Monday, February 28, 2011

SECURE METHOD.

Asyrat Wajdi Dusuki telah menulis dalan FB beliau kelmarin meminta supaya penasihat2 Perdana Menteri membuat penyelidikan sebelum menasihatikan Bosnya mengenai sesuatu. Saya percaya beliau membuat teguran itu mengenai kenyataan DS Najib yang telah melahirkan kegusaran mengenai sikap Dr. Yusuf Al-Qaradawi terhadap keganasan.

Dan walaupun hari ini ada pula kenyataan yang menyalahkan media barat memutar belit ucapan DS Najib itu adalah amalan biasa dikalangan pemimpin yang suka bercakap. Sudah menjadi kebiasaan kepada mana-mana media yang menjadi talibarut kepada mana-mana orang akan dan cuba melaga-lagakan sesuatu isu. Ini juga berlaku dalam negara Malaysia.

Dan di Malaysia biasanya media arus perdana selalu memutarbelik ucapan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti pembangkang. Jadi nampaknya apa yang dilapurkan oleh media barat ataupun media arus perdana jangan mudah dipercayai, sepertilah dalam isu yang diutarakan oleh Asyrat Wajdi Dusuki.

Disini saya tidak berhajat hendak pertikaikan kenyataan DS Najib terhadap Dr.Yusuf Al-Qaradawi tapi apa yang saya hendak paparkan ialah keberanian Asyraf Wajdi Dusuki dalam melemparkan isu untuk dibincang oleh masyarakat. Beliau menpunyai sifat yang rendah diri dan tegas, ada tokoh tapi sayang tokohnya telah dibunuh oleh orang kampungnya sendiri.

Asyraf yang pernah bertanding dalam PRU ke 12 atas tiket BN di Perlimen Tumpat telah kalah kepada Dato' Kamaruddin Jaafar (Bekas Setiausaha Politik Allahyarham Tun Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia) atas tiket PAS. Dan tentunya Asyraf adalah ahli UMNO. Maka adalah menjadi kewajipan beliau menegur pemimpin parti yang dianggotainya.

Beliau juga kini adalah Naib Presiden PERKASA yang diketuai oleh Dato' Ibrahim Ali. Semalam beliau telah memberi ucapan di satu majlis PERKASA di Lembah Keramat AU 5, saya tidak pergi tapi saya diberitahu oleh salah seorang ahli PERKASA yang pergi dengan memuji ucapan Asyraf Wajdi Dasuki itu, Katanya ucapan beliau mantap dan berfakta seakan-akan boleh mengalahkan Dato' Ibrahim Ali. Tambah kawan saya itu, sekiranya Asyraf diberi peluang berucap di majlis seperti yang berlangsung di Pasir Pasak pada 26hb. lalu tentu orang UMNO akan celik mata.

Tanya saya, apa kaitan PERKASA dengan UMNO, lantas kawan saya memberitahu, sudah terang lagi bersuluh pentas PERKASA dijadikan peluru untuk menghancurkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Abdul Aziz tapi lain dengan Asyraf, beliau 'tutuh' semua, Anwar pun beliau singgong UMNO pun beliau terjah.

Sedikit sedutan ucapan Asyraf di Lembah Keramat AU5 semalam, beliau mengatakan , UMNO tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh orang-orang melayu kerana sikap pemimpin UMNO sendiri. Amalan Kronisme dan pilih kasih berterusan berlaku. Yang membuat orang tak suka kepada UMNO kerana projek-projek diberi kepada kroni dan puak-puak orang tertentu saja..

Sekiranya Asyraf terus dengan sikap begitu, tentunya beliau akan dipandang tinggi oleh masyarakat bangsa melayu yang ketandusan pemimpin melayu yang berani bersuara diatas kebenaran. Hanya diharapkan Asyraf Wajdi Dusuki tidak mewarisi sifat ayahndanya yang kadang-kadang 'PLAYSAFE'.

Saturday, February 26, 2011

KLCC sepi.

Kuala Lumpur hari ini sepi. Adakah kerana orangramai mengambil kesempatan cuti hari minggu bagi melihat suasana hari penamaan calun bagi PRK DUN Merlimau di Melaka dan DUN Kerdau di Pahang yang berlansung secara serentak hari ini.

Pilihanraya Kecil yang ke 15 dan 16. Sejak PRU 12. Sejak kini sudah 14 pilihanraya Kecil telah berlangsung yang mana 8 dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan 6 dimenangi oleh BN.

Sekiranya 2 PRK serentak ini dimenangi oleh BN bererti kedudukan PRK keseluruahan akan menjadi seri dan bolehlah Dato' Najib memikirkan tarikh pilihanraya Umum ke 13 diadakan serentak dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Serawak.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Friday, February 25, 2011

Mata Memandang.

Rumah Pangsa milik Pendatang.

Rumah Pangsa ini tidak lagi dihuni oleh rakyat 1MALAYSIA, semua bangsa didunia telah tinggal disini. Ada Cina dari Negara Cina, Ada India dari Negara India, Ada Benggali dari Negara Pakistan, Ada Melayu dari Negara Indonesia dan Ada Gagak Hitam dari Negara Afrika.

Yang jadi tandatanya, adakah mereka itu ada kelulusan khas dari Kerajaan 1MALAYSIA untuk bermustautin disini. Kita rakyat Tanah Melayu sudah merasai gelisah dan ngeri dengan kehadiran mereka-mereka itu.

Cukupkah Depoh KDN untuk menempatkan mereka ini apabila serbuan dan tangkapan dibuat.

Thursday, February 24, 2011

AP - Gelombang Merah.

Pada tahun 2008 iaitu tahun PRU ke 12, saya telah diminta oleh beberapa orang kawan-kawan dari Kelantan bagi menaja jawatankuasa pengudi luar yang kononnya mahu melihat UMNO menang dan dapat menumbangkan Kerajaan PAS kerana pada waktu itu PAS hanya mempunyai 23 kerusi dari 45 kerusi Dewan Undangan Negeri, bererti UMNO hanya mahu menang satu kerusi saja lagi bagi membolehkan UMNO membentuk Kerajaan Kelantan.

Kerana bersemangat untuk melihat UMNO dapat menubuhkan Kerajaan, dengan tidak banyak bicara saya menerima jemputan itu dengan penuh tanggongjawab, langsung mencurahkan tenaga dan wang ringgit bagi menghidupkan suasana memberi penerangan dalam perjumpaan dengan kumpulan yang diamanahkan sebagai jentera bagi mengumpulkan senarai orang yang berada diluar Kelantan supaya dapat pulang dihari mengundi dan mengundi calun UMNO/BN.

Setiap Bahagian ditubuhkan jawatankuasa yang diberi nama 'Jawatankuasa Pengundi Luar' yang mana jawatankuasa tersebut bertanggongjawab mendaftar sebanyak mungkin pengundi yang berada diluar Kelantan. Gegak gempitalah Ibu Pejabat UMNO Malaysia didatangi oleh beribu-ribu orang untuk mendaftar nama sebagai pengundi luar dengan tujuan bagi mendapat wang untuk pulang mengundi.

Kerana gila kepada UMNO, wang habis tidak menjadi masaalah sehinggalah apabila selesai perjumpaan dibuat dan beberapa mesyuarat diadakan dan setelah terkumpul beribui-ribu senarai nama pengundi maka saya pun disisihkan. Hasil daripada itu beberapa orang yang dianggap jaguh membawa balik pengundi luar telah menuntut wang dengan pegawai ibu pejabat UMNO.

Berapa juta diperuntukkan saya tidak pasti, tapi khabarnya banyak juta telah disalurkan kepada jaguh tersebut sehinggalah berlaku huruhara di peti-peti undi apabila banyak orang yang pulang mengundi tidak dapat wang seperti mana yang dijanjikan. Akhirnya UMNO/BN kecundang dalam PRU ke 12 yang mana UMNO/BN yang mempunyai 22 kerusi tinggal 6 kerusi saja yang menang.

Mereka yang digelarkan jaguh pengundi luar memang jaguh kerana berkesempatan melarikan berjuta-juta wang pengundi luar dengan tidak bermodal satu sen pun sedangkan saya yang memerah tenaga dan membelanjakan wang ringgit tidak dibayar balik perbelanjaan yang saya dahulukan. Bijaknya jaguh tersebut wang pengundi luar disapu dan wang pendahuluan yang saya keluarkan juga disapu.

Kini UMNO Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa pengundi luar untuk PRU ke 13. Dua malam lepas mesyuarat diadakan disebuah pejabat koperasi di Kuala Lumpur ekoran daripada satu kursus diadakan di Medan Indonesia baru-baru ini. Perbincangan agak kelab kabut apabila sampai kepada agenda pengagihan wang kepada bakal pengundi. Mampukah jawatankuasa pengundi luar itu mengendalikan pengagihan kelak, sama-samalah kita dengar beritanya apabila sampai ketikanya nanti.

PRU ke 13 nanti, UMNO Kelantan bertekad mahu menang besar, maka berbagai-bagai cara digunakan untuk menumbang kerajaan PAS Kelantan, target 23 kerusi sekurang-kurangnya seperti yang disepakatkan oleh ahli-ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan semasa bermukim di Surabaya Indonesia beberapa bulan lalu akan menjadi agenda penting dan tentunya UMNO beharap kepulangan pengundi luar kali ini tidak berpihak kepada parti PAS sepertimana berlaku pada PRU ke 12.

Dato' Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang berkuasa di Kementerian MITI tentunya ada kaedah bagaimana cara untuk memikat pengundi luar apabila pulang ke Kelantan dan akan mengundi calun UMNO. Sebab itulah tanggongjawab tersebut diberi kepada Ikhmal Hisham, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah bagi merancang cara dan kaedah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin supaya pisang tidak berbuah dua kali. Perlu diingat bahawa Ikhmal Hisham adalah ahli perniagaan import kenderaan yang melibatkan AP daripada kementerian MITI yang mana Mustapha Mohamed adalah menterinya.

Kesungguhan UMNO itu tidak boleh dipandang ringin oleh PAS Kelantan, sekiranya startegi UMNO Kelantan membawa pulang pengundi luar 'menjadi' maka kedudukan Kerajaan PAS akan tergugat dan tidak mustahil PAS akan kalah di Kelantan pada PRU ke 13 ini. Seperti biasa pengundi luar adalah satu faktor yang boleh menyebabkan satu-satu parti itu kalah. Angin perubahan dari luar Kelantan biasanya boleh merundumkan sokongan yang sedia ada di Kelantan.

PAS tidak boleh bertahan hanya dengan mengharapkan sokongan dari dalam Kelantan saja terutamanya pengundi muda yang pastinya menanti bentuk habuan yang mereka akan terima dari pihak yang memerlukan undi mereka. Banyak tawaran akan dikemukakan oleh UMNO kepada pengundi, berbagai bagai bentuk dan cara yang akan digunakan untuk meraih undi dan biasanya pengundi atas pagar akan melihat arus dari luar.

Mampukah kali ini PAS menguasai bandar Kota Bharu pada malam akhir sepertimana yang berlaku pada PRU 12 lalu yang mana setiap jalan dan lorong dalam bandar Kota Bharu dipenohi oleh bendera hijau yang berlambang bulan atau akan terjadi sebaliknya iaitu warna merah akan membanjiri bandar Kota Bharu.

Yang pasti satu AP kenderaan terpakai harganya RM50,000, berapakah Syarikat Ikhmal Hisham dapat AP baru-baru ini?

Wednesday, February 23, 2011

merayu pada yang berkuasa, tolonglah.

Minggu lepas, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein (kenalan saya) telah mengumumkan bahawa Jabatan Imigresen akan melalui plan transformasi yang menyeluruh yang diyakini mampu menjadi agensi yang lebih berintergriti.

Sekali gus akan menafikan elemen jabatan tersebut yang dikaitan dengan amalan rasuah dan juga akan terlibat secara langsung dalam usaha membenteras jenayah merentas sempadan yang mana jabatan Imigresen akan berkerjasama rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Di Raja Malaysia, Kastam di Raja Malaysia, Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara. Semuga jabatan Imigresen dapat dilihat berkeupayaan melaksanakan agenda mewujudkan negara berpendapatan tinggi dengan mengambil kira peranan penting jabatan sebagai salah satu insitusi yang menjana hasil dalam negara.

Tergambar oleh saya berbellion ringgit wang akan dikutip oleh jabatan Imigresen setiap tahun untuk dimasukkan kedalam khazanah negara sekiranya tidak ada ketirisan kemasukan rakyat asing ke negara ini. Hitungkan berapa juta orang telah datang bekerja di Malaysia dan berapa agaknya kutipan wang levi dapat dikumpul. Tapi berapa ringgit wang ada dalam simpanan jabatan Imigresen?.

Meneliti kepada target yang hendak dicapai sepertimana yang diumumkan oleh Menteri KDN itu, adalah memerlukan komited yang tinggi daripada pegawai-pegawai kanan Jabatan Imigresen terutamanya Dato' Alias Ahmad selaku Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sudah tentu Dato' Alias Ahmad memerlukan orang dibawahnya yang tidak mudah jemu melaksanakan kerja dan memerlukan disiplin yang tinggi.

Kerana kehendak Menterilah boleh jadi, apa yang saya dengar di jabatan Imigresen mesyuarat diadakan seawal pagi hinggalah kadang-kadang diadakan diwaktu malam bagi memastikan segala agenda transformasi dapat dicapai sekurang-kurangnya sebelum PRU ke 13. Jadi pegawai Imigresen kena bertugas lebih 15 jam sehari. agaknyalah.

Semua itu adalah untuk memberi kemudahan kepada rakyat yang jadi pelanggang kepada jabatan Imigresen seperti tempoh permohonan visa, pas dan permit untuk semua ketogeri apatah lagi untuk menyiapkan pasport antarabangsa hanya mengambil masa tak lebih daripada satu jam.

Perancangan itu akan berbaloi sekiranya kakitangan jabatan Imigresen mengamalkan sikap budaya budi bahasa yang baik terutamanya yang berkhidmat dikaunter-kaunter. Dato' Alias Ahmad selaku Ketua Pengarah akan merasa megah sekiranya kakitangan dibawahnya melayan rakyat dengan muka manis dan bersopan santum, tapi tentunya Dato' Alias Ahmad tidak akan terasa senang sekiranya ada pegawai yang melayan tetamu dengan 'perangai huduh' ego, sombong dan angkuh.

Ada seorang pegawai Imigresen (Perempuan) di kaunter 'Visa Bahagian Pelajar' huduhnya perangai (Tuhan saja yang tahu) apabila saya bertanya tentang seorang pegawai, dia sanggup menjatuhkan maruah airmuka kawan sepejabat dengan mengatakan bahawa pegawai lelaki iaitu 'bosnya' tidak ada kuasa, dan melayan saya dengan mukanya 'cengeh' dan terus berlalu meninggalkan kaunter membuat saya terpingga-pingga. Itukah sikap yang sepatut ada kepada pegawai yang berurusan dengan orangramai, maklumlah saya orang kampung.

Disamping bekerja tujuh hari seminggu bagi meningkatkan imej jabatan, perkara-perkara yang saya sebutkan diatas itu perlulah juga diambil perhatian. jangan hanya Pengarah-Pengarah jabatan saja yang bertungkus lumus melayan rakyat seperti Dactor melayan pesakit, kakitangan di kaunter lebih- lebih lagi hendaklah berbudi pekerti yang tinggi, letaklah yang bertugas disitu orang yang tidak sombong, tidak ego dan tidak angkuh.

Hishamuddin juga telah mengatakan bahawa jabatan Imigresen perlu melaksanakan penstruktutan dengan meningkatkan sistem, mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan dalam menyelesaikan isu pengurusan warga asing terutama warga asing tanpa izin.

Walau pun penguatkuasaan itu perlu dan amat penting, terdengar juga bahawa KDN berhajat untuk memberi 'pengampunan' kepada warga asing yang berada di negara ini tanpa izin, apa hasrat tersirat tidak ada siapa yang tahu kecualilah pihak yang berkuasa dan adakah jaminan bahawa yang datang tanpa izin itu perangainya baik-baik sehingga Kerajaan kita sanggup memberi permit untuk mereka bergerak bebas disini.

Sedangkan warga asing yang telah berpuluh tahun berada disini dek kerana melakukan sedikit kesalahan terus disenarai hitam dan tidak dibenarkan masuk lagi walaupun beberapa rayuan telah dibuat sehingga tidak ada ruang untuk mengampuni pesalah tersebut. Lagikan Tuhan ampun umatnya, walaupun dosa itu termasuk dalam bab neraka. Imigresen tak bolehkah.

Saya yakin jabatan Imigresen akan dapat melaksanakan amanah yang diberi oleh Hishamuddin Tun Husein selaku Menteri KDN dan Kerajaan dengan adanya Dato' Alias Ahmad sebagai Ketua Pengarah yang berpengalaman yang meletakkan keutamaan bekerja disamping Pengarah-Pengarahnya sentiasa komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggongjawab.

Sekadar bertanya, bila agaknya sistem biometrik akan dilaksanakan oleh jabatan Imigresen, siapa kontrektornya. Inilah persoalan yang sedang diperbincangkan oleh orangramai kerana sudah lama isu ini dihebahkan kepada khalayak.

Monday, February 21, 2011

Siapa "tikam" Annuar dari belakang? (lihat gambar)


Semua ini berlaku apabila Tan Sri Annuar Musa menerajui Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sejak tahun 2009 diwaktu pasukan bolasepak Kelantan sedang tenggelam kerana berhadapan dengan kemelut pemain dan menanggung hutang serta beberapa kes dimahkamah.

Memang Annuar Musa pakar dalam menghidupkan pasukan bolasepak Kelantan (KAFA) itu. Tidak sampai 2 tahun beliau menerajui KAFA telah dua piala dapat dibawa pulang ke Kelantan, bukan saja pasukan bolaepak KAFA saja yang tersohor tapi diri beliau sendiri telah dapat menafaatnya setelah buat pertama kali mencuba nasib dalam barisan kepimpinan FAM.

Beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden FAM bersama YMM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang. Kini nama beliau sudah bermain dibibir peminat bolasepak tanahair, apatah lagi sekarang ini beliau dipertanggungjawab untuk memulihkan pasukan bolasepak wanita negara.

Kalau Annuar Musa boleh memulihkan pasukan bolasepak Kelantan sehingga menjadi cemerlang tentunya tidak susah untuk Annuar Musa memulihkan pula pasukan bolasepak wanita Malaysia, Annuar Musa tahu untuk memilih pemain-pemain yang mempunyai pontasi untuk pasukan wanita Malaysia. Itulah keistimewaan Annuar Musa.

Annuar Musa sudah pun cemerlang dalam arena politik tahanair, beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak dua kali, Wakil Rakyat Parlimen, pernah dilantik sebagai Senator dan dilantik menjadi Menteri, walaupun semasa jadi menteri beliau kalah dalam pilihanraya. Ertinya semua jawatan dalam Kerajaan dan Politik pernah dilaluinya termasuk pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Kini dalam politik beliau hanya memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Ketereh di Kelantan yang sendirinya akan menjadi ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri, yang akan terlibat dalam membuat dasar-dasar parti diperingkat negeri. Tapi kebiasaannya semua keputusan adalah 'veto' daripada Pengerusi Badan Perhubungan dan tentunya Annuar Musa tidak akan membantah kerana semasa beliau menjadi Pengerusi dulu pun cara yang sama beliau lakukan bahkan keputusannya kadang-kadang lebih zalim daripada apa yang diputuskan oleh Pengerusi sekarang Dato' Mustapha Mohamed.

Jasteru itu sudah sampai masanya Annuar Musa untuk melupakan penglibatan dirinya bergiat aktif dalam politik, berilah laluan mudah kepada Timbalan beliau iaitu Alwi Che Mat. Supaya persiapan menghadapi pilihanraya tidak menjadi halangan kepada UMNO. Annuar Musa boleh menumpukan masa dan tenaga beliau bagi pembangunan sukan bolasepak negeri Kelantan dan Negara.

Annuar Musa sudah boleh bersara dari politik UMNO kerana kehadiran beliau pun tidak disukai banyak orang di peringkat pucuk pimpinan parti, sama ada diperingkat negeri atau pun pusat, Annuar Musa sedar gejala itu. Adalah lebih baik Annuar Musa tumpukan kerja kebajikan kepada sukan bolasepak kerana bidang ini juga boleh menyumbangkan perkhidmatan kepada Negara.

Biarlah 'Legasi Annuar Musa' akan diwar-warkan dalam arena sukan tanahair melalui kecemerlangan bolasepak negara daripada nama beliau sentiasa dikaitkan dengan berbagai-bagai masaalah hidup bermula dengan isu PPRT, KADA dan tanah Lahat Datu.

Annuar Musa boleh meranapkan kekuatan UMNO Kelantan sekiranya beliau mahu tapi beliau tidak mampu untuk membangunkan UMNO Kelantan kerana kesilapan beliau menghitung 'kawan dianggap lawan', sedangkan orang harapannya di Ketereh setiap detik menikamnya dari belakang sebagaimana hari ini 'arose' yang dinamakan 'GAAM' (Gerakan Anti Annuar Musa) di dalam Bahagian beliau sendiri (KETEREH). Supaya beliau jemu untuk terus berpolitik dan lupakan untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 13.

Ingatlah, Annuar Musa hanya kalah kepada YB. Aziz Kadir dalam pilihanraya umum ke 12 lalu sebanyak 400 undi dan undi rosak 999. Kerana itulah boleh jadi berkemungkinan kerusi Parlimen Ketereh menjadi idaman kepada Alwi Che Mat kerana Alwi beranggapan pengaruhnya lebih kuat daripada pengaruh Annuar Musa.

Minggu depan akan ditulis siapa yang kalahkan Annuar Musa dalam DUN Kok Lanas pada PRU 12 lalu.

Nota: 'arose' ialah muncul.


Sunday, February 20, 2011

Anwar Ibrahim & Anwar Musa masih ada aura.

Heran. Tiap-tiap hari surat kabar dan tiap-tiap malam stesen TV 1, TV 2, TV 3, TV 8, TV 9, NTV 7, ASTRO serta blog-blog yang pro UMNO/BN menghentam Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan menghina serta mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang tapi apabila mereka berdua adakan ceramah, puluhan ribu rakyat keluar mendengar pesanan dan amanat mereka berdua.

Kalau diambil kira dengan isu dan cara media cetak dan media elletronik berhujah tentang keburukan akan berlaku kepada rakyat dan negara sekiranya menyokong Pakatan Rakyat terutamanya menyokong Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sepatutnya sudah tidak ada manusia yang ingin mendengar ceremah mereka berdua.

Apakah kerana rakyat tidak percaya terhadap lapuran yang dibuat oleh media dan blogger yang pro UMNO/BN menyebabkan rakyat terus menerus mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh parti Pakatan Rakyat atau rakyat sengaja keluar hanya untuk mendengar Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bercakap bohong.

Kalau orang ramai sengaja keluar untuk mendengar cerita orang berbohong itu tandanya Kerajaan BN akan jatuh dalam PRU 13 kerana ramai rakyat Malaysia sudah 'gila sepera' dan orang yang 'gila sepera' akan membuat keputusan seperti mana yang mereka lakukan.

Atau mungkin rakyat mahu mengesahkan akan kebenaran apa yang dilapurkan oleh media dan blogger pro UMNO/BN dan setelah mereka mendengar barulah mereka dapat tahu kebenaran iaitu lapuran yang dibuat oleh media dan blogger yang pro UMNO/BN yang berbohong dan tidak benar.

Maka akan susahlah pihak UMNO/BN untuk menjatuhkan Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dari mendapat sokongan padu daripada rakyat jelata. Ini akan berterusan ke PRU ke 13 yang mana rakyat akan membuat keputusan untuk memilih parti manakah akan diberi mandat bagi membentuk kerajaan. Yang paling trajedi nanti apabila rakyat ramai-ramai akan membuat pilihan untuk merasai hidup didalam sebuah kerajaan yang baru.

Yang menariknya apabila Perdana Menteri Dato' Najib tanya Pakatan Rakyat, mana susunan kabinet kerajaan bakal dibentuk oleh Pakatan Rakyat sekiranya PR berjaya merampas PUTRAJAYA. Kenapa jadi begitu, adakah Dato' Najib sendiri sudah teringin sangat nak lihat siapa yang akan jadi menteri dalam Kerajaan Pakatan Rakyat. bahaya tu.

Kesimpulannya dalam PRU ke 13 nanti Kelantan tidak termasuk dalam agenda memenangkan kerusi kerana kepada Dato' Najib rakyat kelantan memang pandai membuat keputusan politik, siapa yang hendak dipilih dan diberi kemenangan, jadi diserahlah kepada Ketua-Ketua Bahagian UMNO menentukan calun-calunnya nanti dan sesiapa yang tidak disukai oleh Ketua Bahagian walaupun rakyat suka jangan diharap dapat jadi calun terutamanya di Parlimen Ketereh sekiranya Anuar Musa bersikap seperti PRU 12 lalu.

Dan betulkah sekiranya disiapkan kolej Mitrukulasi di Kok Lanas dan mengadakan sebuah Stadium Bolasepak ala England di Gading Galoh Kok Lanas Ketereh YANG HARGANYA DIJANGKA rm500.00 juta, maka Parlimen Ketereh akan dimenangi oleh BN sekiranya Anuar Musa jadi calun?.

Dengan kemenangan Parlimen Ketereh maka selesalah Dato' Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dan terbinalah sebuah Stadium yang akan dibanggakan oleh peminat bolasepak rakyat kelantan dengan dihanyut oleh 'Gelombang Merah' ke laut cina selatan.

Anuar Musa masih ada harapan untuk menang di Parlimen Ketereh sekiranya, Pemuda dan wanita berganding bahu membantu beliau dengan mencalunkan semula Azmi Ishak di DUN Melor, Roslan Hamid di DUN Kadok dan diganti dengan Ustaz kamaruddin di DUN Kok Lanas. Alwi Che Mat bolehlah dibesarakan kerana sudah terbukti tidak menguntungkan politik UMNO dan boleh mengalahkan Anuar Musa sekali lagi. Tolong rujuk kepada keputusan PRU 12 di Peti Undi Tanjung Pagar, kampung Alwi Che Mat.


Saturday, February 19, 2011

'Memerang' musuh Abang Man Che Long.

jabatan pertanian diminta bantu projek ikan airtawar. kolam sudah ada hanya perlukan kepada modal dan tunjukajar memerangi musuh.

Berada di dalam Parlimen Ketereh, sempat mezairahi sahabat lama Abang Man Che Long di Pangkal Kalong dalam DUN Kok Lanas, satu-satu DUN yang di menangi oleh UMNO Dalam Parlimen Ketereh yang mana wakil rakyatnya ialah Alwi Che Mat, Ketua Pembangkang merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh dan Setiausaha BN Kelantan.
penyokong PAS 100%

Abang Man bersama Sdr Sukri Che Soh


hutan tempat sarang 'memerang' membiak.


gambar Abg.Man sedang menunjukkan tempat 'memerang' merantah mangsanya dan sekitar kawasan kolam dan ladang kelapa, kelihatan juga Sdr. Sukri Che Soh, sahabat Abg. Man yang simpati dengan kerugian yang ditanggong oleh Abg. Man.

Alwi Che Mat memenangi DUN Ketereh pada PRU 12 dengan majoriti lebihkurang 500 undi walaupun didalam DUN tersebut terdapat undi pos lebih daripada 3000 yang kebanyakan terdiri daripada Anggota Tentera.

Beliau dikatakan adalah calun menteri besar kelantan apabila UBN dapat mengalahkan PAS dalam PRU ke 13 kelak, walau pun beliau tidak berminat untuk bertanding DUN. Tapi itulah isu yang hangat di bualkan oleh ahli-ahli UMNO Ketereh terutamanya dikalangan mereka yang rapat dengan Anuar Musa.

Kaji punya kaji kenapa nama Alwi disebut-sebut bakal menteri besar kelantan dari UBN, rupa-rupanya itulah harapan Anuar Musa supaya Alwi dikekalkan bertanding di DUN Ketereh kerana Anuar Musa masih berminat untuk bertanding di Parlimen Ketereh. Sekiranya percaturan itu berlaku maka bersedihlah sekali lagi Alwi Che Mat.

Alwi Che Mat bercita-cita mahu bertanding di Parlimen Ketereh kali ini, kerana beliau cukup yakin sekiranya beliau dicalunkan harapan untuk menang adalah besar kerana beliau telah membuktikan bahawa rakyat dalam Parlimen Ketereh mahu kepada beliau daripada Anuar Musa dan beliau telah buktikan pada PRU ke 11 lalu.

Berbalik kepada lawatan saya ke DUN Kok Lanas, sempat minum air kelapa muda di kolam ikan Abang Man Che Long, tapi sayangnya kolam saja yang banyak tapi ikannya sudah tak ada, apabila ditanya kepada Abang Man beliau dengan sedih memberi tahu ternakan ikannya habis dimakan oleh 'memerang' yang menjadi musuh utama yang menyebabkan beliau mengalami kerugian.

'Memerang' adalah sejenis binatang yang boleh dijadikan ubat "segar" kepada lelaki, jadi kepada sesiapa yang berhajat bolehlah ke kolam Abang Man untuk menahan perangkap bagi menangkap 'memerang' untuk dijadikan ubat dan sekali gus akan menjadi jaguh. "bapak ni hebat dan memang jagoh". apabila 'zakar memerang' diramunkan.

Dan disamping itu saya juga sempat merakamkan satu jambatan kecil, sekiranya ditukar dengan yang baru harganya tak sampai RM10,000 tapi oleh kerana wakil rakyat dikawasan itu tidak begitu prihatin maka jambatan buruk tidak diganti, boleh jadi membina jambatan baru disitu tidak banyak mendapat 'komisen', maka dibiarkan ianya menjadi buruk. (gambar akan saya postingkan apabila tiba waktunya nanti).

Itulah alkisah sepetang berada di DUN Kok Lanas.

E-Mail yang diterima.

Salam abang, Sayangkan bangsa..? Sayang macamana lagi.Patuh dan taat kepada pemimpin melayu yang hipokrit, khianat ..? Jangan bagi muka kepada Cina dan India..? Bagi muka macamana abang, sebab pemimpin-pemimpin melayu yang berkuasalah yang memberi muka. Bukan silap Cina atau India. Saya agak abang sendirilah yang boleh memberi jawapannya. Kenapa pulak bising-bising pasal bangsa sekarang ini? Dulu ketika orang melayu memberi sokongan, kenapa tidak timbul hak Melayu makin terhakis, Raja Melayu semakin dipinggirkan? Saya nak tanya abang dan abang perlu memberi jawapan yang ikhlas, Siapa yang hakis hak melayu dan menarik kuasa raja-raja melayu. Adakah orang Cina dan India? Janganlah nak bercakap soal bangsa jika pemimpin itu sendiri yang menjual bangsa, mengkhianati bangsa sendiri,wang PPRT, AP untuk kuota melayu diambil untuk isi poket, tender-tender di Ali Baba. Jangan harap anak-anak pemimpin itu ini nak jadi jutawan, jika tidak dapat sokongan puak-puak ini.DEB untuk melayu tapi melayu mana? Tentu melayu atasan. Yang tertindas hanya melayu pinggiran. Nak satukan bangsa, tidak mungkin sebab ada dua parti melayu yang dominan. Di dunia mana sekali pun perpecahan harus berlaku. Perbedaan pendapat dan naluri sering terjadi diantara manusia dengan manusia di bumi ini. Itu adalah hukum alam. Itu abang hasrus terima realitinya.Contohnya mudah, ambil iktibar dari negara-negara timur tengah (arab). Mereka sebangsa tapi sehingga hari ini masih belum bersatu. Bangsa terhakis bukan kerana cina atau India diberi muka, itu bukan masalahnya. Bukan sebab hak orang Melayu digugat tapi yang menjadi masalah besar ialah hilangnya kredibiliti politik sokongan terhadap...? Untuk mencari sokongan terpaksa memainksn isu bangsa. Itulah politik kotor. Jika tidak dapat sokongan dari bangsa sendiri, terkial-kial mencari sokongan, setelah mendapat sokongan hilang bangsa pun tak apa, asalkan aku, kroni kaya raya.. Semoga abang sihat selalu dan terus membuat posting di alam siber supaya dapat manfaat untuk semua.

Nota: -Tak Perlu saya jawab. tepuk dada tanya selera.

Friday, February 18, 2011

Wednesday, February 16, 2011

Jangan lupa nama 'Temasek'


pesan kepada anak cucu orang melayu kita,
kata Tan Sri Husein Ahmad

Sayuti Omar (MSO) sedang bersemuka dengan Tan Sri Husein Ahmad,
berbicara 'soal Melayu' dan politik Kelantan.

Sekiranya berlaku perkara yang tidak baik kepada bangsa melayu dimasa yang akan datang, kesalahan hendaklah diletak kepada pemimpin pemimpin parti politik melayu hari ini, yang telah hilang semangat sayangkan kepada bangsa dan tanahair. Itulah pesanan Tan Sri Husein Ahmad kepada saya dan Sdr Sayuti Omar (MSO) semasa bersemuka dengan beliau petang kelmarin.

Tolong pesan kepada orang melayu jangan lupa bahawa negara Singapura itu nama asalnya temasek. tanah asal usul kepunyaan orang melayu. Dan tolong ingatkan kepada orang India sekiranya tidak mahu dipanggil 'paria' tak usahlah jadi orang India kerana India dan 'Paria' itu sudah senonim dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini. jangan sansitif tak tentu pasal.

Sejarah tetap sejarah tak boleh hendak diubah mengikut selera orang politik. Tapi malangnya sekarang ini orang-orang politik telah hilang semangat perjuangan sejati yang ada hanya mereka yang berjuang untuk kepentingan diri dan kroni. Bangsa tak kira Melayu, Cina atau India hanya dijadikan perkakas untuk mendapat kuasa sehingga lupa hak dan kepentingan 'Tuan Rumah" iaitu bangsa melayu dipersendakan.

Tolong ingatkan, dalam satu keluarga itu ada Ibu Bapa, ada anak, ada menantu dan ada orang gaji, jadi semua itu ada peranan masing-masing dan Ibu Bapa lah yang berhak kepada rumah tangga itu, jangan anak dan menantu nak pandai-pandai menuntut hak yang sama apatah lagi orang gaji yang semenangnya tidak ada kena mengena dengan negara ini, Melayu adalah tuannya, Cina dan India adalah seperti anak dan menantu maka mereka itu tidak ada hak yang sama keatas negara ini kecuali dapat menumpang apa yang sepatutnya dapat.

Kenapa hari ini setelah diberi betis, bangsa lain hendakkan paha dan setelah dapat paha mahu lagi sikit atas, mana boleh, jangan diberi, pemimpin melayu kena tegas, kerana kesabaran ada batasnya. Tan Sri Husein Ahmad semakin bersemangat dan nampak beliau teramat marah kerana sudah banyak pemimpin Melayu berlembut dengan India dan Cina. Yang lebih malang lagi katanya, kerana terdapat ada pemimpin melayu juga yang buka pintu belakang kepada bangsa bukan melayu.

Oleh kerana Tan Sri Husein Ahmad adalah penyokong setia kepada Tun Mahathir Mohamed dan tidak pernah derhaka kepada Tun Mahathir, beliau sentiasa memuji Tun Mahathir, katanya apa yang Tun Mahathir komen pasal Melayu Singapura itu adalah betul. Jangan lupa Singapura itu adalah Temasek namanya.

Tuesday, February 15, 2011

Apa beza Gadis dengan Batik Indonesia?.



Ramai pengusaha batik Malaysia marah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana 'berselora' di Indonesia apabila berkata "Mahu pakai batik Indonesia dikatakan saya antinasional, mahu pakai batik Malaysia orang Indonesia kata jelik sebab ciri keseniannya itu cukup rendah dan saya setuju. Tetapi saya tidak mahu sebut di Malaysia. Jadi akhirnya saya memilih pakai batik Afrika.

Kemarahan pengusaha batik itu kerana ekoran tulisan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam yang mana Anwar Ibrahim hadir di Festival Salihara Ketiga Jakarta sudah lama dulu. Inilah satu cara bagaimana jarum dimainkan oleh pihak-pihak tertentu supaya rakyat membenci Anwar Ibrahim.

Memang batik kelantan tersohor kerana kehalusan pembuatannya, memang ramai orang mendapat nikmat daripada pengusahaan batik di Kelantan. Begitu juga ramainya pengusaha atau pun pembatik-pembatik Kelantan dan pekerjanya adalah penyokong PAS. maka itulah sebab ada usaha bagaimana untuk memunahkan sokongan daripada golongan yang terlibat dalam pengusaha batik kelantan daripada menyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya menyokong UMNO.

Sebenarnya isu kemarahan itu ialah kerana Anwar Ibrahim memuji corak kesenian yang halus yang terdapat di Indonesia. Batik tulis dan batik tenun memang cantik dan sama cantik dengan yang dikeluarkan oleh Negeri Kelantan dan Trengganu. Pokoknya kerana memuji product Indonesia. Kerana rakyat Malaysia suka kepada barang Indonesia. Anwar Ibrahim dimarah.

Puji Batik Indonesia cantik dan murah kena marah, dikatakan tidak nasionalis tapi beribu-ribu manusia dari Malaysia membanjri kota-kota Indonesia, ada ke Jakarta, Bandung, Jog Jakarta, Solo, Surabaya, Bali, Medan dan Batam, perginya tentu mencari barang dan berjoli. Tidak ada siapa yang marah, Pojok pun tidak marah.

Puji Batik, di tulis dalam pojok Awang Selamat, tapi yang pergi berjoli dan berhibur dengan alasan barang Indonesia baik dan murah jika dibandingkan dengan Malaysia tidak ditulis dalam pojok sedangkan ramai pemimpin politik bertali arus setiap hari dan minggu ke Indonesia untuk mencari. Mencari apa itu?.

Kepada pengusaha batik Kelantan jangan cepat melatah, sekiranya ada orang berkata pengeluaran kita kurang bermutu kita kena usahakan lebih lagi supaya mutu pengeluaran batik kita disanjung diseluruh dunia, kita kena faham ayat 'beselora' dengan ayat untuk menghancurkan periuk nasi kita. Tidak mungkin sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar berusaha untuk memusnahkan satu product yang boleh membela ramai rakyat mendapat peluang pekerjaan.

Usaha Tok Guru Nik Aziz untuk terus mempertahankan pengeluaran batik Kelantan dan supaya terus maju hendaklah disokong oleh rakyat Kelantan, oleh itu setiap orang rakyat Kelantan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 7 helai batik untuk dipakai. Kelantan sudah tersohor dengan kehalusan seni batik. Maju Kelantan majulah batik.

Mana lebih cantik antara Batik Kelantan dengan gadis Indonesia?. Apabila Anwar Ibrahim puji batik Indonesia cantik tak boleh tapi ramai orang Malaysia ke Indonesia puji Gadis Indonesia cantik tidak mengapa. Apa hal ni 'Pojok".




Monday, February 14, 2011

Selamat jalan Anuar Musa.

Peminat bolasepak Kelantan harus berbangga dengan keterampilan Tan Sri Dato' Seri Penglima Anuar Musa dalam memberi khidmat bagi menaikkan nama bolasepak Kelantan dipersada tanahair.

Sudah terbukti sejak Anuar Musa menerajui KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) Dua kejuaraan telah berjaya dibawa pulang ke Kelantan iaitu Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Ini merupakan satu sejarah kepada Negeri dan Rakyat Kelantan.

Tapi disebalik kejayaan Pasukan Bolasepak Kelantan itu ada perkara yang tidak kewajaran berlaku. Kemanakah hilangnya Datuk Jazlan YAMUD yang dulu Presiden KAFA yang telah memberi laluan kepada Anuar Musa mengambil alih teraju kepimpinan KAFA. Kemana hilangnya Datuk Jazlan dalam barisan kepimpinan KAFA sekarang.

Dan bagaimana KAFA melayan orang yang telah memberi sumbang bakti semasa merainkan mambawa pulang piala Malaysia melalui Gua Musang dengan menyediakan kenderaan percuma dan apabila sampai upacara majlis makan malam yang gilang gemilang orang yang memberi sumbangan tersebut dilarang dari menghadiri majlis tersebut.

Itulah kebiasaan terjadi kepada orang yang rapat dengan Anuar Musa. Begitu jugalah yang terjadi dengan penyokong penyokong Anuar Musa dalam polotik yang menyebabkan beliau selalu kalah dalam pilihanraya.

Oleh itu eloklah Anuar Musa disediakan 'CARPET MERAH' untuk beliau meninggalkan gelanggang politik dan menumpukan segala kuderatnya kepada bidang bolasepak tanahair, sepertimana bekas tokoh bolasepak negara Tan Sri Hamzah Abu Samah dan YBM Tengku Ahmad Rithaudden Ismail.

Beliau telah membuktikan kemampuannya setelah berjaya membawa ASTRO mendapat kontrek penanyangan secara langsung semua perlawanan yang melibatkan FAM. Tahniah Anuar Musa kabarnya kontrek tersebut mencecah bayaran bernilai RM30 juta setahun. Kebiasaanya sentuhan Anuar Musa pada peringkat awal amat menjadi dalam apa bidang sekali pun.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, February 12, 2011

Berita sedih dan malu.

Saya seperti tidak percaya sekiranya tidak berlaku kepada diri saya. Sudah ramai sahabat handai telah meluahkan perasaan kekecewaan kepada saya berhubung dengan layanan daripada penjawat awam yang dulunya menjadi sahabat karib tapi apabila telah menjadi 'orang besar' semangat persahabatan terus menjadi hambar.

Apakah budaya ini berlaku kepada semua orang. Jawabnya tidak. Ianya berlaku sekiranya seseorang itu menaruh harapan terhadap sahabatnya yang telah berpangkat dan ada kuasa, mahu menagih pertolongan kerana ingin membantu orang yang ada masaalah dan susah, kononnya nak jadi 'robin hood' dizaman moden, tapi tidak cermin diri.

Maksud tidak cermin diri kerana tidak pandai mengukur erti persahabatan, tambahan pula kalau dirinya seorang lelaki yang tidak menarik, lainlah kalau dirinya seorang perempuan yang gedik lagi menarik dan pandai memanjakan diri yang boleh seseorang penjawat awam itu rebah terkangkang. Sahabat kita yang ada kuasa itu akan mengarahkan pembantunya supaya membantu menyelesaikan kehendak perempuan yang baru dikenali itu.

Boleh jadi nasib saya terdiri daripada salah seorang daripada sahabat handai yang telah kecewa kerana mengharapkan sedikit pertolongan. Peristiwa dimana terpaksa berulang alik ke pejabat kerajaan kerana ingin menolong mendapatkan kelulusan selama 4 hari berturut-turut. Apa yang mendukacitakan saya apabila ada pegawai menjatuhkan maruah rakan sejawatannya sendiri.

"Dia tak ada kuasa", awak pergilah urus dikaunter sana, itulah ayat yang dikeluarkan oleh seorang penjawat awam di jabatan kerajaan sambil bergegas meninggalkan saya tercenggeng-cenggeng dikaunter. Inilah hasil daripada kempen 'Budaya Kita' yang diketengahkan oleh Kerajaan.

Jadi terbukti sudah. serapat mana pun kita kenal dengan 'autoriti' sekiranya kita tidak 'somebody' dan bertitle, Tengku, Tan Sri, Dato' atau YB. jangan diharap kepada orang yang dulu kita kenalnya baik tapi apabila lagi besar dan lagi atas pangkatnya, wajah kita tidak terlintas dihatinya untuk membantu. Apakah benar inilah lumrah dunia. Tapi yang saya yakin dan pasti tidak semuanya para sahabat yang berpangkat dan berkuasa lupa kepada sahabat lama walaupun ada sahabat yang baru.

Apa guna ada kuasa tapi tidak mahu membantu, kerana pertolongan yang diminta bukannya boleh memenjarakan diri sebagaimana kesalahan rasuah. Manusia tidak sunyi dari melakukan kesalahan, Tuhan pun ampunkan umatnya.

Friday, February 11, 2011

ramai dah keluar PKR & PAS ?


Tujuan mereka keluar parti tentunya akan menyertai UMNO dan kompenan BN. Ini merupakan satu petanda baik kepada BN untuk mempercepatkan pilihanraya umum ke 13 kerana peluang UMNO menang di Kelantan amat cerah.

Peristiwa ahli PAS keluar parti kerap berlaku di Pasir Puteh ini menunjukkan satu fanomena baru dalam gerakan UMNO Kelantan merampas Kerajaan dan tentu akan memberi gambaran bahawa rakyat Pasir Puteh khasnya dan rakyat Kelantan am nya sudah menolak PAS.

Ini berlaku kerana tentunya ada perancangan rapi dari Ibu Pejabat UMNO Malaysia yang menyusun startegi bagi menentukan sebanyak mungkin kerusi Parlimen dapat dimenangi di Kelantan bagi memberi keselesaan kepada Dato' Najib mendapat 2/3 majoriti dalam Patlimen.

Persoalanya adakah seramai 30 orang PAS yang keluar parti tersebut betul-betul telah bersetuju dengan kepimpinan UMNO Bahagian atau hanya sekadar keluar untuk menyakinkan bahawa mereka itu akan menyokong BN sekiranya calun yang dipilih dalam pilihanraya adalah calun yang diatur oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Gambaran saja, bahawa ahli PAS yang menyertai UMNO itu dipikat oleh pemimpin UMNO Bahagian tapi sebenarnya ada tangan ghaib dari Kuala Lumpur yang mengatut terlebih dahulu bagi mengambil semangat amaran Dato' Najib bahawa calun akan ditentukan dengan kuasa Presiden.

Jadi PAS Kelantan tak usah bimbanglah dengan berita. ada orang PAS seramai 30 orang dicanang telah menyertai UMNO kerana mengikut kata wakil rakyat Semerak, beliau kenal siapa mereka itu, apabila saya bertanya dimalam makan mee ketam disemerak.

Begitu juga nasib PKR. Sudah berapa ramai agaknya ahli ahli PKR keluar parti. Kecoh sana kecoh sini seakan akan PKR akan berkubur sebelum PRU 13. Adakah dengan suasana begini boleh mengakibatkan undi Pakatan Rakyat akan kurang. Jawabanya tidak kerana yang akan menjadi realitinya bukan soal masuk dan keluar parti tapi siapakah calun yang ditawarkan oleh mana mana parti kepada rakyat.

Sokong parti tapi calun yang tidak berkenan dihati pengundi tidak menjaminkan kemenangan begitu juga sekiranya calun menepati ciri ciri tapi tak kena parti belum tentu akan menang. Yang paling besarnya dalam hendak menentu kemenangan ialah wujudkan pakatan dalam satu pasukan seperti mana yang dikehendaki oleh Dato' Najib semasa berucap dalam Persidangan Agong UMNO lalu.

Tapi mampukah Dato' Najib laksanakan seorang diri.

Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, February 10, 2011

mercenary

Kalau kita 'silau' tengok perkembangan politik tanahair kita hari ini, banyak perkara yang lucu yang boleh kita olah, apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh kerajaan BN yang mahu meneruskan kuasa selepas PRU ke 13.

Selepas Khir Toyo dituduh rasuah kerana membeli rumah dengan harga yang murah daripada pasaran (tapi harganya juta-jutaan) hari ini ada pula pendakwaan terhadap bekas setiausaha politik menteri UMNO kerana pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit juga.

Semuanya jutaan ringgit, tak main ribu-ribu. Ini menandakan bahawa orang yang ada kuasa dalam jawatan politik terbukti kaya raya, wang tunai berjuta-juta ringgit, kalau dihitung dengan gaji bulanan umur sampai 100 tahun pun belum mampu mengumpulkan wang sebanyak itu. Dari mana sebenarnya wang tersebut didapati.

Inilah salah satu sebab mengapa golongan muda yang boleh mengundi akan menyokong parti pembangkang dalam pilihanraya yang akan datang. Mengikut tinjauan adalah didapati bahawa pengundi mahu melihat banyak pendakwaan akan berlaku sekiranya kerajaan BN hari ini ditukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerana mereka percaya bahawa masih ramai lagi oarng-orang politik dalam kerajaan BN telah melakukan kesalahan tapi tidak didakwa kerana kurang bukti atau masih dibekukan disebabkan masa yang tidak sesuai atau terdiri daripada kroni pemimpin-pemimpin tertentu. Sekiranya kerajaan telah bertukar mereka amat percaya pendakwaan akan tetap dibuat.

Yang mahu melihat orang politik yang mengunakan kuasa dan kedudukan mencari keuntungan yang menyalahi undang-undang ditangkap dan didakwa bukan saja terdiri daripada penyokong parti pembangkang tetapi terdapat banyak juga terdiri daripada mereka yang menyokong UMNO dan BN.

Mereka yang mencuri wang rakyat secara sembunyi dan taktikal harus dihadapkan kemuka pengadilan dan dihukum, untuk itu oleh kerana kerajaan BN hari ini masih belum bertindak dan melengah-lengehkan maka rakyat akan membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada sebuah kerajaan baru yang boleh bertindak bagi menghapuskan gejala rasuah dan 'peranggah' wang rakyat.

Rakyat masih percaya pengumuman yang dibuat oleh Rais Yaitm semasa beliau menjawat jawatan menteri yang bertanggongjawab hal ehwal undang-undang bahawa masih terdapat banyak lagi kes rasuah berprofile tinggi belum didakwa. Rakyat masih menunggu pendakwaan sehinggi kini, tapi belum berlaku.

Bagi memulihkan imej kerajaan BN adalah perlu tindakan diambil bagi mendakwa mereka-mereka yang telah pun disiasat dan terdapat ujud kes 'prima face' yang failnya telah siap disokong oleh pejabat peguam negara untuk didakwa di 'SEGERAKAN' sekarang bagi mengelak kerajaan BN tumbang oleh kerana leka untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang boleh dianggap penjahat kepada rakyat itu.

Sekurang-kurangnya ada pendakwaan dibuat seorang setiap satu negeri.

tetamu

Lihatlah dan dengarlah. Satu hari siap pasport. Cekap.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, February 9, 2011

Elaun Chairman RM10,000 sebulan.

selepas bersara, kemana mereka ini?

Menjadi Pengerusi bukan eksekutif di Pos Malaysia elaunnya RM10,000 sebulan dan mendapat elaun keraian RM2,000 sebulan tidak termasuk elaun sekali mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah RM750.00. satu habuan yang lumayan untuk mereka yang menggangur dan tidak ada pencen tapi lebih lagi lumayan dan mewah sekiranya jawatan tersebut diberi kepada orang yang sudah ada pencen.

Tan Sri Adam Kadir, bekas wakil rakyat dan pernah menjadi Pengerusi Pos Malaysia telah menfailkan saman dimahkamah berhubung pemencatan jawatannya itu. Beliau telah dipecat dengan sebab campurtangan secara tidak sah oleh Pengarah Urusan Khazanah Negara Berhad pada mei 2008 sedangkan tempoh kontrek beliau akan beerakhir pada 2009.

Itulah nasib kepada bekas pemimpin UMNO apabila sudah tidak ada jawatan penting dalam parti, itu berlaku kepada seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi yang bergelar 'Tan Sri' dan adalah dipercayai bukan beliau seorang saja yang disisihkan. Jawatan Pengerusi Pos Malaysia sekarang ini dipegang oleh Tan Sri Aseh Che Mat, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesalamatan Dalam Negeri.

Oleh itu adalah betul apabila ada NGO baru yang dianggotai oleh bekas-bekas pegawai kerajaan yang pencen telah membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri menandakan sokongan kepada kerajaan BN, kerana selepas pencen bekas pegawai tinggi kerajaan akan diberi tempat bagi mengepalai anak-anak syarikat perniagaan kerajaan dan diberi elaun bulanan yang lumayan.

Tapi tidak ada keistimewaan kepada pegawai kerajaan yang berpangkat rendah terutamanya pegawai polis atau askar yang mana khidmat bakti kepada negara tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Mereka itu bergadai nyawa untuk mempertahankan keamanan negara dan kadang-kadang terpaksa meninggalkan anak serta isteri bagi menjalan tugas untuk kepentingan rakyat dan negara.

Mereka hidup harapkan pencen yang tidak seberapa sekiranaya dibandingkan dengan Pengerusi Pos Malaysia yang elaun termasuk keraian berjumlah RM12,000 sebulan dan sekiranya dicampur dengan pencen tentunya mencecah angka ke dua puluh ribu. Mewah dan lumayan. Pagawai polis dan askar pencen kadang-kadang hendak tukar tayar kereta pun terpaksa ditangguhkan kerana peruntukan tidak mencukupi pada waktu tersebut kebetulan musim perayaan atau pun musim persekolahan anak baru bermula.

Kalau elaun pengerusi Pos Malaysia yang bukan eksekutif sudah RM10,000 sebulan dan RM2,000 elaun keraian yang jumlahnya RM12,000 sebulan, bagaimana dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti FELDA, FELCRA, RISDA, KADA, KESEDAR dan da da da da da yang lain-lainnya. Tentu juga mewah dan lumayan.


Tuesday, February 8, 2011

Rajin sebelum kena tipu.

berpeluang jadi calun DUN Melor.
Hilme Hassan, jentera pengundi luar Parlimen Ketereh.

Usaha UMNO Kelantan untuk memikat pengundi luar pulang mengundi dan menyokong UBN dalam PRU ke 13 digerakkan secara serius apabila sekumpulan orang yang dikenali 'jawatankuasa pengundi luar' sudah selesai menjalankan kursus secara insantif di Medan, Indonesia.

Wakil setiap Bahagian dari Negeri Kelantan berada di Medan Indonesia beberapa hari berbincang mengikut jadual yang telah diaturkan oleh pihak urusetia dari pagi hinggalah ke jam 10.00 malam pada tiap-tiap hari menandakan pemergian mereka itu ke Medan Indonesia tidak hanya 'makan angin' dan berhibur saja.

Orang yang mengetuai jentera pengundi luar itu adalah diceritakan mempunyai simpanan wang yang banyak di negara jiran itu yang mana sekiranya orang itu mengeluarkan simpanan wang didalam bank-bank di Indonesia boleh mengakibatkan negara jiran itu akan mengalami 'kebengkerapan' kerana kekurangan wang. ( ini cerita semasa kempen pilihanraya umum ke 12 lalu).

Lihatlah kehebatan jentera parti UMNO Kelantan, itu hanya salah satu jentera yang telah dibentuk, ada juga UMNO Bahagian membawa jenteranya ke Indonesia bagi menanamkan semangat supaya anak buahnya lebih tekun dan rajin untuk bekerja kepada parti apabila menjelang PRU ke 13, ada juga membawa jawatankuasa Bahagian supaya akan terus menyokong namanya dicalun dalam PRU nanti.

Macam-macam tektik yang telah diusahakan oleh mereka-mereka yang berhasrat dicalunkan dalam PRU ke 13 setelah Dato' Najib mengumumkan bahawa calun pilihanraya umum ke 13 tidak semestinya dipilih dikalangan Ketua UMNO Bahagian atau pemimpin kanan UMNO Bahagian. Salah satu cara membawa penyokong 'berhibur diluar negara'.

Lagi lama waktu bagi Dato' Najib mengumumkan tarikh piliharaya umum, lagi banyaklah program kursus sambil belajar ke luar negara akan diaturkan oleh mereka yang berhasrat supaya namanya dicalunkan kerana dengan berbuat demikian anak-anak buahnya akan bercakap sekiranya 'boss' mereka tidak dipilih menjadi calun dalam PRU nanti mereka tidak akan bekerja dan akan menyokong parti lawan.

Dan dalam budaya UMNO selalunya Ketua Bahagian akan terus dipilih menjadi calun walaupun telah kalah lebih daripada 2 kali dan amalan ini akan terus dikekalkan walaupun Dato' Najib berjanji bahawa tidak semestinya Ketua Bahagian akan automatic menjadi calun sekiranya tidak popular dikalangan rakyat. Soalnya mampukah Dato' Najib berhadapan dengan Pengerusi Perhubungan yang akan mempertahankan nama Ketua Bahagian yang telah disenaraikan sebagai calun kerana kedudukan Pengerusi Perhubungan itu akan terancam sekiranya ada dikalangan Ketua Bahagian digugurkan daripada senarai nama calun.

Ancaman yang selalu kedengaran ialah 'sekiranya Tok Pa tidak mempertahankan aku dipilih sebagai calun, aku akan 'kucar' ditempatnya (parlimen) supaya Tok Pa kalah dalam pilihanraya' dan ancaman tersebut akan membuat Tok Pa tidak 'jenera' tidur lalu akan terus berusaha merayu dan merayu kepada Dato' Najib sebagai orang yang bertanggongjawab memberi kata putus dalam menentukan siapa calun yang akan diberi bertanding.

Mahu tidak mahu, Dato' Najib akhirnya (boleh jadi) akan akur kepada rayuan yang dipohon oleh Pengerusi Perhubungan walaupun dengan perasaan kecewa kerana terpaksa melayan kehendak Ketua Bahagian dan Pengerusi Perhubungan walaupun Dato' Najib sedar dan 'kabar' sekiranya Ketua Bahagian tersebut menjadi calun perlimen UBN akan kehilangan peluang untuk menang kerusi tersebut.

Menerima hakikat inilah maka seorang jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh, Cikgu Md. Yani begitu optimis iaitu Tan Sri, Dato' Seri Penglima Penglima Anuar Musa akan terus dipilih menjadi calun UBN dalam PRU ke 13 sedangkan beliau telah kalah lebih 2 kali, walaupun dilihat Haji Alwi lebih berpontasi untuk menang. Begitu jugalah akan berlaku di Bahagian-Bahagian lain di Kelantan dan juga di negeri-negeri lain.

Itulah sebabnya Pakatan Rakyat begitu yakin bahawa PUTRAJAYA akan dikuasainya.




Monday, February 7, 2011

Cuti CNY di Kelantan.


Dua peristiwa penting politik sempat saya ikuti perkembangan dari dekat bagi melihat sendiri kemampuan parti UMNO yang dipimpin oleh Mustapha Mohamed dan Parti KEADILAN yang dipimpin Aziz Kadir menyiapkan gerakan jentera PRU.

PKR adakan kursus dan perjumpaan jentera kanan parti disebuah hotel di Kota Bharu yang dihadiri oleh Sdr Azmi Ali Timbalan Presiden PKR. Sdr Saifuddin Nasution Setiausaha Agung PKR dan Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda PKR. Diantara penerangan yang disampaikan agak menarik ialah penjelasan kandungan buku jingga janji Pakatan Rakyat untuk merubahkan pembaziran subsidi oleh kerajaan BN dalam masa 100 hari apabila membentuk kerajaan.

Satu janji yang agak menarik dan lojik apabila cara dan bentuk hujah yang disampaikan setelah diunjurkan dengan fakta dan angka yang menasabah. Mampu atau tidak mampu bukan lagi menjadi ukuran tapi janji sudah ada dan agak menyakinkan. Tapi yang belum pasti mampukah Pakatan Rakyat menang majoriti dalam PRU ke 13 nanti.

Manakala UMNO melancarkan skuad 'Gelombang Merah' di Pejabat UMNO Negeri oleh Mustapha Mohamed bagi menarik dan memastikan 400,000 pengundi muda akan memangkah BN dalam PRU ke 13, juga satu agenda yang menarik dan kalau menjadi kenyataan ianya boleh menumbangkan kerajaan PAS Kelantan.

Jadi atau berkesannya satu satu gerakan sebuah parti politik itu tergantung kepada orang yang mengepalainya, buatlah apa cara sekali pun sekiranya pungundi tidak percaya maka apa nama gerakan yang dilancarkan tidak akan menjadi. Di Kelantan hari ini bukan isu Mustapha Mohamed dan Aziz Kadir tapi asas kekuatan rakyat mempercayai TOK GURU Nik Aziz boleh mengalahkan semua bentuk gerakan yang dilancarkan oleh UMNO.

Apa yang boleh dibuat oleh mana mana parti politik di Kelantan untuk menang dan boleh diterima oleh pengundi muda ialah dengan menyediakan calun yang berwibawa yang dekat dihati rakyat. Bersih. Tidak Rasuah. Tidak 'hagas' ego dan Tidak sombong. Pengundi muda boleh mencorak satu satu kemenangan tapi bukan cara menipu mereka.

Pengundi muda kelantan sokong pasukan bolasepak kelantan Red Worrior' tidak bererti mereka akan sokong 'gelombang merah' walau pun identiti 'merah' menjadi lambang pasukan bolasepak kelantan. Adalah amat berbedza sokong pasukan bolasepak yang dipimpin oleh Anuar Musa dengan sokong skuad 'gelombang merah' yang dipimpin oleh Mustapha Mohamed.

Saya tidak nampak buat apa UMNO menghabiskan belanja wang yang banyak dengan melancarkan berbagai bagai program termasuk yang terbaru iaitu 'gelombang merah' sedangkan sebenarnya Pemimpin UMNO sendiri tidak mahu melihat UMNO menang di Kelantan.

Ahli UMNO diakar umbi sedang didendangkan dengan lagu yang enak supaya ahli ahlinya lupa dan leka yang sebenarnya mereka sedang mengintai dimana lagi 'Harta Alibaba' yang boleh dirunding terus untuk disonglap.

Saya mengambil keputusan, buat apa saya sokong UMNO sedangkan pemimpin UMNO sendiri tidak mahu melihat UMNO menang di Kelantan. Begitulah juganya diharap kepada ahli-ahli UMNO yang lain yang berjuang dengan ikhlas supaya tidak terus ditipu oleh mereka yang menyokong UMNO untuk mencari harta dan projek dan mengejarkan pangkat dan kuasa.

Kepada sahabat saya ahli UMNO dalam DUN Bunut Payung, UMNO Bahagian Kota Bharu. sorry.

Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, February 3, 2011

rindu dijalanan

masih jauh jarak kita
kerana aku belum kaya
walau pun dari pagi. telah bermula
sudah separuh hari belum sampai juga.

perlahan lahan
aku bergerak melintasi bukit dan gaung
lengoh kaki tidak terhayun
dengan sabar dan tekad
akhirnya sempat juga aku menjamah

itulah
semangat dan itulah jihad
asalkan ada kesetiaan
rindu sempat dihidang
walau lemas dalam perjalanan.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Tuesday, February 1, 2011

NAJIB berusaha 'menyingkirkan kelemahan'.

"tujuan memulihkan sokongan rakyat kepada UMNO dan Kerajaan."

Kekalahan teruk BN dalam PRU ke 12 lalu tentunya ada kelemahan. Menyedari hakikat tersebutlah ramai dikalangan pemimpin UMNO terutamanya Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden parti mengambil pendekatan baru bagi memujuk rakyat supaya jangan meninggalkan wadah perjuangan UMNO iaitu, Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat.

Hari demi hari ada sahaja slogan baru tersembur daripada mulut Dato' Najib, bukan sekadar mahu mencipta slogan tapi mahu ianya dilaksanakan semuga keyakinan rakyat terhadap UMNO dan Kerajaan BN akan terus melekat. Dato' Najib mahu menyingkir kelemahan yang ada pada UMNO dan Kerajaan.

Seperti yang saya selalu ulas, Dato' Najib memang mahu UMNO dan BN terus berkuasa dan menjadi sebuah kerajaan yang kukuh dan bermaruah, itulah beliau memperkenalkan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan. Tapi sayang, jarang sangat pemimpin UMNO terutamanya menteri-menteri yang diberi pinjam kuasa oleh Dato' Najib dan pemimpin parti kompenan BN terutamanya MCA jujur untuk melaksanakan slogan Dato' Najib itu.

Bahkan MCA dan MIC terus mengambil kesempatan melalui slogan 1Malaysia dengan menghasut kerajaan pimpinan Dato' Najib supaya menurut kehendak kaum mereka, terbaru isu buku sejarah untuk murid-murid sekolah pun dijadikan bahan supaya memanaskan sensitiviti kaum. Mencabar intergreti Kementerian Pelajaran yang diterajui oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidden Yassin. Timbalan Presiden UMNO pun mereka tidak hormat.

Bagaimana Dato' Najib mampu 'menyingkirkan kelemahan' yang terdapat pada Kerajaan sekiranya dikalangan parti kompenan BN tidak patuh dan akur dengan keputusan yang Dato' Najib mahu, begitu juga dengan UMNO, impian Dato' Najib untuk menyingkir kelemahan yang terdapat didalam parti akan berkecai kerana pimpinan diperingkat Majlis Tertinggi, Perhubungan Negeri dan Bahagian tidak dapat mengenal pasti apakah kelemahan yang tersirat dan sebenar yang terdapat dalam parti sehingga sejumlah besar rakyat Malaysia telah menolak UMNO.

Kalau pun mereka dapat mengesan bentuk kelemahan dalam parti, tapi mereka tidak mahu merubahkannya kerana mereka lebih mementingkan keselesaan peribadi untuk mentadbir parti. Jauh sekali mereka mahu berkongsi kuasa dengan barisan pimpinan dibawahnya. Paling malang lagi kepada UMNO apabila pemimpin diperingkat Bahagian tidak mampu untuk menyingkir kelemahan kerana mereka itu tidak arif dan tidak berkeupayaan untuk memimpin.

Dalam erti katanya, mereka jadi pemimpin kerana hanya 'dijadikan' disebabkan mereka itu kroni pemimpin tertentu diperingkat pusat. Mampukah Dato' Najib dalam visinya untuk menyingkirkan kelemahan yang terdapat dalam parti dan kerajaan sebelum berlangsungnya PRU ke 13. kalau tidak, nahas sedang menunggu diselekoh PUTRAJAYA.