Tuesday, October 27, 2009

Terima Kasih yang hadir.


Atas nama NGO ' Majlis Senibudaya Kelantan' MASK, aku mengadakan Jamuan AidilFitri dikampung ku 'Kedai Kadok, Kota Bharu, Kelantan' kini dipanggil Pekan Kadok hasil pemerintahan PAS sejak tahun 1955 lagi. Itulah kejayaan PAS kerana tak dapat bawa perubahan fizikal dapat tukar nama tempat pun dikira satu pembaharuan dan kejayaan. Itulah kerja bodoh yang dapat dilaksanakan oleh PAS di Kadok.


Jamuan AidilFitri itu berjaya diadakan bersama Yayasan Tengku Temengong Kelantan, ribuan orang kampong hadir menjamu selera dengan berbagai juadah jamuan disediakan termasuk gulai lembu cicah roti, satay nasi empik, meehoon goreng, bubur kacang, karipap, ketumpat kacang, beleda dan tidak ketinggalan tapai bungkus daun getah.


Majlis dimeriahkan lagi dengan keberangkatan YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra, Tengku Temenggong Kelantan dengan disambut oleh seratus orang jawatankuasa yang berpakaian lambang Yayasan dan persembahan kebudayaan dengan persembahan 'SILAT KERIS MELAYU' lambang kebudayaan orang kempung.


Tetamu dan orangramai yang hadir adalah semua lapisan masyarakat dan fahaman parti politik. Ada orang UMNO, ada orang PAS dan ada orang Keadilan begitu juga dengan pemimpin parti politik, YB. Haji Alwi Che Mat (UMNO) hadir walaupun terlewat, YB. Senator Dato' Rusli Ibrahim (PAS) dan YB. Aziz Kadir (Keadilan), kehadiran mereka kerana menghormati aku sebagai orang kecil dikampung.


Tentunya aku menjemput semua pemimpin UMNO dalam bahagian KETEREH melalui sms dan kad jemputan tapi malangnya tidak semua hadir kerana tidak mahu hadir kerana ego dan sombong mempunyai jawatan dalam parti dah besar sangat. Itulah sifat pemimpin UMNO kampung, tidak berjiwa besar, penyakit berpuak masih menkoloti pemikiran membuat semaking ramai orang tidak menghampiri UMNO.


Diharap kursus untuk Jawatankuasa UMNO Bahagian nanti dapat menghasilkan sebuah impian yang menarik, yang jahil berpolitik dapat diasuhkan supaya menjadi pemimpin yang bertamaddun dan berwibawa, tahu yang mana musuh sebenar. dapat menghilangkan ego dan hidung tinggi yang betul betul mahu berkhidmat kepada rakyat.


Semuda semua senario politik UMNO Ketereh akan berubah dan kembali kepada perjuangan asal seperti semasa aku menjadi Ketua Pergerekan Pemuda UMNO Bahagian dulu. Berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair bukannya cari projek untuk diri sendiri seperti dua tiga kerat pemimpin UMNO Bahagian sekarang berpolitik kerena 'projek'. Tan Sri Annuar Musa, selaku Ketua UMNO Bahagian Ketereh sudah tahu yang sebenarnya. BERTINDAKLAH.

Thursday, October 22, 2009

Jemputan terbuka.

MOHD SOBERI SHAFII
(Presiden Majlis Seni Budaya Kelantan)

&

YAYASAN TENGKU TEMENGGONG KELANTAN


Dengan hormatnya menjemput Tan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Jamuan AidilFitri yang akan berlangsung sebagaimana berikut:


  • Tarikh: 24hb. Oktober 2009 (Hari Sabtu)


  • Masa: bermula jam 4.00 patang hingga 6.00 patang

  • Tempat: Di Kedai Kadok, Ketereh, Kota Bharu.

Semua dijemput hadir.Semuga dengan kehadiran anda lebih memeriahkan lagi majlis tersebut. Terima Kasih.



Monday, October 19, 2009

Gambar sebagai kenangan


bersama Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein Onn, Naib Presiden UMNO, Pengerusi pindaan perlembagaan UMNO 2009. Diluar Dewan MERDEKA Pwtc.

Sunday, October 18, 2009

kerusi kosong.

dalam dewan merdeka
semasa menjadi perwakilan UMNO Bahagian 2009.

Saturday, October 17, 2009

UMNO JANGAN DIUBAH.

'pemimpin bahagian hendaklah berubah dan diubah'

'Sebelum mati" nak juga tengok UMNO dapat menubuh Kerajaan di Kelantan. itulah salah satu ayat yang disampaikan oleh Noor Zahidi wakil badan Perhubungan UMNO Kelantan dalam menyampaikan ucapan sebagai menyokong ucapan dasar Presiden parti.

Saya yakin ucapan itu adalah ucapan ikhlas sebagai seorang pemimpin, ucapan yang datang dari hati sanubari yang menjadi impain setiap orang pemimpin yang sudah kenyang, yang mahu melihat negeri kesayangannya terus membangun dan rakyatnya akan hidup dalam sebuah negeri yang aman dan stabil.

Begitu juga dengan ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi, mereka terus menyokong UMNO tak kira masa, tak kira wang ringgit kerana mereka mahu berteduh dibawah sebuah kerajaan yang diterajui oleh UMNO walaupun mereka tahu ada setengah pemimpin UMNO tidak peduli kepada kemenagan parti dalam pilihanraya asalkan mereka itu kekal sebagai Ketua Bahagian.

Biasanya pemimpin seperti itulah yang dapat layanan istimewa dari pemimpin parti diperingkat pusat, diberi semua permintaan untuk kepentingan peribadi pemimpin tersebut. Walaupun tahu Pemimpin Bahagian tersebut kerjanya kepada parti sebagai sambil lewa saja tapi Pemimpin dipusat terus memeliharanya. Isi saku dan kekayaan adalah menjadi keutamaan perjuangannya, minta projek sana sini kata nak tolong parti tapi masuk poket sendiri sedangkan ahli parti kering menjilat gosi.

Zaman Dato' Najib ini sekali lagi ahli UMNO disedarkan dengan slogan "Bangkitlah untuk terus berjuang" kemenangan sedang menanti didepan, 'Bangkitlah' 'Bersatulah' dan terus berjuang dengan merapatkan barisan, itulah pesanan pemimpin dan arahan yang diberi kepada ahli-ahli parti. Dan ahli-ahli parti yang tidak berjawatan penting diperingkat Bahagian akan akur kepada arahan dan kehendak Presiden, tapi bagaimana dengan pemimpin Bahagian, adakah semuanya akur kepada arahan dan saranan dari Presiden dan sekiranya ada yang tidak akur apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka itu?. Inilah persolanan yang tidak dijawab oleh pemimpin UMNO didalam perhimpunan Agung UMNO 2009 yang berakhir semalam.

Orang bawah sentiasa taat dan setia, tapi orang atas terutamanya di peringkat Bahagian bertindak ikut suka hati terhadap ahli, kalau ahli itu ikut telunjuk dia maka ahli itu dijaga tapi sekiranya ahli mempunyai pendangan yang berbedza maka orang itu akan disisih dan dipancung. Fanomen inilah yang membuat UMNO jadi lemah dan rebah kerana walaupun pucuk pimpinan UMNO diperingkat Pusat dan Negeri tahu tapi tidak berbuat apa-apa dan tidak ada tindakan yang diambil apatah lagi sekiranya pemimpin Bahagian itu ada hubungan intim dengan Setiausaha Agung UMNO. Maka segala kurap dan panau pemimpin UMNO Bahagian itu akan ditudung dan dilindungi.

Akibatnya, walaupun UMNO dibawa kepimpinan baru dengan semangat baru dan tekad baru untuk memperkasakan UMNO tapi sekiranya orang lama masih disitu, angin saja yang bertiup dan lalang tetap mendayu.

Wednesday, October 14, 2009

UMNO tetap pertahankan kuasa MELAYU - Najib.

Hari ini bermulanya persidangan Agung UMNO Malaysia. taklimat Presiden oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kepada semua perwakilan di dewan Merdeka sungguh mantap dan masej jelas telah disampaikan kepada semua ahli.

Yang jelasnya beliau mahu ahli-ahli parti berkerja dengan semangat 'JUJUR dan TAWADUK' kerana dengan sifat yang demikian beliau percaya UMNO akan terus releven kepada rakyat Malaysia bagi meneruskan pemerintahan negara. Dengan sifat JUJUR dan TAWADUK juga beliau percaya teori "RAHMAN" tidak boleh diguna pakai dalam menentukan pemerintahan di Negara ini.

Dalam ucapan tertutup itu banyak perkara yang disampaikan kepada ahli-ahli supaya mereka itu insaf dan sedar bahawa kuasa melayu mula terhakis dan perkara ini harus diperbetulkan dengan harapan ahli-ahli UMNO menjadi barisan depan bagi mempertahankan kuasa MELAYU terus kekal menerajui negera Malaysia yang tercinta ini.

Yang menang tak dapat semua dan yang kalah tak hilang semuanya.

SELAMAT BERSIDANG.

Monday, October 12, 2009

TS Isa calun pilihan rakyat.

Mejoriti besar. 5435 yang diperolehi oleh YB. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad wakil rakyat ADUN Bagan Pinang dikira masih sedikit. Sepatutnya TS Isa akan mendapat mejoriti 6303 kerana undi pos tercicir kepada PAS sebanyak 601 undi. Sepatutnya undi p0s kali ini tidak berpihak kepada PAS kerana tidak sepatutnya polis dan tentera tidak mengundi BN kerana kerajaan dibawah pimpinan Dato' Najib telah banyak membantu dan memberi kemudahan kepada mereka anak beranak.

Undi 601 yang diberi kepada PAS itu bolehlah dianggap undi yang tidak mengenang budi, undi yang didorang oleh hawa nafsu yang tidak dapat menilai kebaikan yang telah dicurahkan oleh Dato' Najib kepada mereka. Undi protes kerana dipesongkan dengan isu-isu peribadi seperti tuduhan yang dibuat terhadap TS Isa berhubung dengan rasuah politik wang dan lain-lain.

Walau bagaimana pun TS Isa cukup berpuas hati dengan apa yang dapat, undi dengan mejoriti besar akan membuat calun selepas TS Isa selepas beliau nanti akan kenalir takut kalah ataupun mejoriti merusot. Kemenangan BN kali ini adalah kemenagan bergaya kepada pucuk pimpinan UMNO kerana pengundi di Bagan Pinang telah menolak saranan Tun Mahathir.

Yang dapat dilihat ialah semasa pilihanraya di DUN Selambau dan Parlimen Bukit Gantang dulu BN kalah walaupun Tun Mahathir turun berkempen dan merastui calun yang bertanding sedangkan di DUN Bagan Pinang calun yang tak disukai oleh Tun Mahathir dan tak tolong datang berkempen boleh menang besar. Apakah masej yang sebenarnya?.

Maka sekiranya selepas daripada ini ada berlaku pilihanraya kecil eloklah terlebih dahulu Tun Mahathir memberi komen yang nagetif kepada calun tersebut dan istihar bahawa beliau tidak akan turun untuk berkempen kepada calun tersebut kerana dengan berbuat demikian calun itu akan beroleh kemenangan yang besar seperti apa yang terjadi kepada TS Isa Samad.

Dan jangan beri Tun Mahathir sokong, takut-takut akan kalah seperti yang terjadi di Bukit Selambau ataupun Bukit Gantang. Ini adalah merupakan teori kepada BN dimasa yang akan datang dan apakah Tun Mahathir sengaja berbuat demikian kerana beliau tahu sekiranya dia buat kenyataan sokong TS Isa Samad dan turun berkempen, TS Isa Samad akan kalah?.

Apa pun yang jelas sebagai satu pengajaran kepada BN ialah bermula saja hari penamaan calun, segala bekalan cukup dan sampai kepada jentera tidak seperti dilain tempat yang mana sehingga disaat akhir pun bekalan tidak sampai kepada jentera yang membuat jentera akan lemah dan malas. Di Bagan Pinang bekalan tidak putus dan lebih dari cukup sehinggakan Wak yaah pun dari dulu sokong PAS kerana di desak oleh Wak Long telah menyokong BN.

Tahniah Tan Sri Isa, jangan lupa tunai janji kepada rakyat dan jangan mungkir janji kepada sahabat-sahabat. semuga nama TS Isa tidak tercicir dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Keputusan pilihanraya ini menunjukkan calun yang disukai oleh rakyat tidak diketepikan tidak seperti apa yang berlaku di Ketereh dalam pilihanraya umum ke 12 dulu.

Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang, Hadiah Istimewa buat Najib.

Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah selamat kembali ketanahair dari lawatan diluar negara. Lawatan yang dikira sangat berjaya kerana dalam waktu ahli-ahli UMNO sibuk berkempen di Bagan Pinang Dato' Najib dapat mewarnai negara Malaysia di pentas dunia dengan memperkenalkan slogan 'One World' dan menyedaikan dana untuk pendidikan sebagai satu asas untuk melihat kemajuan dunia akan terus tersusun untuk umat manusia.

UMNO/BN sedang menyiapkan satu anugerah kepada Dato' Najib dengan berkerja keras bagi mempastikan kerusi DUN Bagan Pinang dapat dipertahankan bahkan akan berusaha supaya mejoriti terus memucak sebagai hadiah istimewa kepada Dato' Najib menjelang perhimpunan Agong UMNO nanti, walaupun Tengku Adnan Mansor masih menjadi Setiausaha Agong UMNO Malaysia.

UMNO Kelantan dan UMNO Bahagian Tampin yang diberi tanggongjawab mempastikan UMNO menang cemerlang di peti undi si-rusa terus menerus menganjurkan aktibiti disamping mengaturkan startegi. Malam ini di Peti Undi Si-Rusa diadakan persembahan 'DIKIR BARAT' yang akan diselang dengan ucapan dari YB. Dato' Shaziman Mansor, Menteri Kerjaraya Malaysia bagi menarik minat genarasi muda dan malam besuk diadakan pula persembahan WAYANG KULIT bagi mengisi masa lapang generasi tua yang akan turun mengundi pada 11hb. Oktober 2009 nanti.

Pati Undi Si-Rusa boleh menentukan kemenangan kepada BN di pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang kerana disini terdapat 2 orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri yang bertugas sepanjang masa bagi mempastikan tidak ada pengundi tercicir dan semuanya mengundi BN. Dato' Mustapha Mohamed, Menteri MITI dan Dato' Shaziman Mansor Menteri JKR serta Dato' Awang Adek Husein, Timbalan Menteri Kewangan adalah orang kerajaan yang menjaga kebajikan para petugas yang datang dari Kelantan ataupun Tampin serta penduduk tempatan.

Jaga cukup, kalau kalah lagi itu bermakna UMNO outside.

Wednesday, October 7, 2009

Bagan Pinang; 'bersatu tapi tak setia'?


Sebenarnya keputusan parti mana yang menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang nanti akan mengambarkan minat rakyat malaysia berpolitik dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.


Terutamanya parti PAS dan Pakatan Rakyat, sekiranya PAS dapat mengalahkan calun BN di DUN Bagan Pinang nanti, suasana politik Malaysia akan bertukar arus, semangat PAS dan Pakatan Rakyat untuk menubuh kerajaan dalam pilihanraya ke 13 nanti akan berkobar-kobar begitu juga dengan rakyat yang kurang senang dengan kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian, mereka akan terjemahkan kebenciannya dengan memberi kemenangan kepada parti Pakatan Rakyat.


BN boleh meredakan keghairahan Pakatan Rakyat itu dengan berusaha untuk mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang nanti, dengan menambah mejoriti BN boleh melemahkan Pakatan Rakyat dari terus dibuai mimpi tapi sekiranya BN tidak berusaha dengan keras dan mejoriti merusot atau pun kalah maka mimpi pakatan rakyat akan menjadi kenyataan. Mood boleh merubah keputusan politik.


Oleh itu teramat malang kerana nampaknya pemimpin UMNO Bahagian diseluruh negara tidak begitu berminat untuk datang membantu UMNO di DUN Bagan Pinang yang datang sedikit jentera dari wanita dan puteri UMNO untuk menolong, nampaknya ramai berharap UMNO akan menang kerana kawasan DUN Bagan Pinang adalah kawasan selamat buat BN.


Sepatutnya agenda utama seluruh orang UMNO adalah mahu melihat PAS hilang deposit di DUN Bagan Pinang, mereka patut datang kempen dari rumah kerumah supaya seluruh rakyat dalam DUN Bagan Pinang menolak PAS dan sekiranya jentera UMNO seluruh negara datang menghampiri kepada 14,000 pengundi maka tidak mustahil UMNO boleh menang besar.


Nampaknya dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ini, UMNO kurang startegi tapi banyak aktibiti sedangkan aktibiti belum tentu boleh menjaminkan kemenangan tapi sekiranya startegi itu betul tidak mustahil BN akan menang mudah di DUN Bagan Pinang dan PAS kecundang dengan membawa padah sehingga ke pilihanraya umum ke 13 nanti.


Yang takutnya apabila UMNO mengambil mudah, akibatnya akan terima padah.

Monday, October 5, 2009

Bolehkah TS Isa Samad jadi YB.

Barisan Nasional di Bagan Pinang 'over confiden'. Kenapa tidak ! ini kerana pergi saja disetiap peti undi lapurannya 'beres' dalam erti kata PAS tak boleh holor kaki, jentera PAS seperti Abduh asyik berlegar di kedai kopi tengok bola di TV. Peristiwa ini benar-benar berlaku semalam semasa saya berada dekat POS Peti Undi Si Rusa.

Undi dikalangan bekas tentera memberi jaminan selesa kepada kemenagan calun BN, Tan Sri Isa Samad, mejoriti 2300 lebih dalam pilihanraya lalu sudah pasti akan bertambah sekiranya kejujuran manusia berlaku di DUN Bagan Pinang ini.

Pengundi India dan Cina yang diragukan dalam pilihanraya umum lalu kini kembali utuh untuk menyokong Tan Sri Isa samad, rata-rata mengatakan mereka mengundi kali ini kerana undi calun bukan undi parti kerana mereka ingin membalas budi TS Isa Samad dan mereka akan terjemahkan melalui undi pada 11hb. Oktober 2009 nanti.

Nampaknya kemenagan TS ISa Samad nanti kerana faktor 'BERBUDI, MEGENANG BUDI dan MEMBALAS BUDI. Satu amalan klasik yang dipegang oleh rakyat Malaysia dan sekiranya TS Isa Samad dapat mengatasi mejoriti yang lalu, ini bermakna slogan "1 MALAYSIA' Dato Seri Najib sudah menjadi dan difahami oleh rakyat jelata. Ura-ura parti pakatan untuk membentuk kerajaan pada pilihanraya umum ke 13 nanti akan tinggal angan-angan.

Dan sekiranya berlaku kebocoran dalam BN. Keputusannya berpihak kepada PAS maka BN dan UMNO bolehlah bersiap dengan tuku lekai kerana signal kemusnahan kerajaan BN akan bermula disini. Istilah RAHMAN betul-betul menjadi kenyataan dan yang pastinya Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Polis Negara (KPN) tidak akan disambung lagi selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kepada petugas BN didalam Pilihanraya Kecil N31 DUN Bagan Pinang, awaslah jangan nanti BN kalah dalam sedap.

Friday, October 2, 2009

Sejarah Tan Sri Husein Ahmad?

Tan Sri Husein Ahmad, Nama yang tersohor diarena politk Kelantan kerana kesetiaan kepada parti dan pucuk pimpinan kini semangkin dilupakan kecuali Dato'Ibrahim Ali sekali sekala menjemputnya diacara anjuran MTRK dan PERKASA.

Diwaktu ini (jam 3Petang) Dato' Ibrahim Ali bersama pengikutnya berhimpun disebelah Stadium Pasir Mas kerana menghadiri perhimpunan yang menyokongnya bagi terus bertarung dengan Tok Guru Nik Aziz dalam isu cabar mencabar supaya meletak jawatan sebagai wakil rakyat. Isu yang merugikan masa depan orang melayu di Kelantan.

Tan Sri Husein Ahmad juga adalah insan yang sentiasa menjunjung tinggi kedualatan institusi raja terutamanya untuk negeri Kelantan walaupun pada satu ketika gelaran 'Dato' yang diperolehi oleh beliau ditarik. Namum kestiaannya kepada KDYMM Almarhum Sultan Yahya Petra tidak berbelah bagi kerana Tan Sri Husein Ahmad tahu cabutan gelaran itu bukan kerana kehendak hati Tuanku tapi tindakan itu dibuat atas nasihat orang tertentu yang sakit hati kepada Tan Sri Husein dalam erti katanya penasihat yang menumpang rezeki dibawah payung Tuanku Sultan.

Hari ini sejarah Tan Sri Husein Ahmad berulang lagi. Kenapa dan Siapa?, sama-samalah kita doakan semuga negeri Kelantan tidak dilanda sunami seperti di Padang, Sumatra Indonesia.

Thursday, October 1, 2009

Annuar Musa - Janji harus ditepati.

Tun Mahathir tidak mahu turun berkempen untuk BN di Pilihanraya kecil batang pinang kerana calunnya Tan Sri Isa Samad. Marah betul Tun Mahathir kepada UMNO kerana telah memilih orang yang tidak disakuinya menjadi calun. Ini menunjukkan sikap seorang ahli UMNO yang tidak jujur kepada parti, sikap angkuh dan sombong sehingga sanggup memperlihatkan tebaitnya yang tidak patuh keputusan parti dicontohi oleh ahli UMNO lain.

Begitu jugalah sekiranya Khairy Jamaluddin (KJ) dipilih menjadi calun atau pun Ali Rastam oleh kerana mereka itu menjadi mangsa kambing hitam dalam pemilihan UMNO yang dikaitkan dengan politik wang maka Tun Mahathir tidak akan turun berkempen. Begitu tegasnya Tun Mahathir dalam mempromosi temasya politik wang dalam UMNO.

Walau pun umum tahu setiap kali ada pertandingan dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO sama ada diperingkat Bahagian ataupun Majlis Tertinggi gejala politk wang tidak dapat dipisahkan, boleh dikatakan 100% calun menghulurkan wang kepada perwakilan, ada yang bebas dari dilapurkan dan ada yang dilapur tidak diambil tindakan oleh Jawatankuasa Displin Parti dan ada pula kerana mahu menyekat kemaraannya dijadikan 'mangsa terpilih' untuk membuktikan bahawa memang ujud politik wang dalam UMNO.

Dalam pemilihan UMNO itu sepertilah pemandu membawa laju kenderaan dilebuhraya, yang tidak bernasib baik akan kena perangkap laju oleh traffik dan yang bernasib baik walaupun kelajuannya mengalahkan jet tidak disaman oleh polis trafik dan adakalanya dilepas setelah berunding. Begitu jugalah apa yang berlaku dalam pemilihan UMNO. Jadinya TS Isa Samad bukan salah kerana beliau seorang melakukannya tapi beliau dipilih untuk dihukum kerana hendak memberi contah kepada ahli-ahli yang lain dan begitu jugalah kepada Ali Rastam kerana nasibnya kurang baik dan tidak mendapat simpati dari Jawatankuasa Displin Parti maka dia dikalah sebelum bertanding.

Dan yang ku dengar dalam Persidangan Agong UMNO yang akan berlangsung pada 13hb. hingga 16hb. Oktober 2009 nanti Perlembagaan UMNO akan diubah bagi mengelak berlakunya pencemaran politik wang dalam UMNO dan sistem kouta akan dihapuskan. Paling mengembirakan aku apabila sistem kouta dihapuskan maka layaklah untuk aku bertanding menawarkan diri dalam pemilihan UMNO Bahagian yang akan datang sekiranya panjang umur dan murah rezeki. Dengan pindaan itu juga tidak ada siapa yang boleh bermain tektik kotor untuk menghalang aku dari bertanding nanti dan aku harap Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua UMNO Bahagian Ketereh akan lebih telus dan adil dalam menentukan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Ketereh nanti.

Aku juga masih menunggu terbinanya sebuah "Bangunan UMNO Ketereh" dalam masa terdekat ini kerana itulah wasiat para pemimpin UMNO yang telah memberi derma dan telahpun mati.