Friday, July 29, 2011

Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat,.


Sesuai dengan nama "AMANAH". YBM Tengku Razaleigh sedang diintai oleh rakyat jelata kemana arah yang akan dituju dalam arus kebangkitan rakyat mahu kepada pemimpin negara yang boleh meletakkan perpaduan kaum di Malaysia ini dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Tengku Razaleigh yang sering kecundang dalam hasratnya untuk berbakti kepada rakyat dan negara kini muncul melalui satu NGO yang nama singkatnya AMANAH diwaktu rakyat sedang mencari cari siapakah yang akan meneraju kerajaan baru dibawah Pakatan Rakyat selepas PRU 13 nanti sekiranya UBN tumpas.

Nama Anwar Ibrahim sentiasa basah dibibir rakyat menyebut bakal Perdana Menteri apabila PR menang nanti, itu pun masih menjadi tandatanya sempatkah Anwar Ibrahim bertanding dalam PRU 13 kerana kes tuduhan liwat sudah hampir kepenghujungnya. Sedangkan PM Najib sedang berkira-kira untuk membubarkan Parlimen.

Apabila Anwar Ibrahim masuk penjara, nama Tengku Razaleigh tentunya akan disebut oleh rakyat sebagai salah seorang yang paling layak jadi Perdana Menteri Malaysia, tapi bukan atas kapasiti sebagai mewakili UBN. Nama Tengku Razaleigh akan sebut apabila beliau tidak bertanding atas tiket UMNO dalam PRU 13.

Tapi sekiranya Tengku Razaleigh bertanding atas tiket UMNO sudah pasti nama beliau tidak akan disebut sebagai orang yang paling layak jadi Perdana Menteri Malaysia kerana dalam UMNO sebenarnya sudah menjadi rahsia umum Tengku Razaleigh sudah tidak diperlukan lagi. Bak kata orang tua-tua, hidung tak macung pipi tersorong-sorong, apatah lagi buat masa ini PM Najib lebih sujud kepada Anuar Musa di Kelantan.

PM Najib telah mengiakan permintaan Anuar Musa semasa lawatan ke Kelantan baru-baru ini dengan meluluskan peruntukan sebanyak dua juta ringgit untuk kemajuan bolasepak Kelantan, itulah buktinya bahawa sekarang ini PM Najib akur bahawa Anuar Musa lebih berpengaruh daripada Tengku Razaleigh.

Sudah sampai masanya diakhir riwayat politik Tengku Razaleigh, beliau mengambil peluang untuk memperhambakan diri kepada rakyat dan negara dengan mencapai cita-cita murni itu melalui jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7 dengan menyertai Pakatan Rakyat dalam PRU 13 kelak.

UMNO yang sudah nak kalah akan cepat ditinggalkan oleh ahli-ahlinya untuk menyokong Pakatan Rakyat apabila Tengku Razaleih mengistiharkan keluar daripada UMNO kerana sudah jelas dalam UMNO sebenarnya memang ramai sedang menanti suasana "Selamat Tinggal UMNO' dan akan mengikuti jejak sepertimana yang akan diumumkan oleh ahli majlis tertinggi AMANAH yang terdiri daripada bekas pemimpin tertinggi parti BN.

Kita hendaklah yakin, PRU 13 nanti Malaysia akan ada sebuah Kerajaan yang Adil dan Bersih, kerajaan yang dituntut oleh anak muda dan rakyat jelata, sebuah kerajaan yang AMANAH yang mana kerajaan bukan lagi dibentuk oleh Barisan Nasional tapi dibentuk oleh parti-parti dari PAS,PKR dan DAP yang boleh dinamakan 'Kerajaan Rakyat'.

Sebenarnya rakyat Malaysia hari ini tidak kisah siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 7, asalkan yang terbentuk nanti adalah sebuah kerajaan yang dapat menunaikan amanah rakyat, tidak rasuah, tidak menyalah guna kuasa, adil dan tidak membalon harta rakyat dan khazanah negara.

Rakyat mahu hidup senang dan selesa dalam suasana aman, tidak ada kroni dan pendusta dan rakyat tidak mahu sentiasa ditipu dan ditindas. Sesunggunya rakyat benci kepada pemimpin bercakap lain dan buat lain seperti terdapat hari ini.

Thursday, July 28, 2011

Percambahan minda oleh Mattblacqkk.

  1. AMANAH MENENTANG PEMEGANG AMANAH

SIAPA YANG LAYAK UNTUK GANTI NAJIB SEBAGAI PM

AMANAH adalah satu tanggungjawab yang dibebankan
kepada seseorang untuk dilaksanakan secara
jujur dan ikhlas dalam perlaksanaan tugas yang
di amanahkan itu .Begitulah maksud yang mudah
difahami oleh kawe bila membicarakan soal AMANAH ini
.Pentadbiran sebuah kerajaan di AMANAH
oleh rakyat kepada para pentadbir
melalui proses pilihanraya
di Malaysia.Sistem demokrasi berparlimen
yang diamalkan di Malaysia ini telah
menganugerahkan lambang DACING sebagai
sebuah kerajaan yang di AMANAH kan mentadbir rakyat Malasyia selama lebih 50 tahun usianya.Dewasa ini gegak gempita
dibumi Malaya ini diserang dengan berita
kerajaan yang memerintah kini sudah terlalu
banyak mencurangi AMANAH yang
dipertanggungjawabkan kepada kerajaan
lambang dacing ini.Apakah benar kerajaan
yang sekarang ini dipimpin oleh Suami
kepada BiniNajib tidak AMANAH?Apakah
sebuah kerajaan yang tidak AMANAH perlu
ditolak lambang kerajaan tersebut atau
pemimpin yang pecah AMANAH yang
harus dipanggil turun dari kerusi kuasa?
Semua rakyat Malaysia yang layak bersuara
melalui pangkahan undi dalam pilihanraya
dalam waktu terdekat sedang berkira kira
untuk memilih kerajaan yang lebih AMANAH
untuk menjaga KEBAJIKAN mereka.Beberapa
hari yang lalu seorang ahli politik veteren
dalam UMNO yang seorang anak Raja yang
berjiwa rakyat dari Kelantan telah melancarkan
satu NGO baru yang diberi nama AMANAH.
Kemana hala tuju Ku Li untuk membawa NGO ini
masih kabur, yang jelas dalam ucapan anak Raja
ini adalah NGO AMANAH ini bukan untuk
menjatuhkan kerajaan yang sedia ada
TETAPI untuk mebantu pembentukan
sebuah kerajaan yang bertanggungjawab
kepada AMANAH yang diberi oleh rakyat.
Beberapa bulan yang lalu kawe ada menulis
berkenaan Ku Li DI SINI.Jangan terlalu terikut
ikut dengan ILUSI penulisan kawe terhadap
batang tubuh Ku Li tetapi lebihkan renungan
kepada AMANAH yang dijaja
oleh Ku Li ini.Tidak salah untuk mengambil
kira PERKASA yang di bawa oleh Ibrahim Ali
untuk meninjau matlamat AMANAH yang dibawa
oleh Ku Li ini .Cuma yang berbeza sedikit adalah
mengenai PRINSIP kedua dua batang tubuh
tokoh itu sahaja.PERKASA Braheng kini sudah
menjadi suram bila berkali kali telah dirogol dan
dilacurkan oleh UMNO sehinggakan keberanian
Braheng menjadi BACUL di perhimpunan bersih
baru baru ini.Braheng menggunakan PERKASA
supaya hayat politiknya terus bernyawa
dipersada politik negara .Ahli politik yang
mahu berjaya dalam dunianya akan diukur
asas kejayaannya bila menjadi sebutan dan
bualan dikalangan orang ramai tidaklah
dikira sangat apa isu yang dibawa.
Apakah Ku Li juga sedang melihat sinar
politiknya sudah makin kabur dan perlu
bangkit untuk menyatakan kepada rakyat
Malaysia bahawa beliau masih wujud?
Nampaknya bekas 2 tokoh parti Semangat 46
ini mengalami nasib yang sama diatas
pentas yang berbeza.Tidak perlu bicara
panjang mengenai nasib Braheng yang
sememangnya tidak AMANAH dalam
berpolitik ,biarkan Braheng dilenyek dan
dijirik oleh tayar kereta MSO (Mohd Sayuti Omar)
yang sedang memecut laju membawa Ku Li
untuk dijual dan dijaja kepada rakyat
Malaysia betapa AMANAH nya anak raja
ini bermain main dengan politiknya.
Ada desas desus mengatakan tujuan
sebenarnya Ku Li menubuhkan AMANAH
ini adalah semata mata kerana sudah
tidak tahan lagi melihat ketidakAMANAHan
yang dilakukan oleh Najib dan regim BiniNajib
terhadap rakyat Malaysia. Jika benar
itulah hasrat Ku Li maka amat wajar
dan teramat amat wajar seluruh rakyat Malaysia
yang mempunyai kesederan menyokong Ku Li
tanpa berbelah bagi.Sejarah belum usang
lagi mengenai hampir perkara yang sama
berlaku semasa Pak Lah menjadi PM.
Penentangan terhadap beliau datang dari
kelompok veteran UMNO sendiri yang
diketuai Tun M.Kemuncaknya sehingga
Tun M keluar dari UMNO dan secara
terang terang menyeru seluruh rakyat
Malaysia dan ahli UMNO menjatuhkan BN
dalam pilihanraya.Hasilnya Pak Lah tersungkur
dari kerusi PM yang tinggal hanya bini
baru untuk dibawa bersama dalam persaraan
dalam bidang politik.TETAPI sebelum
kawe hendak menurunkan tandatangan
yang tiada nilai diatas borang keahlian
AMANAH yang disediakan oleh Ku Li ini
terdapat beberapa persoalan yang meracuni
kotak pemikiran kawe yang perlu
diajukan untuk mencari kejujuran Ku Li
membawa beban AMANAH ini.Bilakah tarikh
keramat untuk Ku Li umumkan keluar dari UMNO?
Apakah Ku Li mempunyai cita cita untuk
memikul AMANAH untuk menjadi PM
Malaysia mengantikan Najib? ATAU Ku Li
masih melihat UMNO masih lagi mampu
menjaga AMANAH rakyat Malasyia dan
hanya Najib dan BiniNajib sahaja yang
perlu di sisihkan? Apakah Ku Li setuju
Muhyidin dilantik sebagai PM selepas Najib
dijatuhkan?Logik mudahnya persoalan yang
dilontarkan oleh ore kampung yang tiada
daya intelek seperti kawe adalah .Jika Ku Li
bercita cita ingin menaiki kerusi PM atas nama
UMNO ,zamannya sudah berlalu dan adanya
Ku Li dalam UMNO bolehlah dianggap
sebagai barang ANTIK yang disimpan
rapi didalam almari sahaja.Jika Ku Li
betul betul ingin menggunakan pentas AMANAH
sebagai tiket kepada cita cita maka BERLAGA lah
seperti lembu jantan .Jika Ku Li
masih yakin lagi UMNO boleh menjalankan
AMANAH kepada rakyat Malaysia selepas
Najib dijatuhkan MAKA saranan kawe
kepada Ku Li eloklah beliau pun bersama sama
dengan Najib menggali lubang untuk
mengambuskan kerjaya politik .Sebagai anak raja
yang berjiwa rakyat Ku Li harus
peka dengan daya pemikiran orang kampung
yang mana jurang pemikiran mereka
amat jauh denga golongan intelek
dalam bertindak.Orang kampung
tiada strategi dalam berfikir ,orang kampung
tiada rundingan dolak dalik .Ambil contoh di Mesir
rakyat menolak Hosni Mubarak tanpa
memikirkan dulu siapa pengantinya
TAPI mereka tetap tolak kerana cara orang kampung
seperti kawe berfikir matlamat capai
dahulu masalah yang akan datang selesai
kemudian BERBEZA dengan golongan intelek
berfikir yang mana lebih meninjau
masalah yang akan datang dan mencari
penyelasaian sebelum masalah datang yang
akan mengakibatkan TINDAKAN
lambat berlaku.Ada juga pandangan
pandangan yang masuk ke telinga kawe
bahawa AMANAH ini disasarkan
kepada golongan yang tidak berparti
tapi mahu melihat satu kerajaan yang
ADIL dan bertanggunjawab dibentuk .
Pada pendapat kawe golongan ini
kebanyakkan adalah terdiri daripada
golongan cerdik pandai atau dalam
bahasa kelate disebut ''otak ceroh'' .
Apakah Ku Li amat yakin golongan
ini dapat menzahirkan 60 kerusi parlimen
jika otak mereka diperah untuk membuat
strategi politik untuk AMANAH?Walaupun
apa alasan Ku Li sebagai ore Kelate kawe
tetap menyokong beliau untuk menduduki
kerusi PM jika itu cita cita beliau
TAPI bukan atas tiket UMNO kerana
beliau hanya kain buruk sahaja dalam
UMNO .Kepada pembaca yang lain
segala penilaian adalah HAK anda.

Takut kerana salah.

Mahkamah telah menetapkan pada hari rabu depan (3.8.2011) bagi mendengar permohonan Anwar Ibrahim untuk menemubual lima saksi dalam kes liwat yang dihadapi sebelum beliau memberi keterangan membela diri pada 8hb. Ogos 2011nanti.

Lima saksi yang ingin dipanggil untuk ditemubual oleh pasukan pembelaan Anwar Ibrahim ialah pemilik unit kondominium yang didakwa sebagai tempat kejadian, Hasanuddin Ab.Hamid, Bekas Ketua Polis Negeri Melaka Mohd Rodwan Mohd Yusoff, Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbicaraan Kes Liwat telah sampai ke kemuncaknya apabila mahkamah memerintah Anwar Ibrahim membela diri yang akan bermula pada 8hb. Ogos 2011 dan mahkamah akan memutuskan sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau pun tidak, ertinya rakyat akan mengetahui kemana Anwar Ibrahim selepas daripada itu.

Dipenjara atau bebas menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang sedang dinanti-nanti oleh seluruh rakyat didunia, tumbangkah kerajaan BN dengan kebangkitan rakyat malaysia yang mahu melihat sebuah kerajaan baru yang adil dan bersih.

PM Najib perlu memberi kerjasama kepada pasukan peguam Anwar Ibrahim bagi mengelak tuduhan liar daripada pihak yang suka mengambil kesempatan dengan menuduh bahawa PM Najib tidak mahu berkerjasama bagi memberi laluan untuk menentukan bahawa Anwar Ibrahim mendapat keadilan dan PM Najib juga dilihat adil.

Ramai rakyat yakin sekiranya PM Najib dan isteri kesayanganya sanggup ditemubual oleh pasukan peguam Anwar Ibrahim secara sukarela maka desas desus yang sering diperkatakan akan lenyap dan tidak ada siapa lagi yang boleh mengaitkan nama PM Najib dan Rosman dalam isu liwat.

Kini dengan adanya perbicaraan dimahkmah bagi memutuskan sama ada pasukan peguam Anwar Ibrahim boleh menemubual atau pun tidak, maka rakyat sudah mempunyai persoalan, kenapa terjadi demikian dan apa agaknya akan terjadi selepas daripada itu. Adillah kepada PM Najib dan adillah kepada Anwar Ibrahim. Tunggu.

Wednesday, July 27, 2011

Biometrik. Ada muslihat?

Biometrik kini sudah menjadi punca rezeki kepada pihak yang mengurus membekalkan kepada agensi kerajaan dan kini diwajibkan diguna di Jabatan Imigresen bagi memantau rakyat asing masuk ke Malaysia. Puluhan jutaan ringgit telah dipunggut oleh pembekal sama ada dengan cara sewa yang terpaksa.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya SPR juga bercadang akan mengunakan Biometrik dalam proses pengundian semasa pilihanraya berlangsung nanti dan PM Najib telah bersetuju untuk memberi peruntukan manakala pihak parti pembangkan tidak bersetuju sistem Biometrik diguna pakai semasa pilihanraya dan mencadangkan supaya SPR mengunakan dakwat kekal bagi mengatasi berlaku penipuan dimasa mengundi bagi mengelak berlaku adanya pengundi yang mengundi dua kali.

Kedua-dua sistem itu boleh dipakai tapi ada isu yang boleh dipertikaikan kerana kedua-dua pihak iaitu daripada SPR dan Kerajaan ada hujahnya manakala pihak pembangkang ada hujahnya. Tapi yang paling bangus untuk dipakai tentunya mengunakan dakwat kekal kerana semua orang boleh melihat bahawa seseorang itu telahpun menjalankan tugasnya sebagai pengundi.

Ianya juga boleh mengelak barlaku kesangsian kerana ada bukti bahawa seseorang itu telah mengundi kerana dijarinya ada tanda dakwat kekal manakala sistem Biometrik tidak ada tanda yang boleh dikesan dengan jelas bahawa seseorang itu telah mengundi kerana sistem Biometrik tidak semestinya tidak boleh digodam.

Apa akan berlaku sekiranya sistem internet pada hari mengundi tidak berfungsi dan ada sabotaj terhadap seluruh sisitem berkomputer, adakah pengundian akan dibatalkan. Sekiranya itu berlaku sekali lagi SPR dan Kerajaaan akan dipertikiakan dan agak memalukan kepada dunia.

Kerajaan dan SPR tak usah takut untuk mengadakan sistem pengundian yang mengunakan dakwat kekal. Ikutlah apa yang dikehendaki oleh parti pembangkang. Mengunakan Biometrik ataupun dakwat kekal yang pastinya UMNO akan menang dalam PRU 13 kerana ianya disokong oleh blogger yang hebat seperti TunFaisal, Radio dan TV semua cennal sokong UMNO, surat kabar arus perdana yang dimiliki oleh parti-parti politik Kerajaan diwajibkan sokong UMNO.

Kenapa Kerajaan harus takut untuk menunaikan permintaan daripada parti pembangkang sedangkan pengundian secara mengunakan dakwat kekal tidak ditolak oleh rakyat. Apakah memang ada muslihat disebalik mahu gunakan Biometrik sebagai sistem dalam melaksanakan pengundiaan kerana sistem tersebut sekarang sedang giat digunakan untuk mendaftar rakyat asing yang terdapat di Malaysia.

Memang cara Kerajaan seperti 'memaksa' supaya Biometrik untuk sistem 6P yang sedang berlangsung sekarang disiapkan dalam tempuh yang begitu cepat walaupun menyusahkan kepada pihak yang terlibat. Lihat di Ibu Pejabat Imigresen di PUTRAJAYA, tiap- tiap hari manusia berasak-asak seperti 'ikan sardin' kerana terpaksa mematuhi arahan Kerajaan BN dari jam 6 pagi hingga jam 8 malam.

Mungkin ianya ada hubung kait dengan Biometrik yang hendak diguna pakai oleh SPR?

Tuesday, July 26, 2011

Zahid Hamidi pelakon komidi?

bintang yang malap

Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi yang juga menteri pertahanan sepertimana yang dilpur oleh media telah memberi ucapan tahniah kepada Mohamed Sabu Timbalan Presiden PAS kerana telah berjaya 'muncul sebagai pelakon politik terbaik.

Nampaknya pemimpin UMNO sudah kehabisan modal untuk menyakinkan rakyat supaya tidak menyokong perjuangan PAS dan untuk mengelak supaya isu polis repuh Mohamed Sabu dalam himpunan BERSIH baru-baru ini tidak mendapat sokongan.

Pihak yang berkepentingan dalam BN masih mempersoalkan lapuran kejadian tersebut yang dikatakan Mat Sabu direpuh oleh Land Rover polis sedangkan dalam video yang disediakan oleh polis jelas kelihatan Mat Sabu tidak direpuh oleh Land Rover polis, sehingga orang yang dikatakan cerdik seperti Zahid Hamidi pun terpengaruh.

Lalu Zahid Hamidi lantas berkata Mat Sabu pandai berlakun dan pandai berbohong. Sedangkan Mat Sabu dalam lapuran polis telah mengesahkan bahawa beliau dilanggar oleh kereta waja polis dan bukannya dilanggar oleh Land Rover polis seperti mana yang dihebohkan oleh polis dalam video yang disiarkan setelah lama peristiwa tersebut berlaku.

Dalam isu repuh Mat Sabu itu, Zahid Hamidi boleh dilihat seperti orang kehilangan fokas dan hilang arah perjuangan, kerana isu yang sepatut dibangkitkan oleh beliau bukan soal Mat Sabu pandai berlakun atau pun tidak tapi beliau harus menafikan bahawa pada PRU 13 nanti BN/UMNO akan tumbang. Beliau hendaklah terus berkata bahawa BN diterima oleh rakyat dan dapat mengekalkan Kerajaan PM Najib/Rosmah.

Kehancuran UMNO apabila sebilangan besar ahlinya protes apabila menyertai PERKASA dan terkini bekas pemimpin Kerajaan, bekas Menteri, bekas Timbalan Menteri, bekas wakil rakyat UMNO dan BN dan Ketua Bahagian UMNO telah menubuhkan NGO baru yang dikenali sebagai AMANAH dengan sendirinya dapat dilihat bahawa Kerajaan pimpinan PM Najib yang dibantu oleh Zahid Hamidi sedang menuju kejatuhan dari detik perdetik.

Yang sebenarnya Zahid Hamidi sedang berlakun untuk mengalih pandangan rakyat dari memberi tumpuan tentang kesakitan kerajaan BN dalam isu AMANAH dan Cincin 24juta dari terus dipersoalkan oleh rakyat dengan mewar-warkan bahawa Mat Sabu tidak dilanggar dalam himpunan BERSIH pada 9hb. Julai lalu.

Zahid Hamidi sebenar budak baik yang tidak pandai ambil kesempatan, sepertimana beliau tidak bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO sedangkan cita-cita politiknya besar, sekiranya beliau bertanding kini tentunya beliau sudah menjadi Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Dalam suasana sekarang kedudukan PM Najib sudah tidak selamat tentunya selangkah saja lagi Zahid Hamidi boleh ditabal sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 sebelum pilihanraya umum ke 13 diadakan kerana apa cara sekali pun pada PRU 13 kelak Kerajaan BN tidak dapat diselamatkan disebabkan rakyat terbanyak akan tumbangkan kerajaan BN dengan undi tidak berpihak kepada Kerajaan dan Zahid Hamidi tak sempat jadi Perdana Menteri.

Zahid Hamidi akan dikenang sebagai pelakun komidi yang tak ada skrip seperti Charlie Chaplin.

Jangan tipu

Hantar pulang peguam Perancis tiada kaitan politik, kata Hisham.

July 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Putrajaya menegaskan keputusan menghantar pulang seorang peguam Perancis William Bourdon sehari selepas dia berucap di Pulau Pinang berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion bukan satu tindakan berbaur politik.

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata Bourdon(gambar), yang sedang menguruskan kes berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah dihantar pulang ke Paris kerana melanggar peraturan visa pelancong.

“Dia telah melanggar syarat-syarat visanya. Oleh kerana ia kes berprofil tinggi, orang ramai memilih untuk mengatakan ia berbaur politik. Ramai yang dihantar balik setiap hari,” katanya.

Ketika ditanya dia dihantar pulang kerana ucapannya yang dia sepatutnya bercakap pada dua majlis mengutip dana hujung minggu lalu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, “saya tidak tahu apa itu, tetapi yang pasti dia tidak boleh ucapan.”

Sabtu lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Bourdon sebagai tindakan berkaitan politik.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata, tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam.

“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam),” kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menambah, tindakan Malaysia menghantar balik Bourdon dengan cara tidak hormat telah membantu memperkukukan usaha pihaknya dalam isu skandal pembelian kapal selam.

Peguam itu ditahan ketika tiba di Sepang dalam perjalanan dari Pulau Pinang pagi Jumaat lalu.

Malah, Nurul Izzah berkata, tindakan ke atas Bourdon dan kekerasan Barisan Nasional ke atas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil menimbulkan persoalan mengenai pembaharuan politik dan ekonomi yang dijanjikan oleh Najib.

Pembelian dua kapal selam dari syarikat Perancis DCNS pada 2002 dibuat ketika Najib menerajui Kementerian Pertahanan dan sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan beliau, dilaporkan menerima komisen lebih RM500 juta atas urusan tersebut.

Parti-parti politik pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia juga mengaitkan kematian wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006 dengan isu tersebut.

Pada Disember 2009, Suaram memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta kebenaran akses ke atas maklumat berkaitan dengan kontrak yang ditandatangani oleh syarikat Abdul Razak, Perimekar Sdn Bhd dan maklumat-maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima permintaan itu untuk menyoal siasat dakwaan membayar sogokan RM500 juta oleh DCNS kepada Perimekar.

Monday, July 25, 2011

Apa SPR nak jawab.

rahsia undi hantu.

Cari Semakan Daftar Pemilih: IC 600801045508 (lama 5962350) dan IC 600801105304 (lama 5962350). Seorang perempuan yang bernama seperti yang disebut dibawah. bagaimana boleh terjadi.

Namanya Asia Binti Osman, Dalam Parlimen Masjid Tanah, DUN Ayer Limau, Daerah mengundi Kampung Lekok, Lokaliti Taman Seri Aman, Tarikh lahir 01.8.1960.

Apa yang terjadi, nama Asia Binti Osman yang tarikh lahirnya sama, nombor kad pengenalan lamanya sama tapi no kad pengenalan baru berlainan didapati dalam Parlimen Masjid Tanah sama seperti dalam gambar diatas boleh mengesahkan berlakunya kecurigaan bahawa seseorang itu boleh mengundi dua kali tapi ditempat berlainan.

Sama ada ianya boleh diketegori sebagai 'pengundi hantu' atau pun tidak, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) boleh menentukannya.

Sunday, July 24, 2011

Kerja mudah tapi menyusahkan.

Suasana ini berlaku di Ibu Pejabat Imigresen PUTRAJAYA (Ahad 24.7.2011). Dari jam 6 pagi, majikan sudah berbaris untuk mendaftar pekerja kerana dipertanggongjawan berbuat demikian. Adalah didapati beribu-ribu pekerja yang diizinkan terpaksa beratur bagi menjaya program Kerajaan melaksanakan program 6P.

Friday, July 22, 2011

Itjima' pilihanraya PAS

Buat pertama kali menjadi tetamu kepada PAS Kelantan dalam majlis yang dihadiri oleh seluruh jentera UPU Pilihanraya PAS Kelantan yang melebihi 25 ribu orang. Satu SEMENGAT BARU dalam meneruskan PERJUANGAN.

Perjuangan supaya 'royalti minyak' dikembalikan kepada rakyat Kelantan.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, July 20, 2011

lumrah politik UMNO Kota Bharu.

Semalam Dato' Azmi bin Dato' aziz telah menderma kepada orang miskin di Sekolah Kota, dalam Bahagian UMNO Kota Bharu dengan perbelanjaan sebanyak RM50,000 berupa beras dan bahan makanan.

Surat kabar UM hari ini menyiarkan gambar Fatmi Che Salleh, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu yang juga Setiausaha Politik kepada PM Najbi sedang menyampaikan bantuan kepada orang yang dikatakan 'miskin' tapi Dato' Azmi tidak kelihatan dalam gambar tersebut.

Kabarnya dalam majlis tersebut Dato' Azmi turut hadir dan memberi ucapan yang mendapat perhatian dan tepukan dari hadirin. Tapi suarat kabar UM tidak merakam gambar Dato' Azmi yang pemurah itu. Adakah secara kebetulan atau mainan pokitik orang tertentu dalam Bahagian Kota Bharu kerana kemunculan mendadak Dato' Azmi dalam arena politik Bahagian Kota Bharu mendapat sambutan yang memberangankan dari rakyat Kota Bharu khasnya dalam DUN Bunut Payung.

Sdr Zulkepli Mustapha boleh menceritakannya.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, July 19, 2011

dermawan baru di kelantan.

Rakyat DUN Bunut Payong dalam Parlimen Kota Bharu melahirkan rasa bersyukur kerana seorang usahawan baru iaitu Dato' Azmi telah menghulurkan beras kepada orang yang miskin seramai 700 orang bersama barang barang makanan yang berupa milo susu gula dan lain lain.

Program itu akan diteruskan bagi beliau mendampingi rakyat terutamanya gulungan yang kurang berada. TAHNIAH Dato' Azmi.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, July 18, 2011

Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, July 16, 2011

UMNO tumPAS kerana...


Kemana saja pergi, sama ada dihotel, kedai kopi, kopitiam, soalan yang selalu ditanya sekarang ini adalah berhubung bila tarikh pilihanraya umum akan diadakan dan betulkan Rosmah Mansor isteri PM Najib beli cincin berharga 72 juta ringit.

Soalan yang payah untuk dijawab, kerana hanya Allah swt dan PM Najib saja yang tahu. Pilihanraya UMUM tetap akan diadakan setelah genap 5 tahun edah pilihanraya, yang pastinya paling lewat bulan April 2013.

Manakala cincin berlian yang dihebahkan oleh blog, portel berita, facebook dan twitter yang dikaitkan dengan nama Rosmah Mansor boleh jadi ada kebarangkalian cincin itu dibawa masuk ke malaysia kerana ada kertas kastam yang tentunya tidak boleh dipadamkan.

Soal milik siapakah cincin tersebut sudah tidak menjadi isu lagi kerana diatas kertas kastam itu tertulis nama Rosmah Mansor dan lapuran yang dibuat kepada SPRM bukan kerja suka-suka kerana lapuran itu ada risikonya sekiranya palsu.

Apabila Tun Mahathir serahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN menang besar pada pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 kerana Tun Abdullah dilihat bersih dan berimej ugama tapi setelah Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri ianya dikaitkan dengan isu menantunya Khairy Jamaludin (KJ).

Yang membuat BN kalah lima negeri kepada Pakatan Rakyat (PR). BN hilang negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan. Gelombang kekalahan tersebut kerana rakyat benci kepada KJ yang dikatakan mengambil kesempatan dari jawatan Perdana Menteri bapa mertuanya.

Sepatutnya apabila Tun Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato' Najib maka pilihanraya UMUM ke 13 nanti BN akan beroleh menang besar dan kekuatan BN akan kembali kuat kepada asal. tapi nampaknya BN akan lebih lagi susah untuk menang, bahkan sudah nampak culanya BN akan tumbang dalam PRU 13.

Bukan rakyat benci pada PM Najib sangat, tapi orang sekeliling PM Najib yang membuat rakyat muak kepada BN dan UMNO, tambahan pula dengan isu isteri PM Najib yang boros berbelanja apabila keluar negara. Isu beg tangan yang harganya puluhan ribu ringgit, shopping berbakul-bakul dan terkini isu cincin berharga jutaan ringgut. Semuanya merosakkan PM Najib.

BN jatuh dizaman Tun Abdullah dikatakan kerana menantunya Khairy Jamaluddin (KJ), apakah BN akan tumbang dizaman PM Najib kelak kerana isteri barunya bernama Rosmah Mansor. Siapakah dikalangan pemimpin UMNO yang akan suka dan gembira sekiranya PM Najib jatuh dalam arena politik hari ini. Saya tahu orangnya.

Friday, July 15, 2011

Bodoh berbalah dengan 'baju warna kuning'.

PM Najib berhadapan dengan 'baju kuning'



Adalah elok bermula hari ini Kerajaan menarik balik larangan terhadapa RAKYAT memakai baju warna kuning yang ditulis BERSIH. Kenapa takut sangat? . Rakyat tak akan adakan perhimpunan kerana pakai baju warna kuning.


Lebih memalukan dalam TV atau Surat Kabar tiap-tiap hari menyiarkan berita terdapat rakyat yang ditangkap kerana memakai baju warna kuning, sepertilah baju warna kuning merupakan musuh nombur satu negara. Biarlah rakyat ada kebebasan dalam memilih warna baju untuk dipakai.


Yang peliknya, baju yang ada gambar pemimpin komunis boleh pula dijual dan dipakai oleh rakyat, tak pula ada kempen daripada kerajaan bahawa menjadi kesalahan kepada sesiapa memakai atau menjualnya, kerana terdapat dipasar-pasar malam baju t-shirt yang mempamerkan gambar pemimpin komunis dijual.

Lagi memalukan sekiranya ada budak-budak sekolah memakai baju kuning, nak tangkap nampak bodoh, tak tangkap tak boleh kerana salah, itu akan meletakkan kerja pasukan polis serbasalah. kalau ditangkap dianggap zalim kerana menangkap kerana sehelai baju.

Kerajaan patutnya mensasarkan supaya pasukan polis dapat mengurangkan senarai penjenayah dalam negara, kurangkan kes rompak dan ragut, tangkap perompak yang ada dalam cctv itu baru cekap namanya, jangan pula kes lapuran rompak dan ada wajah perompak dalam cctv telah berlangsung hampir setahun tak dapat diselesaikan. Dato' Pengarah CID kena ambil perhatian kerja budak budak tu.

Esok hari sabtu ada kempen pakai baju kuning, Ratu Elezibeth semasa menerima kunjungan PM Najib di London pun pakai baju kuning, kerana kuning itu warna raja-raja, berbalah dengan warna kuning boleh juga ditafsirkan seperti berbalah dengan raja-raja. Apakah sekiranya ada raja yang memaki baju kuning dan ada tulisan 'bersih' raja juga akan ditangkap?.

Thursday, July 14, 2011

cincin

tunggu penafian.




Tak payah bayar cukai dan tak akan kena cukai untuk membawa masuk sebentuk cincin tak kiralah ianya cincin emaskah. cincin perakkah atau pun cincin bersalut belian dan permata yang harganya juta-juta.

Oleh itu tak timbul isu dan tak menjadi kesalahan terhadap sesiapa saja yang membawa balik cincin dari luar negara termasuklah Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri Malaysia. Sebagai seorang perempuan beliau layak memiliki cincin tak kira harga berapa pun asalkan ada kemampuan memilikinya.

Isu cincin yang berharga 72juta ringgit yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor sudah sampai ke pengetahuan SPRM dan tentu juga PM Najib serta Menteri Menteri yang lain termasuk blogger blogger yang benci kepada pembaziran dan anti joli yang sering dikaitkan dengan Rosmah Mansor.

Tentunya sekira isu tersebut dikaitkan dengan Datin Seri Wan Azizah maka TV dan Surat Kabar akan perbesarkan isu tersebut seoleh oleh negara Malaysia dan nak hancur. Kita tunggu pendedahan dari SPRM, Kastam dan Kerajaan. Apakah benar Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri adalah orangnya seperti yang diwar- warkan itu atau Rosmah Mansor yang sering keluar di kaca TV3.

Sdr RAK mungkin ada butirannya.
Published with Blogger-droid v1.6.8

untuk rakyat Kelantan


mss bersama tok guru.


YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berhasrat benar semuga dapat beramah mesra dengan rakyat Kelantan diperantauan tanpa mengira fahaman politik.

Untuk itu saya dengar satu 'Ijtima' rakyat Kelantan diperantauan akan berlangsung pada akhir bulan julai ini di Puchong Perdana yang mana hari tersebut juga akan diadakan pameran oleh agensi Kerajaan Negeri Kelantan bagi membolehkan rakyat yang berada diluar mengambil kesempatan berkunjung dan dapat maklumat serta dapat.memberi pendapat dan pandangan.

Jasteru pihak Kerajaan Negeri akan dapat mengumpulkan maklumat daripada rakyat Kelantan yang berad dilaur. Inilah peluang kepada rakyat Kelantan dapat bersemuka dengan jentera Kerajaan Kelantan dan dapat pula beramah mezra dengan Tok Guru.

Rakyat Kelantan yang berada diperantauan tak.kira yang berpangkat besar atau orang biasa eloklah beramai ramai menjayakan 'Ijtima'tersebut kerana hari tersebut adaalah hari untuk rakyat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Tak kenal maka tak cinta. Walau pun dah cinta lebih baik berkenalan. Tarikh. Tempat dan Aturcara akan disediakan oleh urusetia Kerajaan Negeri dan akan diwar war dab diedarkan minggu depan.


Published with Blogger-droid v1.6.8

Monday, July 11, 2011

kuning yang menang


Sakit tapi sedap. Getah kuning itu boleh memberkas lidi lidi untuk dijadikan penyapu dan penyapu pula boleh dibuat pegodam sama ada untuk dibuat pengajaran atau memberi hukuman.

Bermula dengan seurat getah kuning. Kini ianya memberkas segegam lidi untuk dijadikan penyapu bagi membersihkan kekotoran yang sekarang seperti tompok tompok cemar yang dihinggapi oleh lalat lalat hijau dalam Kabinet MALAYASIA.

Itulah kesedaran yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terutamanya anak anak muda yang susah untuk ditipu. Mereka bangkit untuk membersihkan sistem kotor yang tidak betul, mereka menyahut seruan pemimpin pemimpin yang utamakan kepentingan rakyat. Mereka mahu menentang kemungkaran disepan mata.

Mereka mahu mati dalam iman.


Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, July 8, 2011

Siapa kaut keuntungan? Kerajaan perlu dedah.segera.

Proses daftar PATI ditangguh

PUTRAJAYA 7 Julai - Kerajaan bersetuju menangguhkan sementara proses pendaftaran pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di bawah program penyelesaian menyeluruh atau Program 6P selepas mengesan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan melaluinya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penangguhan itu juga bagi membolehkan majikan mendaftarkan dua juta pekerja mereka yang sah ke dalam data sistem biometrik.

Menurut beliau, apabila semua pekerja asing yang sah selesai didaftarkan, Kementerian Dalam Negeri akan menggredkan mereka mengikut kategori dan sektor tertentu.

Kata beliau, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengumumkan secara lanjut mengenai penangguhan sementara Program 6P itu dalam masa terdekat.

"Kita dapat maklumat ada pihak yang nak buat duit, justeru kita putuskan majikan daftar dulu pekerja mereka yang sah dan mereka akan dibenarkan kembali bekerja dengan majikan masing-masing menggunakan pas sementara.

"Tak tahulah pasal apa ada pihak yang fikirkan dia boleh buat untung, hilangkan permit semua sekali, lepas itu kata dia PATI, mereka ingat boleh daftar balik, kemudian dapat duit. Ini kepala bijak dia orang dan kita nak elakkan ia daripada berlaku," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga kali kedua di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan sebanyak 280 majikan telah menyatakan persetujuan untuk mendaftarkan pekerja asing dan PATI di bawah Program 6P.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam dilaporkan berkata, syarikat berkenaan akan mula mendaftar pada 11 Julai ini bagi memastikan premis dan pekerja mereka tidak disenaraihitamkan atau dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, apabila semua maklumat sudah direkodkan dalam sistem biometrik, pekerja yang sah tidak boleh 'lari' ke tempat lain selain dapat membantu kerajaan menangani masalah kebanjiran PATI di negara ini.

Sunday, July 3, 2011

Perkara sebenar.


Bersih 2.0: Mat Sabu nasihat Najib jangan ‘kelirukan’ rakyat

July 03, 2011



KUALA LUMPUR, 2 Julai — Mohamad Sabu menegaskan PAS hanya menyokong Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Datuk Seri Najib Razak mahu “memperbodohkan” rakyat dengan mengaitkan parti Islam itu bekerjasama dengan penganjur semata-mata untuk menawan Putrajaya.

Sebaliknya, tegas Timbalan Presiden PAS ini, beliau secara peribadi tidak mempunyai apa-apa kaitan atau jawatan dalam Himpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Jelas Mohamad yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu”(gambar), PAS hanya menyokong tuntutan yang dibuat Bersih yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Saya timbalan presiden PAS, saya tidak berada dalam jawatankuasa Bersih... PAS hanya menyokong tuntutan yang dibuat Bersih, jadi tidak timbul soal kita mahu menawan Putrajaya bersama Bersih.

“Dulu pada himpunan Bersih kali pertama ia dipengerusikan Syed Shahir Syed Mohamud, kita sokong tuntutan Bersih bukan ketuanya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah beliau, Najib cuba untuk mengelirukan rakyat dengan menuduh PAS mahu menawan Putrajaya dengan apa jua cara termasuk melalui demonstrasi.

“Najib nak kelirukan orang ramai, memang kita (Pakatan Rakyat) mahu menawan Putrajaya dan ia memang cita-cita parti politik.

“Tapi kita mahu tawan Putrajaya melalui sistem pilihan raya yang bersih dan adil, ini yang kita mahukan dan kita tidak mahu menang melalui pilihan raya yang kotor,” katanya.

Justeru tambah Mohamad, beliau percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan tuduhan palsu yang dilemparkan Perdana Menteri dan Presiden Umno itu.

“Itu hanya rekaan untuk kelirukan orang ramai, dia (Najib) sekadar nak perbodohkan rakyat... kita sokong tuntutan Bersih dan kalau selepas ini ada perhimpunan lain dan tuntutannya kita tidak setuju, kita tidak akan sokong Bersih.

“Sebab itu, saya kata PAS dan Bersih tidak ada apa-apa hubungan, Bersih adalah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan kita sokong tuntutan mereka, sudah-sudahlah kalau nak buat tuduhan yang bukan-bukan,” katanya.

Semalam, Najib mengecam Ambiga dan PAS bahawa Himpunan Bersih 2.0 mahu diadakan untuk merampas kuasa Putrajaya.

Beliau berkata Ambiga adalah individu yang pernah menggugat kedudukan Islam dan Mohamad sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga demi mendapatkan kuasa politik bagi PAS, yang memerintah Kelantan sejak 1991.

Bersih, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan akan meneruskan Himpunan Bersih 2.0 walaupun polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.