Thursday, April 26, 2012

Anak siapakah yang bakal, dilahirkan?


Belum pasti anak itu lelaki atau perempuan, tapi ibu yang sedang mengandungnya sudah membuat kata putus bahawa anak yang sedang dikandung kini sekiranya dilahirkan dan masih hidup, beliau mahu menyerahkan kepada sesiapa yang ingin menjaga dan membesar budak tersebut.

Itulah cerita yang diberitahu kepada saya semalam oleh seorang lelaki yang minta simpati kerana bakal ibu itu berada dalam keadaan tertekan dan berdukacita kerana lelaki yang bertanggongjawab terhadap sibakal ibu telah melarikan diri dan tidak mahu bertanggongjawab.

Kini budak perempuan yang masih belajar itu sedang mengandung lima bulan dan tidak pulang kerumah orang tuanya. Dia mahu kepastian bahawa anak yang dikandongnya akan ada tempat yang selamat kerana dia masih bercita-cita untuk meneruskaa pelajarannya.

Kepada sesiapa yang berhajat dan bermurah hati untuk menyelamatkan anak dalam kandungan selama 5 bulan ini adalah dialu-alukan, kerana anak dalam kandungan itu sememangnya tidak berdosa. Siapa lelaki yang tidak bertanggongjawab itu akan didedahkan sekiranya lelaki itu sehingga akhirnya tidak mahu bertanggongjawab.

UTTV akan berperanan untuk mencari jalan supaya kisah ini akan berakhir dengan baik.


Tuesday, April 24, 2012

BR1M menguntungkan PR?


Berapa billion sudah dibelanjakan oleh Kerajaan kerana mahu bermurah hati kepada rakyat, tapi hasilnya amat mengecewakan kerana impian supaya rakyat terus menyokong BN tapi sebaliknya berlaku. Dengan duit itu penyokong PAS telah menyumbangkan separuh daripadanya kepada PAS untuk membina pos pilihanraya.

Itu telah menunjukan bahawa PRU13 akan menentukan nasib malang kepada BN, kerana banyak duit habis tapi hasilnya tidak menjadi bahkan telah menguntungkan PR kerana sokongan rakyat semakin mantap terutamanya golongan muda yang merasa bahawa mereka juga patut dapat wang BR1M tapi diabaikan oleh kerajaan.

Sekiranya selepas daripada ini kerajaan mengumumkan bahawa belia2 juga akan dapat bantuan BR1M jelaslah kerajaan BN sangat terdesak memerlukan undi kerana dah menjadi rahsia umum BR1M dibayar untuk memancing undi. Ini jelas apabila Ketua Ketua UMNO Bzhagian diberi peluang berucap dalam majlis pembahagian wang BR1m itu terlebih dahulu.

Cahaya kerajaan baru Malaysia sedang menanti gong PRU13 dipalu oleh Perdana Menteri Dato' Najib. Tunggu.




Wednesday, April 18, 2012

UMNO terseksa.

Tamrin Ghafar kelihatan serasi bersama Tok Guru.
Retak menanti belah

Tamrin Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghafar Baba malam tadi berada dipentas BERSIH 3.0 bertempat di kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur dan turut berucap bagi memberi semangat kepada rakyat Malaysia supaya keluar berhimpun dalam himpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 28hb. April 2012.

Beliau memulakan ucapan dengan berkata, 'saya masih ahli UMNO' diiringi dengan tepukan gemuruh oleh hadirin dan meneruskan dengan ucapan nada bersemangat supaya rakyat mempertahankan negara Malaysia dari digadai kepada bangsa asing kerana sekarang ini ada rakyat 'lahore' telah mendapat kad pengenalan dan telah menjadi warganegara Malaysia.

Isu yang hendak dibangkitkan oleh Tamrin Ghafar adalah sekarang ini teramat mudah Kad Pengenalan diberi kepada warga asing dan diberi taraf warganegara begitu senang dan inilah yang didedahkan oleh BERSIH bahawa terdapat warga asing boleh mengundi pada Pilihanraya umum.

Pada malam tadi pihak uttv telah berjaya mengadakan siaran secara live dari padang kelab sultan sulaiman walaupun studio uttv berada di Kota Bharu, lebih daripada 1000 viewar melihat 'Saluran Harmoni Sokmo' uttv secara live.

Apabila Tamrin Ghafar menzahirkan diri bersama pembangkang itu menandakan ada perkara yang tak kena dalam UMNO yang mana minggu lepas YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah secara terang menyokong BERSIH 3.0 disatu majlis yang dianjurkan oleh uttv di KTC Kota Bharu,Kelantan.

Tentu sokongan YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Tamrin Ghafar yang masih menjadi ahli UMNO terhadap BERSIH 3.0 secara terbuka akan membuah hasil yang berguna untuk parti pembangkang. UMNO kini serba salah kerana ahli-ahlinya secara terbuka menyokong program yang dianjurkan oleh NGO yang sokong parti pembangkang.

Apakah UMNO takut kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Tamrin Ghafar sehingga mereka berdua secara terbuka mencabar Suruhanjaya Pilihanraya yang pasti seperti mencabar kerajaan BN yang dikepalai oleh UMNO. Sampai bila UMNO boleh berdiam diri dengan kerenah ahli-ahli yang secara terbuka seperti mencabar UMNO.

Apakah UMNO malu alah sehingga melupakan prinsip parti.


Wednesday, April 11, 2012

Sekiranya UMNO kalah, ambo tidak kalah. kata Tengku Razaleigh.

Orangramai memenohi dewan KTC Kota Bharu untuk memberi sokongan kepada YBM Tengku Razaliegh Hamzah
YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Bicara UT6 didewan KTC Kota Bharu berlangsung dengan jayanya. 1,500 orang memenohi dewan yang dingin tergolong dari mereka yang menyokong PAS, UMNO, PKR dan yang tidak berparti. Program aemalam menzahirkan bahawa uttv mampu menganjurkan program yang besar yang dihadiri oleh tokoh yang besar.

Ketelusan YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk hadir dalam program uttv dan disiarkan secara langsung keseluruh dunia menandakan sokongan diatas usaha ahli group FB UMNO tumPAS tidak sia-sia apabila banyak persoalan dapat terjawab dengan keikhsan YBM Tengku Razaleigh melayan hadirin yang mengemukan soalan yag bernas dan nyata.

YBM Razaleigh Hamzah melahirkan sokongan kepada himpunan bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28hb. April 2012 ini, katanya apabila beliau tidak melarang dan menyuruh ahli-ahli AMANAH menyertai himpunan BERSIH 3.0 itu.

Dalam Bicara UT6 itu juga YBM Tengku Razaleigh Hamzah banyak menjelaskan perkara yang sebenarnya apa yang berlaku berhubung dengan Royalti Minyak Kelantan, Projekj NFC Lembu 250 juta, Pendidikan PTPTN, FELDA dan nasib generasi masa depan serta kerakusan orang-orang yang berkuasa mengunakan kuasa secara tidak adil.

Walau pun banyak pertanyaan dari yang hadir yang bertanya berhubung pilihan politk YBM Tengku Razaleigh pada PRU13. Beliau tidak menzahirkan secara terang, tapi bolehlah disimpul akan ada 'kejutan' setelah YBM Tengku selesai membuat roadshow keseluruh negera diatas platfom AMANAH.

Kesimpulan ini saya ambil apabila YBM Tengku dalam jawapan kepada soalan 'kemana Tengku apabila dalam PRU13 nanti sekiranya BN kalah dalam pilihanraya' beliau menjawan, 'yang kalah adalah BN tapi ambo tidak kalah'. Dalam maknya tu.

Walau apapun tunggulah, apabila PRU makin hampir, sikap YBM Tengku Razaleigh akan terserlah kerana beliau bukan tidak pernah melawan BN dalam pilihanraya umum. dalam politik semua boleh berlaku dan tak ada perkara yang mustahil, Hari ini YBM Tengku Razaleigh bersama UMNO dan belum tahu lagi besok.

Friday, April 6, 2012

Wednesday, April 4, 2012

Bola - tempatnya ditendang.


jangan lupa ikuti www.uttv.biz secara langsung tiap2 malam dari jam 9 hingga 12 malam.

Hari ini 4.4.2012 Tan Sri Anuar Musa berdepan dengan jawatankuasa tatatartib FAM atas tuduhan kesalahan melanggar kod tatatartib tapi malangnya keputusan perbicaraan itu tidak diumamkan oleh TSAM semasa memberi ucapan dihadapan penyokongnya selepas selesai perbicaraan.

Bolasepak juga ada perlembagaan dan ada 'patang larang' seperti juga parti UMNO. Ada jawatankuasa yang boleh menghukum, kadang-kadang sengaja mencari kesalahan untuk menghukum.

Dimana ketua-ketua UMNO Bahagian dari negeri Kelantan semasa TSAM memerlukan sokongan. TSAM merasa dirinya tidak bersalah tapi terpaksa menghadapi jawatankuasa tatatertib dan tentunya TSAM memerlukan kawan2 untuk mendampinginya.

Percayalah sekiranya diwaktu ini TSAM adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan tentu ramai pemimpin UMNO Kelantan turun ke Wisma FAM bagi memberi sokongan kepada TSAM.

Yang hadir memberi sokongan hari ini kebanyakkan rakyat kelantan yang berada di Kuala Lumpur yang meminati TSAM selaku Presiden KAFA kerana kejayaan beliau membawa pasukan bolasepak kelantan menjadi sebuah pasukan hebat di Malayia.

Nak khidamt pun tak boleh, Inilah Malaysia.