juga ditegur dan ditanya sekiranya ada isu-isu yang boleh menjejaskan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Apakah Musa Hassan dan Deepak,sengaja mahu bercakap tanpa bukti. Atau ramai lagi dikalangan pemimpin UMNO sedang bergembira dibelakang Musa Hassan dan Deepak apabila isu ini didedahkan semasa perwakilan UMNO diseluruh Malaysia sedang berhimpun. Apakah perlu satu siasatan dilakukan terhadap tuduhan tersebut kerana ia melibatkan intergriti Kerajaan dan diri orang yang dituduh.


Kini perwakilan UMNO yang ramai, dihidangkan dengan dua isu yang cukup mengemparkan, isu ini bukan main-main, ianya perlu jawapan dan penjelasan oleh dua orang sepupu itu. 

Dalam UMNO semuanya mungkin.

Tuesday, November 27, 2012

Ucapan Muhyuddin 'copyprint'.

Ucapan Perasmian di Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Tan Sri Muhyuddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia malam tadi ibarat 'copyprint' yang tidak menjurus kepada arahan dan mandat untuk UMNO mencapai keputusan PRU supaya lebih cemerlang dari keputusan 2008.

Ucapan diatur untuk menghentam PAS secara tidak langsung mengambarkan bahawa beliau kehabisan modal untuk memikat perwakilan supaya lebih bersemangat. Nyata beliau ketandusan ideal apabila tak ada perkara baru yang dilontarkan untuk disambut oleh perwakilan ketiga-tiga peringkat itu.

Selain menyatakan bahawa PAS diperkudakan oleh DAP beliau cuba menampilkan bahawa PAS tidak pernah bertanding melebihi separuh kerusi Parlimen setiap kali pilihanraya umum, nampak sangat beliau tidak cermat dalam memberi hujah apabila beliau tidak cuba membandingkan kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada PRU 2008 lalu.

Beliau hendak memberitahu bahawa PAS tidak menang lebih daripada separuh kerusi untuk dapat membentuk kerajaan kerana PAS tidak bertanding lebih daripada separuh kerusi parlimen. Sedangkan beliau lupa bahawa UMNO pun pada pilihanraya 2008 tidak menang lebih daripada separuh kerusi tapi dapat meneraju kerajaan.

Nampak sangat cara perbandingan tidak bertaraf seorang pemimpin yang realistik, sebab itulah sepanjnag ucapan beliau menjadi malap dan tidak mendapat sambutan yang mengalakan yang mana para perwakilan seakan-akan memaksa diri untuk bertepuk tangan.

Perkara yang lebih malang lagi apabila dipermulaan ucapan, beliau meletakkan negara Malaysia ini untuk dibanding dengan negara Myamar, Sri Lanka dan Fiji. Sedang semua tahu bahawa Malaysia adalah jauh lebih baik daripada negara tersebut, rakyat Malaysia cerdik dan matang. Bagaimana beliau cuba meletakkan taraf rakyat Malaysia serendah itu. Apakah beliau ada niat untuk menghina rakyatnya sendiri.

Sepanjang ucapan beliau, tidak pula menegur akan kelemahan yang terdapat di ketiga-tiga peringkat pergerakan tersebut, seakan-akan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri tidak ada apa yang patut ditegur, sedangkan rata-rata orang mengetahui ada banyak perkara yang boleh ditegur untuk menambah nilai bagi kekuatan sayap parti itu.

Kenapa malu untuk menegur, kerana sebagai pemimpin yag baik yang kurang hendaklah ditegur. Tengok semasa Musa Hitam jadi Timbalan Presiden dulu, sayap Pemuda dan Wanita selalu ditegur, itu sebabnya Pemuda dan Wanita dulu bermaya dan hebat. Atau beliau berhati-hati kerana selepas PRU 13 ini, UMNO akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan, jasteru itu hati sayap Wanita, Pemuda dan Puteri mesti dijaga kerana disitu sudah ada undi tetap.

Apabila ucapan perasmian lembab, maka jelaslah UMNO pun akan malap.

Sunday, November 25, 2012

Anwar Ibrahim PM selepas Najib.

Saya pergi ke Bachok disana ada pantai yang dinamakan pantai irama dan apabila ada pantai tentu ada nelayan, dulu nelayan digambarkan masyarakat miskin, kais pagi makan pagi kebanyakannya, tapi kini tidak lagi rata-rata nelayan sudah hidup mewah, Itu semua berkat kegigihan ibubapa mereka dulu mengharungi kehidupan dengan penuh keinsafan dan keimanan. Generasi baru mewarisi tradisi itu.

Tapi malangnya, kegigihan ibubapa dan nenek moyang mereka itu tidak dapat dihayati oleh sebahagian genersi diwaktu ini tentang kepahitan hidup yang dilalui oleh genersi terdahulu. Genersi hari ini lupa kerana didodoi oleh perubahan alam, mereka lupa penat lelah orang tua dulu-dulu, mereka ghairah kerana disuap dengan arus subsidi maka mereka lupa asal usulnya.

Mereka lupa bahawa kehidupan itu datangnya dengan keizinan Allah, mereka cuba menafikan bahawa hidup ini ada pelindungnya, mereka lupa kekayaan dan kemewahan tidak sengaja datang, mereka lupa setiap kejadian itu ada hikmat nya. Jesteru itu mereka sedang memaki alim ulama, merek lupa satu hari nanti mereka juga akan mati seperti nenek moyang mereka.

Diwaktu Najib makin resah, yang mana PRU akan tiba berbagai-bagai fitnah dilemparkan oleh mereka yang pro Kerajaan BN terhadap PR. Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dihina dan dimaki hamun, mereka sudah hilang pertimbangan ugama semata-mata mahu menegakkan sebuah kerajaan yang hampir runtuh.

Di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur parti PR masih gah yang tidak mampu diubah oleh BN manakala Negeri Sembilan, Perak, Trengganu dan Sabah sudah boleh dikira akan jatuh kepihak PR dan Johor, Melaka serta Serawak sebahagiannya telah dapat ditembusi oleh PR.

Nelayan dan Petani masih setia dengan PR walaupun BRIM dan Subsidi dicurahkan untuk memikat undi oleh BN begitu juga dengan Peneroka yang dulunya teguh bersama BN kini mula goyang kerana genarsi kedua tahu nasib mereka tidak terbela hanya dengan RM5,000 pemberian perangkap samar pilihanraya.

Persoalan sekarang betulkah PRU13 ini, BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen, sekiranya betul maka bernafas lagi lah BN dan masih ada peluang untuk penyangak dalam UMNO mencari peluang untuk memenohi saku dan memperkayakan diri. Dan apakah rakyat masih mahu membiarkan perkara sebegitu berlaku?

Tentu rakyat tidak mahu, para pemimpin BN manjadi rakus. Dan diatas kesedaran itulah anak-anak bangsa yang berada di ibu kota yang tiap-tiap hari melihat kerakusan dan rasuah yang dilakukan oleh para pemimpin politik kerajaan didepan mata akan pulang ke kampung halaman dan memberitahu ayah dan bonda supaya PRU13 jangan lagi sokong BN dan UMNO.

Dengan arus kota ke desa inilah kerusi yang dikatakan dimenangi oleh BN sebanyak 120 kerusi Parlimen akan menurun ke angka 97 kerusi termasuk Sabah dan Serawak. Jadi kesimpulannya keputusan PRU 13 nanti PR akan dapat 113 kerusi, Bebas 12 kerusi dan BN mendapat 97 kerusi. PUTRAJAYA milik PR.

Saturday, November 24, 2012

Nilailah sendiri.

Allahyarham Ustaz Fadhil Noor.

Friday, November 23, 2012

Masih adakah 'maruah' UMNO.

Lembaga Disiplin Umno mengumumkan  pemecatan dua ahli dan penggantungan selama tiga tahun seorang lagi ahli, ketiga-tiganya dari Umno Bahagian Semporna, Sabah, kerana kesalahan sabotaj parti.


Manakala 4 orang dari negeri Perlis didapati bersalah dan hanya diberi amaran kerana tidak mengikuti perintah-perintah parti dan tidak menjalankan dasar-dasar parti, manakala Dato' Zahidi Zainul Abidin dari Bahagian Padang Besar Perlis tidak bersalah.

Wayang UMNO selalu dimainkan apabila menjelang perhimpunan Agong, ada yang dipecat, ada yang dikenakan pengantungan dan ada yang diberi amaran, tengok bululah. Begitu pun ada juga yang didapati tidak bersalah.

Lihat kes di Sabah, kena pecat dan digantung, siapakah yang dipecat itu, adakah mereka itu melakukan sabotaj parti kerana kemahuan hati atau ada sesiapa dibelakang yang cuba untuk melemahkan kepimpinan Bahagian Semporna yang mana Naib Presiden UMNO iaitu Shafie Afdal adalah ahli Parlimen disitu.

Sekiranya ada permainan politik di Bahagian tersebut, sepatutnya mereka yang merancang disebalik tabir patut diambil tindakan. Atau tindakan yang adil tidak boleh diambil kerana terdapat 'jerung' yang terlibat.

Begitu juga bentuk tindakan yang dikenakan kepada ahli UMNO di Perlis, empat ahli Umno dari Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, didapati bersalah dan diberi amaran kerana kesalahan tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.

Yang peliknya Dato' Zahidi Zainul Abidin dilepas dan dibebas kerana didapati tidak bersalah. Nampak sangat Lembaga Displin UMNO membuat keputusan terpilih seperti kebiasan ditahun-tahun terdahulu. Oleh kerana tahun ini tidak ada pemilihan adalah dipercayai nasib Dato' Zahidi baik, sekiranya ada pertandingan boleh jadi beliau juga akan dikenakan tindakan seperti apa yang telah dilalui oleh Isa Samad dan Ali Rustam.

Kenapa hanya di negeri Sabah dan Perlis saja yang diambil tindakan, sedangkan di negeri lain ada terdapat ahli-ahli UMNO bersekongkol dengan parti-parti PR tidak diambil tindakan. Jelas UMNO sebenarnya tidak melaksanakan tuntutan perlembagaan tapi menjadi amalan, siapa yang pemimpin suka akan boleh berbuat apa saja.

Jadi drama Lembaga Displin hanya dipentaskan apabila menjelangnya Perhimpunan Agong dengan pelakun nya dipilih dikalangan ahli-ahli yang tidak disukai oleh pemimpin. Betullah kata Tun Mahathir 'UMNO busuk seperti usus'.

Perhimpunan Agong UMNO kali ini tentunya akan banyak hidangan yang retorik khasnya daripada pemimpin hinggalah ke perwakilan dalam suasana dimana ahli-ahli UMNO di Bahagian Tanah Merah sedang bertanya kabar, apakah UMNO sekarang masih bermaruah?.

Tuesday, November 20, 2012

DUN Nenggiri jadi idaman.

PR berpeluang menang kerusi Parlimen Gua Musang walau pun kedudukan YBM Tengku Razaleigh Hamzah masih disayangi oleh rakyat di Gua Musang. Rakyat Gua Musang akan sentiasa menghormati diatas jasa dan kesungguhan Tengku membangunkan Gua Musang. Tengku sentiasa berada dihati rakyat Gua Musang dari yang kecil hingga kepada yang paling tua, tak ada sesiapa yang boleh menandingi Tengku. Itulah realitinya.

Tengku diatas sifat peribadinya tak ada orang yang boleh tandingi di Gua Musang kini, tapi pada PRU13 nanti belum tentu Tengku tidak ditandingi tambah-tambah lagi dalam keadaan rakyat sedang bertekad untuk mendapat kerajaan baru di Malaysia ini.

Apabila kerusi DUN Galas dan DUN Nenggiri belum tentu selamat untuk BN dalam PRU13 ini, kedudukan kerusi Parlimen juga akan tergugat, kerana rakyat sedang begitu bersemangat untuk melihat BN kalah dan PR dapat membentuk kerajaan Malaysia yang baru. Ertinya Tengku juga akan tergugat sekiranya masih menjadi calun BN.

Tambah pula ada beberapa individu yang dulunya menjadi jentera barisan hadapan kepada UMNO Gua Musang kini sudah secara terang menentang kepimpinan YBM Tengku maka adalah asas apabila terdapat golongan yang ingin melihat BN akan kalah dan Tengku tidak lagi menjadi wakil rakyat BN Gua Musang.

Semua orang tahu pengaruh Tengku teramat kuat di Gua Musang tapi orang tidak tahu siapa dibelakang kekuatan Tengku di Gua Musang, kini kekuatan Tengku dibelakang telah bertukar apabila keputusan PRU12 lalu dilihat sebagai perbandingan dengan PRU11. Dan ramai pengiat politik tahu lakonan dan sendiwara dalam PRU kecil Galas baru-baru ini.

Sekiranya PAS dan PKR benar-benar berhajat untuk memiliki Parlimen Gua Musang, inilah masanya dapat ditukar pada PRU13 dari kerusi BN kepada PR. Persoalannya apakah PR berjahat. Cara yang paling mudah Tengku sendiri boleh bersama-sama memainkan peranan bersama PR kerana UMNO dan BN sudah tidak berminat diatas peranan Tengku untuk membangunkan negara. Sesungguhnya UMNO lebih bahagia sekiranya Tengku tidak bersama.

Sunday, November 18, 2012

Dewan Ulama PAS harus sensitif.

Saya kurang faham, apa perlunya wakil dewan Ulama PAS Hairun Nizam mengemukan isu supaya Tuan Guru Haji Hadi adalah calun terbaik untuk jadi Perdan Menteri Malaysia. Apakah beliau bercakap diatas sifat peribadi atau menzahirkan suara dewan Ulama PAS Pusat. Kerana jawatan Perdana Menteri telah lama diputuskan oleh PR iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah orangnya sekira PRU13 nanti PR dapat perintah Malaysia.

Tak kiralah sama ada ucapan itu atas sifat peribadi atau dari dewan Ulama PAS, Siapa yang akan jadi Perdana Menteri Malaysia apabila PR menang PRU13 kelak sudah disepakati iaitu Anwar Ibrahim jadi suara-suara sumbang sepatutnya tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya akan memberi topik baru kepada BN untuk merujuk bahawa dalam PR pun ada suara yang mempertikaikan keputusan bersama pimpinan PR.

Ekoran dari 'suara cepuah' dari wakil dewan Ulama PAS itu menyebabkan Tuan  Guru Haji Hadi terpaksa berdepan dengan soalan-soalan yang tidak sepatutnya dilayan begitu juga dengan Anwar Ibrahim., Dan tentunya akan menjadi isu yang akan diungkit oleh BN nanti apabila DAP pula dengan tegas akan menolak Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana persetujuan telah dicapai begitu lama dulu.

Apakah niat sebenar Hairun Nizam menlontarkan persoalan Perdana Menteri itu, apakah beliau tidak puas hati dengan persetujuan yang dicapai yang telah diputuskan oleh pimpinan tertinggi PAS Pusat dan PR atau sengaja nak cari populoriti dalam muktamar supaya namanya dicalun dalam PRU nanti.

Kerana isu Perdana Menteri sebenarnya tidak perlu dibincang lagi, yang perlu diletak dihadapan ialah bagaimana gerak kerja yang perlu diusahakan semuga PR akan menang besar pada PRU13 dan akan membolehkan tawan PUTRAJAYA.

Kini BN ada satu lagi isu yang boleh dicanang. Dewan Ulama PAS tolak Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri?. Tidakklah nanti ianya akan menyinggong dikalangan ahli dan penyokong PKR dan DAP akan bertegas yang tentunya akan menjadi rakyat kelam kabut. Itulah perlunya istiqomah dalam perjuangan terutamanya ahli dewan Ulama Pas itu sendiri. Jangan ikut sedap rasa nanti perjuangan akan binasa.

Budaya tidak mematuhi apa yang diputuskan oleh jemaah tertinggi parti akan  mendedahkan parti kepada musuh yang sentiasa mencari kesempatan untuk menghasut rakyat. Jangan pula ada ahli majlis Ulama PAS dijadikan peluru oleh BN untuk menghasut rakyat supaya tidak menyokong PR disebabkan hanya kerana isu yang sudah dimaktamad tapi dicetuskan dimedan perdebatan oleh dewan Ulama PAS.

Malang kepada PAS kerana rakyat sudah bersama-sama PR untuk ke PUTRAJAYA tiba2 dewan Ulama menyuarakan nada yang tidak sehaluan dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat PR. Bagaimana nak meneraju negara dengan  tenang dan aman sedangkan ada lagi mereka yang berjawatan dalam parti tidak sensitif dalam isu yang amat sensitif.


Wednesday, November 14, 2012

Ustaz Azhar Idrus, UMNO mati akal.

Menuntun sambil minum kopi. Ustaz Azhar sebagai ikon anak muda zaman ini yang memberi ilmu secara spotan dan tidak menjemukan. IKutilah setiap ceramah beliau tentunya tidak menghampakan dan yang tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri ditempat ceramah beliau bolehlah ikuti dengan cara membeli CD atau Youtube. Pasti puas hati.

dari blog sanggahtokjanggut

Siapa MB Johor? . Ghani atau Lim Kang Hoo?
Lim Kang Hoo- de facto MB Johor?


BILA Syed Mokhtar Al-Bukhary mendapat banyak peluang-peluang perniagaan,DAP dengan begitu hebat menyerang kedudukan Syed Mokhtar ini dan ahli parlimen yang mewakili kerajaan pun turut tumpang sekaki menyerang korporat melayu ini seolah-olah perniagaan Syed Mokhtar itu haram,beliau berniaga barang-barang terlarang,seolah-olah Syed Mokhtar itu penjenayah dan tidak dibenarkan untuk berniaga apa sahaja yang berkaitan dalam negara ini.

Tetapi tidak ada siapa pula yang mahu mempersoalkan tindak tanduk Lim Kang Hoo yang dilihat begitu bermaharjalela di Negeri Johor dengan menguasai hamper keseluruhan hartanah di negeri tersebut dan tindakan Lim Kang Hoo ini tidak pula didedahkan atau dipersoalkan oleh DAP ataupun MP Barisan Nasional,seolah-olah Lim Kang Hoo ini kebal dan tidak ada sesiapa yang boleh menyentuhnya.

Kenapa bila Melayu menjadi kaya raya,ada pihak yang mempertikaikannnya dan kenapa Cina ataupun India yang juga diberikan peluang untuk menjadi kaya oleh kerajaan Barisan Nasional tidak dipertikaikan?Kenapa tidak dipersoalkan Robert Kuok.Anand Krishnan dan ramai lagi?Mengapa DAP menyerang korporat Melayu semata-mata?

Kenapa tidak ada yang bertanya berapa ratus hektar tanah di Wilayah Iskandar diberikan kepada syarikat milik Lim Kang Hoo ini selebihnya pula dibuka untuk tender terbuka?Kenapa tidak dipersoalkan jajaran Danga Bay yang dimonopoli oleh Cina ini?Mengapa disembunyikan bahawa syarikat Lim Kang Hoo ini yang  sebenarnya berselindung di sebalik pengswastaan KFCH?

Betulkah Johor Corporation masih memegang ekuiti 51 % atau sekadar angka semata-mata?Mengapa tidak ada yang bertanya,apa jadi kepada Kumpulan Permodalan Rakyat Johor (KPRJ) selepas Menteri Besar Ghani Othman mengambil alihnya?

Apa istimewa hubungan Ghani Othman dan juga seorang pemimpin kanan dari pusat dengan Lim Kang Hoo ini?Malah ada yang bertanya,siapa MB Johor?Ghani atau Lim Kang Hoo hingga Ghani dilihat menurut dan mematuhi apa sahaja kehendak Lim ini dan ada yang tidak segan silu menuduh bahawa Lim Kang Hoo adalah de facto MB Johor dan Ghani hanyalah wayang semata-mata.

Siapa pula yang memperkenalkan Lim Kang Hoo ini kepada kepimpinan negeri Johor?
Mengapa tidak ada yang berani mempersoalkan kenapa Lim Kang Hoo diberikan layanan yang cukup istimewa di Negeri Johor.Siapa di belakang korporat Cina ini sehinggakan beliau menjadikan Johor itu seolah-olah bagaikan hartanya sendiri?

Mengapa tidak ada yang berani mempersoalkan ataupun bertanya berapa banyak premium tanah yang dibayar oleh Cina ini sewaktu pengambilan tanah di Danga Bay ataupun ditempat-tempat lain dalam negeri itu?Mesti ada rekod di PTG,siapa yang mengarahkan dengan minit bertulis supaya pengambilan tanah tertentu dikecualikan dari bayaran premium.

Tidak salah menyerang Syed Mokhtar kalau terbukti beliau memperolehi peluang hasil daripada penyelewengan dan dalam masa yang sama,keterlibatan Lim Kang Hoo ini juga perlu didedahkan supaya berlaku adil kepada semua dan dokumen yang bakal didedahkan membuktikan bahawa lebih daripada separuh pengswastaan projek-projek hartanah di negeri Johor dimonopoli oleh Lim Kang Hoo ini yang turut menguasai Ekovest.

DAP berdiam diri untuk tidak menyerang atau mempersoalkan Lim Kang Hoo ini mungkin kerana hubungan bangsa mereka ataupun syarikat-syarikat milik Lim Kang Hoo ini termasuklah dua tiga Melayu yang ada di dalamnya proksi kepada orang-orang tertentu ataupun berkemungkinan besar syarikat milik Lim Kang Hoo ini turut menyumbang untuk dana parti  DAP?

Isu Lim Kang Hoo ini sudah mula diperkatakan oleh rakyat negeri Johor.Keintiman ataupun hubungan rapat antara beliau dengan kepimpinan negeri dan orang-orang tertentu hingga beliau dilihat mempunyai kuasa pemutus untuk sebarang keputusan melibatkan kerajaan negeri mula menjadi buah mulut ramai.

Tuesday, November 13, 2012

Hala tuju hindfar sudah jelas.

Deepavali untuk penganut ugama hindu. Yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat india kini adalah lebih 350,000 orang yang tak ada kad pengenalan adakah akan diiktirah sebagai rakyat Malaysia setelah Hindraf bertemu dengan YAB Perdana Menteri Malaysia nanti.

Bunyi kabar itulah salah satu syarat yang akan digunakan oleh hindraf apabila Dato' Najib menyuarakan untuk bertemu dengan kumpulan tersebut. Besar syarat tersebut dan selalunya apabila satu-satu pertemuan yang hendak diadakan diantara pihak kerajaan dengan kumpulan yang bukan kerajaan pihak kerajaan akan tolak apabila dikenakan syarat.

Apakah akan berlaku pertemuan diantara Dato' Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dengan kumpulan yang digelar hindraf apabila ada syarat-syarat tertentu untuk menjayakan pertemuan itu. Apakah kerajaan begitu terdesak apabila awal-awal lagi pihak hindraf secara spotan memberi syarat untuk menjayakan pertemuan itu.

Dalam hal ini MIC lebih berani daripada UMNO untuk membalas syarat yang dianjurkan oleh hindraf ytang mana kata MIC apa guna adakan pertemuan sekiranya hindraf terlebih dahulu mengenakan syarat. Begitulah sepatutnya kebangkitan diguna oleh UMNO yang menjaga kepentingan negara apabila seramai 350,000 orang dituntut untuk diiktiraf sebagai warganegara Malaysia dengan memberi kad pengenalan yang asal usulnya entah datang dari mana.

Kenapa UMNO diam membisu.

Kerajaan boleh memberi kad pengenalan kepada rakyat Malaysia keturunan india yang terlepas pandang dan kesilapan kerana kemiskinan dan kemudahan yang tidak terurus tapi untuk memberi kad pengenalan dan mewajarkan mereka sebagai warganegara Malaysia kepada bangsa india yang berada di Malaysia tanpa membuat tapisan dan kajian asal usulnya adalah tidak menasabah dan keterlaluan.

Kerana negara kita sentiasa dicerobohi oleh pendatang tanpa izin, yang mana diantaranya warga india yang paling ramai dan adalah tidak patut kerajaan Malaysia memberi kad pengenalan dan kerakyatan kepada bangsa india yang datang dan duduk di Malaysia secara haram.

Dah lah datang dan masuk ke negara kita secara haram, ada pula kumpulan yang cuba mempengaruhi kerajaan supaya memberi dan mengiktiraf mereka itu sebagai rakyat Malaysia. Dalam hal ini sudah nampak kemana sebenarnya hala tuju hindraf.

Friday, November 9, 2012

UMNO sayang pada ' Chua Soi Lek'?


Chua Soi Lek dipertahan kerana menentang hukum hudud, manakala Nurul Izzah di dikaitkan dengan isu 'murtad' satu gejala yang dilihat boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN dan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO. Betul kata Tun Mahathir, UMNO dilihat lebih busuk daripada usus (tahi).


Itu adalah satu 'kecelakaan' sedang menimpa umat Islam di Malaysia, apabila ada pihak secara terang menolak 'undang-undang Islam' dilaksanakan. Nampak sangat UMNO begitu kecut perut kepada MCA, hanya kerana untuk mengekalkan beberapa ribu orang pengundi cina maka sanggaup mempertahankan cadangan CSL supaya kerajaan Malaysia menolak perlaksanaan hukum hudud.

Kini UMNO telah memesongkan isu dan menghala targetnya kearah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Perlimen Malaysia dengan berbagai-bagai ejekan dan tuduhan yang melampau apabila Nurul Izzah dikaitkan dengan isu murtad. Satu isu yang diputar belit dengan harapan rakyat menolak PR dalam PRU13 nanti.

UMNO cuba membantu PR supaya penganut ugama lain di Malaysia ini akan terus memberi sokongan padu kepada Nurul Izzah dan PR, yang mana melayu sudah pun berpihak dan telah pun memilih parti mana yang mereka hendak sokong pada PRU kelak. Apa pun isu yang dimainkan oleh UMNO dan BN, rakyat sudah tahu parti mana yang telah melakukan kemungkaran dan mengamalkan rasuah dan kroni.

Untuk melalaikan rakyat dari terus berbincang soal isu hudud, isu RM40 juta kononnya untuk UMNO Sabah yang didedahkan oleh Rafizi tentang ada hubung kait dengan Nazri Famili maka Nurul Izzah dijadikan tempat untuk membalas dendam, yang mana satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh UMNO dan penulis yang pro UMNO kerana Nurul Izzah telah bersebati dengan masyarakat Islam yang tulin dan akan bersama Nurul Izzah bagi menjatuhkan kerajaan BN dalam PRU nanti..

Bertambah gawat lagi kepada UMNO dan BN apabila rakyat telah memilih bahawa isu murtad yang dikaitkan terhadap Nurul Izzah dianggap sebagai isu politik murahan kerana apabila rakyat mendengar keseluruhan ucapan dan dailog maka rakyat membuat keputusan bahawa ucapan tersebut tidak menjurus terkeluar akidah. Kerana Nurul Izzah tidak mengajak umat Islam supaya menganut ugama lain.

Betul dah pendapat rakyat Malaysia, pilihanraya ke 13 itu adalah pilihanraya terakhir bagi kerajaan BN kerana apabila BN jatuh pada pilihanraya ini, BN tidak mampu bangun lagi kerana jelas PAS lebih dihayati dan diyakini oleh rakyat semua bahawa PAS adalah sebuah parti untuk orang yang berugama Islam berbagai lapisan masyarakat.

UMNO lebih menyokong Chua Soi Lek daripada Nurul Izzah sehingga ulasan Nurul Izzah mengulas ayat al Baqarah diputar belit semata-mata nak mengaibkan seorang 'gadis Islam' sedangkan CSL menghina hukum hudud dipertahankan.

Ekoran isu murtad yang dikaitkan oleh UMNO dan Balaci UMNO terhadap puteri Islam Nurul Izzah itu , Sdr Rosdi Mustapha seorang usaha muda telah, telah menghubungi UTTV dan memberi kesanggupan untuk membiayai satu debat supaya diadakan diantara Dr. Asri (MAZA) bekas mufti Perlis dengan Ulama UMNO dan di moderator oleh Hassan Akida Ali, yang mana kos perbelanjaan beliau sanggup keluarkan,

Wednesday, November 7, 2012

Isu Nurul Izzah

"Untuk menghalang PR ke PUTRAJAYA"

Oh, banyaknya tajuk berita disurat kabar pro UMNO menghentam 'gadis Islam' Nurul Izzah Anwar berhubung pendapat beliau tentang ayat 256 surah al-Bakarah. PAS dicabar supaya mengeluar kenyataan maka bercakaplah Timbalan Dewan Pemuda PAS sebagaimana yang dilapur oleh Utusan Malaysia hari ini dengan tajuk Pemuda PAS tempelek Nurul Izzah.
Melihat kepada tajuk berita itu seolah-olah Pemuda PAS bersetuju dengan ulama upahan UMNO untuk mengalih topik perbincangan oleh rakyat iaitu BN mesti di kalahkan pada PRU13 ini. Jelas peranan Utusan Melayu untuk mencalarkan kewibaan gadis Islam melalui asakan berita yang disiarkan.

Tudahan melampau terhadap Izzah telah didendangkan oleh berita2 yang belum disah niat Izzah untuk membenarkan orang melayu bebas memeluk ugama lain dari ugama Isam. Berita yang tak boleh dipercayai langsung kerana tidak mungkin pemimpin wanita Islam itu berani dan sanggup mempergadaikan akidah semata-mata mahu meraih sokongan politik.

Rasuah pun Izzah tidak melakukan mana mungkin sanggup pula bermain dengan akidah. Jelas atas isu ini ada agenda politik oleh penulis berita yang cuba mengalihkan pandangan rakyat untuk terus bersatu bagi menentukan BN dan UMNO tumPAS pada PRU 13.

Sekiranya rakyat masih terpengaruh dengan berita yang memuakkan itu ertinya berita menghina gadis Islam telah dijadikan senjata untuk memusnahkan kecerdikan gadis Islam dalam berhujah menghadapi penganut ugama lain dalam forum-forum yang mana penganut ugama Islam bertegas untuk menegakkan al Quran.

Siapa berani kata Izzah telah terkeluar akidah dan terkeluar Islam? hanya dengan hujah yang beliau lontarkan dalam satu foram baru-baru ini yang telah diputar belit oleh anasir-anasir anti gadis Islam. Bagi mengesahkan akidah Izzah masih kukuh atau telah terpesong dengan Islam maka pihak JAIS hendaklah mengambil tindakan yang adil. Jika sekiranya benar Izzah telah memesongkan rakyat terhadap ugama Islam maka Izzah patut diambil tindakan tegas hatta 'pacung' sekali pun manakala kepada yang membuat tuduhan pula sekiranya tudahan itu tidak benar dan berunsur fitnah maka golongan itu hendaklah disebat dikhalayak ramai untuk  dijadi ,pengajaran supaya jangan lagi ghairah mengaibkan dan menghina gadis Islam.

Ketrampilan Izzah dengan wajah ayu dan manis bertudung diikuti oleh gadis-gadis Islam yang lain. Apakah kerana ramai gadis Islam mengikut dan meminati ketrampilan Izzah maka ada golongan dan pihak-pihak ingin memusnahkan kemampuan dan kehebatan Nurul Izzah memikat gadis-gadis Islam supaya 'berjurus'.

Jangan termakan dengan hasutan dan fitnah oleh media pro UMNO. kerana itulah cara mereka  bagi memadamkan isu yang boleh merosakkan kepentingan UMNO dan BN untuk menghasut rakyat supaya tidak menyokong PR pada PRU13 nanti dan untuk menghalang PR ke PUTRAJAYA.

Perjuangan menentang penindasan.


Kunta Kinte adalah mungkin salah satu generasi yang paling dikenal pasti hamba pertama, kerana gambaran beliau dalam Akar novel Alex Haley. Haley mendakwa bahawa dia adalah keturunan dari Kunta Kinte, ahli suku Mandinka di Gambia, Afrika, yang telah ditangkap dan diperhambakan sebagai lelaki muda. Apabila sampai AS, nama Kunta Kinte ditukar kepada Toby.

Walaupun Akar sebahagiannya fictionalized, perdebatan Haley bahawa Kunta Kinte adalah saudaranya telah sepatutnya menjadi satu yang benar. Terdapat sebenarnya telah menjadi pertikaian yang besar tentang perkara ini. Penyelidikan ke atas hamba bernama Toby, dan penyiasatan griot, seorang penyair lisan Afrika, yang memberitahu Haley tentang Kunta, telah membawa kepada penelitian serius tuntutan Haley. 

Nampaknya bahawa seorang hamba bernama Toby mungkin tidak bapa Kizzy, kepadanya Haley boleh membuktikan hubungan. Beliau mungkin telah meninggal dunia lama sebelum Kizzy telah diilhamkan. Ia juga mencabar untuk membuktikan bahawa Kunta Kinte menjadi hamba yang bernama Toby.


Walaupun kemungkinan bahawa Kunta Kinte tidak pernah wujud, sebagai simbol pengalaman hamba ditangkap, Kunta Kinte menetap ke dalam fikiran rakyat Amerika. Terutama apabila adaptasi miniseries Akar disiarkan pada tahun 1977, Kunta menjadi simbolik nasib hamba, maruah manusia, dan kekejaman perhambaan. Secara khususnya, Kunta diseksa kerana enggan memberi nama Afrika atau respons kepada Toby nama. Adegan ini bangun banyak dalam sektor awam Amerika untuk apa yang ia mungkin bermakna untuk diperhambakan, dan menimbulkan dialog mengenai sifat perhambaan dan kerosakan yang dilakukan untuk generasi Amerika Afrika.


Kisah Kunta Kinte sebagai Haley memberitahu, bermula dengan kelahirannya di pertengahan abad ke-18, di Juffure, Gambia. Kunta adalah anggota suku Mandinka, satu suku berpusatkan kebanyakannya Islam. Kunta ditangkap pada 16, dan mesti membuat perjalanan yang dahsyat di atas kapal hamba ke Amerika Syarikat. Sepanjang jalan, ramai sahabat baginda mati penyakit dan rawatan miskin. Apabila tiba di Amerika Syarikat, John Waller membeli Kunta Kinte untuk menggunakan dia di ladang di Virginia.

Keengganan Kunta diulangi untuk menjawab kepada Toby nama dia mendapat hukuman atas hukuman, dan dia cuba beberapa kali lari. Apabila dia ditangkap untuk kali keempat, sebagai hukuman, kakinya dipotong supaya dia tidak boleh berjalan lagi. Dia kemudiannya dijual kepada saudara Waller, dan bertemu Belle, isteri masa depannya. Kunta mempunyai seorang kanak-kanak bernama Kizzy, dengan Belle.

Kepentingan Kunta Kinte, mengikut Haley adalah bahawa dia telah diajar, boleh membaca dan menulis, dan dia mengesankan apabila hamba sekelilingnya kemuliaan menjadi percuma, keperluan untuk kembali kepada asal usul Afrika, dan pembangkang berterusan kepada perhambaan. Walaupun pembangkang ini terus mendapat hukuman menyeksa Kunta Kinte, dia mengekalkan rasa identiti Afrika, yang beliau pasti Kizzy anak perempuannya. Untuk Haley, fakta ini adalah yang paling penting. Rasa yang datang dari beberapa tempat, yang diperhambakan walaupun sekali bebas, dan ketabahan dalam memegang impian kebebasan kekal tema biasa dalam Akar.

Sama ada atau tidak Kunta Kinte benar-benar adalah moyang Haley adalah agak tidak penting. Kisah Kunta dikenali, dan cerita Haley, yang begitu meluas membaca, dan kemudian ditonton oleh keratan rentas besar orang awam Amerika dibuat sebenar keadaan dahsyat perhambaan dengan cara yang tidak pernah diuruskan sebelum. Akhirnya, Kunta Kinte adalah hampir kiasan dalam alam semula jadi. Beliau adalah setiap hamba ditangkap melancarkan perjuangan menentang penindasan yang jauh lebih kuat daripada dirinya sendiri.

Tuesday, November 6, 2012

Habis Madu.

Terkejut, terima sms pagi ini dari seorang sahabat yang dulunya adalah wakil calun kepada seorang YB Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menceritakan kebimbangan keputusan PRU13 nanti merupakan satu bala kepada PR.

"PRU13: PR hilang deposit?" begitulah bunyi tajuk sms. sejak memerintah UBN telah menunjukkan kehebatan yang bagus, yang menunjukkan tak ada parti lain boleh menandinginya, yang mana menurut sms tersebut, tak payah lah UBN berkempen ke hulu ke hilir kerana rakyat sudah tahu rekod perkhidmatan UBN.

Bunyi sms tersebut 'pelik'. Mana mungkin PR akan hilang diposit dalam PRU13 ini sedangkan rata-rata rakyat sedang bercakap musim kejatuhan BN sudah hampir tiba, kemaraan sokongan rakyat terhadap PR sudah tidak boleh disekat lagi oleh BN. Itulah hakikat sebenar.

Disini nampak benar isi sms tersebut seakan-akan kecewa dengan persiapan PR bagi menghadapi PRU 13 nanti kerana apabila dibandingkan dengan gerakan BN yang begitu aktif mengadakan gerak kerja kempen.  Pemimpin UMNO/BN turun kebawah kehulu kehilir berjumpa rakyat menunjukkan cita-cita UBN bagi memenangi kembali kawasan yang tewas sangat serius.

Manakala pihak PR hanya berpesta dengan gerakan ceramah bagi menyampaikan isu-isu yang mana pendedahan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin BN dan Kerajaan Malaysia tidak seperti UBN yang adakan gerakan bersekali dengan kewangan.

Walaupun sms tersebut seakan-akan 'perli' kepada UBN yang hebat mengatur gerak kerja yang tiap2 hari kehulu ke hilir jumpa rakyat tapi tidak mendapat sokongan undi, tapi sms tersebut ada juga massage yang hendak disampai kepada PR apabila perkataan 'hilang deposit' yang sengaja ditulis untuk diperbincangkan.

Erti hilang deposit yang dimaksudkan itu, bukanlah wang pertaruhan tapi angka kemenangan akan hilang apabila calun-calun PR yang pada 2008 dulu menang menjadi kalah pada PRU13 terutamanya calun-calun PR yang kurang memberi tumpuan kepada rakyat. Saya tahu maksud yang tersirat dalam sms tersebut untuk dilahirkan betapa kecewanya seorang bekas wakil calun untuk terus berjuang pada PRU13 nanti.

Sms tersebut ingin mengatakan, tak payahlah UBN berkempen kehulu kehilir sekarang kerana rakyat sudah tahu apa yang UBN buat kerana sudah lebih 50 tahun UMNO memerintah Malaysia, ertinya kempen UBN adalah sia-sia kerana rakyat sudah pun ada keputusan dalam diri masing-masing yang mana rakyat akan sokong pada PRU13 nanti.

Persoalannya, apa akan terjadi sekiranya amalan 'habis madu sempah dibuang' akan berterusan diamalkan dalam PR yang bercita-cita untuk ke PUTRAJAYA. Ini baru satu contoh.

Monday, November 5, 2012

Tok Guru Haji Hadi menyusahkan UMNO

Kenyataan berhemah Tok Guru Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS untuk berhasrat bertanding di Parlimen Pekan, Pahang kini menjadi berita yang 'menyusahkan' UMNO. Ini boleh diperhatikan apabila sebilangan pemimpin UMNO di peringkat Majlis Tertinggi membuat andaian bermacam-macam terhadap kenyataan Tok Guru Haji Hadi itu.

Kenyataan Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO seolah-olah menampakkan ketakutan sehingga terpaksa mengatakan bahawa kawasan Parlimen Pekan adalah kubu kuat UMNO. Nak tahu kuat atau tidak  elok pada PRU13 ini, biar Tok Guru Haji Hadi bertanding di Pekan manakala Dato' Najib bertanding di Marang.

Tentunya ada asas apabila Tok Guru Haji Hadi berani menawarkan diri untuk bertanding di Pekan. Mungkin perkiraan semangat rakyat 1999 dijadikan ukuran sehingga Tok Guru Haji Hadi sanggup menerjah Dato' Najib di Pekan ataupun Tok Guru Haji Hadi telah diberi lorong oleh orang-orang tertentu dalam UMNO untuk menamatkan riwayat Politik Dato' Najib di Parlimen Malaysia.

Kerana dalam UMNO budaya 'cah keting' ada dimana-mana terutamanya apabila ada pergeseran dikalangan pemimpin. Kini terdengar ada kucahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat puast, ada yang berselindung disebelah Dato' Najib dan ada yang bergantung disebelah Tan Sri Mahyuddin. Kini berita tersebar.

Jasteru itu ada asas bagi Tok Guru Haji Hadi bersedia sekiranya parti mengarahkan beliau untuk turun bertanding di Pekan pada PRU13, Keyakinan Tok Guru Haji Hadi tentunya akan disertai dengan angka yang dikenal pasti akan memberi sokongan pada hari mengundi. Insya Allah dengan semangat yang tinggi bersama Tok Guru Haji Hadi, keputusan PRU13 di Parlimen Pekan akan berpihak kepada PR.

Jangan terkejut sekiranya rakyat Parlimen Pekan menolak Dato' Najib pada PRU 13 nanti. Pertama. walaupun Pekan sudah lama diwakili oleh UMNO sejak zaman Tun Razak lagi tapi pembangunan sosial ekonomi rakyat dikawasan pekan tidaklah sehebat mana. Kedua Dato' Najib sendiri bermasaalah dengan bekas orang kanannya di Pahang terutama bekas Setiausaha Politik dan bekas wakil rakyat kawasannya.

Orang UMNO di Pekan yang lama-lama masih ada hubungan peribadi dengan Ibnu Hamzah (Tengku Li) yang kini terasa kecewa kerana Dato' Najib tidak memberi tempat yang selayaknya kepada ahli Parlimen Gua Musang itu manakala golongan muda pula tidak mendapat layanan yang baik oleh pegawai-pegawai Dato' Najib di Pejabat Perdana Menteri.

Perlu juga diingat satu lagi kumpulan yang sedang menanti untuk tidak menyokong Dato' Najib dalam PRU13 nanti sekiranya Presiden NGO mereka tidak diberi tempat dan tidak dicalunkan sebagai calun Parlimen yang kini sedang menyandang diatas ihsan YAB Tok Guru Nik Aziz.

Apabila rangkul semua itu nampaklah bahawa kerusi Parlimen Pekan sudah tidak selamat untuk Dato' Najib, apatah lagi sekiranya  benar Tok Guru Haji Hadi akan dicalun bertanding di kerusi Parlimen Pekan atas tiket PAS yang sudah pasti Melayu Islam, Cina dan India dikawasan tersebut ingin mengubah rasa aliran politik.

Mereka ini adalah 'kayu api UMNO'.

UMMI HALFIDA

Ummi Halfida, perempuan yang telah membuat kenyataan untuk menyaman Dato' Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah, Azmi Ali dan Karpal Singh sebanyak 700 juta ringgit kerana mahu menyelamatkan Negara Malaysia.

Hebat sangat kah dia tu, sehingga dia kena tampil untuk menyelamatkan negara ini seolah-oleh para menteri dalam Kerajaan Malaysia ini sudah tidak mampu untuk menyelamatkan negara. Perempuan ini sekiranya kita baca sejarah adalah seorang perempuan yang 'gatal' sepertimana yang telah didedahkan oleh seorang lelaki serawak pada satu ketika dulu.

Apa lagi yang dia akan buat selepas daripada ini apabila beritanya tidak mendapat sambutan hangat kerana orang sudah kenal siapa Ummi Halfida sebenarnya, latar belakang dan perangainya. Mungkin mucul cerita skandal yang lebih gila akan diadukan pula. Orang yang gila kepada publisiti tentunya akan berterusan mencari ruang untuk memperdagangkan maruah, akan melakukan apa saja asalkan hatinya puas, tambah tambah lagi kepada perempuan yang gila bayang.

KHAIRY JAMALUDDIN-KJ

Beliau ingin menjadi galang ganti kepada Dato' Najib dalam isu cabaran Anwar Ibrahim debat 100 hari terhadap Dato' Najib. Kemunculan Kahiry ini nampaknya nak cari markah dengan Dato' Najib supaya dipertimbangkan kedudukan beliau dalam kabinet atau sekurang-kurang menerajui badan berkanun kerajaan.

Tak salah Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO bagi mempertahankan Presiden dari diperkotak katitkan oleh pembangkang, itu adalah sebahagian tugas dan tanggongjawab Pemuda UMNO tapi malangnya usaha Khairy tidak dipandang oleh pucuk pimpinan. Ertinya usaha Khairy untuk mempertahankan 'boss'nya adalah seperti hidung tak macung pipi tersorong-sorong yang membuat Khairy akan malu sendiri.

Persolannya apakah Kahiry masih tidak SEDAR bahawa beliau sebenarnya tidak diperlukan dalam barisan kepimpinan UMNO Malaysia, tahukah beliau bahawa terdapat dikalangan UMNO berpendapat Khairy adalah lebaliti kepada parti. Pemimpin UMNO sudah memberi signal supaya beliau tinggalkan UMNO tapi beliau masih berdegil.

Pucuk pimpinan UMNO lebih utamakan Mukhris Tun Mahathir yang tewas kepada beliau dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO lalu, masih tak fahamkah Khairy dalam percaturan itu. Sebenarnya pengumuman yang telah beliau buat bahawa tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti telah disambut baik oleh pucuk pimpinan parti.

Jalan yang paling baik dan bermaruah bagi Khairy adalah Keluar dari UMNO.

IBRAHIM ALI

Beliau begitu lantang mengkritik Tok Guru Nik Aziz apabila Tok Guru Nik Aziz menyelar Mustapha Mohamed supaya lupa angan-angan untuk mendapat 23 kerusi DUN Kelantan dalam pilihanraya umum ke 13 ini.

Kata Tok Him, UMNO Kelantan ada jalan untuk memerintah Kelantan sekiranya pemimpin UMNO Kelantan ada keyakinan diri. Tok Him tahu memang payah untuk UMNO nak jatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan tapi beliau memaksa dirinya bercakap untuk dijadikan umpan kalau kalau UMNO ataupun Dato' Najib termakan dengan ulasan beliau itu.

Kerana kata Tok Him, UMNO Kelantan kena ada pemimpin yang boleh bertindak secara agresif baru rakyat yakin untuk menyokong UMNO, orang politik yang boleh bertindak secara agresif dan boleh melawan PAS di Kelantan adalah orang seperti Tok Him. Oleh itu sekiranya UMNO bercita-cita nak rampas Kelantan maka orang seperti Tok Him ini hendaklah diberi tempat dan peranan.

KESIMPULANNYA
Sama ada Ummi Halfida, Khairy Jamaluddin ataupun Ibrahim Ali semua mereka itu hanya dijadikan perkakas kayu api kepada UMNO saja untuk berlawan dangan Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz dengan harapan semuga BN menang  dalam pilihanraya umum ke 13. Perlu diingat Perkakas seperti kayu api akhirnya menjadi abu apabila dibakar atau terbakar.

Sunday, November 4, 2012

Tengku oh Tengku.


Betulkah UMNO sudah berubah? apabila menarik Naib-Naib Presiden dari meneraju UMNO Perhubungan Pulau Pinang, Kedah dan Trengganu  manakala negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat PR iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan UMNO pula hilang punca untuk merampas kembali.

Ini dapat dilihat bahawa pemimpin tertinggi UMNO pun sudah tidak mampu untuk menghadapi parti pembangkang maka diserahlah tanggongjawab kepada anak tempatan supaya apabila kalah nanti ada alasan yang menuduh kerana ketiadaan pemimpin yang berkelibar menerajui negeri negeri tersebut.

Kegagalan Zahid Hamidi untuk melawan pengaruh Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim di Pulau Pinang, kecelaruan kepimpinan Shafie Afdall di Kedah dan kegagalan Hishamuddin Husein untuk menyatupadu pemimpin UMNO Trengganu yang keras kepala akan menyebabkan lebih banyak kerusi BN akan kalah dalam pilihanraya umum ke 13.

Kelantan akan terus menjadi kubu kuat PAS,Pulai Pinang apa lagi, manakala Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur akan dimonopoli oleh Pakatan Rakyat. Yang tinggal Johor dan Melaka dan sedikit Negeri Sembilan serta Pahang, itu pun kerusi Parlimen yang mejoritinya bukan melayu adalah dijangka akan kalah.

Pengumuman perubahan dalam UMNO bukan menampakkan UMNO akan lebih kuat tapi memudahkan Pakatan Rakyat mendapat sokongan dari rakyat bagi merampas PUTRAJAYA dengan membentuk Kerajaan Pakatan rakyat. Yang akan menentukan kerusi Parlimen dari Sabah dan Serawak parti mana yang akan mendapat 2/3 mejoriti.

Startegi Pakatan Rakyat yang seakan memberi kuasa otonomi kepada negeri Sabah dan Serawak membolehkan rakyat Sabah dan Serawak berpesta sekiranya pilihanraya umum berpihak kepada Pakatan Rakyat, UMNO akan terus lemas dalam menghadapi setuasi cara Pakatan Rakyat berkempen. Banyak isu-isu yang boleh memikat hati rakyat.

Manakala UMNO masih mencari formula yang boleh membantu BN bagi memikat hati rakyat supaya tidak beralih sokongan ini kerana UMNO sudah tidak boleh lagi mengharapkan kemampuan pemimpin diperingkat Bahagian mempengaruhi rakyat, jelas UMNO tidak dapat melahirkan calun yang boleh menyeronokan rakyat. Krisis dalaman UMNO diperingkat Bahagian sudah tidak dapat diselesaikan kerana sikap berpuak-puak masih tebal diamalkan.

Oleh itu pertubuhan sukarela NGO diperalatkan oleh BN supaya terus menyokong kerajaan kerana untuk mengharapkan kepada jentara parti sudah tidak berfungsi lagi, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri masing-masing bekerja kearah mencari keuntungan peribadi meniru apa yang ditonjolkan oleh pemimpin atasan.

Begitu juga dengan peranan blogger yang pro UMNO/BN, mereka itu hanya membawa isu peribadi pemimpin pembangkang dengan tulisan yang mencarut dan memaki hamun manakala blogger yang pro Pakatan Rakyat sedang mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah oleh pemimpin UMNO.

Isu Taib Mahmud, Musa Aman, Khir Toyo, KPRZ, Sistem Biometrik KDN, Jambatan saliran di Segamat Johor yang dapat kepada 6 orang wakil rakyat backbencher Parlimen serta anugerah AP Kereta oleh MITI sedang dicanang dalam kempen Pakatan Rakyat, itu tidak termasuk projek mega Sungai Besi dan kekalahan FELDA yang disaman oleh peneroka serta penyelewengan pembahagian gantirugi mangsa banjir di Kedah dan Perlis dan banyak lagi.

Apa pun ramai ahli UMNO dan rakyat Kelantan, agak terkedu apabila nama YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak termasuk dalam perubahan kepimpinan UMNO Negeri-Negeri, usaha Ku Li bagi merampas kerusi DUN Galas dari tangan PAS nampaknya sia-sia, Ku Li masih dilebal sebagai 'gurkha' UMNO sedangkan semangat dan kebolehan Ku Li lebih daripada itu bagi memperkuatkan UMNO Kelantan dan BN seluruh negara.

Peluang Ku Li untuk terus memberi khidmat kepada Negara Malaysia dan Kerajaan masih ada dan terbentang luas tapi tidak melalui BN. Apa kata sekiranya Ku Li juga keluar daripada UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat, khidmat Ku Li boleh dipakai lebih besar lagi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih PUTRAJAYA daripada BN apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas alasan sepertimana yang dituduh terhadapnya sekarang.

Slogan RAHMAN akan menjadi kesinambungan sesudah huruf akhir adalah N iaitu Dato' Sri Najib menjadi Perdana Menteri terakhir daripada perkataan RAHMAN. manakala perkataan RAHMAN era yang kedua  bermula dengan huruf R. ialah Razaleigh.

Inilah masanya rakyat Kelantan terutamanya ahli-ahli politik Kelantan tak kira dari parti mana mendesak supaya YBM Tengku Razaleigh Hamzah membuat keputusan politik yang tepat dan berdoa semuga Allah swt makbulkan cita-cita rakyat Kelantan mahu mencatitkan dalam sejarah politik tanahair ada juga rakyat Kelantan menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun satu penggal.

Kemunculan nama YBM Tengku Razaleigh atas kemahuan rakyat Kelantan sebagai persiapan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Soalnya sekarang kenapa Tengku Razaleigh masih terhegeh-hegah dibawah dagu UMNO sedangkan sudah jelas dimata rakyat jelata kini YBM Tengku Razaleigh seperti dihina oleh UMNO.

Tengku oh Tengku.

Saturday, November 3, 2012

UMNO for nothing.


Sejak Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang menambah wadah perjuangan PAS kearah Negara Berkebajikan semasa memberi ucapan dasar dalam Muktamar PAS yang baru lalu. Maka balaci-balaci UMNO pun bersuara supaya PAS gugurkan nama Islam dari partinya.

Ini buka pertama kali pemimpin-pemimpin UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan yang rapat dengan parti UMNO mahu PAS mengugurkan nama Islam pada partinya, ia pernah ditimbulkan buat kali terakhir selepas pilihanraya 1999 dulu. Tegas Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam facebooknya.

Yang peliknya UMNO sendiri masih mengunakan bahasa Inggeris dalam menjenamakan parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu. Cakap pasal Melayu tapi nak sebut Pertubuhan Kebangsaan Melayu pun tak mahu dan masih berselindung disebalik nama bahasa Inggersi iaitu United Malays Nasional Organisation (UMNO).

Semuanya itu adalah kerana takut, cakap orang yang tak ada fokus dalam perjuangan, cakap nak mengampu kerana berbahas mengenai nama sesebuah parti di Malaysia ini tidak dapat mengubah minda rakyat yang cerdik. Nama PAS sudah lama ujud.

Sekiranya orang UMNO tidak mahu nama Islam digunakan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, senang saja, minta kerajaan BN melalui Suruhanjaya Piliharaya supaya menetapkan bahawa PRU 13 hanya dua parti kompenan saja yang layak bertanding iaitu BN dan PR selain dari calun bebas dan pendaftar pertubuhan hendaklah meluluskan permohonan yang diminta oleh PAS, PKR dan DAP untuk menggunakan lambang PR, habis cerita dan nama Islam boleh dihapuskan.

Itulah semolek-moleknya untuk mengelak nama Islam diguna pakai dalam poster pilihanraya sekiranya orang UMNO takut sangat kepada nama Islam yang dipelopori oleh parti PAS. Jadi nama UMNO untuk melayu pun tak ada dan nama PAS untuk Islam pun tak ada.

Yang akan tinggal diperkatakan oleh pengundi ialah:

PAS FOR ALL
UMNO FOR NOTHING

Tuduhan liar dari UMNO.



Usaha UMNO Kelantan untuk memikat pengundi luar pulang mengundi dan menyokong UBN dalam PRU ke 13 digerakkan secara serius apabila sekumpulan orang yang dikenali 'jawatankuasa pengundi luar' sudah selesai menjalankan kursus secara insantif di Medan, Indonesia.

Wakil setiap Bahagian dari Negeri Kelantan berada di Medan Indonesia beberapa hari berbincang mengikut jadual yang telah diaturkan oleh pihak urusetia dari pagi hinggalah ke jam 10.00 malam pada tiap-tiap hari menandakan pemergian mereka itu ke Medan Indonesia tidak hanya 'makan angin' dan berhibur saja.

Orang yang mengetuai jentera pengundi luar itu adalah diceritakan mempunyai simpanan wang yang banyak di negara jiran itu yang mana sekiranya orang itu mengeluarkan simpanan wang didalam bank-bank di Indonesia boleh mengakibatkan negara jiran itu akan mengalami 'kebengkerapan' kerana kekurangan wang. (ini cerita semasa kempen pilihanraya umum ke 12 lalu).

Lihatlah kehebatan jentera parti UMNO Kelantan, itu hanya salah satu jentera yang telah dibentuk, ada juga UMNO Bahagian membawa jenteranya ke Indonesia bagi menanamkan semangat supaya anak buahnya lebih tekun dan rajin untuk bekerja kepada parti apabila menjelang PRU ke 13, ada juga membawa jawatankuasa Bahagian supaya akan terus menyokong namanya dicalun dalam PRU nanti.

Macam-macam tektik yang telah diusahakan oleh mereka-mereka yang berhasrat dicalunkan dalam PRU ke 13 setelah Dato' Najib mengumumkan bahawa calun pilihanraya umum ke 13 tidak semestinya dipilih dikalangan Ketua UMNO Bahagian atau pemimpin kanan UMNO Bahagian. Salah satu cara membawa penyokong 'berhibur diluar negara'.

Lagi lama waktu bagi Dato' Najib mengumumkan tarikh piliharaya umum, lagi banyaklah program kursus sambil belajar ke luar negara akan diaturkan oleh mereka yang berhasrat supaya namanya dicalunkan kerana dengan berbuat demikian anak-anak buahnya akan bercakap sekiranya 'boss' mereka tidak dipilih menjadi calun dalam PRU nanti mereka tidak akan bekerja dan akan menyokong parti lawan.

Dan dalam budaya UMNO selalunya Ketua Bahagian akan terus dipilih menjadi calun walaupun telah kalah lebih daripada 2 kali dan amalan ini akan terus dikekalkan walaupun Dato' Najib berjanji bahawa tidak semestinya Ketua Bahagian akan automatic menjadi calun sekiranya tidak popular dikalangan rakyat. Soalnya mampukah Dato' Najib berhadapan dengan Pengerusi Perhubungan yang akan mempertahankan nama Ketua Bahagian yang telah disenaraikan sebagai calun kerana kedudukan Pengerusi Perhubungan itu akan terancam sekiranya ada dikalangan Ketua Bahagian digugurkan daripada senarai nama calun.

Ancaman yang selalu kedengaran ialah 'sekiranya Tok Pa tidak mempertahankan aku dipilih sebagai calun, aku akan 'kucar' ditempatnya (parlimen) supaya Tok Pa kalah dalam pilihanraya' dan ancaman tersebut akan membuat Tok Pa tidak 'jenera' tidur lalu akan terus berusaha merayu dan merayu kepada Dato' Najib sebagai orang yang bertanggongjawab memberi kata putus dalam menentukan siapa calun yang akan diberi bertanding.

Mahu tidak mahu, Dato' Najib akhirnya (boleh jadi) akan akur kepada rayuan yang dipohon oleh Pengerusi Perhubungan walaupun dengan perasaan kecewa kerana terpaksa melayan kehendak Ketua Bahagian dan Pengerusi Perhubungan walaupun Dato' Najib sedar dan 'kabar' sekiranya Ketua Bahagian tersebut menjadi calun perlimen UBN akan kehilangan peluang untuk menang kerusi tersebut.

Menerima hakikat inilah maka seorang jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh, Cikgu Md. Yani begitu optimis iaitu Tan Sri, Dato' Seri Penglima Penglima Anuar Musa akan terus dipilih menjadi calun UBN dalam PRU ke 13 sedangkan beliau telah kalah lebih 2 kali, walaupun dilihat Haji Alwi lebih berpontasi untuk menang. Begitu jugalah akan berlaku di Bahagian-Bahagian lain di Kelantan dan juga di negeri-negeri lain.

Itulah sebabnya Pakatan Rakyat begitu yakin bahawa PUTRAJAYA akan dikuasainya.




Friday, November 2, 2012

Siapa Dato' Giok dalam Projek Lembah Sireh.

Ada beberapa kumpulan di Kelantan sedang sibuk membuat lapuran kepada SPRM supaya satu penyiasatan dibuat terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pentadbiran YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, berhubung projek lembah sireh yang telah didedahkan oleh lapuran audit negara baru-baru ini.

Ekoran daripada itu pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat sidang akhbar dan mengaku terdapat kelewatan mengikut perjanjian diantara Kerajaan dengan pemaju tapi menafikan berlaku penyelewangan dan rasuah dalam melaksanakan projek di lembah sireh itu.

Pembangunan lembah sireh yang ditegur oleh audit supaya memastikan empat perkara iaitu Pertama membuat penilian terhadap sumbangan yang berkerjasama diantaranya kerajaan negeri dengan pemaju terutamanya harga tanah. Kedua perlu dikaji dengan teleti diatas projek kerjasama antara kerajaan negeri dan swasta serta adakan pematauan.. Ketiga pastikan syarikat memberi jaminan 'bon' kewangan dan Keempat pihak kerajaan negeri mesti teliti syarat perjanjian usahasama supaya hak kerajaan dan hak rakyat terjamin.

Tuduhan mengatakan kegagalan melaksanakan projek kerana ada penyelewengan adalah tidak betul dalam projek lembah sireh ini, manakala sebenarnya kerajaan telah mendapat keuntungan daripada terlaksana projek ini kerana kerajaan kelantan dapat menyelamatkan RM600 juta wang kerajaan pusat bagi membina tambatan banjir ditebing sungai kelantan..

Dan kini kerajaan mendapat keuntungan sebanyak RM 41 juta manakala MPKB BRI dapat mengutip pendapatan hasil daripada projek lembah sireh hari ini sebanyak RM900. ribu tiap-tiap tahun. Itu pun baru hanya 230 ekar dibangunkan daripada 700 ekar keseluruhannya yang diberi  pindah milik secara pajakan.

Kini nama syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. tersohor, semua rakyat kelantan menyebut yang mana nama Dato' Giok juga bermain dibibir orang kelantan kini. Hebat Dato' Giok, siapakah Dato' Giok adakah beliau rakyat negeri Kelantan dan ahli perniagaan yang berjaya di Kelantan atau beliau adalah salah seorang yang akan melabur di Kelantan bagi membangunkan kelewatan pembangunan negeri kelantan diatas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap negeri Kelantan.

Episod projek lembah sireh tidak akan habis begitu saja, kerana isu ini saja yang boleh dimainkan oleh pihak UMNO melalui balaci-balacinya untuk dihidangkan kepada rakyat dan surat kabar pro UMNO. Isu air, depu, ladang rakyat sudah tidak termakan kerana rakyat kelantan sudah tak ada selera dengan tomohan yang dibawa oleh UMNO.

Keghirahan balaci UMNO membawa isu projek lembah sireh dalam arena politik kelantan tentunya akan memakan diri, tidak cekap mencari maklumat dan terburu-buru akan mengakibatkan pemimpin UMNO Kelantan tersepit dan akan 'hancur' hayat politiknya. Sejarah telah membuktikan,

Sekiranya balaci UMNO tidak mahu pemimpinnya dihimpit dan tersepit, berhentilah, sementara masa masih ada. Lajak perahu boleh diundur terlajak kata boleh dimaaf tapi apabila terlajak perbuatan padahlah akibatnya.

Kerajaan PAS tersenyum apabila balaci UMNO membangkitkan projek lembah sireh. Siapakah balaci UMNO yang berselindung disebalik NGO di Kelantan hari ini dan adakah gerakan ini sengaja diadakan untuk meletak Dato' Pa dan Dato' Awang Adik dalam serbasalah atau niat untuk menghancurkan masa depan politik Dato' Pa kerana adalah didapati ada insan dibelakang gerakan NGO tersebut.

Siapak orangnya, insan tersebut. yang begitu berani membangkitkan isu lembah sireh yang melibatkan seorang yang bernama Dato' Giok.

Kita yakin semua isu tersebut akan terpadam apabila wang royalti minyak dipulangkan kepada kerajaan negeri Kelantan oleh Patronas dan Kerajaan BN kerana Negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang bertuah yang dikenali dengan nama negeri serambi mekah yang mana rakyat terbanyak adalah berugama Islam dan Melayu dibawah pimpinan YAB Tok Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar yang terbukti Bersih, Jujur dan Amanah.