Tuesday, August 31, 2010

impian seorang muslim

gambar kenangan hari persandingan pada 31hb . ogos , 1975, di kedai kadok , kota bharu , kelantan ( hari ini genap 35tahun )

Haji Mohd Soberi Shafii dan isteri Hajjah Mahani Abd.Ghani , sedang bersanding .

" Sesungguhnya KAMI telah menurunkan ( al - Quran ) itu pada malam al - Qadar . Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu ? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan . Pada malam itu , para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya ) . Sejahteralah malam ( yang berkat ) itu hingga terbit fajar .





aku sudah bersedia disatu penjuru

untuk bertemu dan mendakapmu

pada malam

10 malam terakhir ini

telah lama menjadi idamanku

agar pertemuan ini

jadi sejarah .


semuga yang diminta akan dapat

yang dikehendak akan boleh .

datanglah padaku , ' lailatulqadar ' .



Segambut , Kuala Lumpur , 31 0ogos 2010 .

Monday, August 30, 2010

Dua Kali Lima ?

jadi tumpuan pemimpin

Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang telah masuk surau bagi menyampaikan sumbangan, kecoh pemimpin UMNO dan mempertikaikan Jawatankuasa Surau tersebut kenapa membenarkan Teo memasuki surau dan memberi ucapan.

Yang peliknya, Teo masuk surau, Tok Guru Nik Aziz yang dikecam, Kenyataan Bekas Mufti Perlis Dato' Asri dipertikaikan dan macam-macam lagi pihak yang dilibatkan supaya kegiatan menyampaikan bantuan kepada surau, yang dilakukan oleh Teo dapat dihalang.

Apa motifnya, semua orang tahu, bukan sebenarnya hendak mempertahankan maruah Islam di negara malaysia ini, kalau nak mempertahankan maruah Islam sudah lama, kedai-kedai TOTO, MAGNAM dan kedai kedai jual arak ditutup. Club lumba Kuda di Sungai Besi juga ditutup. Motifnya kerana UMNO dah habis modal.

Kalau tak habis modal, bagaimana seorang menteri pergi ke ketik Siam dan menyampaikan sendiri sijil taraf kerakyatan kepada penduduk siam yang berugama buddha, kenapa tidak dibuat mengikut amalam biasa. Kalau dengan orang UMNO, usahkan nak datang bawa surat jawapan, jawab surat pun tidak.

Berbalik kepada Isu Teo masuk surau yang jadi kencaman oleh sesetengah pihak yang belum tentu pengajian ugama Islamnya betul, ingin saya bertanya, Apakah umat Islam di malaysia tidak akan merasa bangga dengan jawatankuasa surau tersebut sekiranya satu hari nanti Teo memeluk ugama Islam kerana dapat hidayat apabila telah menjejak kaki ditempat suci itu.

Oleh itu gerak geri manusia jangan cepat dipertikaikan sekiranya tidak datang kemudaratan kepada Agama dan Negara, kalau kita tidak melakukannya jangan menghalang orang lain ntuk melakukannya untuk kesehajteraan umat. Tugas pemimpin UMNO adalah untuk memperkuatkan parti dan meningkatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN.

Jaga ahli-ahli parti jangan lari, jangan menghina ahli parti dengan tidak melayan untuk mendapat sokongan, jangan menghalang ahli parti untuk memberi khidmat melalui proses demokerasi. jangan biarkan kekalahan UMNO dalam piliharaya umum ke 12 lalu terus berulang,bahkan akan terus merosot. Malu kita UMNO nanti.

Oleh itu cukuplah bercakap pasal Teo masuk surau, yang perlu dibuat sekarang oleh UMNO dan BN mesti masuk semua tempat dibandar ataupun didesa, lihat masaalah rakyat dan selesaikan dengan cepat, bersihkan pemimpin yang korup, layan ahli UMNO secara adil, tolong orang yang memerlukan pertolongan, jangan pilih kasih, berilah kelulusan permohonan yang tidak menyalahi undang-undang, jangan kedekut.

Insya Allah UMNO sentiasa dihati rakyat, tapi sekiranya menteri UMNO masih merasa dialah segala-galanya yang mempunyai kemewahan, kekayaan dan berkuasa itu akan menjuruskan Kerajaan BN akan hilang kuasa dalam PRU ke 13 nanti.

Bolehkah Ezam Md.Noor jadi menteri?.

"Say No". Pemutihan Pendatang Tanpa Izin.


Isu anggota dan Pegawai Imigresen membiarkan pendatang tanpa izin membolosi memasuki Malaysia dengan menerima wang sogokan ataupun rasuah yang dianggar sebanyak RM60,000 sebulan mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri mengarahkan SPRM menyiasat dan sekiranya didapati benar, mereka yang terlibat hendaklah didakwa dan biarlah mahkamah menjatuhkan hukumannya.

RM60,000 sebulan bererti RM2,000 sehari. Perlu diingat sekiranya betul dan sungguh pembongkaran yang disiarkan dalam surat kabar berita harian itu ada pegawai dan anggota Imigresen terlibat, saya kira bukan hanya RM60,000 sebulan mereka dapat, bahkan lebih daripada itu.

Terfikir oleh saya yang tidak bersekolah tinggi ini, sekiranya berlaku rasuah begitu, pendatang tanpa izin bersedia membayar RM300.00 seorang untuk masuk ke Malaysia ini, jadi sekiranya seramai 200 orang satu hari yang masuk tanpa izin tapi diizinkan dengan rasuah maka kutipannya adalah sebanyak RM60,000 satu hari bukannya RM60,000 satu bulan.

Pekerja kerajaan mana yang dapat gaji RM60,000 satu hari dan adalah mustahil pendapatan RM60,000 itu hanya diambil oleh satu orang saja. Ini bererti sekiranya berlaku rasuah bermakna rasuah berpakat. Jadi mungkin yang terlibat itu adalah satu puak yang sudah pun menjadi amalan dikalangan mereka yang berkuasa.

SPRM nak cari bukti macam mana dalam kes ini, kerana yang memberi dan menerima sama-sama dapat untung dan anggotanya selalu bertukar ganti. Bukan senang kerja SPRM hendak menangkap mereka yang terlibat itu kerana pembayarannya tidak mungkin berlaku didepan mata.

Kemasukan pendatang tanpa izin sebenarnya boleh mengacam keselamaan negara, kerana yang masuk itu pihak kerajaan tidak tahu identiti diri mereka, ada yang masuk kerana lari dari negeri asalnya disebabkan kes jenayah dan ada juga mungkin pengganas upahan yang datang mahu bersembunyi disini, atau mereka itu pencuri dan perompak yang suka membunuh mangsa.

Jadi selain daripada YAB Perdana Menteri mengarahkan SPRM membuat siasatan, eloklah juga Dato' Sri Mohd Najib mengarahkan Menteri Keselematan Dalam Negeri pergiatkan pasukan Polis Di Raja Malaysia dengan merisik anggota dan pegawai Imigresen dan mengarahkan Bahagian Keselamatan KDN supaya mengenakan ISA terhadap anggota dan pegawai yang terlibat.

Tangkap dan tunggu perbicaraan tidak memerikkan anggota dan pegawai yang rangah duit melalui rasuah dengan membocorkan pintu masuk dikawasan sempadan. ISA tanpa had tempoh kurungan adalah diharapkan supaya anggota dan pegawai merasa berdiri bulu roma untuk melakukan kerja yang tidak amanah itu.

Menerima rasuah berlaku bukan hanya di Jeti pulau Ketam saja, mungkin juga berlaku dibangunan dimana terdapat pejabat Ketua Pengarah Imigresen.

Ezam Md.Noor selaku bekas Pengerusi GERAK, boleh menceritakannya.


Saturday, August 28, 2010

Rasuah sex dan suara pita rakaman?

Kabarnya semalam Dato' Norzaidi, Ketua UMNO Bahagian Tumpat mengadakan majlis makan colek dirumahnya. Ramai dikalangan guru-guru yang hadir dan beramah mesra dan rata-rata guru puji sikap baik Ketua UMNO Bahagian itu.

Ada dikalangan guru-guru berkata, sekiranya UMNO menang dalam pilihanraya umum nanti, calun Menteri Besar yang layak adalah Dato' Norzaidi jika dilihat cara beliau melayan tetamu dan cara berucap yang tidak menyakitkan hati mana-mana pihak.

Program makan colek yang dihadiri oleh pemimpin UMNO Bahagian sedang giat diadakan di Kelantan kini terutamanya selepas sembahyang terawih. Kejayaan kehadiran orangramai dirumah Dato' Norzaidi semalam telah mengalahkan kehadiran ditempat lain. Contohnya program makan colek di Bahagian Ketereh, tidak semeriah seperti dirumah Dato' Norzaidi.

Memang pun Dato' Norzaidi adalah salah seorang yang layak jadi Menteri Besar Kelantan sekira UMNO dapat memerintah, yang jadi tandatanya ialah mampukah UMNO menang mejoriti di Kelantan, kerana ada saja isu-isu yang sensasi yang menyebabkan rakyat ketawa apabila merenongkan persitiwa yang melanda pemimpin UMNO Kelantan.

Cerita terbaru yang dipost oleh MSO dalam blog Merah Tinta berhubung 'Rasuah Sex' masih hangat diperkatakan oleh rakyat jelata, MSO pula secara suspen mendedahkan bukti lepas satu-satu yang mengakibat orangramai selalu bercakap dan tidak mudah melupakan cerita tersebut.

Saya juga sedang menunggu, bagaimana MSO akan dedahkan pita rakaman suara, sepasang couple sedang berbicara soal sex dengan manjanya. Boleh kah, tak salah kah. Tunggu.

Makan sehari semakin hebat. Tahukah Ezam Md.Noor tentang cerita ini?.

Sambutan MERDEKA lesu.

Datuk Siti Rahmah Kassim

Tinggal beberapa hari saja lagi, sambutan ulang tahun kemerdekaan akan diadakan serentak diseluruh negara. Detik 12 malam pada 31hb. Ogos 'laungan MERDEKA' akan berkumandang ke udara. Tapi sayangnya kibaran bendera jalur gemilang masih hambar sehingga hari ini.

Hebahan melalui radio dan tv yang setiap detik mengajak supaya rakyat sama-sama memeriahkan sambutan ulangtahun kemerdekaan nampaknya tidak mendapat sambutan yang mengelakkan. Kereta, Bangunan dan rumah kediaman tidak dihiasi dengan kibaran bendera jalur gemilang, tidak seperti 53 tahun lalu

Dulu rakyat bukan saja bersemangat untuk mendapat kemerdekaan dengan mengajurkan perhimpunan, tapi bersedia menyerahkan harta benda bagi membantu YTM Tengku Ab.Rahman Putra Al-Haj mendapat wang untuk ke Landon bagi mendapat Kemerdekaan Negara.

Pengorbanan Datuk Siti Rahmah Kassim, sebagai wanita yang pertama menyerahkan gelang perkahwinan kepada YTM Tengku adalah lambang pengorbanan rakyat untuk melihat negara merdeka, tapi tidak rakyat sekarang, usahkan mahu menyerahkan emas permata hanya untuk mengibarkan bendara pun tidak mahu.

Jauh bezanya semangat perjuangan orang dulu yang hidup tersiksa dibawah penjajah dengan orang sekarang yang berjuang hanya untuk mencari peluang dan wang. Dimanakah yang tidak kena sehingga rakyat tidak berselera bagi mengibarkan sehelia bendara bagi menandakan sokongan keatas perjuangan orang terdahulu untuk mendapat kemerdekaan.

Tidak semua wanita di Malaysia sekarang ini mengikuti contoh yang dibuat oleh Datuk Siti Rahmah Kassim itu, yang rela sedekahkan gelang emas perkahwinannya bagi menunjukkan sokongan dan pengerbonan terhadap negara. Kecuali Wanita ataupun Muslimat PAS yang sanggup sedekah emas dan wang ringgit bagi menunjukkan sikap pengorbanan kepada perjuangan parti PAS.

Friday, August 27, 2010

PKR lumpuh?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) lumpuh di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ekoran 15 orang ahli termasuk Ketua Bahagian Cabang PKR Bukit Bintang, Mahmood Abdullah keluar parti tersebut dan menyertai UMNO Wilayah Persekutuan.

Dan seramai lebih 200 orang lagi ahli PKR Bukit Bintang akan keluar parti tersebut juga akan menyertai UMNO tapi selepas hari raya Aiduil Fitri nanti, kata Mahmood Abdullah, tapi sekiranya Dato' Ibrahim Ali jadi Presiden UMNO, sambil berdiri dan menyeluk poket seluar, dia akan bertanya, "kenapa yang 200 orang itu mahu masuk lepas hariraya, tidak sekarang." Perlu diingat Parlimen Bukit Bintang diwakili oleh wakil rakyat keturunan cina dari pakatan rakyat.

Lumpuhnya PKR cabang Bukit Bintang adakah bererti lumpuhnya pengaruh parti pembangkang di Parlimen Bukit Bintang, itulah ukuran yang harus dihayati dari sekarang, semuga langkah awal ini dapat diterjemahkan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Sebenarnya apa yang berlaku di Bukit Bintang ini patut berlaku di Parlimen Ketereh, Macang dan Tanah Merah di Kelantan, kerana dengan lumpuhnya pengaruh PKR di bahagian Cabang tersebut membolehkan UMNO menguasai semula kerusi Parlimen di tiga tempat tersebut.

Ini akan menampakkan bahawa PKR telah menuju kehancuran dan sudah tidak diterima oleh masyarakat melayu. Ini baru mantap namanya perjuangan UMNO dibawah kepimpinan Dato' Seri Mohd Najib.

Kalau Cabang PKR Bukit Bintang dibubar sekali pun ianya tidak memberi kesan yang besar kepada PKR, kerana ianya berlaku dikawasan yang sudah tentu akan dimenangi oleh parti pembangkang, jadilah seperti mencurah garam dilaut.

Tapi sekiranya peristiwa di Bukit Bintang berlaku di Ketereh, Tanah Merah dan Macang barulah UMNO boleh merasa 'gah' dan merasa hebat kerana bukannya kerusi Parlimen diyakini boleh dirampas kembali tapi nadi kekuatan PKR juga terhenti. Apakah UMNO ada kemahuan untuk melakukannya?

Jawabnya TIDAK.

Kerana sudah 2 tahun Parlimen Ketereh dikuasai oleh PKR tidak nampak pun usaha yang bersungguh-sungguh dari pemimpin UMNO sama ada diperingkat Bahagian, Negeri ataupun Pusat yang berminat untuk melumpuhkan PKR di Ketereh.

Sekiranya ada diantara pemimpin UMNO kata sudah ada usaha kearah itu, sebenarnya pemimpin tersebut sedang bermain dengan angin 'akmal jiwa' yang sesat jalan yang tidak ada peta asli. Yang jelasnya PKR dan PAS sentiasa selesa di Ketereh.

Ezam oh Ezam, demo dok buat gapo?.

Thursday, August 26, 2010

Apabila Sindrom 'benci' membara !

tok chai tumpat kata, dacing dah senget.

Apabila sudah 'benci' dan 'patah hati' maka berpatah arang berkerat rotanlah kesudahannya. Itulah sindrom yang akan BN hadapi pada tiap-tiap detik sehinggalah kehari mengundi pada PRU ke 13 nanti sekiranya tidak ditandangi secara berhemah dan berhati hati.

Kisah Rasuah dan Skandal dikalangan pemimpin kerajaan dan pemimpin parti kemponan BN adalah diantara isu-isu yang boleh membuat rakyat mengubah arah untuk menyokong kerajaan yang ada hari ini, ditambah pula dengan isu kenaikan harga barang keperluan harian dan minyak petrol.

Menyambung Perkhidmatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Polis Negara (KPN) adalah diantara isu yang dijaja oleh pihak pembangkang dengan mengatakan telah menyekat peluang kepada pejawat yang lain dari naik pangkat. Ertinya kerajaan bertindak zalim terhadap masa depan penjawat yang lain.

Inilah yang dikatakan Sindrom 'benci' dan 'patah hati' dikalangan rakyat terhadap kerajaan BN hari ini. Semua isu yang dibangkitkan ini telah menjadi perbincangan UTAMA diseluruh tempat ditanah air hari ini. Dan rakyat boleh terima sebagai satu sebab mengapa kerajaan BN patut ditukarkan apabila tibanya pilihanraya umum nanti.

Mungkin pandangan saya ini tidak tepat, kerana saya hanya mendengar pandangan dari rakyat yang berbual di warung-warung dan kedai kedai kopi yang tidak berbintang. Kalau dikalangan pegawai kerajaan saya hanya bergaul dengan budak pejabat dan kerani cabut saja dan juga guru-guru bukan lepasan ijazah yang mengajar disekolah luar bandar. Mengapa mereka ini berminat untuk menukar kerajaan?

Tak tahulah diperingkat KSU/TKSU/KP/SUB/KPSU dan Pegawai tinggi yang lain, boleh jadi mereka itu sependapat dengan Ketua Bahagian UMNO bahawa pembangkang sudah tidak ada tempat dihati rakyat, kerana rakyat malaysia keseluruhan masih mengenang budi kepada UMNO kerana UMNO telah memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris pada tahun 1957 dulu.

Kempen pemimpin UMNO supaya ahli-ahli UMNO mengenang budi kepada kerajaan boleh dipakai ataupun tidak belum teruji sejak YAB Dato' Sri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerana kerajaan hari ini adalah peninggalan dibawah teraju Tun Abdullah Ahmad Badawi. Apakah ahli-ahli UMNO akan terus mengenang budi kepada parti sedangkan pemimpim UMNO tidak tahu mengenang budi kepada ahli yang telah berbudi kepada parti UMNO.

Saya ada terdengar, ada ahli-ahli UMNO berselora, walaupun saya UMNO tapi undi saya belum tentu pangkah BN, apakah ertinya itu, berguraukah?, apa akan jadi sekiranya suara itu adalah 'guraauan biawak'.

Peneroka Felda dapat habuan untuk hariraya sebanyak RM350.00 seorang, kakitangan Kerajaan gred 1 hingga 54 dapat RM500.00 seorang, Inilah kemurahan dan ihsan Kerajaan 1Malaysia yang prihatin terhadap rakyat dan lebih prihatin lagi apabila ada dikalangan usahawan dapat tambahan AP dan kontrek tender pilihan dikalangan orang yang dekat dengan Menteri.

Mudah-mudahan mereka ini akan menjadi benteng kekuatan kerajaan BN dan mereka ini akan kekal memangkah BN dalam piliharaya umum ke 13 nanti. Insya Allah.

Wednesday, August 25, 2010

Bangunan UMNO hampir runtuh?

Pemimpin UMNO di Ibu Pejabat dan Bangunan Pusat Dagangan Putra PWTC masih bergayut kaki dengan kesejukan aircon dan keselesaan hidup yang mewah dan lumayan sedangkan "bangunan hampir runtuh" masih lagi leka dan tidak jengok keluar.

Itulah topik perbincangan oleh rakyat marhaen di warung tomyam dibelakang gedung bremall malam tadi sehingga saya berpeluh dan kelu tidak dapat berkata apa-apa. Masa dua tahun tidak lama dan dalam masa itulah UMNO akan runtuh, tegas seorang peniaga pakaian lama yang kecewa kerana MARA tidak meluluskan pinjaman beliau.

Sudah berbelas tahun saya berniaga dan menyewa dibangunan MARA dan rekod saya tidak pernah curang dalam membayar sewa kepada MARA, tapi malangnya saya, kerana berniaga menjual pakaiaan terpakai, MARA tidak mahu membantu dan tidak meluluskan permohonan saya, tegas Din dengan nada kesal.

Sama ada cerita Din itu betul ataupun tidak pasal pinjaman MARA, bukan persoalannya tapi intinya adalah sudah ternyata dikalangan peniaga pakaian terpakai tidak akan menyokong BN ataupun UMNO dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bukan dikalangan peniaga yang dianggap berniaga dikaki lima saja yang begitu optimis bahawa UMNO akan runtuh tapi terdapat juga dikalangan penjawat awam yang beruniform dan tokoh usahawan yang bergelar 'Dato'. rata-rata sudah tidak sedap hati sekiranya pemimpin UMNO masih berkubu didalam bangunan dan masih tidak mahu jengok keluar.

UMNO tidak boleh mengharapkan kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib seorang saja menjenguk keluar dan turun kebawah, Pengerusi Perhubungan dan Ketua Bahagian juga hendaklah jangan leka daripada menunaikan tanggongjawab untuk rakyat, jangan asyik mengumpul kekayaan kerana mengambil peluang takut-takut selepas PRU ke 13 nanti UMNO sudah tidak dapat membentuk kerajaan.

Paling menyedihkan apabila ada dikalangan bangsawan menyuarakan "biarlah dapat Menteri Besar bodoh asalkan dengar cakap daripada mendapat Menteri Besar cerdik tapi bodoh". kata-kata itu agaknya akan meruntuhkan satu lagi kerajaan negeri yang dikuasai oleh BN.

Tapi kerajaan BN masih ada waktu untuk memperbetulkan sikap rakyat yang belum 100% membuat keputusan untuk menolak BN dalam PRU ke 13 nanti, rakyat masih meletakkan harapan yang tinggi supaya kerajaan hari ini betul-betul dapat menyentuh gerak nadi rakyat dengan mendampingi dan menunjukkan sikap yang betul-betul boleh memberi keyakinan yang rakyat tidak akan rugi apabila masih menyokong kerajaan BN.

Gejala rasuah dan riak dikalangan Menteri dan pemimpin parti kompenan BN hendaklah dibendung secara serius, gugurkan mereka yang masih menghabiskan masa di karaoke dan di club-club, gugurkan mereka yang didapati mempunyai harta yang melimpah ruah yang hasilnya mencurigakan. Tamatkan khidmat Ketua UMNO Bahagian yang ada skandal dan fail rasuah masih ditangan SPRM, tunjukkan bahawa kerajaan betul-betul bersih dan slogan 1Malaysia rakyat didahulukan hendaklah dapat dilihat dan dibuktikan dengan nyata.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, kepada Timbalan Perdana Menteri dan kepada Menteri-Menteri kena tahu buat kerja, layanlah rakyat secara sama rata, jawab surat menyurat dan angkatlah telepon tanpa memilih. Bertindaklah mewakili taukeh jangan kita nak jadi taukeh.

Kepanasan dan berpeluh saya terasa lega apabila rakyat marhaen di warung tomyam tersebut sebelum bersurai mengatakan bahawa UMNO masih relevan untuk orang melayu dan UMNO tidak akan runtuh sekiranya orang-orang di Ibu Pejabat UMNO tidak duduk hanya dengan bergoyang kaki.

UMNO akan terus relevan sekiranya Ezam Md.Noor tidak bersuara lagi.

Tuesday, August 24, 2010

Ulangtahun hari pernikahanku.

kerana kau, aku disini dan sentiasa disisi.


Hajjah Mahani Binti Haji Abd. Ghani, isteri kepada Haji Mohd Soberi Bin Haji Shafii

Jam.4.55petang. 35tahun lalu, diwaktu ini tubuhku berpeloh dan kenalir kerana menunggu menjelang masuknya waktu Isya. Petang yang tak pernah tenang, duduk, bangun, makan, minum selalu dilamun resah. Kenapa tidak, hari itu adalah hari untuk mengakhiri zaman muda, kerana malamnya nanti satu tanggongjawab yang besar menanti, apabila aku bergelar 'suami'.


Jam 8.45 malam, pada 24hb. Ogos 1975 "Aku terimalah nikahnya, Materah Ab.Ghani dengan mas kahwinnya sebanyak 700 rial". Sah itulah ayat yang dapat ku dengar dan melapangkan dada dan hilanglah gementar, kenalir dan berpeluh.


Ani adalah isteri yang amat-amat kusayangi. Love You Ani.

Indonesia, 'diberi bunga tapi dicampak tahi'

apa sebenarnya mereka ini mahu?

Daripada beratus - ratus juta rakyat Indonesia hanya dua tiga ratus orang sahaja yang tak suka kepada Malaysia , itu pun mungkin diupah . Semua sahabat saya warga Indonesia melahirkan perasaan kesal dan kecewa dengan peristiwa membaling tahi kekawasan kedutaan malaysia yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertamaddun .

Perilaku mereka itu , hanya mencari makan kerana diupah , tidak ada semangat kenegaraan dan berpegang teguh kepada tamadun dunia yang serba canggih dan moden . Mereka melakukan mengikut kehendak nafsu yang diluar batasan akal yang waras . Untuk apa sebenarnya mereka lakukan .

Malaysia tidak rasa terhina dengan penunjuk perasaan yang harganya murah , boleh jadi dibayar dengan 10,000 rupiah setiap seorang , ini kerana keakraban diantara kerajaan kedua- dua negara tidak dapat dipisahkan oleh dua tiga ratus orang yang kurang celek pendidikannya .

Biarlah mereka mahu mengadakan unjuk rasa seratus kali sehari pun , tetapi ia tidak akan menjejaskan persahabatan yang tulin diantara Malaysia dan Indonesia yang telah terjalin sejak begitu lama . Dan kita cukup yakin dengan pasukan keselamatan Republik Indonesia bagi menjaga keselamatan dan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia terutamanya para pelajar , peniaga dan kakitangan kedutaan kita .

Kita di Malaysia akan melayan warga Indonesia seperti kaum keluarga kita , kita terima warga Indonesia seperti abang dan adik kita, kita layan dengan penuh sopan dan penoh tanggongjawab , Islam di Malaysia seperti juga Islam diseluruh dunia . Kita tidak membezakan keturunan Adam dan Hawa , kita tidak mencemuhkan bangsa serumpun . Indonesia adalah sahabat akrab kita , sebab itu dihampir seluruh rumah orang malaysia tentunya ada seorang sekurang - kurang orang Indonesia didalam rumah kita .

Kita memberi bunga kepada bangsa Indonesia walaupun ada orang Indonesia mencampak tahi kepada kita . Itulah lebihnya budaya orang Malaysia . Berbudi dan berbahasa .

Sunday, August 22, 2010

RM1,500 bayar makan colek.

Selepas menunaikan sembahyang sunat terawih, berkumpul pula bersama rakan-rakan makan colek di Restoran Cik Siti Kota Bharu, itulah yang jadual saya selama beberapa hari berada di Kelantan.

Pasal makan colek ini ada cerita sedap yang berlaku diminggu pertama puasa tahun ini, yang mana ada seorang wakil rakyat di Kelantan telah mengerah anak-anak buahnya berhimpun untuk makan coleh (tapi tidak direstoran cik siti) disebuah restoran.

Setelah selesai makan, maka dimintalah bil untuk dibuat pembayaran, alangkah terkejutnya apabila tuan kedai itu mengenakan bayaran sebanyak rm1,500. YB tersebut terus bayar bil itu kerana padanya tidak kisah. Anak-anak buahnya saja yang mengeluh, adakah patut makan colek buah dikenakan bayaran sebanyak itu. Mengeluh sakan.

Untuk meneruskan program makan colek, YB tersebut tidak lagi membenarkan anak-anak buahnya mengadakan jamuan dikedai, kini program diadakan dirumah atau pun di kantin sekolah bagi mengelakkan pembaziran.

Minggu depan satu majlis berbuka puasa akan dianjurkan.

Thursday, August 19, 2010

Saat Persaraan telah pun tiba ! BERSARALAH.

"Inilah masaalah orang kita, apabila kita ambil tindakan mereka marah. Negara kita memiliki infarstruktur negara membangun, namum mentaliti rakyat masih dinegara dunia ketiga," - kata Musa Hassan (lapuran akhbar UM).



Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara Malaysia kini.



Saya setuju dengan pengumuman Ketua Polis Negara, Musa Hassan supaya 'Saman Ekor' diteruskan dimusim rakyat pulang untuk menyambut HariRaya AidilFitri, ini kerana bagi mengurangkan berlaku kemalangan dan mengelak kesesakan lalu lintas. Kerana ada orang kita yang selalunya memotong tidak mengikut peraturan yang mungkin terdedah kepada kemalangan jiwa.

Kerana kedegilan dan kegilaan pemandu yang tidak mengikut peraturan, nyawa orang yang tidak berdosa hilang, kadang-kadang bukan satu orang yang mati, ada yang berlaku matinya satu keluarga kerana kegilaan pemandu kereta yang tidak mengunakan akal.

Pemandu yang 'gila itu' usahkan patut disaman ekor dan didenda, hukuman mati atau pun penjara seumor hidup pun patut dikenakan, kerana dialah orang yang tersayang hilang, keluarga yang bahagia menjadi malang, kes kemalangan menjulang. Mereka yang memandu secara 'gila' itu perlu diambil tindakan seperti juga tindakan dikenakan ISA. kerana dia lah jalanraya menjadi haru biru dan boleh menjejaskan keselamatan orang awam.

Tapi ada yang saya tidak setuju dengan kenyataan Musa Hassan, yang mana beliau menggangapkan mentaliti rakyat Malaysia hari ini masih berfikiran negara dunia ketiga, beliau marah. kerana rakyat marah berhubung dengan tindakan saman ekor.

Sebelum ini rakyat tidah pernah bersunggut kerana disaman, mereka yang ada wang terus bayar kompaun, yang tak ada wang mereka simpan sedikit-sedikit untuk membayar denda, rakyat tidak pernah memberontak bagi melanggar undang-undang, tapi rakyat tidak boleh tahan sekiranya kebebasannya disekat kerana undang-undang yang menyakitkan.

Saman-samanlah, tapi jangan pula nak memperbaharui lesen tidak boleh kerana tak bayar saman yang tuan lesen sendiri tidak tahu bila dia disaman, jangan pula nak bayar cukai jalan tidak dibenarkan sedangkan tuan punya kereta tidak tahu bila keretanya melanggar undang-undang jalanraya.

Disinilah rakyat menuntut keadilan, kerana rakyat Malaysia mempunyai mentaliti KELAS PERTAMA, sekiranya rakyat Malaysia masih lagi mempunyai mentaliti kelas ketiga, tentunya rakyat tidak menuntut untuk mendapat keadilan. bab ini saya tidak sokong Musa Hassan kerana bukan rakyat yang mempunyai mentaliti kelas ketiga tapi nampaknya beliaulah yang mempunyai kekolotan kerana tidak dapat menyelami perasaan dan hati budi rakyat.

Musa Hassan juga tidak dapat menyelami perasaan rakan-rakannya dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia, walaupun beliau tahu edahnya telah sampai ke penghujung bagi memegang jawatan Ketua Polis Negara, tapi masih tidak bercuti bagi membolehkan PDRM mengadakan persiapan untuk mengatur mengadakan majlis 'Hari Perpisahan'. Seolah-oleh belaiu mahu terus memegang jawatan tersebut sehingga dibawa keakhir zaman.

Sekiranya beliau mempunyai mentaliti kelas pertama, sudah sampai masanya beliau mengambil cuti bersara kerana sudah tidak samapi 30 hari lagi kontreknya akan tamat sebagai Ketua Pols Negara dan apa salahnya memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain dalam pasukan polis DiRaja Malaysia mengambil tempat sebagai Ketua Polis Negara yang baru.

Orang lain pun ada cita-cita nak rasa jadi Ketua Poilis Negara (IGP), kerana pegawai polis yang lain pun mempunyai mentaliti kelas pertama. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Sri Hishamuddin Tun Husein pun agaknya tidak menghalang.

Boleh jadi Ezam Md.Noor masih kekal dengan mentaliti dunia ketiga.

Wednesday, August 18, 2010

Regu Ezam Md.Noor.

selingan sebagai hiburan. budak ini boleh diambil buat penceramah beregu dengan ezam.

UMNO Kelantan

"jangan belaga sama sendiri"

Saya setuju dengan pendapat Dato' Abdul Rahman Bakar, Timbalan Presiden PERKASA dan Sdr Yusof Daud, Pengkritik bebas politik Malaysia yang mengulas senario politik UMNO Negeri Kelantan pada hari ini, selepas majlis berbuka puasa dirumah Dato' Pa.

Mereka berdua berpendapat untuk memantapkan gerak kerja UMNO Kelantan adalah mustahak semua pemimpin UMNO diperingkat Bahagian dan ahli ahli UMNO keseluruahan memberi pengiktirafan dengan apa yang telah dibuat oleh Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila melantik Dato' Sri Mustapah Mohamed sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dalam hal mengurus dan merancang supaya UMNO Kelantan menjadi kuat adalah perlu kecerdikan Dato' Pa diguna pakai oleh semua ahli parti, biarlah Dato' Pa melaksanakan tanggongjawab itu secara bijaksana, orang lain tak usahlah mahu menunjukkan dirinya cerdik dengan memutarkan stering bertentangan dengan stering yang dipandu oleh Dato' Pa.

Ertinya orang lain hanya perlu menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan dan bekerja kearah kemenangan parti dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Jangan pula orang lain mahu menonjolkan dirinya cerdik dan tidak menganggap dirnya sebagai pekerja kepada parti. Semuanya nak jadi bos dan tuan.

Dato' Pa dianggap layak dan cerdik lah maka pucuk pimpinan parti melantik beliau menjadi Pengerusi Perhubungan dan orang lain walaupun cerdik kenalah menjadi pekerja kepada Dato' Pa, barulah stering tidak dipulas ikut suka dan kereta tidak berlanggar. Sekira nya kereta berlanggar dengan kereta musuh tak mengapa, tapi yang takutnya kereta berlanggar sama sendiri, nak saman pun tak boleh, jadi sama-sama sakit saja.

Begitulah dalam penyusunan pentadbiran UMNO Kelantan yang baru setelah Sdr Mohd. Yassin sudah tidak lagi menjawat jawatan sebagai setiausaha Kerja UMNO Negeri Kelantan. Dato' Rahman dan Sdr Yusof berpendapat perlantikan Setiauasah Kerja UMNO Kelantan nanti hendaklah dilantik orang yang walaupun tidak terlalu cerdik tapi biarlah orang yang rajin bekerja dan tidak menunjukkan pandai dan cerdik, walau pun orang itu sebenarnya pandai dan cerdik.

Barulah tidak menimbulkan salah faham dan hasad dengki dikalangan pemimpin UMNO Bahagian dengan penjawat parti yang dibayar gaji, baru lah ada retak yang tidak sumban dalam pentadbiran UMNO negeri dan boleh mengelak daripada tomohan dan was-was.

Dato' Pa dan Ketua-Ketua Bahagian masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan, mereka boleh berpakat menyokong sesiapa saja yang dilantik oleh Dato' Pa dengan tidak meletakkan agenda peribadi dalam menyusun gerak kerja di Bahagian masing-masing. Banyak ahli-ahli UMNO di Kelantan yang mempu menjawat jawatan Setiausaha Kerja dengan pengalaman dan kemahiran yang ada.

Carilah dan lantiklah orang yang mahu bekerja walau pun tidak bersekolah tinggi daripada melantik orang yang ada Ijazah berjela-jela atau pun ada Phd tapi kerjanya kurang dan asyik bermegah dengan kelulusan yang tinggi. Maknanya orang itu mahu tunjuk pandai lebih daripada Dato' Pa. Nanti UMNO akan berselerak tak pula.

Ezam Md.Noor tidak layak jadi Setiausaha Kerja UMNO Kelantan, kerana orang kelantan tidak gemar cara beliau berpolitik.

Tuesday, August 17, 2010

Sungguhkah hebat sidia itu !


kerana kau .... .... letak jawatan.

Beberapa orang AJK Pemuda UMNO Alor Star letak jawatan, itu tidak hebat namanya dan ada ugutan ahli-ahli UMNO ugut nak keluar parti, itu pun tidak hebat namanya, PERKASA beri kata dua kepada Dato' Sri Mohd Najib bahawa undi melayu akan hilang dalam pru 13 nanti sekiranya.......(seperti yang adik kakak tahu) itu pun tidak hebat namanya. Yang hebat adalah:-

Sekiranya seseorang itu sudah bercakap bahawa dia tidak pernah mahu jadi pemimpin UMNO Bahagian tapi orang pilih dan tidak minta jadi wakil rakyat tapi diberi bertanding dalam pilihanraya, tapi kerana lepas cakap beliau akan terus meletak jawatan, itulah orang yang hebat sebenarnya.

Nak tahu hebat kah tidak hebat orang itu tunggulah dalam masa terdekat ini apabila beliau mengotakan katanya bahawa setelah Dato' Sri Najib pulang dari luar negara dia akan bertemu dengan Dato' Sri Najib dan memberi surat perletakan jawatan.

Yang saya dengar, orang itu akan meletak jawatan sebagai pemimpin UMNO diperingkat Bahagian (dia bukan Ketua Bahagian tapi sikit bawah) dan juga akan meletak jawatan sebagai wakil rakyat. Dan sekiranya orang itu jantan dan hebat maka akan berlakulah pilihanraya kecil pula.

Orang itu pasal berpidato memang hebat, Tok Guru Nik Aziz dicabar main-main saja, soal berbahas pun hebat, soal bermain politik sesama sendiri pun hebat. Kita tengoklah nanti adakah orang yang bercakap hebat itu betul-betul hebat.

Siapakah orang hebat itu ?, Ezam Md.Noor tak tahu, dimanakan tempat orang itu, saya tahu, kalau tidak di Kelantan dimana lagi ada orang hebat sebegitu, tapi sekiranya orang itu tidak letak jawatan, tahulah kita bahawa orang itu tidak sehebat mana.

Tidak sehebat Ezam Md.Noor.

Monday, August 16, 2010

"Igauan Harussani" ?

pertahankan UMNO

Mengejutkan 'sudah ada perlembagaan baru' yang dibuat bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang. mengikut kenyataan yang ditulis oleh akhbar utusan malaysia hari ini dengan memetik pendedahan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurut Harussani, Perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Ada seseorang telah memberi tiga buku perlembagaan baru itu kapada beliau di Alor Star, Kedah.

Tidak pula disebut siapa yang memberi itu, seseorang itu adakah Melayu atau China, atau India, Khadazan, Dayak atau Asli, dan beliau juga tidak mahu mengulas lanjut apabila ditanya oleh wartawan selepas majlis yang dihadirinya itu.

Ini boleh menimbul syak wasangka dan fitnah dikalangan masyarakat. Sebagai seorang mufti sepatutnya beliau tidak membalingkan satu-satu isu yang teramat sansitif kepada orang melayu dan Islam sehingga boleh menimbulkan fitnah dan kecelaruan dalam masyarakat.

Orang melayu akan pertahankan Perlembagaan Negara dengan bermandi darah, jangan ada sesiapa yang cuba mengusik atau menukar Perlembagaan Negara sebagai teras keamanan dan kestabilan rakyat. melayu jangan cuba dicabar dan digertak, parahlah akibatnya.'

Kita nak tahu, kalau melayu, melayu mana yang berani hendak mengubahkan Perlembagaan Negara kita, kita akan hancurkan perjuangan mereka, kalau China, siapakah orangnya dan sekiranya India dari mana datangnya.

Dalam hal ini kita minta Mufti Perak itu jujur, dengan mendedahkan siapakah orangnya yang hendak menukarkan Perlembagaan Negara dengan menyisihkan hak-hak kita orang melayu dan Islam. Isu ini bukan boleh dimain-main secara politik, kerana Perlembagaan Persekutuan adalah maruah negara dan rakyat malaysia.

Rakyat perlu tahu untuk memudahkan rakyat membuat keputusan, jangan nanti isu ini hanya mainan dan igauan Tan Sri Harussani saja. Sekiranya betul, Dato' Sri Hishamuddin Tun Husein kena bersiap sedia dalam menjalankan tugasnya sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri supaya tidak akan berlaku huru hara dalam negara.

Ezam Md.Noor bolehlah, menggunakan "keris" membantu Hisahmuddin nanti.

Sunday, August 15, 2010

Ribut di Melaka, kenapa berlaku dipasar Ramadhan?

'tanam pinang rapat-rapat
biar senang puyuh berlari
kalau penyakit tak boleh diubat
tak mungkinkah bini akan lari'

Dalam bulan puasa pun, ramai yang makan durian, hasil para petani tidak kira musim, ada barang adalah pembelinya, yang menjadi masaalah apabila hasil itu berlambak harga pula jadi murah, tak apalah itu rezeki halal sudah ditakdirkan.

Yang menariknya kata seorang sahabat, dulu kita makan durian hasil tanaman kita sendiri, sekarang durian kita tak boleh makan, kerana pokon telah dipanah lintar (petir). Apatah nak makan buah durian, nak buat berteduh pun dah tak boleh kerana daun durian pun sudah tidak ada, kata Zuhaimi Ab.Kadir (Zuha) dan disokong oleh Sdr Yusof Daud.

Yusof Daud pula menambah, tak kena buat, sekiranya kita lalu dibawah pokok yang sudah dipanah lintar itu, dahan pula yang patah, sekali dengan kita-kita akan ditelan bumi. Inilah diantara senario politik tanahair sekarang ini. Benar atau tidak, Ezam Md.Noor boleh mengulasnya.

Perdebatan dikedai Pok Pa Kelantan di Chow Kit sebelah King Hotel mencetuskan satu perkara yang serius untuk dipertimbangkan, bagaimana hendak mengekalkan supaya rakyat hari ini akan terus memberi sokongan kepada kerajaan dibawah pimpinan YAB. Dato' Sri Mohd Najib, yang rata-rata berpendapat terlalu banyak percangahan diantara pemimpin parti UMNO.

Selain dari isu royalti minyak yang dibangkit dan dituntutkan oleh kerajaaan PAS Kelantan dipertahankan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah kini timbul pula isu FDI yang mana YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga menyangkal kenyataan menteri MITI, Dato' Sri Mustapha Mohamed. Nampak jelas pemimpin UMNO Kelantan tidak sealiran pendapat dalam isu nasional.

Disamping isu kemelut dalaman UMNO dibeberapa negeri disemenanjong yang dipimpin oleh Naib-Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Tun Husein di Trengganu, Shafie Afdal di Kedah dan Ahmad Zaid Hamidi di Pulau Pinang. Kemelutnya belum selesai sepertilah pokok durian dipanah lintar (petir). Sudah tidak berbuah dan berdaun hanya tunggu masa dahan akan patah.

Semua gejala ini akan berterusan sampai pilihanraya umum ke 13 sekiranya pucuk pimpinan tidak serius untuk menyelesaikan, Konsep 1Malaysia tidak menjamin kemenangan kepada BN dalam pilihanraya umun ke 13 nanti sekiranya kemelut dalam UMNO dibiarkan berterusan tanpa mengambil tindakan. Selagi pemimpin parti meletakkan puak aku dan puak kamu dalam pergolakan yang berlaku selagi itulah masaalah tidak dapat diselesaikan.

Ketelusan hendaklah dijadikan sebagai landasan dalam mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan disetiap Bahagian UMNO dan Negeri yang bergolak, jangan ayat ketelusan dinobat sebagai retorik semata-mata untuk didengar saja, walhal setiap langkah tindakan yang diambil sudah jelas tidak menampakkan ketelusan.

BN telah kehilangan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan tradisi Kelantan, jangan pula oleh kerana kemelut dalaman tidak dapat diselesaikan sehingga negeri Trengganu jatuh pula ketangan pembangkang dalam PRU ke `13 nanti. Apa yang berlaku di Melaka dimana pasar Ramadhan dilanda ribut hendaklah diambil sebagai ingatan, mungkinkah ribut sebegitu akan melanda politik malaysia pada PRU ke 13 nanti.

Ezam Md.Noor pun tidak akan dapat selamatkan Selangor.

Saturday, August 14, 2010

RM350, pemandu teksi pun nak juga?

Sekiranya kita ada satu rancangan untuk keudara, untuk diperdengarkan kepada masyarakat yang perlu diberi keutamaan ialah penyampai ataupun DJ yang boleh menarik minat orangramai untuk mendengarnya.

Walau pun rancangan itu baik, tapi DJ pula tidak disukai oleh orangramai adalah sia-sia rancangan itu dipersembahkan kerana orangramai tidak berminat untuk mendengarnya. Inilah terjadi ataupun terdapat dikalangan menteri kita hari ini. Dan inilah juga yang terdapat dalam UMNO hari ini.

Gejala inilah yang sekarang ini diperkatakan oleh orangramai terutamanya mereka yang boleh mengundi, yang boleh menentukan parti mana yang akan membentuk kerajaan dan akan menguasai putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidden Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Hishamuddin Tun Husein dan Dato' Sri Mustapha Mohammed masih lagi boleh mejadi DJ yang baik kepada rancangan Kerajaan Malaysia sehingga kini, tapi tidak tahulah selepas hariraya Aidil Fitri nanti, kerana saya sedang memerhati apakah slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan dapat dilaksanakan oleh mereka itu.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib yang mana peneroka akan mendapat habuan sebanyak RM350.00 seorang sebelum hariraya Aidil Fitri nanti amat-amat dialu alukan, khasnya oleh keluarga peneroka yang memangnya selalu kesempitan kewangan. Inilah topik yang seharusnya diperdengarkan oleh Ezam Md.Noor apabila berada dipentas UMNO nanti sekiranya beliau itu boleh dianggap sebagai DJ yang baik oleh orangramai.

Satu lagi golongan yang boleh dipakai oleh UMNO dan Kerajaan sebagai DJ bagi menyampaikan rancangan elok kerajaan secara berkesan ialah 'Pemandu Kereta Sewa/Teksi', mereka itu adalah dianatara DJ yang tidak mendapat upah yang disukai oleh orangramai terutama penumpang yang suka bertanya. Mereka itu juga boleh menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk memunggut maklumat yang disuarakan oleh orangramai.

Mereka adalah tempat orangramai mendapat berita apa yang sedang rakyat perkatakan apabila sesautu isu itu menjadi topik perbincangan umum dan mereka juga dapat mendengar luahan oranramai terutama penumpang dari golongan pengundi berhubung dengan sokongan ataupun kecaman terhadap kerajaan.

Yang pentingnya mereka juga boleh mengulas sesautu isu itu mengikut selera mereka, sekiranya mereka 'belaga angin' dengan kerajaan mereka mempertahankan dasar kerajaan dan menguntuk pihak parti lawan dan begitulah sebaliknya. Untuk mereka itu berpihak kepada kerajaan tentulah ada cara dan keadehnya.

Sekiranya peneroka mendapat habuan RM350.00 sebelum hariraya bagi menampung pendapatan peneroka yang kecil, maka pemandu kereta sewa/teksi juga adalah berpendapatan rendah yang hidupnya kais pagi makan pagi. Mereka juga akan berterima kasih kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib dapat mengistiharkan bahawa pemandu kereta sewa/teksi akan mendapat bantuan daripada kerajaan sebelum menjelang hariraya Aidil Fitri.

Saya berpendapat, sekiranya kerajaan tidak ada peruntukan bagi membantu pemandu kereta sewa/teksi, orang seperti Vincant Tan dapat membantu mencari wang ataupun boleh minta Genting Highland sponcer bagi mengurangkan bebanan pemandu kereta sewa/teksi bagi menampung perbelanjaan menjelang hariraya Aiduil Fitri nanti.

Ezam Md.Noor boleh tolong lobi bagi pihak Dato' Sri Mohd Najib kerana dia adalah bekas setiausaha politik menteri kewangan.

Friday, August 13, 2010

Baru bunyi guruh Kelantan dah banjir !

Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan sekarang ini tidur lena tak payah pakai bantal hanya beralaskan lengang dah pun berdekur. Itulah gambaran kekuatan PAS negeri Kelantan dan kerajaan negeri apabila YBM Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan komen ulasan Tok Pa berhubung dengan FDI.

Guruh baru berbunyi di Gua Musang, kawasan Parlimen Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Bachok, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Tanah Merah telah ditenggelami air sehingga paras hidung. Itulah gambaran kekuatan PAS di Kelantan buat masa ini. Walau pun didalam PAS ada masaalah tapi didalam UMNO masih bersapah masaalah.

Isu pemecatan (diberhenti ataupun minta berhenti) Setiausaha Kerja UMNO Kelantan iaitu Sdr Yassin bekas Pengarah Biro Tata Negara (BTN) menjadi isu secara senyap dikalangan pemerhati politik kelantan. Apakah Yassin juga menjadi belulang kering seperti Haji Alwi dan Dato'Ramzi Ab.Rahman kerana mereka itu adalah orang Pak Lah, (Tun Abdullah Ahmad badawi) seperti yang ditulis oleh MSO.

Tentunya semua ini akan dijadikan model oleh PAS dan PKR menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti, bagaimana rakyat biasa yang menyokong UMNO hendak menumpang sedangkan mereka yang terbukti berjasa pada UMNO pun disingkirkan.

Persoalan yang dikemukakan di warung makan colek malam tadi dikalangan anak-anak kelantan di Chow Kit depan masjid pakistan ialah, apa untungnya menyokong UMNO sekarang setelah dilihat parti tidak lagi dapat menguasai kerajaan.

Ini yang patut diperjelaskan oleh Ezam Md.Noor daripada mencabar Wan Azizah yang satu ketika dulu dianggap sebagai kakak.

Thursday, August 12, 2010

gapa' lebih sedap dari BUDU?

Menjaja product untuk menarik minat pembeli ataupun untuk orang suka , kenalah bercerita perihal product kita itu bagus . Sekiranya kita tidak dapat memberi penerangan tentang kebagusan product kita itu , tidak ada siapa yang mahu beli product kita itu .

Begitu jugalah dengan ceramah poilitik , tidak akan ada pengundi yang berminat untuk mengundi kita sekiranya kita tidak perjelaskan apa untung dan kebaikan bagi mengundi kita . Kita kena jelaskan kepada pengundi supaya mereka itu betul - betul berminat kepada kita untuk menyokong dan mengundi kita , kenapa dan mengapa mereka itu perlu kepada kita .

Pengundi zaman ini sudah tahu membezakan yang mana baik dan yang mana tidak baik , hanya mereka mahu penjelasan yang lebih detail dari penceramah untuk mencadangkan satu bentuk kepuasan kepada mereka sekiranya mereka memilih parti tersebut .

Berceramah dengan hanya menghentam peribadi pihak lawan, tidak menguntungkan , bercerita product orang lain tidak bagus tanpa menjelaskan kebaikan product kita tidak boleh menambah pembeli . Ini kerana pembeli yang biasa dengan product asalnya tidak akan menukarkan product tersebut sekiranya penceramah gagal membandingkan kebaikan product yang dijaja itu .

Politik pun demikian juga , akhir - akhir ini ada penceramah hanya pandai berkata kepada pihak lawan, mencerca peribadi lawan, membuka aib pihak lawan tetapi tidak memberi penerangan dengan jelas untuk mengurangkan bebanan orangramai . Maka ceramah yang dianjurkan itu adalah sia - sia dan berkemungkinan berbahaya.

Seperti kita menyuruh orang kelantan , supaya jangan makan budu dan belacan , kerana katanya budu berbau busuk , tapi kita tidak mencerita dan memberitahu kepada orang kelantan makanan apa yang lebih sedap daripada budu . Orang kelantan tidak akan menukar seleranya dari memakan budu dan belacan kerana dari dulu lagi budu dan belancan terbukti sedap .

Ezam Md.Noor , cukuplah , sia - sia kerja kamu itu .

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK DATANG LAGI, AKU BERSYUKUR KERANA MASIH DAPAT BERSAMA MU.

terima kasih kepada semua kenalan dari jauh dan dekat yang telah menghantar sms kepada saya mengucapkan ' Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak ' dengan berbagai - bagai kata-kata hikmat dan pedoman , begitu juga saya , isteri saya hajjah mahani abdul ghani dan anaknda - anaknda saya . qhariennah fatina , juhaida amaleinna , mohd fais hazriqk , hajjah rinie fahada natasha dan hajjah milissa nadhira ingin mengucapkan : -


mohon maaf kepada semua yang tersinggung diatas tulisan saya dalam blog newkk.blogspot.com ini, kerana itulah saya , yang tidak boleh menyembunyikan kehendak hati dan fakta yang ada pada saya . Yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik itu adalah kehendak saya sendiri .
saya sudah minta maaf . sekiranya anda tidak memaafkan saya . dosanya andalah yang tanggông . puasa jangan tak puasa . JANGAN MARAHHHH .

Tuesday, August 10, 2010

Ezam Md.Noor, sokong membawa rebah?

bersatu - bersetia - berkhidmat

Sayuti Omar mengelarkannya "Senator Boy" dan saya hendak mengatakan bahawa YB. Senator Ezam Md.Noor adalah 'Budak Suruhan' yang mengambil upah untuk menyerang peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim bekas bossnya yang dulu dipuja-puja seakan-akan kalah para-para melaikat.

Saya bimbang UMNO akan terus dijauhi oleh rakyat jelata sekiranya Ezam Md.Noor terus menerus diberi pentas untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Ismail. Perlu diingat Wan Azizah tidak pernah berdosa dengan rakyat jelata, beliau dilihat sebagai seorang wanita dan seorang ibu yang gigih, yang sanggup menanggong malu kerana taat kepada suami yang dikhianati sesama manusia.

Wan Azizah banyak dapat simpati dari kaum wanita, sama ada wanita muda, wanita dewasa, wanita yang miskin mahu pun wanita yang cerdik pandai, menyerang peribadi Wan Azizah bererti memberi simpati kepada beliau dan parti PKR yang dipimpinnya. Ini semua merugikan UMNO sebagai sebuah parti orang-orang melayu.

Perlu diingat bahawa Ezam Md. Noor dari dulu lagi mahu menghancurkan parti keramat orang-orang melayu ini, dari dulu lagi UMNO jadi musuh utama Ezam Md.Noor. Sebenarnya Ezam Md.Noor bukan orang perjuangan, beliau dilihat berjuang kerana berkepentingan.

Sekiranya Ezam Md.Noor jujur dalam perjuangan, beliau tidak patut cepat menerima jawatan sebagai senator, beliau sepatutnya mendahulukan rakan-rakannya dari Keadilan yang keluar menyertai UMNO yang telah lama meninggalkan parti Keadilan Rakyat, mereka itulah sepatutnya mendapat nikmat dulu daripada Ezam Md.Noor, itulah sebabnya saya mengatakan bahawa Ezam Md.Noor adalah 'budak suruhan', yang dibayar ataupun diupah dengan jawatan senator.

Orang-orang seperti Ruslan Kassim, Hanafiah Man, Hamdan Taha, Zaid Mat Arip dan Lokman Adam inilah sepatutnya diperjuangkan oleh Ezam Md. Noor supaya UMNO memberi tempat dan melantik mereka itu sebagai SENATOR bagi memberi ganajaran kerana mereka telah meninggalkan Anwar Ibrahim dan parti Keadilan Rakyat.

Kalau nak kira sedar, mereka itu lebih dahulu sedar daripada Ezam Md.Noor, tapi mereka itu tidak menuntut apa-apa, tidak diberi jawatan apa-apa, tapi mereka berjuang bersama UMNO kerana mereka mahu melihat Anwar Ibrahim terus dipenjara dan sekiranya Ezam Md.Noor jujur, jawatan senator itu sepatutnya diberi kepada Zaid Mat Arip terlebih dahulu.

Saya orang UMNO, saya orang Melayu, saya tahu detik hati orang UMNO dan orang MELAYU bahawa perasaan benci mulai dirasai sekiranya satu-satu parti itu terus menerus menghina, mengeji dan mengata huduh sesama MELAYU dan ISLAM dan akhirnya mereka itu lari dari terus mengundi UMNO.

UMNO kena menyekat ketololan yang dilakukan oleh Ezam Md.Noor dengan mencabar Wan Azizah, UMNO kena menyekat Ezam Md.Noor dari terus menyerang peribadi Wan Azizah hatta menyerang peribadi Anwar Ibrahim, semangkin banyak Ezam Md.Noor menyerang mereka berdua secara peribadi semaking banyak pula UMNO akan hilang undi.

Ezam Md.Noor boleh berucap dipentas UMNO dengan memberi hujjah bahawa UMNO masih lagi diperlukan dinegara Malaysia ini untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan diri sendiri seperti yang beliau amalkan hari ini.

Ingatlah UMNO, sepatah ucapan keluar dari mulut Ezam Md.Noor bererti satu undi melayu akan hilang untuk UMNO.

Monday, August 9, 2010

Jangan lalai dengan kuasa, kekayaan dan kemewahan II.

gambar hiasan

Semasa kita diatas, dengan mempunyai kuasa, dengan kekayaan dan kemewahan yang dianugerahkan kepada kita, kadang-kadang kita lupa, dari mana asal usul kita dan kemana akhirnya kita.

Kita memilih orang untuk kita tolong, orang yang tidak menguntungkan kita, kita tidak terniat untuk tolong. Itulah kejadian kepada orang yang berkuasa, yang kaya dan yang mewah yang tidak pernah mengenali dirinya yang sebenar.

Kita yang saya maksudkan diatas adalah mereka-mereka yang mendapat kuasa dari titik peluh rakyat jelata tapi tidak membalas budi rakyat dengan stampilnya. Rakyat masih lagi dihimpit kedukaan dan kemiskinan walaupun pada pilihanraya mereka itu diusung untuk keluar mengundi,

Tapi apabila menang pilihanraya, YB disitu tidak pernah menjengoknya apatah lagi membalas budi rakyat tersebut dengan memberi keselesaan untuk mereka itu lari dari himpitan kemiskinan, projek kecil kelas C pun tidak dapat dirasai, apatah lagi projek kelas B ataupun kelas A.

Ada orang mengatakan, mana mungkin orang miskin akan dapat projek kerana lesen pun dia tidak ada, saya katakan, orang miskin pun boleh dapat projek kalau pembesar yang ada kuasa hendak tolong kerana untuk mendapat projek tidak semestinya orang itu ada lesen, kerana sekarang ini lesen pun boleh pinjam dengan membayar harga lesennya.

Ini berlaku di malaysia, berapa ramai orang ada lesen kelas 'C' tapi tak pernah buat projek sedangkan dia dapat projek, ini kerana mereka yang ada lesen telah memajakkan lesen tersebut kepada orang yang ada hubungan rapat dengan pembesar yang ada kuasa.

Untuk projek kecil rancangan malaysia ke 10 nanti adalah dicadangkan supaya pihak pembesar yang ada kuasa meluluskan projek kecil hendaklah mengagihkan projek tersebut kepada orang yang diketegorikan miskin dengan memajak lesen kelas 'C' dikawasan tersebut, yang sebelum ini diberi pajak kepada orang terdekat dengan pembesar yang ada kuasa.

Inilah salah satu cara hendak menolong rakyat miskin dikampung-kampung yang kebanyakannya terdiri dari orang melayu dan islam, sudah sampai masanya pengagihan rezeki melalui projek kecil kepada kroni masing-masing dihentikan, mereka itu sudah kaya raya, sudah ada rumah besar, kereta besar dan isteri pun sudah lebih dari satu.

Ingatlah, Kuasa, Kekayaan dan Kemewahan tidak kekal, besuk mungkin hilang. Kuasa politik dapat dengan undi rakyat yang mana kerajaan boleh ditukarkan dan perlu diingat Kekayaan dan Kemewahan yang dapat tidak dengan cara halal akan dibalas didunia dengan penjara dan diakhirat dengan neraka.

Sunday, August 8, 2010

Jangan lalai dengan 'KUASA,KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN'

haji mohd soberi shafii
yab tuan guru nik aziz nik mat


yb. anwar ibrahim


yb. khairy jamaluddin



yab dato'sri mohd najib tun abdul razak dan yab tan sri muhyideen yassin, bersama 40 orang ulama muda.

Gambar-gambar diatas bukan sengaja dipostkan, tapi ada cerita menarik disebaliknya.

1. Haji Mohd Soberi Shafii sedang berucap semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh dan mewakili UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia pada Oktober 2010 nanti. Biasanya Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan memilih Ketua UMNO Bahagian mewakili UMNO Negeri untuk berucap diperhimpunan Agong, apa kata kali ini peluang diberi kepada ahli biasa yang dipilih ke Perhimpunan Agong untuk berucap membahas ucapan dasar Presiden UMNO.

2. YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sedang memberi kuliah hari jumaat diperkarangan pejabat PAS Negeri Kelantan, satu usaha dakwah yang berterusan dilakukan oleh Tok Guru sekiranya beliau tidak unzur. Tapi kini usianya sudah tua, sudah kelihatan letih dan mestinya satu hari Tok Guru akan berihat dari politik. Siapa pemimpin PAS Kelantan akan mengganti Tok Guru dan pengganti itu mampukah membawa kecermelangan obor perjuangan PAS di Kelantan.

3. YB. Dat0' Seri Anwar Ibrahim yang tidak asing lagi kepada rakyat seluruh dunia, sedang giat berusaha untuk memenangi pilihanraya umum ke13 nanti bersama PKR, PAS dan DAP yang dikenali Pakatan Rakyat. Sekiranya Pakatan Rakyat menang mojeriti dalam piliharayan umum nanti sudah jelas Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7, sekiranya beliau tidak dipenjara.

4. YB. Khairy Jamaluddin seorang muda yang meletakkan perjuangan parti lebih dari kepentingan diri, tidak mudah mengalah, walaupun berbagai-bagai isu dikaitkan kepada beliau, sama ada soal peribadi, keluarga, perniagaan dan politik, tidak mudah merajuk walaupun tidak diberi apa-apa peluang dalam badan kerajaan. Tindakan UMNO dengan membiarkan beliau tidak ada kuasa dalam kerajaan telah menjejas semangat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

5. YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YAB Tan Sri Muhyideen Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bergambar bersama 40 ulama muda yang dikatakan menyertai UMNO. Rakyat sedang memerhati dengan tekun bagi melihat satu kemajuan baru dicapai khususnya meletakkan taraf hidup rakyat ketahap yang lebih memberangsangkan.

Pegawai Kerajaan, Peneroka, Petani dan Nelayan, Orang yang sudah pechen, peniaga kecil dan penganggur sedang memerhati dan belum membuat keputusan mutlak parti mana yang akan mereka undi pada pilihanraya nanti.

Sikap Pemimpin Kerajaan dan Pemimpin Parti UMNO yang tidak menolong dan membantu rakyat yang memerlukan pertolongan dan mengelak diri dari dihubungi untuk diminta bantuan dan pertolongan akan merugikan parti dan meruntuhkan sebuah kerajaan yang terkenal dengan slogan BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT. slogan hanya tinggal slogan, kerana mereka yang diberi tanggongjawab telah lalai dengan kuasa, kekayaan dan kemewahan.


Saturday, August 7, 2010

Imej baru Polis D'Raja Malaysia.

KDYMM Sultan Ismail Petra bersama Raja Perempuan Kelantan dan Anaknda baginda YAM Tengku Temenggong Kelantan.

Ketua Polis Malaysia, Musa Hassan dijangka tamat tempoh sambung perkhidmatan pada september 2010 nanti maka adalah peluang untuk orang lain menjawat jawatan Ketua Polis Negara, satu pembaharuan adalah diharap kepada peneraju baru Polis D'Raja Malaysia supaya imej polis yang tercemar teruk dapat dipulihkan.

Terbaru pendedahan melalui CD bagaimana polis UTK megacukan mucung senapang keatas muka KDYMM Sultan Kelantan satu peristiwa yang amat malang, bagaimana pasukan polis yang dikenali sebagai D'RAJA tergamak melakukan tindakan yang begitu keras terhadap seorang Sultan.

Ura-ura untuk menyambungkan khidmat Ketua Polis Negara sepatutnya tidak kedengaran dan dibincangkan kerana untuk berapa lama Musa Hassan akan diberi keistimewaan sedangkan sudah 2 kali beliau disambung perkhidmatannya.

Orang lain yang dibawah sepatutnya diberi peluang bagi memantapkan perkhidmatan Polis D'Raja yang sekarang ini menampakkan negara Malaysia ini adalah sebagai sebuah negara polis. Sekiranya anggapan pelabur luar bahawa Kerajaan sudah tidak mampu menyekat tindakan polis yang keterlaluan, siapa yang mahu datang untuk melabur dinegara Malaysia ini.

Pelabur luar juga manusia yang takut kepada tindakan kekerasan, untuk apa datang ke Malaysia sekiranya keselamatan tidak terjamin, kalau terhadap Sultan pun polis bertindak dengan keras apatah lagi mereka orang asing. FDI akan terus merudum.

Ramai lagi pegawai polis yang mampu dan berkelibar yang boleh menerajui pasukan polis D'Raja negara, yang bersih, rajin dan telus yang agaknya boleh membersihkan imej polis dimasa yang akan datang apabila diberi peluang. Timbalan Ketua Polis Negara sekarang pun boleh.

Begitu juga dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Bakri Jihin, walaupun beliau orang sabah, beliau juga rakyat Malaysia dan rekod perkhidmatan beliau bagi mengurangkan jenayah dinegara ini telah terbukti berjaya. Orang-orang yang ada wawasan, cekap dan rajin perlu diberi tempat untuk menrealisasikan matlamat kerajaan.

Menyambung dan terus menyambung Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara akan menjejaskan peluang orang lain naik pangkat. Sudah sampai masanya kerajaan telus dalam memberi peluang kepada pegawai lain naik pangkat. Dato' Sri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia tentunya tidak mahu negara Malaysia dicopkan sebagai 'Negara Polis' yang tentunya imej negara dipandang tidak baik.

Polis Malaysia yang dianggap 'cekap' akan hilang keyakinan oleh rakyat sekiranya isu-isu yang tersebar tidak dibendung dari sekarang, sudah sampai masanya Ketua Polis Negara yang baru dilantik dan diberi tanggongjawab bagi membersihkan imej pasukan 'Polis D'Raja Malaysia' dan sepatutnya Musa Hassan mengambil cuti bagi persediaan untuk menjadi rakyat biasa.

Friday, August 6, 2010

Nasir Safar

dan Ahmad Ismail, mangsa keadaan?


Orang cina sekarang bukan pendatang, orang cina di Malaysia selepas merdeka adalah bumiputra seperti juga dengan bangsa melayu dan mereka hendak dikenali sebagai rakyat Malaysia berbagai bangsa yang ada sama hak dengan bangsa-bangsa lain.

Itulah sebabnya Nasir Safar dan Ahmad Ismail diambil tindakan, kerana mereka mengatakan bahawa bangsa cina adalah bangsa pendatang. Kenapa orang cina cukup sensitif dengan isu tersebut kini tidak dulu. Ini kerana orang cina merasa mereka telah kuat, mereka boleh menentukan kedudukan pemerintahan negara, betulkah begitu?.

Anggapan orang cina itu betul kerana telah terbukti sekiranya pengundi cina tidak mengundi calun BN yang kawasan pilihanraya terdapat pengundi cina alamatnya kerusi BN akan kecundang, kemerosotan kemenangan BN dalam pilihanraya umum ke 12 dulu telah terbukti dan ini akan terus berlaku sekiranya pemimpin BN silap perhitungan dalam menentukan calun dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Tapi anggapan orang cina itu akan meleset sekiranya pengundi melayu tidak berpecah walau pun dikawasan pilihanraya tersebut terdapat pengundi cina. BN kalah kerana undi melayu tidak bersatu dan telah diambil kesempatan oleh orang orang cina.

Walau pun orang cina terbahagi kepada 3 kumpulan parti politik iaitu MCA, Gerakan dan DAP tapi mereka akan bersatu dalam memberi undi tapi tidak kepada bangsa melayu, sebagaimana yang kita lihat apabila berlaku pilihanraya bangsa melayu tidak melihat kepada kepentingan bangsa dan negara tapi lebih kepada perbalahan untuk mendapat tempat bagi menubuhkan kerajaan walaupun kepentingan bangsa terjejas.

UMNO, PAS dan PKR lebih meletakkan agenda perjuangan kelompok masing-masing, walhal buat masa ini kedudukan kepentingan bangsa terjejas, suara untuk menyeru kepada perpaduan, dianggap kerana UMNO lemah dah lebih menyedihkan lagi kata-mengata dan memburukkan peribadi pemimpin melayu dibuat secara tidak segan silu. Bangsa lain melihat gelagak orang melayu kini suka dan tersenyum.

Apakah pemimpin politik orang melayu akan rasa bersalah setelah melayu sudah tidak ada kuasa ditanahairnya sendiri, setelah keistimewaan orang-orang melayu terhapus, setelah raja-raja melayu dilenyapkan sebagai payung agama kepada melayu islam, setelah nasi menjadi bubur.

Walau pun betul kata-kata hikmat oleh Hang Tuan bahawa melayu tak akan hilang didunia, tapi buat apa sekiranya bangsa saja yang ada tapi kuasanya hilang. Perkataan melayu dan orang melayu ada pada nama tapi tidak punya apa-apa.

Bangsa melayu BERSATU lah.




Wednesday, August 4, 2010

Kerah TENTERA

hapuskan pendatang tanpa izin

Apabila saya mengatakan tidak susah bagi kerajaan untuk membersihkan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang berkeliaran di Negara kita ini, yang tinggal lagi mahu atau pun tidak, maka saya diajar supaya melontarkan pandangan dan pendapat kepada kerajaan, kerana katanya berbagai-bagai cara kerajaan telah lakukan tapi isu tersebut tidak dapat diatasi sehingga sekarang, kerana katanya tak mungkin kerajaan akan mengunakan robot untuk dilantik sebagai penguatkuasa bagi mengelak dari berlakunya rasuah.

Rata-rata berpendapat berlakunya lambakan pendatang tanpa izin (PATI) dinegara kita ini berkemungkinan besar para penguatkuasa melakukan pekerjaan yang rasuah? itulah diantara faktor utama mengapa kemasukan pendatang tanpa izin tidak dapat dibendung dinegara ini.

Dalam mengerakkan jentera penguatkuasa bagi menangkap pendatang tanpa izin termasuk polis, RELA, imigrasen dan lain-lain agensi penguatkuasa tapi masih tidak berjaya menyekat mereka itu terus berada dinegara ini walau pun hukuman dijatuhkan kepada mereka. Itulah saya mencadangkan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada mereka.

Tentera (Askar) sekarang ini tidak banyak kerja, negara tidak lagi berperang, komunis pun sudah keluar dari hutan kerana kebanyakan hutan sudah gondol kerana kerakusan pihak kerajaan negeri mengeluarkan balak. Apa salahnya pihak kerajaan memikirkan bahawa gejala lambakan pendatang tanpa izin yang berada didalam negara ini akan memudarat keselamatan negara.

Kerajaan hendaklah istihar "PERANG" terhadap pendatang tanpa izin itu, kerahkan tentera dan bekerjasama dengan aginsi-agensi penguatkuasa lain supaya menjejak, mencari dan menangkap pendatang tanpa izin sama ada dihutan atau dibandar dan usirkan mereka itu keluar daripada negara ini, kalau perlu "tembak, tembak saja mereka yang jahat melakukan jenayah".

Dan kepada penguatkuasa yang melepas dan membebaskan pendatang tanpa izin itu hendaklah dijatuhkan hukuman penjara mendotori sebagai pengajaran semuga ketirisan tidak banyak berlaku yang akhirnya isu pendatang tanpa izin tidak lagi menjadi masaalah besar dalam negara ini.

Hampir setengah juta warga asing yang berada didalam negara ini hidupnya tidak mempunyai permit kerja yang sah dan boleh dianggap pendatang tanpa izin. Ini berlaku kerana pihak kerajaan tidak begitu serius untuk mengambil tindakan dan penyalahgunaan kuasa yang berterusan berlaku. Adakah benar bahawa ada diantara warga asing yang tidak cukup syarat pun boleh mendapat kerakyatan dinegara kita ini, asalkan pihak yang berwajib ada selera?.

Malaysia serba boleh, asalkan ada kemahuan.

Tuesday, August 3, 2010

Penjara dan Sebat bagi Pendatang Tanpa Izin.

Merenung keputusan yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyidden Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia berhubung dengan penarikan balik kemudahan memberi Visa masuk semasa tiba dilapangan terbang (pintu masuk) VOA kepada orang asing, sama ada mereka itu pelajar atau pelancung asing daripada negara China, India, Sri Lanka, Bangladesh dll amat melucukan.

Ini kerana pemberian Visa itu dikenakan bayaran yang hasilnya masuk ke khazanah negara, apabila mereka tidak dibenarkan masuk setelah tiba dipintu masuk secara sah mereka juga akan masuk secara haram yang mana bayaran nanti tidak masuk kepada khazanah negara dan itu merugikan pendapatan negara kerana berpuluh-puluh juta setahun kerajaan dapat hasil dari bayaran mengeluarkan visa dipintu masuk daripada pengunjung.

Bukan kerana ada kemudahan memasuki negara ini setelah tiba mendapat visa yang menyebabkan ramai pendatang ASING tanpa izin berada dinegara kita hari ini. Pokok yang utamanya penguakuasaan yang tidak cekap dan tidak telus dan sistem yang tidak berkesan yang mana biasanya orang ditawarkan mengadakan sistem diberi kepada kroni dan kenalan yang rapat.

Contoh, kemana hilangkan sistem biometrik pekerja asing warganegara Bangladesh yang masuk bekerja di malaysia dari tahun 2006 hingga kini, kenapa datanya sudah tidak boleh dipakai, siapa yang menyediakan sistem tersebut dan oleh kerana sistem yang kerajaan pakai tidak berfungsi maka rakayat Bangladesh dijadikan mangsa, itu adalah tidak adil namanya.

Kini Kerajaan sedang bersedia untuk mengadakan sistem baru Biomatrik, syarikat mana yang mendapat tawaran bagi menyediakan sistem tersebut, kenapa terlalu lama mengambil masa untuk menyiapkan sistem boimatrik itu dan oleh kerana menunggu sistem itu siap kerajaan pula bersedia mengharamkan pekerja asing yang sah dengan tidak memperbaharui visa pekerjaaan tersebut.

Adalah tidak adil untuk memaksa majikan mengurung pekerja asing dikilang atau diasrama kerana visa tidak dapat diperbaharui disebabkan pihak berkuasa tidak mau perbaharui kerana menunggu sistem baru berfungsi. Berapa lama lagi sistem baru akan berfungsi dan berapa ramai lagi pekerja asing yang kena tangkap kerana tidak dapat menunjukkan persambungan visa kerana memangnya visa tidak dikeluarkan untuk disambung buat masa ini,.

Sistem yang akan dibuat nanti tidak akan menepati sasaran bagi mengurangkan kemasukan pekerja asing yang haram selagi yang membuat dasar itu adalah hanya pegawai kerajaan yang tidak dapat menyelami apa yang sebenarnya berlaku dikalangan pekerja asing dibawah. Mereka itu hanya dengar cerita bari dari kawan-kawan dan agen-agen asing yang tentunya ada kepentingan.

Sistem satu bab, Penguatkuasa satu bab, kerjasama diantara majikan, pekerja dan jabatan kerajaan pula satu bab dan yang paling penting adalah melaksanakan hukuman dengan jujur dan telus dan perikemanusiaan. Ertinya sekira pekerja lari kerana diculik oleh agen-agen haram jangan pula majikan didakwa dan didenda. Begitu juga sekiranya pekerja sengaja lari yang mesti dihukum adalah pekerja tersebut dengan menjatuhkan hukuman yang berat termasuk merotan mereka itu.

Pengajaran secara keras hendaklah dilaksanakan kepada pekerja asing yang sejak mula lagi berniat untuk menjadi pendatang tanpa izin. Penjara dan sebat mereka itu.

Monday, August 2, 2010

KSN & Saman Ekor

'Selamatkah Kerajaan?'

Kerajaan BN masih kuat walaupun terdapat beberapa isu yang diketengahkan oleh masyarakat dimasa ini berhubung dengan beberapa dasar kerajaan yang dipertikaikan.

Betulkah BN akan dapat mempertahankan kerusi-kerusi parlimen yang dimenanginya hari ini ataupun akan memperolehi kelebihan kemenagan dalam pilihanraya yang akan datang ataupun.......(minta dijauhkan).

Apabila harga minyak naik, harga gula naik, ikan ,sayur naik, tol naik sedangkan harga padi dan getah tidak naik. Adakah pengundi akan mengundi BN nanti.

Apabila peneroka FELDA tahu, harga hasil kelapa sawit yang dijual oleh pemilik persendirian mendapat hasil yang lebih jauh lumayannya sekira dibandingkan dengan harga yang peneroka dapat hari ini. Apakah pengundi peneroka FELDA akan mengundi BN nanti.

Apabila guru-guru dibenarkan aktif politik, adakah mejoreti guru-guru akan mengundi BN nanti dan adakah ibubapa rasa senang hati apabila prestasi sokolah anaknya menurun disebabkan kerajaan membenarkan guru-guru aktif berpolitik dan sekiranya itu berlaku adakah ibubapa akan mengundi BN nanti.

Itulah diantara isu-isu yang sedang diperdebatkan oleh rakyat disemua tempat sama ada didalam teksi, kedai kopi, coffece house, lobby lounge, surau, masjid, kantik sekolah dan dipejabat-pejabat swasta serta pejabat kerajaan. Apakah BN akan boleh terus memerintah negara selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sedangkan semua dasar yang kerajaan BN buat itu adalah untuk menolong rakyat supaya kehidupan rakyat dapat yang terbaik, tapi kenapa topik mempersoalkan relevan lagikah BN memerintah negara terus diperdengar dan diperdebatkan oleh orangramai.

Tentu ada yang tak kena yang dibuat oleh kerajaan sehingga topik yang menyakitkan telinga orang-orang UMNO dibincangkan oleh pengundi, tak kira pengundi itu cina, india atau pun melayu sendiri. Adakah kerajaan sedar bahawa rakyat sedang berbincang mengenainya.

Atau pemimpin kerajaan tidak mahu mempedulikan perbincangan rakyat itu kerana mereka sudah selesa duduk diatas dengan mengecap nikmat hidup yang serba mewah, gaji besar, kereta besar, rumah besar nilai berjuta-juta ringgit sehingga mereka tidak dapat menyelami perasaan dan hati rakyat.

Apakah kakitangan kerajaan akan mengundi BN nanti sedangkan dasar kenaikan pangkat mereka disekat dengan hanya diberi keutamaan kepada mereka yang disukai oleh pemimpin tertinggi kerajaan. Dan adakah KSN (Ketua Setiausaha Kerajaan) akan terus disambung secara kontrak perkhidmatan dalam kerajaan sedangkan dengan melakukan demikian akan menyekat kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai lain.

Apakah pemimpin kerajaan tidak sedar perkara ini atau tahu tapi tidak mahu mengambil tahu kerana merasa selamat duduk diatas dan merasakan isu-isu yang dibangkitkan disini tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada BN dalam pilihanraya umum ke 13 kelak.

Sekiranya betul anggapan kerajaan bahawa isu-isu ini tidak akan mengubah pendirian rakyat untuk terus menyokong BN, Alhamdulillah.

Yang paling ditakuti oleh ahli-ahli kompenan BN, Pada pilihanraya umum ke 13 kelak Kerajaan BN ditumbangkan kerana isu 'Saman Ekor' yang mana pemilik kenderaan belum lagi dijatuhkan hukuman salah oleh mahkamah sudah tidak dibenarkan untuk memperbaharui Road Tax, sedangkan kerajaan selalu promosi bahawa setiap kesalahan itu belum didapati bersalah selagi tidak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah.

Zalimkah kerajaan?