Wednesday, February 25, 2009

Perpisahan mata bukan bererti perpisahan hati.

MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Makkah al-Mukarramah merupakan salah satu daripada tiga kota suci bagi umat Islam. Makkah al-Mukarramah menjadi tumpuan sepanjang tahun kerana jutaan umat Islam menuju kesana sebagai jemaah umrah, mana kala bermula pada bulan Syawal hingga Zulhijjah mereka datang sebagai jemaah haji, tetamu Agung kepada Allah yang dimuliakan. Selain dikenali sebagai Makkah, kota suci ini juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Bakkah, Ummul Qura, Al-Balad, Haraman Aamina, Ma'ad, dan Al-Qaryah, yang semuanya tersebut di dalam kitab suci al-Quran.

AL-MADINAH AL-MUNAWWARAH

Al-Madinah al-Munawwarah merupakan kota suci kedua bagi umat Islam selepas Makkah al-Mukarramah. Bumi ini telah menyaksikan peristiwa Hijrah Rasulullah dari Makkah pada tahu 622 Masihi. Al-Madinah al-Munawwarah atau sebutan mudahnya Madinah turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Darul Hijrah, Toybah, Tobah, Al-Dar, Haramu Rasulillah dan Ma'zarul Iman. Manakala sebelum berlakunya peristiwa Hijrah, bumi ini dikenali sebagai Yathrib.

Madinah merupakan ibu kota Negara Islam yang pertama, pusat pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam yang unggul serta tempat bermulanya penyebaran Dakwah Islamiyyah secara lebih sistematik dan terbuka. Disini Baginda Rasulullah dan para sahabat berganding bahu dalam merangka pelbagai strategi demi mendaulatkan Agama Islam sehingga tersebar ke seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab. Setelah kewafatan baginda Rasulullah pada tahun 632 M iaitu 10 tahun selepas peristiwa Hijrah, amanah ini telah dipikul oleh para khalifah sehingga Islam terus tersebar ke Eropah dan Asia, seterusnya menerangi alam dari Timur hingga ke barat.

UMRAH

Kelebihan Menunaikan Umrah

Orang yang mengerjakan ibadat umrah akan memperolehi pelbagai kelebihan dan ganjaran Allah. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah mengerjakannya dengan ikhlas kerana Allah. Antara kelebihannya adalah seperti:-

  1. Mendapat Ganjaran Pengampunan Dosa.
  2. Menjadi Tetamu Agung Kepada Allah.

(petikan dari Lembaga Tabung Haji)

Kepada penjenguk blog serta sahabat sahabat dan kenalan sekalian bermula daripada hari ini, cerita apa yang ku lihat dan ku dengar mungkin tidak dapat diisi pada setiap hari kerana saya akan ke tanah suci makkah bagi mengerjakan Umrah bersama Isteri, tapi blog akan tetap aktif sekiranya ada perkembangan menarik apa yang ku lihat dan ku dengar sama ada didalam negeri ataupun di luar negara. Doakan buat saya dan Isetri selamat pergi dan selamat kembali.

Tuesday, February 24, 2009

Oh ! Sayuti (MSO), apa dah jadi dengan alwi?

Blog, Haji Mohd. Sayuti Omar, msomalaysia@gmail.com hari Isnin 23hb. Februari,2009 membuat saya panik. apa tidaknya, gambar comel saya terpapar dengan tajuk susupan petang, Alwi harus mengawal mulut. MSO cukup sensitif sekiranya ada orang yang membela Salentia dengan sikap berpura pura.

Ditepi ruangan blognya juga disiar youtube bertajuk Maki Salentia 1 yang mana apabila diklik play terkeluarlah gambar YB. Dato' Ibrahima Ali sedang berucap diantara kata-katanya ialah "TOK GURU BIAWAK', saya lagi panik. Ini sudah parah.

Alwi harus mengawal mulut kata MSO pada fahaman saya, kerana sikap Alwi telah menawarkan untuk UMNO Kelantan menerima Dato' Ibrahim Ali masuk UMNO. Pada hal dalam perlembagaan UMNO sudah terang mengatakan mana-mana ahli UMNO yang menjadi calun parti lain tidak akan diterima sebagai ahli seumur hidup. Dalam erti katanya pelawaan Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan itu sebenarnya bukan ikhlas dan mempersendakan Dato' Ibrahim Ali.

Kepada MSO, dia sebagai orang yang bertanggongjawab menebas jalan sehingga berjaya Dato' Ibrahim Ali menjadi calun PAS dalam pilihanraya dulu tidak akan membiarkan orang lain mempersendakan Dato' Ibrahim Ali, beliau akan tebas orang itu habis habisan. Kerana hubungan beliau dengan Dato' Ibrahim Ali boleh diibaratkan isi dengan kuku ataupun dalam bahasa kasarnya seperti ketuk dengan tahi. Seperti juga Alwi dengan Tan Sri Annuar Musa.

Saya cukup faham dengan MSO, walaupun tulisannya sekarang ini banyak menyerang sahabat akrabnya, tapi bukan bermakna dia telah berperang dan berpatah arang, beliau berbuat demikian kerana beliau merasa bertanggongjawab untuk memperbetulkan sahabat-sahabatnya supaya telus dalam perjuangan dan tidak mengambil kesempatan dengan kedudukan untuk membelasah orang lain dan mempersendakan sahabat-sahabatnya.

Yang saya rasa sedikit kurang dalam tulisannya itu, apabila beliau melebalkan diri saya sebagai HANTU RAYA, aduh. Tapi apa boleh buat, itu haknya untuk mengatakan saya, tapi yang ingin saya tegaskan saya bukannya orang pendendam tapi saya kaki lawan untuk kebenaran.

Monday, February 23, 2009

SPRM, rakyat mulai pertikai?

Tinggal 45hari saja lagi, Rakyat Malaysia akan mendapat Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Ab.Razak, Insya Allah. Ini akan berlaku memandangkan kelaziman kepada Kerajaan Malaysia yang mana Presiden parti yang menguasai perlimen akan dilantik sebagai Perdana Menteri, walaupun perlembangaan Malaysia tidak menyebut demikian.

Rakyat tentunya ternanti-nanti untuk melihat dan menyokong segala tindakan dan dasar yang akan dilaksanakan dibawah pemerinatan Dato' Najib dan tentunya rakyat menanti perkara yang baik-baik akan dilaksanakan dibawah pemerintahan baru, terutamanya berhubung dengan isu rasuah yang menjadi penyakit kepada orang politik dan orang awam yang berjawatan dalam kerajaan.

Terbaru berhubung dengan kes, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar, Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang mana Ketua Pengarah SPRM, Dato' Seri Said Hamdan telah mendedahkan bahawa pihaknya telah mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Tan Sri Khalid berhubung isu penyelenggaran kereta dan lembu korban.

Manakala lapuran yang telah didedahkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK MALAYSIA) semasa Sdr Ezam Mohd Nor menjadi pengerusi tidak ada satu pun pendakwaan yang telah dibuat, apakah lapuran yang telah dibuat oleh Gerak Malaysia ketika itu tidak ada satu pun yang mempunyai bukti yang kukuh?.

Dan hari ini, Sdr Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi GERAK yang mengantikan Sdr Ezam, kerana Ezam sudah menyertai UMNO telah bersuara supaya SPRM yang mengamalkan kerja 'double standart' dalam mengendalikan kes-kes rasuah terutamanya yang berpofile tinggi supaya lebih telus dan beramanah. Sdr Nazree meminta supaya SPRM segerakan kes yang telah dilapurkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung tawaran rasuah yang telah dibuat terhadat seorang wakil rakyat dari Kedah.

Kewibawaan Dato' Seri Said Hamdan sebagai Ketua Pengarah SPRM sudah boleh dipertikaikan apabila beliau membuat pendedahan yang terpilih berhubung dengan keterlibatan insan insan tertentu yang boleh dikaitkan dengan kes rasuah, ini mengambarkan SPRM sudah tidak BEBAS seperti yang diharapkan oleh rakyat jelata.

Apabila rakyat mulai pertikai terhadap satu badan yang dikehendaki supaya amalkan kebebasan 100%, dan sudah nampak tidak bebas, maka orang yang mengepalai badan tersebut hendaklah bertanggongjawab dan secara moralnya beliau hendaklah berundur diri secara terhormat. Kerana di pejabat SPRM itu masih ramai lagi pegawai tinggi yang berpengalaman, amanah dan jujur.

Saya yakin, Dato' Seri Najib pun tidak akan setuju, sekiranya didapati pegawai-pegawai kerajaan yang telah diberi amanah dan tanggonjawab tidak menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur dan saya juga yakin kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Najib nanti tentunya ada penyusunan baru bagi dipersembahkan kepada rakyat sebuah kerajaan yang penoh tanggongjawab untuk membela dan mempertahankan hak rakyat, tidak mengira dari keturunan mana dan fahaman politik parti mana sekali pun. Tentunya kerajaan dibawah Dato' Seri Najib akan ada kelainan dan kelebihan, kerana beliau tentunya tidak mahu menjadi Perdana Menteri yang paling pendek pemerintahannya.

Adalah disarankan, SPRM hendaklah disusun semula, supaya keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan untuk membasmikan penyakit rasuah mendapat kepercayaan rakyat, cara dan kaedah yang dibawa oleh kepimpinan SPRM sekarang amatlah mencurigakan dan boleh menghakiskan kepercayaan sebilangan besar rakyat kepada badan tersebut.

Rakyat terbanyak sedang menanti tindakan Dato' Seri Najib untuk menilai kedewasaan dan kemantangan cara kepimpinannya untuk membawa kemakmuran yang lebih damai lagi kepada rakyat Malaysia. Dan kepada orang terdekat dengan Dato' Najib adalah diingatkan supaya "jangan sokong membawa rebah".

Sunday, February 22, 2009

Calun MT, harapan juak-juaknya hancur !

Haji Alwi Che Mat, Setiausaha politik kepada Perdana Menteri Malaysia, telah tidak menawarkan diri untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia pada Mac 2009 ini, biar pun beliau cukup pencalunan tapi beliau telah tidak bersetuju untuk bertanding. Dengan demikian maka dari Negeri Kelantan hanya dua orang calun yang telah memberi kesanggupan untuk menawarkan diri bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, lagi pun mereka berdua ini telah menjadi Ahli MT, kecuali Tan Sri Annuar Musa yang dari awal lagi mengumumkan tidak mahu mempertahankan jawatan MT.

Dua orang dari Kelantan ialah Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Pertanian dan Asas Tani dan Dato' Awang Adek Husein, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, kedua dua ini adalah muka lama dalam MT.

Kelantan pada asalnya memberi sokongan penoh kepada Alwi Che Mat, supaya bertanding MT bagi menganti Tan Sri Annuar Musa, kerana Alwi adalah sama Bahagian dengan Tan Sri Annuar Musa, terasa sedikit kecewa kerana UMNO Kelantan berharap ada muka baru dapat ditonjolkan sebagai pemimpin pelapis Kelantan di peringkat tertinggi parti. Lagi pun Tan Sri Annuar Musa tidak menawarkan diri sebagai ahli MT kerana ingin memberi peluang kepada Alwi, kerana diwaktu ini Kelantan mempunyai tiga orang wakil dalam MT. Dengan Alwi tidak mahu bertanding dan Tan Sri Annuar Musa tidak menawarkan diri maka Kelantan rugi satu suara di peringkat MT.

Apa yang saya dengar dari komen kawan kawan dalam UMNO terutamanya yang jadi perwakilan daripada negeri Kelantan, sekiranya Alwi bertanding beliau tentunya menang kerana perwakilan seluruh negara kenal beliau dan juga beliau adalah orang harapan Pak Lah yang tentunya perwakilan akan memberi sokongan untuk mengundi beliau.

Ada juga berpendapat, Alwi akan menang mudah kerana Tan Sri Annuar Musa akan membantu beliau untuk membalas budi kerana beliau bekerja kuat untuk memenangkan Tan Sri Annuar Musa semasa pemilihan yang lalu. Dan tentunya apabila beliau bertanding, beliau akan menjadi calun yang pepolur daripada Negeri Kelantan kerana sifatnya yang berani menentang PAS selaku Ketua Pembangkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Harapan kemunculan Alwi Che Mat dalam MT UMNO Malaysia akan memberi menafaat kepada parti kerana beliau juga boleh dianggap sebagai tokoh ugama UMNO dimasa ini. Tapi sayangnya beliau sendiri tidak berminat untuk menjadi jemaah MT yang akan membuat dasar parti diwaktu parti memerlukan orang sepertinya berada didalam (masakan Pak Lah lantik beliau sebagai Setiausaha Politik, sekiranya khidmat beliau dan pendapat beliau tidak berguna).

Dengan Alwi tidak bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah teramat malang kepada juak juaknya didalam UMNO Bahagian Ketereh, yang mengharap kemenangan Alwi sebagai satu hadiah dalam membangun dan memperkuatkan UMNO Ketereh yang sekarang ini menunggu masa tersukur kerana kesilapan Tan Sri Annuar Musa yang masih lagi percaya kepada ahli yang pandai bercerita tapi tak mampu bekerja.


Saturday, February 21, 2009

derhaka tapi tidak berdosa?

DERHAKA 1 DERHAKA 2 DERHAKA 3

Derhaka adalah satu perkataan yang sangat sangat ditakuti oleh umat manusia yang beragama islam, ianya dikaitkan dengan neraka dimana satu seksaan yang tidak dapat digambarkan tentang keperitan dan penderitaan sebenar. dahsyat.

Tiap tiap hari sekarang ini kita dengar perkataan 'derhaka' sama ada ianya disiarkan didada akhbar arus perdana, di tv ataupun ucapan dikalangan orang politik, semuanya menjurus derhaka kepada raja, terutamanya kepada sultan perak yang ada kaitan berhubung dengan pentadbiaran kerajaan negeri perak.

Pentadbiran sebuah kerajaan berkait rapat dengan kuasa politik, yang mana di negeri perak sekarang ini terdapat dua orang manusia yang mengelarkan dirinya sebagai menteri besar, satu daripada kumpulan pakatan rakyat dan satu lagi daripada kumpulan barisan nasional, ekoran dari itu timbullah apa yang dikatakan perebutan kuasa, siapakah yang sah dari segi perlembagaan untuk dijadikan menteri besar, kerana kedua duanya telah dilantik oleh sultan.

Apabila ada perebutan maka adalah tuduhan, dan tuduhan inilah telah menyebabkan ada pihak pihak tertentu mengunakan perkataan 'derhaka' untuk menarik minat orangramai supaya dijadikan topik perbualan, wal hal hasilnya belum tentu dapat nikmat kepada rakyat atau pun tidak, yang pastinya kedudukan politik negeri perak belum stabil sepenuhnya.

Persoalan sekarang ini, 'derhaka' itu berdosa atau tidak, kerana perkataan derhaka ada hubung kaitnya dengan dosa, seperti derhaka kepada ibubapa, berdosalah jawabnya, tapi 'derhaka' politik ini bagaimana?, maka majlis fatwa malaysia hendaklah kedepan untuk menasihati kepada mereka yang mengunakan perkataan 'derhaka' politik ada hubung kait dengan agama ataupun tidak, sekiranya ada hubung kait dengan agama, dosanya bagaimana, apakah dosa seperti derhaka kepada ibubapa.

Dan apa hukumannya 'derhaka' kepada sultan dalam kes politik di perak ini. kalau tak ada apa apa hukuman, eloklah dinasihati kepada mereka yang suka mengunakan perkataan 'derhaka' ini dihentikan saja, supaya sultan tidak malu kerana tidak ada apa tindakan yang dapat diambil terhadap orang yang 'derhaka' kepada baginda.

Jangan gunakan nama sultan untuk dapat simpati, banyak lagi cara lain untuk dapat sokongan dalam politik, jangan mengatak dulang paku serpih, politik malaysia telah banyak sejarah berkaitan dengan isu raja-raja. Cukuplah. Biarkan raja raja kita aman dalam istana, kita rakyat buat kerja kita, kita pilih kerajaan yang kita suka, kalau nak tukar tunggu pilihanraya, masa masih ada, yang mustahak negara kena aman supaya rakyat dapat hidup bersuka ria.

Friday, February 20, 2009

Khalid, Menteri Besar Selangor akan didakwa oleh SPRM ?

Dalam berita hari ini, Datuk Seri Ahmad Said Hamdam, Ketua Pengarah SPRM (Rasuah) telah mengatakan bahawa pihaknya ada cukup bukti kukuh untuk mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor (Kerajaan Pakatan Rakyat) berhubung penyelengaraan kereta dan pembelian lembu korban.

B0dohnya menteri besar selangor ni, kenapa tak belajar daripada kerajaan trengganu dibawah pimpinan idris jusoh, penyelenggaran kenderaan pun timbul masaalah, tapi menteri besar tidak terlibat tidak didakwa dan tidak ada bukti kukuh, mungkin di trengganu tidak ada lembu yang dikorbankan, tapi di selangor ada lembu yang dikorbankan, boleh jadi orang juga harus dikorbankan, itulah politik.

kalau Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menceburkan diri dalam politik dan teruskan sebagai ahli perniagaan yang berjaya sebagaimana kejayaan gutheri dulu kala, mungkin dia tidak akan jadi mangsa korban ataupun dikorbankan.

Kes Tan Sri Khlaid ini tentunya akan mengambil masa yang pantas untuk dibuat pendakwaan, kerana kepentingan awam dan mahkamah pun akan menetapkan tarikh yang cepat supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana kepentingan awam.

Kerajaan tentu setuju sekiranya kes-kes yang melibatkan kepentingan awam hendaklah diselesaikan dengan cepat terutamanya yang melibatkan orang orang politik, tak kira daripada parti mana sekali pun.

Yang anihnya, kes kes yang profil tinggi sepertimana yang didedahkan oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim semasa dia jadi menteri menjaga Badan Pencegah Rasuah (BPR) dulu sehingga kini tidak ada satu pun pendakwaan yang dibuat, Apakah tidak ada bukti yang kukuh, ini kena tanya Tun Dr. mahathir mohamed, bekas perdana menteri malaysia.

Tentunya rakyat, bermula hari ini ternanti-nanti dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengerah SPRKM itu, mahu tahu berapa puluh juta wang rakyat yang dikebas oleh menteri besar selangor yang hanya baru setahun jagong memegang kuasa.

Tun Mahathir adalah orang yang paling tahu, siapa yang telah melakukan rasuah dizaman kerajaannya yang belum didakwa oleh BRP sehingga hari ini, walaupun sudah ada bukti kukuh untuk didakwa. Apakah orang yang melindungi orang yang telah membuat salah, orang itu tidak salah? dan sekiranya Tun Mahathir jujur, inilah waktunya yang sesuai untuk beliau mendedahkan kepada rakyat jelata, supaya orang orang yang terlibat dalam rasuah tidak lagi berada dalam kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak., bakal perdana menteri malaysia yang ke 6.

Thursday, February 19, 2009

Renungkanlah

HIKAYAT-HIKAYAT SUFI


Hikayat, kisah atau cerita -boleh dikatakan-memiliki peranan penting dalam melahirkan peradaban manusia. Ada banyak hikmah dan pelajaran yang bisa dipetik dari kisah-kisah tentang perjalanan hidup manusia. Bahkan Alquran sendiri banyak mengunakan kisah dan perumpamaan untuk mengajarkan nilai-nilai kebaikan dan kesalihan kepada manusia.

Allah berfirman:
  • Kami tuturkan kepadamu kisah-kisah yang paling indah dengan mewahyukan Alquran ini kepada mu...,
Nabi saw. bersabda, "Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah kisah-kisah tentang Bani Israil. Barangsiapa sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah ia mempersiapkan tempatnya di neraka.

Kisah tentang orang-orang salih maupun orang-orang durjana dimasa lalu, Kisah-kisah tentang kaum sufi dengan segala karamah dan keajaibannya banyak diperkatakan dalam Hikayat-Hikayat Sufi yang bisa memperkaya pengatahuan dan memperluaskan wawasan kita tentang perjalanan hidup manusia.

Bagi para penempuh jalan ruhani, Hikayat-Hikayat Sufi bisa menjadi panduan dalam menelusuri dan menemukan jejak-jejak spiritual mereka yang sudah tenggelam dalam samudera kemahasempurnaan Ilahi.

Sebagai manusia yang sentiasa insaf, marilah kita menghayati sebuah syair daripada Sayyid al-'Arif an-Nabilisi:
  • Bersabarlah dalam mengahadapi musibah dan bertahanlah
  • Ketahuilah bahawa manusia tidaklah abadi
  • Bila engkau mengingat musibah yang menimpamu
  • Bandingkanlah dengan apa yang menimpa Nabi Muhammad saw.
Amalkanlah Hikmah Sabar, ada musuh tapi tidak ada sengketa.

Wednesday, February 18, 2009

Pemimpin Melayu Hilang Punca?

Pemimpin melayu kelas pertama di negara kita ini diminta jangan hilang punca untuk terus membentuk sebuah negara yang rakyatnya boleh hidup aman tanpa diganggu gugat oleh anasir yang mahu melihat supaya melayu hilang didunia ini bagi menafikan kata-kata Hang Tuah.

Pemimpin Melayu kelas pertama seperti, Tun Mahathir Mohamad, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, sekarang ini nampaknya telah hilang punca untuk membentuk satu setuasi politik dalam negara supaya tidak kelihatan berserabut.

Banyak punca yang dapat dilihat dari tindakan mereka ini yang membuat rakyat berada dalam suasana tidak boleh tidur jenera, menyebabakan keyakinan kepada pemimpin sudah boleh dipersoalkan, Apa sebenarnya mereka mahu lakukan untuk kemakmuran negara sedangkan pada masa yang sama mereka tidak bersatu untuk sebuah negara yang harmoni.

Kenapa fahaman dan pegangan politik tidak diacukan untuk kekuatan bangsa, kenapa kuasa sebagai ahli parlimen tidak diserasikan untuk kepentingan bangsa, kenapa tidak ada pakatan yang solid untuk kepentingan bangsa, kenapa harus ada curiga mencurigai apabila bercakap tentang kepentingan bangsa.

Kenapa pemimpin melayu kelas pertama saling kata mengata, tuduh menuduh, dan suka jatuh menjatuh, lihat begaimana tindakan dan perkataan yang diaturkan untuk menjatuhkan satu sama lain, kenapa bercakap yang buruk buruk dikalangan mereka, kenapa yang baik tidak di beri ruang dan dipuji untuk diangkat sebagai pemimpin bangsa.

Ini semua kerana pemimpin melayu kita sudah hilang punca, kerana ugama dan kuasa bukan semata-mata untuk diamal dan di nikmati untuk kepentingan bangsa tapi untuk sebaliknya. Politik dijadikan medan untuk memperkasakan puak-puak bukan untuk ditadbir urus bagi mempertahankan maruah bangsa dari terus dinoda.

Bangsa lain sedang bersorok ria melihat pemimpin melayu kita tidak sekata, mereka akan menaguk di air keruh mencari kesempatan yang ada untuk melaga-lagakan bangsa kita, sebagai contoh sekiranya bangsa mereka ada kecelakaan meraka terus sokong secara terbuka, parti mereka diketepikan begitu saja, yang mustahak pada mereka, maruah bangsanya harus dijaga, lihat apa yang ditunjukkan dalam kes ADUN bukit Lanjan yang photo telanjang dipertahankan oleh pemimpin sebangsanya, tidak seperti kes "SAIFUL' yang belum tentu kebenarannya.

Pilihanraya kecil nanti akan bertarung 3 bangsa, Bukit Gantung calun tentunya melayu kita, Bukit Selambau mungkin calunnya dari kaum India dan di Bukit lanjan agak agaknya calun dari kaum cina. dan sekiranya ini berlaku tidak ada ujian untuk melihat bangsa kita bersatu, yang patutnya semua tiga kerusi itu diletak calun melayu tak kira dari parti mana, sebagai ujian adakah melayu boleh bersatu, jawabnya mudah, calun melayu itu harus menang.

Dan sekiranya pemimpin melayu dapat bersatu dan tidak hilang punca, rakyat jelata akan senang dan lega, nak cari makan pun terasa selesa, tidak seperti hari ini, tiap tiap hari ada tunjuk rasa, kadang kadang terpaksa tinggal kerja kerana ditipu oleh pemimpin diminta keluar berhimpun, katanya untuk kepentingan bangsa tapi sebenarnya untuk memperbuncitkan perut mereka.

Pemimpin Melayu jangan alpa, puak puak tu dok tengok kita, nak makan kita bila bila masa, esok kalau mereka ada kuasa lebih kita jadi pengemis dibumi sendiri dan waktu itu menangis dan airmata sudah tidak berguna lagi.

Ingatan kepada pemimpin melayu kelas pertama, cukuplah duk tuduh dan kata mengata, bersatulah untuk kepentingan Agama, bangsa dan Negara, kalau dulu pemimpin selalu menyeru rakyat untuk bersatu sekarang sudah sampai masanya supaya pemimpin tidak hilang punca, rakyat pula menyeru kepada pemimpin untuk bersatu.

Bersatulah kamu wahai pemimpin melayu, untuk kepentingan UGAMA, BANGSA dan NEGARA, kerana bersatu itu teguh bercerai itu roboh. Politik hanya rezeki didunia manakala Amanah, Jujur dan Ikhlas adalah rezki diakhirat. Walaupun melayu hanya sebagai salah satu bangsa didunia ianya hendaklah terus dibela, kerana melayu itu kita.

Tuesday, February 17, 2009

elak huru hara.

Hormati Perlembagaan Persekutuan

Inilah titah Tuanku Mizan, Yang Di Pertuan Agong, Di Parleman Hari ini, satu ucapan yang mahu melihat negara kita Malaysia ini sentiasa berada dalam suasana aman damai dan rakyat jelata yang berbagai kaum akan hidup dalam keriangan dan kegembiraan.

Simboliknya titah baginda itu ialah, dituju kepada orang orang politik yang mempunyai pengaruh tak kira dari parti politik mana supaya faham kehendak perlembagaan demi untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

Bahan kepanasan politik tanahair hari ini sudah sampai ke suhu yang agak membimbangkan, tunjuk perasaan jalanan telah dianjurkan oleh semua ahli parti politik, kuasa polis dicabar, rakyat digunakan supaya tidak mematuhi undang-undang, dalang untuk upacara memanaskan suhu perpaduan telah mendabik dada secara terang terang, kadang kadang diambil tindakan, kadang kadang dibiarkan berterusan. Inilah perkara yang membimbangkan.

Kenapa sekarang ini ramai orang suka melawan kerajaan, tanpa rujuk kepada perlembagaan persekutuan, apakah rakyat sudah tidak tahan dengan apa yang berlaku di perak sekarang, tiba-tiba saja sebuah kerajaan tumbang.

Maka berlakulah tunjuk perasaan disana sini, untuk apa sebenarnya, kalau sokong, sokong apa, kalau menentang, menentang siapa, tidakkah perbuatan yang dilakukan itu merugikan rakyat jelata, eloklah amalkan sistem yang sedia ada mengikut perlembagaan negara, adakan pilihanraya, selesai kira, rakyat pun tak huru hara, barulah tahu jantan betina.

Perlembagaan Persekutuan untuk dijadikan amalan dalam pemerintahan kerajaan, siapa saja rakyat malaysia mesti tahu isi kandungannya, soalnya sekarang adakah rakyat faham isinya, kalau rakyat faham baru rakyat ada rasa untuk menghormatinya, tapi kalau rakyat tak faham bagaimana akibatnya, suruh mudah tapi amalnya payah.

Monday, February 16, 2009

RM 27,000. seorang?

Pulai Pinang adalah negeri pertama berjaya menganjurkan satu majlis "Memperkenalkan Calun-Calun" Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Dewan Tabung Haji, Bayam Lepas, kelmarin (15hb. Feb. 2009). Dua orang calun Timbalan Presiden hadir, iaitu Tan Sri Muhyuddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, selebihnya calun Naib- Naib Presiden dan MT.

Kemunculan Tan Sri Isa Samad sebagai calun naib presiden tentunya sedikit sebanyak akan menjadi topik perbualan dikalangan perwakilan, kerana sebelum daripada ini Tan Sri Isa dikaitkan dengan politik wang yang menyebabkan beliau hilang jawatan menteri dan hilang jawatan sebagai salah seorang pemimpin kanan dalam parti UMNO.

Apakah kalau beliau menang lagi jawatan naib presiden, maka UMNO akan terus menerima nasib yang sama iaitu kemenangannya akan dinafikan lagi dan akan disembeleh untuk tidak membenarkan beliau menjawat jawatan yang dimenangi nanti, ertinya UMNO hanya akan ada dua jawatan naib presiden UMNO seperti sekarang.

Pendapat saya ini, kerana saya tidak yakin gejala politik wang dapat dihapuskan dalam pemilihan memilih pemimpin UMNO, kerana sejak mesyuarat cawangan lagi gejala politik wang ini sudah menunjukkkan bukti ianya tidak dapat dihapuskan dan tidak dapat diambil tindakan sejujur-jujurnya.

Mereka yang menawarkan diri untuk dipilih sebagai pemimpin bercakap bedegar degar untuk menghapuskan amalan politik wang, tapi pada masa yang sama daripada merekalah wang dicurahkan untuk mempastikan kemenangan.

Yang peliknya tidak semua yang memberi wang kepada perwakilan diambil tindakan, yang diambil tindakan pula tidak sama menerima hukumannya, sebagai contoh Tan Sri Isa dikenakan tindakan yang begitu keras, tapi ada yang diberi amaran, diberi surat tunjuk sebab dan sebagainya, pada hal kesalahannya sama, iaitu mempengaruhi perwakilan supaya menyokong dan disogokkan dengan wang.

Tahun ini seramai 90 orang dikira layak bertanding untuk semua jawatan MT, beruntunglah mereka yang dipilih dan terpilih untuk menjadi perwakilan, jawatan yang dipertandingkan dari Timbalan Presiden (3 orang) Naib Presiden (8 orang) dan selebihnya Majlis Tertinggi (MT) termasuk pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.

Siapa yang berani kata, wang tidak menjadi faktor dalam pilihan kali ini, pada saya kalau tidak banyak pun sedikit mesti ada sekurang kurangnya belanja makan dan tempat tidur ataupun tiket kapalterbang dan kalau ada buah tangan tidak banyak pun sedikit, cuba bayangkan sekiranya ada buah tangan.

Kalau seorang perwakilan mendapat RM300 daripada seorang calun, kalau dikira seramai 90 orang calun, maka seorang perwakilan dikira secara purata akan mendapat RM27,000. (Dua puluh tujuh ribu ringgit), sudah agak lumayan buat sementara waktu dan saya percaya ada yang akan mendapat lebih daripada itu.

Dan bermula daripada semalam, saya terfikir sudah ada perwakilan daripada negeri pulau pinang mendapat wang belanja daripada calun ataupun wakil calun yang ingin menawarkan diri sebagai pemimpin UMNO Malaysia. Selepas ini mungkin di Johor.

Sunday, February 15, 2009

lain cakap, lain bikin laa !!!

Malam ini Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengadakan majlis makan malam disebuah hotel terkemuka di Malaysia, ratusan meja telah ditempah oleh para dermawan bagi membantu KAFA dari segi kewangan. Alhamdullilah nampaknya KAFA dibawah kepimpinan Tan Sri Anuar Musa telah menampakkan hasil bagi menjulang nama negeri Kelantan dalam persada bolesepak tanahair.

Kejayaan pasukan bolasepak ini ternyata kerana setiap perlawanan pasukan kelantan telah menunjukkan stail permainan yang menyakinkan dan menampakkan satu pasukan yang mantap kerana para pemainnya lebih mengutamakan pasukan daripada lebih menonjolkan diri.

Inilah satu gambaran dan pengajaran yang dapat ditunjukkan oleh barisan kepimpinan dalam KAFA dan juga para pemain iaitu bersatu untuk mencapai kemenangan. Barisan kepimpinan KAFA meletakkan kepentingtan pasukan sebagai agenda utama, bukan nak cari nama atau glamor, begitu juga dengan pemain dan penyokong, semuanya bersatu hati.

Inilah kekuatan yang ada pada KAFA, bersatu dan ikhlas dalam perjuangan, tidak ada hasrat untuk merebut jawatan, kerana jawatan dalam KAFA tidak mendatangkan keuntungan kewangan, bahkan terpaksa menghabiskan waktu dan wang untuk memperkuatkan pasukan. Tidak seperti politik UMNO dimasa kini.

KAFA kuat dibawah pimpinan Tan Sri Anuar Musa, tapi kenapa UMNO tak kuat dibawah pimpinannya. Inilah dua faktor yang patut menjadi ukuran dan peniliaan yang harus dibuat oleh kita untuk mencari punca sebenar kenapa UMNO kalah teruk di Kelantan pada pilihanraya lalu sedangkan pada pilihanraya 2004, kerajaan PAS hampir tumbang.

Kalau di ketereh punca UMNO kecundang disebabkan calun ADUN dipilih dikalangan orang yang tidak popular dan kekalahan kerusi Parlimen disebabkan perebutan untuk menjadi calun parlimen. Ini dah menjadi rahsia umum.

Tapi untuk peringkat negeri, orang orang di bahagian masing-masing lebih arif. Satu sebabnya ialah calun yang dipilih bukan dipersetujui oleh rakyat tapi memilih calun dikalangan puak puak yang mana amalan berpuak puaklah yang akan menghancurkan organisasi mana sekalipun.

Tahniah pada Tan Sri Anuar Musa kerana mencemerlangkan pasukan bolasepak kelantan KAFA dan takziah kerana dibawah kepimpinannya UMNO keterah dan UMNO kelantan kecundang. Cakap tidak serupa bikin.

Saturday, February 14, 2009

UMNO jangan hilang fokus?

Politik pilihanraya kecil agak reda, ekoran Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan bahawa piliharaya kecil, parlimen dan DUN di Perak dan Kedah telah ditetapkan pada 7hb. April 2009, iaitu tarikh selepas perhimpunan Agong UMNO Malaysia diadakan. Ini memboleh para broker dalam pemilihan UMNO bergerak dan bergiat cergas untuk melelong calun calun yang telah menawarkan diri untuk menjadi pemimpin parti UMNO.

Bermula dari sekarang tentunya lobi lobi hotel mewah diseluruh negara akan dipenohi oleh perwakilan dari pelusuk negara kerana dijemput ataupun diundang untuk bertemu dengan calun ataupun wakil calun MT.

Dan tentunya dalam pertemuan itu ada janji yang diberi oleh pihak calun kepada perwakilan, dan tentunya ada permintaan daripada perwakilan daripada calun. Maka bergemalah politik wang dari sekarang hinggalah kepada pagi perhimpunan Agong nanti.

Dan saya fikir tentu akan ada persitiwa ahli ahli parti yang akan dikenakan tindakan displin, yang kena tentu sedih dan yang terlepas akan suka kepada yang kena. Disinilah timbul persoalan KEADILAN dalam tindakan bagi membasmikan politik wang.

Rasuah dan Politik Wang adalah perkara yang sama, tapi mengapa hukuman jadi lain?

UMNO kalau mahu selamat, intai intailah peluang, kerana faktor kekalahan bukan kerana parti UMNO tidak mempunyai dasar yang baik, tapi perangai pemimpin yang tidak disukai oleh pengundi terutamanya pengundi muda dan pegawai pegawai kerajaan, kerana mereka ini bukannya seperti katak bawah tempurung.

Thursday, February 12, 2009

1 akan jadi 1000 kalau aku mahu!

Sudah masuk bulan ketiga saya tak balik kelantan, tak jumpa mata dengan para sahabat, kawan kawan dan juga lawan. rasa rindu memucak apabila saudara zudi menalepon bertanya kabar berita, katanya ramai para sahabat handai bertanya, nak dengar cerita perkembangan semasa.

  • kalau ada kelapangan
  • rasanya minggu ini nak pulang
  • nak jumpa teman teman
  • nak bersembang panjang
  • kalau di izinkan tuhan
  • nak tanya apakah perkembangan
  • puak puak G7 yang menang
  • dengar kabar ada dah yang tak senang
  • perwakilan ada yang langsung tak dipandang
  • ajak minun dan makan
  • sudah tidak dijadikan amalan
  • kalaulah begitu gerangan
  • memang nasib perwakilan itu malang
  • kerana semasa buat pilihan
  • orang macam saya ditendang
  • walau pun saya tidak dizinkan
  • kerana semasa pencalunan saya dihalang
  • wakil bahagian pula jadi pelacur jalanan
  • tidak bermoral dan pesongkan ajaran islam
  • gelaran saja ustaz tapi perangai jahat lebih dari shaitan
  • inilah orang yang jadi petualang
  • sehingga saya hilang kelayakan
  • untuk merebut jawatan
  • kerana ada pemimpin bahagian yang jadi dalang
  • mat yani,suhaidi,cik gu li dan cik gu seman
  • adalah orang terbilang
  • harap harap jangan lupa kawan kawan
  • yang sedang menunggu panggilan
  • untuk dijemput minun kopi secawan
  • sambil buat pos morten
  • politik UMNO ketereh akan datang.

Rindu-rindu serindunya, pada sahabat, teman teman dan kawan kawan tapi apabila ingatkan kejadian, alangkah pedihnya diatas sikap setengah orang, terutama pemimpin yang curang dan jadi penghalang kepada keikhlasan kawe.

UMNO Ketereh, apakah benar "retak menanti belah"

Wednesday, February 11, 2009

"Beri Bukti, Bukan Janji"

Dalam apa jua keadaan sekali pun, sesiapa yang menjadi ketua yang dipanggil pemimpin tak patut bercakap menipu. Kerana menipu itu adalah perbuatan yang sangat keji. Apabila sanggup menjadi pemimpin kena bersedia untuk berkhidmat dan menunaikan tanggongjawab. Ini perkara utama yang harus diberi perhatian oleh orang orang yang jadi pemimpin, jangan jawatan dikejar tapi perkhidmatan diabai.

Menjelang pemilihan dalam UMNO Bahagian yang baru lalu, ramai calun yang menawar diri untuk merebut jawatan diperingkat pegawai bahagian berjanji macam-macam, nak berkhidmat untuk membela nasib ahli ahli cawangan lah, nak memperkuatkan parti lah dan macam-macam janji manis diberi untuk menyakinkan perwakilan memilihnya untuk dinobatkan menjadi pemimpin.

Kini jawatan telah dapat, impian telah menjadi kenyataan, tapi janji manis tinggal janji, Cawangan seperti dulu juga, hidup segan mati tak mahu, aktiviti tak ada juga dibuat kerana asyik mencari peluang untuk bertemu dengan calun yang nak bertanding di peringkat Majlis Tertinggi, apabila ditanya kenapa aktiviti parti masih tidak gerakkan jawapannya mudah, kerana pilihanraya lambat lagi. Maka tahulah kita, bahawa jawatan yang diperlukan itu hanya mahu menunggu pilihanraya tiba, kerana nak jadi calun dalam pilihanraya. Itu sebenarnya mereka mereka yang berebut nak jadi pemimpin di bahagian.

Itulah sebenarnya hasrat yang tersirat dikalangan pemimpin UMNO Bahagian, maka itu juga lah jawapan yang dilontarkan apabila tiba musim pilihanraya, keutamaan bukan lagi kepada parti, tapi pada kepentingan peribadi. UMNO punah kerana ahlinya melahirkan pemimpin yang teruk sekali, pemimpin yang tidak memikirkan keuntungan kepada parti, tapi pemimpin yang penuh muslihat untuk menjaga kepentingannya dalam politik supaya kuasa tidak terhakis.

Pemimpin sebegini tak kira apa masaalah akan dihadapi oleh parti, mereka akan memilih orang yang disukainya saja menguasai parti, kerana keuntungan akan dibalon sendiri tanpa perlu diagih kepada ahli ahli parti. Dan dalam pilihanraya mereka mengharapkan nasib seperti sabut.

Bagaimana UMNO akan terus berkuasa sekiranya parti kalah dalam pilihanraya?. UMNO bukannya sabut sentiasa timbul, apa yang dibimbangkan nasib UMNO pada pilihanraya yang akan datang akan menjadi batu, kerana sudah jelas ramai pemimpin UMNO sekarang terutamanya yang menerajui bahagian tidak berbakti tapi banyak berjanji, dan ini akan memuakkan rakyat yang ada hak untuk mengundi, mereka akan terjemahkan kemarahan dan kebencian meraka kepada pemimpin UMNO melalui undi, akibatnya parah nanti.

Untuk mengelakkan nasib UMNO tidak seperti batu yang akan tenggelam dalam air yang tenang, maka moleklah pemimpinnya bermula dari sekarang sama ada Presiden,Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden termasuk Ketua-Ketua Pemuda, Wanita, Puteri dan juga Ahli Majlis Tertinggi serta semua Ketua-Ketua Bahagian berpegan kepada prinsip perjuangan sebenar bahawa mereka berjuang adalah semata-mata untuk Ugama, Bangsa dan Negara dengan melafafkan ikrar dari sekarang yang sudah sampai masanya "Beri bukti kepada rakyat, bukanya beri janji". Insya Allah rakyat akan terus memberi sokongan.

Tapi kalau UMNO tidak buat dan asyik berjanji, maka pihak Pakatan Rakyat akan mengambil tempat, kerana mereka boleh berjanji walaupun mereka tidak berbakti kerana mereka belum memerintah Malaysia lagi.

Tuesday, February 10, 2009

"MELAYU", bersatulah!

Politik Malaysia semakin serabut?

Dua lagi pilihanraya kecil terpaksa diadakan mengikut kehendak perlembagaan negara. Ini akan mendedahkan banyak lagi isu, isu keselamatan, isu sosial, isu peribadi, isu fitnah, isu yang dijanjikan, isu yang belum ditunaikan, isu politik wang, isu rasuah, isu pendidikan, isu perpaduan dan sejuta isu akan dibawa untuk mencari sokongan dan simpati.


Dalam pilihanraya, seribu janji ditabur, mulut semua pemimpin manis, senyum sepanjang masa, bersalam tak kira beberapa kali pada orang yang sama, minum tak henti henti, lawatan ke segenap lorang, jumpa orang miskin dan orang sakit minta sempati. Inilah lakunan dalam pilihanraya, mana yang baik dengan orang surat kabar pasti aktiviti dimusim pilihanraya dapat cover yang cukup baik.


Dalam pilihanraya kecil kali ini, kedua dua kerusi adalah hak parti pembangkang, tentunya parti PAS dan PKR tidak mahu kalah dalam pilihanraya ini, BN pula akan berusaha habis habisan untuk mencari kemenangan kerana kemenangan itu memberi nafas baru kepada BN untuk menunjukkan bahawa BN masih mendapat keyakinan rakyat.


Sekiranya kedua dua kerusi ini rakyat telah menolak parti PAS dan PKR, maka teranglah agenda Pakatan Rakyat hendak membentuk kerajaan pada pilihanraya yang ke 13 nanti hanya sebagai mimpi disiang hari, tapi kalau PAS dan PKR dapat mempertahankan rekod tanpa kalah yang telah di tunjukkan oleh rakyat pada pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Trengganu itu maka alamatnya BN akan bungkus pada pilihanraya ke 13 nanti.


Dan sekiranya PAS dan PKR menang, maka juak juak dalam UMNO dan BN hendaklah bersiap sedia untuk menerima balasannya nanti diatas tindakan dan perbuatan mereka yang tidak meletakkan kepentingan rakyat lebih utama, sebaliknya agenda peribadi lebih utama, nahaslah nanti kepada mereka yang terang telah menyalahgunakan kuasa.


Tambahan pula sekiranya negeri serawak jatuh ketangan pembangkang, parahlah lagi kedudukan BN nanti, maka ingatan saya kepada pemimpin UMNO bahawa UMNO telah berada diambang sore jangan dipandang remeh, Berbuat se suatulah sebelum matahari terbenam terus dan di terowong sudah tidak ada cahaya lagi.


Masa masih ada, yang perlunya pemimpin UMNO jangan lena dibuai cerita dongeng oleh pencerek pencerek disekeliling yang hanya mahu menyedapkan telinga pemimpin saja, wal hal didada sudah bernanah yang menunggu punah.


Dua kerusi pilihanraya kecil, rakyat seluruh dunia menanti keputusannya. Mampukah anda merubahkannya, wahai pemimpin kedua belah pihak, tak kira ianya PAS,PKR atau UMNO kerana yang perlu Melayu harus bersatu.


Monday, February 9, 2009

Nafsu atau Akal di Bukit Gantang?

Lagu. "jangan ada dusta diantara kita" ada kaitan dengan apa yang berlaku dalam politik di Malayasia hari ini, terutamanya kemelut politik di Negeri Parak. Ini semua gara gara manusia yang dikurniai akal oleh Allah swt telah disalahguna disebabkan dipengaruhi nafsu yang teramat dahsat.

Apa tidaknya, kerana nafsulah suasana politik dah jadi kelam kabut di Perak, dah ada dua orang manusia yang mendabik dada, dialah menteri besar yang sah, masing masing nak masuk bekerja esok, yang lama dah ada exconya dan yang baru, esok mahu buat perlantikan exconya. Politik diperak dah jadi cacamarba.

Inilah akibatnya apabila nafsu mengatasi segala galanya, rakyat yang jadi mangsa, sekarang ini dah ada rakyat terjebak dalam kemelut politik ini, ada yang dah ditahan polis. sakit jiwa dan sebagainya.

Diperak pentas politik telah dibuka semula.

Alfatihah, disedekahkan kepada Allahyarham Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak yang telah kembali kerahmatullah sekejap tadi. Ini membolehkan ujian kekuatan pengaruh parti parti yang akan bertanding. Inilah medan sebenarnya. Kekuatan kuasa rakyat yang akan menentunya, disinilah dalil yang akan dinyatakan. Siapa yang benar, UMNO kah?, PKR kah?, PAS kah? atau Sultan kah?.

Disini jugalah kita mahu melihat, adakah manusia yang ada akal itu dapat mengunakanya dengan sebaik mungkin, Di Bukit Gantang akan bermula segala-galanya, sama ada untuk kestabilan politik negeri perak ataupun boleh mencetuskan suasana baru politik Malaysia hari ini.

Negara akan aman selagi anugerah tuhan iaitu akal dapat dimunafaatkan oleh manusia. Negara akan menuju kehancuran sekiranya Nafsu menguasai Akal.

Dalam politik negeri perak dulu, Sultan tak cukur janggut kerana tak setuju dengan menteri besarnya, tapi saya simpan janggut untuk sementara ini bagi melahirkan setia kepada keluarga di 'Raja Negeri Kelantan Darul Naim.

Sunday, February 8, 2009

Penduduk tetap (PR) untuk siapa dan untuk apa?

Alhamdulillah, negara kita masih aman dan damai, rakyat masih boleh bergerak dengan bebas untuk mencari rezeki kehidupan, walaupun kerajaan hari ini sedikit demi sedikat cuba mengubah dasar mempermudahkan rakyat asing untuk mendapat status penduduk tetap (PR). Inilah yang sedikit sebanyak membimbangkan saya, negara kita yang aman akan terancam satu hari nanti sekiranya dasar membenarkan orang asing yang tidak tahu budaya kita diberi keistimewaan.

Apa sebenarnya muslihat kerajaan hingga sanggup melonggarkan syarat untuk membolehkan orang asing menjadi penduduk tetap di sini, apakah negara sudah tidak cukup wang untuk mentadbir negara sehingga sanggup digadaikan dengan memberi keistimewaan kepada rakyat asing. Berapa sangat wang rakyat asing dibawa ke negara ini. Apakah pekerja atau rakyat dari Bengladesh yang dulunya datang kesini sebagai pekerja oleh kerana rapat dengan orang orang tertentu maka ia dengan mudahnya mendapat PR.

Mana sebenarnya kekuatan semangat kepentingan bangsa dipegan oleh orang yang mempunyai kuasa untuk tidak membiarkan negara dibanjiri oleh bangsa asing untuk menakluk negara kita dengan mudah. Mana pegangan amanah yang diletak dibahunya, kenapa mudah lali dan gelap mata. Apa sebenarnya yang boleh menguntungkan negara dengan memberi kemudahan untuk rakyat asing mendapat PR.

Apakah menteri ada muslihat?, atau adakah Ketua Setiausaha Negara ada muslihat? atau ada arahan dari mana mana untuk membantu rakan rakan atau kroni untuk membolehkan membawa masuk seberapa ramai warga asing menjadi penduduk tetap negara ini.

Ini lah persoalan yang bermain dalam minda saya, setelah saya mendengar dari para sahabat yang begitu tidak senang dengan apa yang berlaku sekarang ini. Tugas menteri dan tugas Ketua Setiausaha Negara adalah menjaga kepentingan rakyat dan kepentingan negara, tidak menjaga kepentingan rakyat asing yang tidak tahu langsung budaya dan tata susila rakyat negara ini.

Menteri dan KSN diminta sansitif, jangan satu hari nanti kerana tidak sensitif soal isu penduduk tetap (PR) akan dikeji oleh hamba rakyat. Maruah rakyat dan Negara ini hendaklah dijaga oleh meraka yang diberi Amanah dan Kuasa. Jangan tambah rakyat yang akan menambahkan masaalah kepada Negara dan Bangsa.

Saturday, February 7, 2009

Riak orang keliling Najib.

Sudah bosan dengan gelagat politik di negeri perak. kini kita perlu menghitung hari pembentukan barisan baru para menteri kabinet Dato' Najib setelah beliau akan di nobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 nanti.

Berapa orang menteri dikekal dan berapa orang menteri digugurkan dan siapakah menteri baru yang akan dilantik Inilah yang akan menjadi fokus kepada kestabilan politik BN akan datang terutamanya menjelang pilihanraya umum ke 13 depan.

Para petani, nelayan dan orang kampung menaruh harapan tinggi kepada kerajaan pimpinan Dato' Najib semuga perjalanan kehidupan mereka akan berubah dengan rezeki akan bertambah dan boleh hidup dalam kemewahan dengan mimpi mimpi yang indah.

Para peniaga dan pekerja penuh berharap supaya rezeki mereka juga akan bertambah, mereka berdoa semuga kekayaan negara dapat diagihkan sama rata, pembangunan negara dapat digerakkan dengan penuh berhemat dan bertanggongjawab. Rasuah dapat dihapuskan terutama dikalangan mereka yang memegang kuasa.

Banyak lagi harapan rakyat terhadap Dato' Najib yang akan menjadi Perdana Menteri dengan mudah. Rakyat rindukan sebuah kerajaan yang aman, rakyat perlukan menteri yang tidak pandai menipu, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang tidak menipu rakyat.

Inilah apa yang didengar disegenap pelusuk tanahair dan inilah harapan rakyat kepada Dato' Najib. Jangan hendaknya pegawai pegawai Dato' Najib menghalang untuk Dato' Najib melaksanakan tugas untuk rakyat. Jangan ada diantara pegawai Dato' Najib cuba menghalang rakyat untuk menyampaikan hasrat kepada Dato' Najib, Jangan ada pegawai pegawai Dato' Najib hanya melayan kawan kawannya saja untuk diberi peluang bertemu dengan Dato' Najib dan jangan jadikan Dato' Najib sebagai mangsa cemuhan rakyat.

Dato' Najib yang saya kenali adalah baik sangat orangnya, suka mendengar rintihan dan suka membantu untuk kebaikan rakyat, tapi akhir akhir ini teramat susah nak jumpa Dato' Najib tapi kepada orang orang tertentu tak payah buat temujanji nak jumpa Dato' Najib, bila bila pun boleh.

Dato' Najib yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 tidak lama lagi diharap tidak memelihara manusia yang digelar 'harapkan pagar,pagar makan padi'. kerana sudah ada riak riak orang di keliling Dato' Najib telah mendabik dada. hubaya hubayalah.

Friday, February 6, 2009

Ahli UMNO, menipu dan ditipu?

Hari ini petang, Kerajaan Negeri Perak akan ada dua Menteri Besar, satu menteri besar yang sedia ada dan satu lagi menteri besar yang baru akan dilantik. Kemelut ini terjadi kerana orang politik negeri perak lebih mengutamakan kepentingan kuasa.

Percaturan politik di perak akan hanya melihat lebih kepada sendiwara manusia. Isu sebenarnya mahu melihat dan mengesahkan bahawa kuasa mengatasi segala-galanya, wang ringgit boleh membentuk dan meruntuhkan sebuah kerajaan, demokerasi adalah sebagai slogan, hakikatnya wang ringgit akan menentukannya.

Bercakap soal rasuah menjadi agenda pemimpin politik, melakukan rasuah juga menjadi agenda orang politik, perbuatan dan trejedi politik di perak boleh juga dikaitkan dengan rasuah, kerana untuk apa mereka yang sudah dipilih oleh rakyat secara demokerasi melepaskan amanah untuk tidak menunaikan hasrat rakyat yang memilihnya dalam pilihanraya. tentu ada balasannya sama ada diberi tempat dalam kerajaan, diberi peruntukan tambahan ataupun diberi wang dan janji sesautu benda. Hakikatnya, rasuah tetap berdakap bersama mereka. Tidak seorang pun sehingga hari ini tampil didalam masjid untuk bersumpah bahawa mereka meninggalkan amanah rakyat dalam pilihanraya dulu kerana Allah tidak kerana ada balasan.

Penipulah orang itu kalau saja saja melompat, tanpa ada balasan dan janji, kerana mereka di perak itu bukan nabi yang diutus oleh Allah untuk menukarkan kerajaan, mereka tidak menerima wahyu dari tuhan, tapi boleh jadi menerima sesautu dari seseorang.

Jangan jadi menang sorak diwaktu ini, UMNO dan BN akan terus tidak diberi kepercayaan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang, tektik yang digunakan ini telah meletakkan satu pertaruhan besar untuk memikat hati rakyat dan rakyat akan terus menilai, apakah setelah Dato' Najib jadi perdana menteri nanti orang yang sama juga berada dalam kerajaan sedangkan ada diantara menteri sekarang rakyat sudah tahu tembelangnya.

Kejayaan Dato' Najib menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak hari ini dialu alukan oleh penyokong UMNO dan BN walaupun dua pilihanraya kecil BN telah kecundang, tapi perlulah diingat kejayaan hari ini tidak akan kekal sekiranya jentera UMNO dan Kerajaan tidak diperbetulkan dari terus melakukan kesilapan terutama teraju di pejabat Setiausaha Agong UMNO sebagai nadi gerakan kepercayaan rakyat kepada UMNO terutamanya ahli ahli UMNO sendiri termasuk saya.

UMNO tidak kuat kerana pemimpin saja yang pintar, tapi UMNO akan kuat sekira ahlinya tidak menipu dan ditipu. Hari ini ramai ahli UMNO ditipu dan menipu? bayangkanlah apa akan jadi pada UMNO esok.

Thursday, February 5, 2009

PERAK: tidak bermoral & tidak bermaruah !!!

Apabila ADUN Bota keluar UMNO dan melompat masuk keadilan, semua pemimpin politik tanahair yang menyokong BN bercakap berkenaan moral. Orang politik melompat parti dikira sebagai 'katak' yang tidak bermoral, terutamanya kalau orang politik itu daripada UMNO.

Kini ADUN Bota melompat balik masuk UMNO, maka ia dianggap ahli politik yang bermoral, bahkan moralnya lebih tinggi dari semasa dia ADUN UMNO dulu. begitu juga 2 orang ADUN daripada Keadilan lebih tinggi moralnya kerana melompat keluar Perti Keadilan. Mudah dunia ini untuk meletakkan dirinya sebagai manusia yang bermoral dan tidak bermoral. Bermoral apabila orang itu menyertai UMNO. Status manusia sudah punah kerana mainan orang politik. Maruah sudah boleh dijual beli. maruah manusia hari ini sudah ada harga, ada yang harga murah dan ada yang harga mahal, ikut pasaran dan waktu.

Moral dan Maruah, sudah tidak mengaibkan lagi kepada manusia yang gila kuasa dan wang, dunia semata mata jadi impian, moral dan maruah bukan jadi pusaka warisan bangsa lagi, bukan jadi ukuran kemulian kepada diri dan keluarga, moral dan maruah kepada orang politik seperti apa yang berlaku diperak itu tidak ada aibnya. Mereka melihat kepada kepentingan untuk meraih tempat dan kedudukan, apa tah lagi sekiranya ada pihak dapat membeli moral dan maruahnya dengan harga yang berpatutan. Sepertilah pelacur yang jual diri yang tidak lagi ada moral dan maruah. Mereka hanya memikirkan wang, semua lubang dijual mengikut harga pasaran dan mengikut kehendak pelanggang.

Begitu jugalah moral dan maruah ahli politik dua tiga kerat yang berlaku di perak sekarang, Wakil rakyat ada yang sudah menjual maruah, kerajaan yang dibentuk sebenarnya bukan sebuah kerajaan yang bermoral dan bermaruah, maka rakyat negeri perak hari ini ditadbir oleh sebuah kerajaan yang tidak bermoral dan tidak bermaruah, ini amat memalukan, apa tah lagi negeri yang dibawah payong raja yang teramat mahir dengan undang-undang dan raja yang tinggi moral dan maruahnya, tapi sayang berada dalam sebuah kerajaan yang tidak bermoral dan bermaruah.

Apakah rakyat perak tak reti malu, memangnya tak payah malu kerana kerajaan pun tak malu, wakil rakyat tak tahu malu dan pemimpin sebenarnya tidak bersikap pemalu. Orang yang ada moral dan ada maruah saja yang tahu erti malu.

Maka hari ini kerajaan perak adalah kerajaan yang tak malu dan saya rasa akan dimalukan setelah pilihan kerajaan secara pilihanraya akan diadakan kelak.

Wednesday, February 4, 2009

Politik Malaysia, Siapa yang tergugat?

tergugatkah dan digugat?



Kerajaan Negeri Perak dibawah teraju Parti PAS dengan disokong parti Keadilan Rakyat dan DAP telah tergugat ekoran dua ADUN dari parti Keadilan telah 'melompat keluar' yang dianggap tidak bermoral oleh penyokong Barisan Nasional. Dan sekiranya seorang lagi wakil rakyat dari parti kerajaan sekarang yang tidak bermoral 'melompat' keluar maka tumbanglah kerajaan dibawah pimpinan PAS di Negeri Perak Darul Ridzuan.


ini ada berita mengatakan bahawa Menteri Besar Perak telah menghadap sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi mengadakan Pilihanraya umum negeri Perak dan sekiranya ini berlaku nasib BN akan berada dihujung tanduk. (pelek bunyinya).



PAS, Keadilan dan DAP tidak akan rugi dari segi sokongan rakyat sekiranya tidak dapat membentuk kerajaan Negeri nanti, tapi sekiranya BN masih lagi gagal dalam pilihanraya ini nampaklah bahawa UMNO dan BN sudah tidak relevan lagi dalam politik tanah air ini.
Satu perkara yang harus jangan dilupakan. Dua orang wakil rakyat dari parti keadilan yang melompat itu satu daripadanya masih dalam kes mahkamah. dan kalau mahkamah menjatuhkan hukuman dia didapati bersalah, bagaimana kedudukan kerajaan perak kalau dewan undangan negeri tidak dibubarkan.
Apa akan jadi sekiranya berita yang mengatakan BN akan bentuk kerajaan kerana mejoriti ADUN sekarang menyokong dan menyertai BN., tiba tiba pula ada ADUN yang terpaksa melepas jawatan kerana hukuman mahkamah dan di dewan ahlinya sama ramai, maka dewan secara mulianya akan dibubar.
  • Maka lahirlah cerita politik gila, nampaklah siapa yang tergugat. Pilihanraya umum dinegeri perak nanti akan dihujani dengan limpahan wang ringgit, dan tentunya wang itu disalur melalui pemimpin, jasteru itu akan terlahirlah jutawan politik di negeri tersebut, seperti apa yang berlaku di negeri kelantan pada pilihanraya umum 2008 dulu dan di pilihanraya kecil di kuala trengganu baru baru ini.
Rakyat akan muak, dan apabila pengundi itu muak kepada satu pihak, maka bungkuslah puak itu dalam pilihanraya nanti.
Siapa yang tergugat dan digugat sebenarnya akan dizahirkan nanti.

Tuesday, February 3, 2009

putih

(isilah dengan keikhlasan & kejujuran)

Sekarang masanya
untuk kita mengisi mememohi
ruang dihati yang kosong
dengan ikhlas dan jujur.

banyak ruang masih kosong
tidak diisi
kerana belum cukup calun
yang ikhlas dan jujur.

banyak orang sekarang sombong
cakap mahu ikhlas dan jujur
sebenarnya kosong.

itulah
manusia yang dipanggil pemimpim.

betulkah ada keikhlasan
betulkah ada kejujuran
dalam kerajaan'hari ini'

kerana pemimpin yang ada
tidak begitu.

jakarta,3hb. Feb. 2009.

Sunday, February 1, 2009

YB.Dato' Ibrahim Ali diperlekehkan?

Seminggu ini cerita ADUN dari perak lompat parti dari Baraisan Nasional ke Parti Keadilan Rakyat menjadi topik yang hangat sehingga Majlis Tertinggi UMNO merubahkan pimpinan UMNO Negeri Perak yang mana Tajul Rosli direhatkan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dengan diganti oleh Dato' Najib sehingga bulan Mac, 2009.

Timbul pula cerita yang mengatakan bahawa 2 orang wakil rakyat dari parti Keadilan Rakyat akan melompat dan akan menyertai Barisan Nasional dalam sehari dua ini. Dan kalaulah betul ada wakil rakyat yang lompat parti, mereka ini dikatakan sebagai "katak" kerana suka melompat.

Perkataan "katak" dalam politik tanahair sudah dilebalkan kepada Yb. Dato' Ibrahim Ali kerana suka melompat parti, dari parti semangat 46 masuk UMNO, dipecat dari UMNO bertanding bebas dan pada pilihanraya 2008 bertanding atas tiket PAS melompat jadi bebas. Tapi beliau telah memecah rekod politik dunia.


YB. Dato' Ibrahim Ali adalah satu satunya manusia didunia ini dalam politik telah mewakili berbagai bagai parti di parlimen, beliau pernah menjadi wakil rakyat parlimen mewakili semangat 46, pernah mewakili UMNO, dan sekarang mewakili PAS/ bebas. saya kira tidak ada orang politik dalam dunia ini boleh pecah rekod beliau dimasa terdekat ini.


malam tadi (31hb. jan. 2009) melalui berita di TV, seorang ahli parlimen namanya Fuad Zarkasi (kalau tak silap) telah mengkeritik terhadap wakil rakyat yang lompat parti, katanya orang yang suka melompat parti seperti "katak" tidak bermoral, ini termasuklah YB. Dato' Ibrahim Ali. termasuklah ADUN Bota dari perak dan termasuklah seorang wakil rakyat dari trengganu dulu yang mana oleh kerananya parti perikatan boleh membentuk kerajaan.

Dan apa akan jadi di perak sekiranya lebih daripada tiga orang wakil rakyat daripada parti Keadilan Rakyat melompat parti yang membolehkan kerajaan sekarang tumbang dan digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional. Apakah orang Barisan Nasional tidak akan berterima kasih sekiranya pengerbonan wakil rakyat dari parti Kedailan Rakyat itu menjadi kenyataan.

Apakah orang yang bernama Fuad akan terus memperlekehkan kepada ADUN yang melompat masuk Barisan Nasional yang harganya sebuah kerajaan dan dengan kerajaan Barisan Nasional rakyat negeri Perak akan terbela. Dan apakah Barisan Nasional tidak akan berterima kasih kepada YB. Dato' Ibrahim Ali sekiranya beliau melompat masuk parti kerajaan Barisan Nasional.

Dalam politik yang paling bermoral ialah tidak rasuah, bersih, amanah dan jujur, suka berkhidmat kepada rakyat yang susah dan tidak bercakap ikut hawa nafsu. Jangan suka memperlekehkan orang, jagalah diri sendiri kerana dalam politik sebenarnya jawatan dan pangkat jadi pengukur kehebatan seseorang itu, kalau tak lompat tapi tak jujur dan tak amanah buat apa?.

Tunggulah, kerajaan 'katak' akan menjelma tahun 2010 nanti.