Monday, January 31, 2011

Masa sesuai untuk PRU 13 ?

BN telah boleh bernafas lega untuk mendakap kembali sokongan rakyat kepada Kerajaan BN ekoran beberapa keputusan PRK sejak akhir-ahkir ini terutama setelah rakyat sudah tidak menolak calun BN di tiga tempat iaitu Parliman Batu Sapi, Dun Galas dan DUN Tenang.

Sokongan rakyat kepada BN di DUN Tenang yang melonjakkan undi dan majoriti yang banyak kepada BN akan menjadi asas perkiraan politk bagi Kerajaan mengadakan pilihanraya umum serentak dengan Negeri Serawak. Mungkinkah?

Kepada pihak pembangkang pengumuman untuk mengadakan pilihanraya umum ke 13 sebenarnya lama dah ditunggu-tunggu. Nyiru tapak tangan ditadahkan, kerana itulah masanya bagi Pakatan Pembangkang boleh menzahirkan kekuatan pengaruhnya kepada rakyat lagi pun dalam pilihanraya umum hanya rakyat tempatan saja yang boleh menentukan calun mana yang mereka suka.

Mahu tidak mahu PRU akan tetap diadakan sekiranya bukan tahun 2011 tapi pada tahun 2013 Suruhanjaya Pilihanraya akan umumkan tarikh pilihanraya umum kecualilah negara menghadapi masaalah dharurat, seperti banjir besar, gempa bumi dan rampasan kuasa.

Pada waktu itu, para pembesar BN wajib memastikan lebih daripada 111 kerusi Parlimen akan dimenangi oleh BN, sekiranya tidak mendapat keputusan yang melibihi 111 kerusi maka hancurlah harapan BN untuk meneruskan pentadbiran di PUTRAJAYA. Itulah agaknya yang merunsingkan 'exnavy' dan menteri-menteri kabinet.

Pengamal rasuah 'misteri' penyalahgunaan kuasa, perompak matawang, pengamal kronisma dan juak-juak yang mendapat projek anugerah wakil rakyat BN akan bertepiaran lari mencari lubang untuk menyelamatkan diri. Kerana rakyat akan mengejarkan mereka sehingga kelubang cacing untuk mengheretnya ke muka pengadilan. Awaslah.

Oleh itu, Kerajaan BN khasnya YAB. Dato' Sri Mohd Najib mesti berhati-hati untuk mengumumkan PRU diadakan, kemenangan BN dalam pilihanraya kecil bukan asas yang kukuh hendak mengatakan keseluruhan rakyat telah pulih untuk menyokong BN terutamanya pengundi cina.

Kemenangan Peti Undi yang dikuasai oleh pengundi cina di DUN Tenang bukan kerana orang cina dah betul-betul menyokong BN kerana ini adalah pilihanraya kecil lagi pun masih ramai yang tidak keluar mengundi. Takut-takut nanti itulah tektik orang cina untuk memberi peluang kepada Chua Sio Lek bertanding dalam PRU nanti.

Tapi sekiranya keputusan pilihanraya kecil sejak akhir-akhir ini benar-benar mengambarkan atau sudah menjadi realiti bahawa rakyat telah kembali pulih untuk menyokng BN, inilah masa yang sesuai untuk Dato' Najib dan Kerajaan BN mengadakan PRU yang ke 13. Untung nasib sesebuah Kerajaan itu bergantung juga pada masa dan keadaan.

Sekiranya keadaan hari ini rakyat telah mengizinkan cara pentadbiran Kerajaan dapat diterima dengan baik, maka hari in juga sepatutnya Kerajaan adakan PRU ke 13, kerana tentunya hasil akan dapat kepada BN. Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang.

Lupakan hasrat untuk merampas Kelantan, kerana pemimpin UMNO Kelantan pun tidak berhajat untuk UMNO menumbangkan PAS. Mereka lebih suka dan berseronak dengan peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kepada Ketua-Ketua Bahagian. Peruntukan itu sudah cukup untuk mereka 'berjoli'.

Tengok hari ini ada Ketua UMNO Bahagian daripada Kelantan pergi 'berjoli' di Jakarta Indonesia. Nak tau siapa risik-risiklah sendiri.


Sunday, January 30, 2011

Hallo- apa khabar exnavy.

'makluman pada dok saja'

Adalah seorang (belum tentu ahli syurga) telah memaki hamun dan marah -marah kepada saya kerana penulisan yang tidak memuji 'golongan perusak' dalam UMNO Ketereh. Macam -macam kata-kata kesat dan Fitnah dilemparkan melalui komen. Tapi masih mengunakan nama yang profilenya tidak didedahkan. Sepatutnya dia berhujah soal isu secara terang dan berdepan dan boleh jadi kerana dia orang baik-baik maka sebab itu dia takut mezahirkan identiti yang sebenar dalam penulisannya. Jadi tak perlulah nak ulas tulisan saya sekiranya tidak mahu menzahirkan siapa sebenarnya tuan yang ampunya diri. Salam.

PRK Tenang: Kalau PAS menang, pun tipis.

'Siapa yang tak TENANG'
Apabila saya posting cerita kisah ditempat ceramah PAS di Kampung Felda Tenang dalam Facebook semalam. Sahabat saya Sdr Rahime Yusof, Bekas Setiausaha Akhbar Tan Sri Annuar Musa semasa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar telah memberi komen, katanya dizaman Nabi Nuh - hujan lebat itu untuk golongan yang persenda Islam.

Beliau memberi komen tersebut kerana dalam posting saya itu ada mengatakan bahawa terdapat hujan yang mengiringi ceramah PAS oleh Ustaz Idris Ketua Penerangan PAS Pusat. Mungkin apabila saya melapurkan tempat ceramah PAS ada hujan maka Sdr Rahime pun mengeluarkan perbandingan suasana dan keadaan hujan dizaman Nabi Nuh.

Sebagai penyokong UMNO tegar, Sdr Rahime hendak mengatakan bahawa kerana orang PAS mempersendakan Islam maka Allah turunkan hujan sebagaimana yang telah berlaku dizaman Nabi Nuh. Walhal pada malam semalam bukan hanya di kampung Felda Tenang saja yang hujan bahkan seluruh Jajahan Segamat dan Labis hujan tidak henti-henti daripada petang lagi.

Dan ditempat UMNO adakan ceramah pun terdapat hujan bahkan lebih lebat lagi daripada tempat Ustaz Idris mengadakan ceramah, Konsert M.Nassir di Air Puteh pun dibanjiri hujan walaupun dianjur oleh UMNO dan dihadir oleh Zahid Hamidi.. Sdr Rahime telah dengan tidak sengaja barangkali menuduh bahawa di DUN Tenang terdapat umat Islam telah mempersendakan Islam yang menyebabkan hujan sepanjang ceramah diadakan.

Saya sebenarnya tidak berapa faham dengan sikap Sahabat saya seorang ini, nak kata kuat ugama kurang jelas, nak kata pengulas politik nampak berat sebelah tapi sekurang-kurangnya beliau berani memberi hujah dan pendapat, ada prinsip katakan.

Setelah berada di Tenang sehari suntuk dan sampai dirumah jam 5.30 pagi ini, ada kesimpulan yang boleh saya kongsi bersama berhubung dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN). Mungkin berlaku kejutan.

Sekiranya gambar calun Cikgu Mala dijadikan asas kepada pengundi untuk mengundi calun yang disukainya maka akan ada kejutan bahawa Cikgu Mala boleh menang dalam PRK DUN Tenang ini kerana lebih 70% rumah yang terdapat didalam DUN Tenang penghuninya memiliki gambar Cikgu Mala didalam rumahnya walaupun diluar rumah terpacak dan berderet gambar calun BN dan gambar Dato' Najib berserta logo 1Malaysia.

Sekiranya pengundi cina terjermahkan kehadiran mereka di pos-pos Pakatan Rakyat dan tempat ceramah PR kepada undi maka 80% undi keturunan cina akan berpihak kepada Cikgu Mala sedangkan undi India tidak berubah dan masih setia iaitu 55% berpihak kepada Cikgu Mala.

Walau bagaimana pun, Faktor takut dikalangan pengundi Peneroka dan Kakitangan kerajaan akan menentukan nasib Cikgu Mala pada hari ini, ditambah lagi dengan asakan-asakan isu peribadi melalui blog-blog yang pro BN dan poster serta jentera BN yang masih lagi tidak bertammadun seperti mana yang berlaku di Kampung Felda Tenang semalam.

Sedang Ustaz Idris memberi ceramah, jentera BN diseberang jalan melaungkan kata-kata kesat dan membuat bising dengan tujuan mengagalkan ceramah tersebut, tapi dengan penuh berhemah dan 'cool' Ustaz Idris dapat meneruskan ceramahnya sehingga akhir dengan bertanya kepada juak-juak BN tersebut, Apakah rakyat Johor dapat bantuan khairat kematian seperti mana yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan dan Selangor, diulangnya pertanyaan itu berkali-kali.

Barulah terpadam suara bising dan melampau daripada juak-juak BN di Kampung Felda Tenang itu dan malam ini akan diumumkan siapakah yang akan diamanahkan untuk menjaga DUN Tenang sehingga Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan bagi diadakan pilihanraya umum ke 13 nanti. Sekiranya BN menang dengan kurangnya majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham sahabat saya Sdr. Sulaiman Taha bererti BN kalah pada moralnya.

Dan sekiranya BN kalah itu menandakan kubu kuat UMNO di Johor telah pecah dengan ertikata UMNO dan BN sudah tidak selamat lagi dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kelak dan PUTRAJAYA semakin hampir akan ditakluki oleh Pakatan Rakyat (PR).

Saturday, January 29, 2011

Cikgu Mala seorang perempuan yang berani.

"Anwar Ibrahim di 'FITNAH' lagi..

Dato' Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan pengganas pula dah, belum selesai fitnah liwat untuk memenjarakan Anwar Ibrahim kini tuduhan yang liar digembar gembor pula supaya Anwar Ibrahim boleh ditangkap tanpa bicara.

Menjadi talibarut pengganas adalah isu sensitive terutamanya negara Amerika yang boleh mengakibatkan seseorang itu ditahan tanpa bicara dan akan dikutuk oleh masyarakat antarabangsa. Itulah barangkali yang hendak diperkenakan kepada Anwar Ibrahim.

Satu lagi isu 'takut' kerajaan terhadap Anwar Ibrahim. Kenapa takut?. Dan sebagai sebuah Kerajaan yang dianggap betul-betul kebal kerana mendapat sokongan rakyat, kenapa perlu takut kepada Anwar Ibrahim. Sedangkan Anwar Ibrahim telah diaibkan sebegitu rupa.

Kenapa Kerajaan takut kepada seorang yang telah dipenjara kerana penyalahgunaan kuasa, dan sekarang sedang menghitung hari apakah akan berakhir dipenjara. Biarlah Anwar Ibrahim 'enjoy' dengan matlamatnya, biarlah dia bergerak ligat untuk bertemu rakyat menghidangkan program 100 hari apabila Pakatan Rakyat jadi Kerajaan.

Kerajaan BN pula hendaklah menyakinkan rakyat seperti hari ini bahawa negara kita sedang pesat membangun, aman damai, rakyat segar bugar. Adalah mustahil rakyat akan menolak Kerajaan BN sekiranya rakyat masih percaya kepada kebijaksanaan YAB Dato' Seri Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia. BN akan kalah sekiranya ahli-ahli sekutu BN tidak setia dan para menteri UMNO masih dipercayai oleh rakyat terbanyak.

Persoalanya, BN tidak akan kalah kerana Anwar Ibrahim seorang, jadi cukuplah UMNO menghina dan mengaibkan beliau dan keluarganya, tapi BN akan kalah dalam PRU 13 nanti sekiranya parti-parti kompenan BN menjadi gunting dalam lipatan terutamanya MCA dan MIC. Adakah parti tersebut masih jujur kepada UMNO?.

Esok di DUN Tenang akan menentukan siapa menang dan siapa kalah dan siapa yang akan menjadi wakil rakyat. Pada saya PRK DUN Tenang ini, Cikgu Mala sudah menang, menang dari segi moral dan perjuangan. Sebagai seorang perempuan beliau sanggup dan mampu menghadapi jentera Kerajaan BN yang serba ada berbanding dengan kemampuan yang beliau ada.

Dan tidak ada siapa yang berani meramalkan bahawa Cikgu Mala akan menang, kerana ini Pilihanraya Kecil yang biasanya selalu dimamah dan dirantah oleh BN. Boleh jadi begitulah hakikatnya di DUN tenang ini. Dan adakah kemenangan BN nanti adalah kerana konsep 1 Malaysia, bukan kerana UMNO Tenang memang sudah kuat.

Sepertilah juga kemenangan BN di PRK DUN Galas lalu, kemenagan itu kerana rakyat Galas menerima konsep 1Malaysia bukan kerana pengaruh Tengku Razaleigh, kata sesetengah pemimpin UMNO. Entahlah belalang.

Friday, January 28, 2011

Pembela Mustapha Mohamed 'arose' kini.

Dalam semak ada duri, ayam kuning buat sarang. Itulah ayat yang boleh dipakai bagi menyamakan keputusan yang telah dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dalam mengantur startegi bagi merampas pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan daripada PAS sekarang ini.

Cerita'koyal' nak 'kalar; supaya UMNO Kelantan dilihat kuat nampaknya tidak menjadi, apabila UMNO Kelantan sehingga kini belum dapat menyelesaikan isu pokok yang boleh meletakkan parti tersebut mendapat kepercayaan rakyat terbanyak. Isu pembahagian beras percuma dan Khairat Merdeka (untuk orang mati) belum boleh dilupakan oleh rakyat jelata.

Terutamanya yang telah mengisi borang dan telah mengeluarkan perbelanjaan. Ada banyak lagi isu yang telah dijanjikan tapi tidak ditunaikan oleh UMNO Kelantan. Orang melayu Kelantan tidak kisah sekiranya tidak ada surat perjanjian tapi mereka amat kuat memegang pada janji. Manakala faktor calun telah jelas tidak berpihak kepada UMNO. Contohnya di DUN Selising Pasir Puteh dan DUN Bunut Payung, Kota Bharu.

Sudah tergambar bagaimana ahli-ahli UMNO ditempat tersebut tidak puas hati dengan perlantikan jentera pilihanraya, anak tempatan diketepikan dan Ketua Bahagian mengunakan kuasa vito dalam memberi mandat persediaan jentera pilihanraya. Tindakan tersebut dilihat seolah-olah pihak pimpinan UMNO didalam Bahagian tidak mahu kemenangan tapi lebih bersikap nak tunjuk kuasa dan menaikkan kroni dalam politik Bahagian.

Jadi komen dibawah ini yang dihantar oleh peminat blog newkk tidak mengambarkan keadaan UMNO Kelantan yang sebenarnya kerana Dato' Mustapha Mohamed pun bermain politik dengan anak buahnya sendiri di Kelantan. Apatah lagi UMNO akan lebih susah untuk menyakinkan rakyat Kelantan apabila sebuah akhbar mingguan iaitu SIASAH dimuka depannya mendedahkan kehilangan wang berbillion ringgit. (baca SIASAH minggu ini).

Komennya begini:
Masalah pengundi luar rasanya kali ni boleh ditadbir dengan lebih rapi. Guideline dah diberi dan individu yang terlibat melesapkan wang pengundi luar dulu telah diketepikan. Muka baru yang ada nampaknya tangkapmuat sahaja. Sebenarnya masih belum tahu lagi hatibudi dan kebolehpercayaan AJK baru dalam hal-hal pitihmah dan gerakkerja. Namun kali ini, pihak atasan berazam untuk mempastikan tiada lagi elemen sedemikian. Rampasan kuasa biasa nya berlaku disaat akhir dan sdr juga tahu bila rampasan kuasa dari kita dalam JK Pengundi Luar PRU yang dulu. Isu Mustapha tipu Najib adalah masaalah politik. Selaku Pengerusi BPUNK, beliau terpaksa optimis walau `air dah takat hidung'. Patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh, bertahankan dada. namun lawan tetap lawan. Itu tagline orang perjuangan. Tipu tu biasa lah dimana-mana pun berlaku walau dalam masjid sekalipun. Tipu Najib tu tak dosa besar lagi, hak tipu tuhan lagi kes berat. Saya percaya Mustapha bukan niat nak tipu Najib tapi nak `kalar' biar nampak comel tu ada lah rasanya. `Feel Good factor' ni ada dalam diri kita semua, samatelah dalam UMNO sebab dah lama duduk dalam zon selesa. Mustapha pun ada strategi politik dia jugak. Boh Yi pun tahu.Yang pasti Jeli kena menang.Tok Nujum politik ni tak semestinya `Mat Rongok Tere' atau `Yiddin Baruh Tunjung' tapi ore ngaji pun boleh jugak jadi Tok Nujum `Pok' bele e-bele!!

Thursday, January 27, 2011

Haji Alwi Calun Parlimen PRU 13.

Untuk mempastikan Pasukan "Harimau Jadian Melaya" berjaya menuju ke pertandingan Olyampik, pemain-pemain terpaksa dikurung dan diberi latihan serta pendedahan secukupnya, makan cukup, tidur cukup, tektik cukup dan tidak didedahkan dengan sebarang kegiatan sosial yang boleh menjejaskan imej, kesihatan dan tercekup oleh undang-undang. (walaupun undang-undang itu bukan tempat mendapat KEADILAN).

Begitulah persiapan yang dituntut bagi memastikan satu-satu kejayaan itu, kena ada perancangan, kena ada pantang larang dan kena ada kesungguhan dan keputusan. Begitulah juga harus berlaku dalam politik Malaysia hari ini, masing-masing parti politik perlu buat persediaan sebelum 'gong' pilihanraya umum ke 13 dipalu oleh Dato' Seri Najib.

Diwaktu ini parti-parti politik melayu masih cabar mencabar, dedah sana, aib sini dikalangan pemimpinnya yang tentunya merugikan orang-orang melayu dimasa yang akan datang, parti politik keturunan cina sudah buat persediaan dan telah kenal pasti siapa calunnya yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13.

Parti DAP, MCA dan Gerakan telah pun 'mengurung' calun mereka untuk diberi latihan yang cukup mantap bagi menghadapi setuasi pilihanraya umum nanti, mereka disediakan dengan keterampilan yang akan disukai oleh pengundi termasuk pengundi melayu. Mereka dibekalkan dengan ilmu politik bagi menarik minat pengundi untuk menyokong peribadinya.

Parti DAP tahu, pilihanraya musim ini bukan soal parti mana yang bertanding, tapi lebih kepada siapa yang akan menjadi wakil rakyat, yang dilihat bersih, cekap dan tidak bergelombang dengan dosa dan noda. Bebas daripada gejala rasuah, ego, rakus dan perompak matawang dengan cara menghalalkan cara.

Apakah parti-parti melayu sudah mengenal pasti siapa calun yang akan diserahkan kepada rakyat untuk dipilih dalam PRU nanti, atau masih bernostalgia dengan kroni-kroni dan orang yang pandai mengampu pemimpin saja yang akan dipilih walaupun rakyat sudah menolak secara terbuka.

UMNO, PAS dan PKR nampaknya masih berbalah soal isu-isu peribadi pemimpin, mereka seakan-akan lupa bahawa kuasa akan menentukan pentadbiran negara dapat berjalan dengan sempurna. Mereka masih lagi berlagak dengan hanya kuasa yang sedikit masih ada, mereka lupa bahawa kuasa akan hilang bila-bila masa apabila percaturan politik melayu tidak disatukan.

Dalam politik demokerasi hari ini, angka adalah peneraju dan penentu, yang jelas DAP dan parti politik bukan melayu yang lain akan mencalunkan orang-orang yang telah dipersetujui oleh rakyat setempat tapi tidak kepada parti-parti melayu, khasnya UMNO.

Kalau dilihat sekarang adalah teramat rumit kepada UMNO untuk memilih calun pilihanraya, kerana sudah jarang ahli-ahli UMNO setia kepada pemimpin dan parti, mereka lebih mementingkan kedudukan peribadi. Biar pun mereka tahu mereka agak sukar untuk menang pilihanraya tapi mereka masih lagi mahu mencuba, sekiranya pucuk pimpinan tak pilih, mereka akan protes dan ugut.

Yang mengakibatkan pemimpin UMNO seperti Mustapha Mohamed takut untuk membuat keputusan, walaupun beliau tahu Ketua UMNO Bahagian tidak lagi popular untuk dipilih sebagai calun tapi kerana ada tekanan dan ugutan beliau terpaksa 'merelakan' buat keputusan yang boleh mengalahkan calun UMNO.

UMNO yang kerusi Parlimen selamat sekarang hanya ada sebanyak 55, tapi akan terus hanyut dan akan kalah kerana masih belum memastikan calun yang akan menang untuk bertanding dapat dipilih. Oleh kerana lambat memberi latihan dan buat persediaan dan persiapan, seorang pemain yang baik tidak akan dapat melahirkan prestasi yang cemerlang kerana kekurangan latihan, peralatan dan pakaian.

UMNO dalam kempen politiknya takut kuasa melayu akan hilang sekiranya UMNO kalah dalam pilihanraya umum, tapi bagaimana mahu menang sekiranya UMNO masih meletakkan harapan kepada orang yang rakyat telah 'muak' untuk menjadi wakil rakyat dan pentadbir negara.

Bagaimana UMNO akan pertahankan kuasa sekiranya kawasan Parlimen yang patut menang tapi diletak calun yang rakyat paling benci. Orang yang disukai oleh rakyat tidak dicalun dan diketepikan kerana bukan kroni, tidak rasuah dan tak ada jawatan penting dalam parti. Nasib kamulah wahai UMNO, terbujur ditanah air sendiri.

Slogan Dato' Najib, ' bahawa saya akan mengunakan kuasa sebagai Pengerusi BN untuk memilih calun dalam PRU 13 tidak mengira kedudukan seseorang itu dalam parti' sebenarnya merupakan satu semangat saja. Kita lihat nanti siapakah calun Parlimen BN di Parlimen KETERAH. Betulah Dato' Najib mahu melihat UMNO menang di Parlimen KETEREH. hahahaha.

Wednesday, January 26, 2011

Tolong ingat, adik kakak.

Seorang peminat blog saya menulis panjang lebar menyokong tajuk Bila Pemimpin 'Main Wayang' ditulisnya lebih menyeluruh. Tapi apa yang hendak saya sampaikan disini soal amanah yang dipegang oleh seorang pemimpin atau pun ketua.

Jangan kerana kita diberi tempat yang ada kuasa dan ada suara kita sudah lalai siapa kita sebenarnya, kerana jawatan dan kuasa tidak kekal, hari ini kita hina orang, kita tekan orang, kita aibkan orang, kita sekat peluang orang mungkin besuk atau lusa nasib kita pula dibalas menjadi lebih hina, terhina dan tersisih yang boleh membuat kita akan jadi 'gila sepera'.

Ingatlah wahai mereka-mereka yang sekarang duduk dibawah ketiak menteri-menteri, apabila parti menteri kamu itu kalah pada PRU 13 nanti kemana kamu semua mahu melarikan diri dengan membawa semua dosa dan noda yang kamu lakukan diatas muka bumi ini.

Dibawah ini disedut daripada komen yang saya terima walau pun diminta supaya tidak disiarkan, tapi kerana isi bahasanya benar dan sedap didengar, saya beri peluang untuk disiarkan. Terima kasih pada anda yang memberi ulasan dan harap maaf kerana saya tidak menunaikan permintaan anda sepenuhnya. salam dari newkk.

Assalammualaikum Tuan. Di Malaysia ianya boleh berlaku bukan sahaja di kalangan orang politik, di jabatan dan syarikat awam lainnya pun serupa, mungkin dididik oleh para motivasi yang sama. Pegawai bank, pejabat tanah, majlis tempatan, balai polis, pentadbir universiti, klinik kerajaan (kecuali klinik Kerajaan di Kelana Jaya, penjawatnya memang sentiasa ceria), malah di pejabat agama namakan saja. Di sebuah balai Polis saya terpaksa menunggu lebih empat jam hanya untuk menunggu seorang sarjan membuat siasatan lapuran kemalangan kecil saya. Dikatakan sarjan sibuk kerja di luar, rupa-rupanya sarjan tua yang perlu saya jumpa dok lama berbual dengan taukey woksop. Yang terjadi ialah, Selamba saja datin koperal mengambilnya, kami yang duduk menunggu hanya tersenyum sahaja. Di satu pejabat majlis tempatan seorang peon keluar masuk lebih tiga kali meinterview saya dikaunter nak jumpa siapa, dari mana, urusan apa, macam cerita dato’ penghulu nak jumpa Pak Belalang. Saya bukan penghulu boleh terus menerjah masuk. Hajat saya akhirnya tidak kesampaian dikatakan bos ada meeting. Banyak lagi kalau nak sambung ?. Nak dapatkan tandatangan pengesahan guru besar sekolah pun azab macam masuk interview kerja. Cerewetnya macam nak dapatkan borang biasiswa. pejabat tanah jangan cakaplah. Itu pun saya orang yang boleh dikatakan terpelajar jugak, kalau petani kampung entah macam mana pula?. Semuanya kerana kita bukan kroni seperti yang tuan sebutkan. Mereka menganggap setiap orang yang menemuinya akan menambahkan lagi bebanan kerja. Syukurlah tuan telah sedar dan mahu menyedarkan orang lain. Kalau orang politik semuanya teruk belaka, itulah negara kita. Anehnya mereka terdiri dari penjawat melayu islam. Mungkin orang kita anutan agamanya hanya celup-celup belaka. Jauh bezanya dengan cara kerja penganut agama lain yang dikatakan kafir. Mungkin sekarang ini kita dah tua yang sepatutnya sudah bersara. Wassalam

Tuesday, January 25, 2011

Apabila Pemimpin 'Main Wayang' !!!


Orang yang mengepalai satu satu organisasi atau jabatan itulah dinamakan pemimpin. Baik dalam jawatan politik atau kerajaan. Mereka ada tanggongjawab.

Tapi malangnya sesetengah mereka tidak mampu menjalankan tugas dan amanah dengan kesungguhan apabila berhadapan dengan masaalah yang patut diselesaikan.

Mereka mengambil mudah untuk tidak melayan sebarang permintaan dan pertolongan. Kadang-kadang mereka bermain 'wayang' untuk melarikan diri dari menyelesaikan masaalah.

Sebagai contoh. Pemimpim politik sentiasa mencari alasan apabila orang yang memerlukan pertolongan dan bantuan bukan terdiri daripada kroni atau penyokongnya. Banyak alasan yang diberi dan caranya mereka itu 'bermain wayang' dalam memberi jawapan dan keputusan.

Kadang-kadang jawapannya itu jelas ada pembohongan tapi mereka tidak merasa malu dan bersalah kerana dia adalah ketua atau pemimpin. Tapi apabila sampai kepada permintaan daripada kroni atau penyedapnya mereka boleh tolong walaupun tersasar dari peraturan biasa.

Amalan 'bermain wayang' dikalangan ahli politik sudah menjadi asam garam dalam kehidupan dikalangan mereka yang mementingkan kehidupan kemewahan. Penipuan dan Rasuah menjadi amalan hidup.

Sudah sampai masanya rakyat menghitung hari dan mematau dari detik perdetik bagi merubahkan para pemimpin yang sering bermain wayang bagi melindungi perbuatan salah laku mereka terhadap khalayak.

Apabila kuasa politik berubah tangan, barulah pemain wayang dikalangan pegawai tinggi kerajaan dapat ditukar dan diubah supaya mereka yang betul-betul berkhidmat untuk negara dapat hak mengikut haraki masing-masing. Tak ada lagi jenis diberi kesempatan menyambung perkhidmatan mengikut selera pemimpin politik yang boleh menjejaskan peluang orang lain naik pangkat.

Yang sedihnya apabila ada orang yang mampu dan boleh memberi perkhidmatan terbaik diketepikan kerana terdapat orang yang hampir dengan pemimpin tertentu tidak suka kepada seseorang itu dan pandai pula bermain wayang maka orang yang layak itu akhirnya tersisih.

Amalan ini sedang berlaku di KDN sekarang. Awasilah 'pemain wayang' itu kerana yang ruginya adalah Negara dan Rakyat.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Monday, January 24, 2011

Merlimau: Hadiah untuk Zahid Md.Arip ?

'antara sahabat dan perjuangan'.

Di DUN Tenang sudah selesai. Salah seorang calun iaitu Cikgu Mala Sudirman atau Azhar Ibrahim akan dinobat sebagai pemegang amanah rakyat di Tenang Labis, Johor dan akan meneruskan kewajipan yang telah dibuat oleh Allahyarham sahabat saya Sdr. Sulaiman Taha.

30hb. januari akan memutuskan siapa yang dipilih oleh rakyat. Dan salah seorang yang dipilih hendaklah memikul tanggongjawab mengikut acuan parti masing-masing supaya pemilihan yang dibuat oleh rakyat hari ini akan dapat disambungkan dalam PRU ke 13 kelak.

Jangan dalam Pilihanraya Kecil dapat kemenangan tapi apabila bertanding dalam pilihanraya umum kalah teruk sepertimana yang berlaku di DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas, Kelantan pada pilihanraya umum 2008 lalu.

Kini parti politik beralih arah ke Melaka pula yang mana kekosongan kerusi DUN Merlimau dalam Daerah Jasin akan menjadi rebutan. UMNO/BN sedang meneliti calun untuk ditawarkan kepada rakyat Merlimau dan Pakatan Rakyat sedang merisik calun yang boleh diketengahkan untuk dipilih oleh rakyat.

Di Melaka agak payah bagi Pakatan Rakyat untuk mengalahkan UMNO/BN dalam pilihanraya kecil kerana kehebatan YAB Datuk Wira Ali Rastam memerintah Melaka tidak dapat dipertikaikan oleh seluruh rakya Melaka. Orang baik dan bersih.

Hanya ada sedikit dicalar oleh sesama orang UMNO semasa pemilihan pucuk pimpinan UMNO lalu. Orang Melaka dan rakyat Melaka tahu budi pekerti Ali Rastam, orangnya lurus, lemah lembut dan mudah mesra serta rajin yang membuat parti Pakatan Rakyat tak ada celah untuk melawannya.

Sekiranya Pakatan Rakyat ada cita-cita untuk menambah kerusi di Melaka salah satu caranya dengan memberi menang percuma kepada Ali Rastam dan tumpukan gerakan kepada kerusi Parlimen dalam Pilihanraya umum nanti. Jangan biarkan rakyat Melaka boleh mengukur kekuatan sebenar Pakatan Rakyat di Melaka, kerana selalunya pilihanraya kecil banyak berpihak kepada parti Kerajaan.

Fokus kepada kerusi Parlimen hendaklah diperhebatkan kerana sudah tidak banyak lagi kerusi yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat bagi mencapai kejayaan menawan PUTRAJAYA. Pilihanraya kecil Merlimau tidak mustahak yang mustahaknya memikat hati Ali Rastam dan rakyat Melaka supaya bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 13.

Apa kata sebagai hadiah kepada anak muda yang telah berjuang melalui Parti KEADILAN Rakyat dan telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Pengerusi FELDA iaitu Sdr Zahid Md.Arip diberi peluang oleh UMNO/BN sebagai calun menandakan kebaikan UMNO/BN menerima penghijrahan beliau kedalam UMNO. Lagi pun beliau adalah anak negeri Melaka.

Sunday, January 23, 2011

Hebat sungguh orang Kelantan.

Bangga. Dua Dato' Anak Kelantan sepentas bersama Perdana Menteri.


Hebat sungguh orang Kelantan terutamanya orang politik sama ada yang sedang aktif atau pun yang sudah mahu bersara dan ingin menyerahkan warisan kepada anak lelakinya pula. Inilah yang dapat kita lihat dalam gambar diatas yang dikeluarkan oleh akhbar arus perdana semalam.

Kelihatan dua orang Dato' rakyat Kelantan berada sepentas dengan YAB Dato' Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia dalam satu majlis di Pekan, Pahang yang mana kawasan Parlimen Perdana Menteri.

Mereka menyampaikan bantuan basikal dan buku-buka kepada pelajar sekolah didalam Parlimen Pekan, kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri, kawasan Parlimen yang diwakili oleh orang yang paling berkuasa di Malaysia hari ini, kawasan yang tentunya tidak akan ujud lagi anak-anak sekolah yang miskin.

Entah apa muslihatnya mereka berdua itu tersangat baik hati untuk menyampaikan bantuan kepada anak-anak sekolah didalam kawasan Perdana Menteri sedangkan banyak lagi anak-anak melayu yang miskin terdapat di kawasan Tumpat dan Gua Musang yang memerlukan bantuan persekolahan terutamanya basikal.

Apakah kerana Kerajaan Kelantan ditadbir oleh PAS maka anak-anak yang miskin tidak akan dapat rezeki daripada 'Amanah Raya Berhad' dan 'Persatuan Warga Cinta Negara' yang nampak terlalu prihatin terhadap murid-murid sekolah di Kawasan Pekan Pahang itu.

Kenapa apabila ada orang Kelantan minta bantuan untuk diagih-agihkan kepada anak-anak yatim dan miskin didalam Parlimen Ketereh tidak ada kesungguhan daripada dua orang Dato' Kelantan tersebut untuk menghulur bantuan. Apakah kesudian untuk membantu diambil kira fahaman politik, ketokohan dan kuasa seseorang itu barulah 'Amanah Raya Berhad' akan turun padang bersama-sama Persatuan Warga Cinta Negara.

Apa pun saya hormat 'tapik' kepada Ybhg. Dato' Dasuki Ahmad, Pengerusi Amanah Raya Berhad dan Dato' Izzuddin Ishak kerana prihatin membantu anak-anak sekolah didalam Parlimen Pekan, Pahang dan hendaknya program tersebut akan dicicirkan kepada anak-anak yatim dan miskin dalan Parlimen Ketereh pula. salam.

cara mereka berjuang.

Lihatlah sekeliling kita.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, January 22, 2011

mereka sedang menunggu.

Aziz Kadir Ahli Parlimen PKR Ketereh Kelantan dan Mohd Sayuti Omar (MSO) berihat sambil menanti keputusan penamaan calun.

Hari ini adalah hari penamaan calun di Pilihanraya kecil DUN Tenang. Labis. JOHOR. pi.lihanraya kecil ini diadakan ekoran kemataian Allahyarham Sulaiman Taha. Calun PAS ialah Cik Gu Mala manakala calun BN Azhar Ibrahim.

Dapat dilihat kehebatan penyokong masing-masing yang memberi sokongan moral kepada calun mereka. Yang menariknya apabila terdapat pengundi keturunan cina dan india mengiringi Cik Gu Mala calun PAS.

Mereka bukan sesat. Memang mereka datang untuk memberi sokongan kepada PAS.iaitu Salah satu Parti Pakatan Rakyat yang mereka percaya akan dapat mengurungkan sokongan rakyat terhadap BN.

Antara isu yang menarik dalam kempen.prk kali ini ialah isu barang naik. Rosmah bakal PM. MELAYU tipu MELAYU dan siapa kroni UMNO yang paling kaya.

Tentunya banyak perkara yang akan didedahkan dalam pilihanraya kecil ini oleh kedua dua parti nanti. Yang pastinya rakyat sedang menunggu durian runtuh yang akan diumumkan oleh kerajaan BN dan apa isu penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.

walau bagaimana pun pada 30hb. Jan nanti akan memutuskan landskap politik negara adakah akan berlaku pailihanraya umum ke 13 serentak dengan Negeri Serawak. PAKATAN RAKYAT sedang mengidam PUTRAJAYA.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Friday, January 21, 2011

warisan berzaman lamanya.

holdings

Setiap yang hidup pasti akan mati dan hari ini kalah mungkin ada hari kemenangannya, kepada merekalah ditugaskan meneruskan perjuangan mencari keadilan undang-undang disamping kakak dan abang jadi pemandu kehidupan. (kakak dan abang tidak kelihatan dalam gambar).
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, January 20, 2011

undang-undang bukan keadilan

Menang dan kalah itulah hasil apabila satu satu pertikian dibawa ke mahkamah. TIDAK ada seri dan kadang kadang keputusan amat menyakitkan. Apa pun perjuangan akan tetap diteruskan.
Published with Blogger-droid v1.6.5

rayuan dibenar

Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, January 19, 2011

mahkamah tidak memihak

'kerana saya orang kampung'

bergambar bersama peguam faiz fadhil





Tuesday, January 18, 2011

menanti keadilan menjelang besuk (19hb.Januari 2011).




setia menunggu dari tahun januari 1993 hingga januari 2011untuk melihat KEADILAN UNDANG-UNDANG NEGARA.

Saturday, January 15, 2011

Kayu Api UMNO.


UMMI HALFIDA

Ummi Halfida, perempuan yang telah membuat kenyataan untuk menyaman Dato' Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah, Azmi Ali dan Karpal Singh sebanyak 700 juta ringgit kerana mahu menyelamatkan Negara Malaysia.

Hebat sangat kah dia tu, sehingga dia kena tampil untuk menyelamatkan negara ini seolah-oleh para menteri dalam Kerajaan Malaysia ini sudah tidak mampu untuk menyelamatkan negara. Perempuan ini sekiranya kita baca sejarah adalah seorang perempuan yang 'gatal' sepertimana yang telah didedahkan oleh seorang lelaki serawak pada satu ketika dulu.

Apa lagi yang dia akan buat selepas daripada ini apabila beritanya tidak mendapat sambutan hangat kerana orang sudah kenal siapa Ummi Halfida sebenarnya, latar belakang dan perangainya. Mungkin mucul cerita skandal yang lebih gila akan diadukan pula. Orang yang gila kepada publisiti tentunya akan berterusan mencari ruang untuk memperdagangkan maruah, akan melakukan apa saja asalkan hatinya puas, tambah tambah lagi kepada perempuan yang gila bayang.

KHAIRY JAMALUDDIN

Beliau ingin menjadi galang ganti kepada Dato' Najib dalam isu cabaran Anuar Ibrahim debat 100 hari terhadap Dato' Najib. Kemunculan Kahiry ini nampaknya nak cari markah dengan Dato' Najib supaya dipertimbangkan kedudukan beliau dalam kabinet atau sekurang-kurang menerajui badan berkanun kerajaan.

Tak salah Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO bagi mempertahankan Presiden dari diperkotak katitkan oleh pembangkang, itu adalah sebahagian tugas dan tanggongjawab Pemuda UMNO tapi malangnya usaha Khairy tidak dipandang oleh pucuk pimpinan. Ertinya usaha Khairy untuk mempertahankan 'boss'nya adalah seperti hidung tak macung pipi tersorong-sorong yang membuat Khairy akan malu sendiri.

Persolannya apakah Kahiry masih tidak SEDAR bahawa beliau sebenarnya tidak diperlukan dalam barisan kepimpinan UMNO Malaysia, tahukah beliau bahawa terdapat dikalangan UMNO berpendapat Khairy adalah lebaliti kepada parti. Pemimpin UMNO sudah memberi signal supaya beliau tinggalkan UMNO tapi beliau masih berdegil.

Pucuk pimpinan UMNO lebih utamakan Mukhris Tun Mahathir yang tewas kepada beliau dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO lalu, masih tak fahamkah Khairy dalam percaturan itu. Sebenarnya pengumuman yang telah beliau buat bahawa tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti telah disambut baik oleh pucuk pimpinan parti.

Jalan yang paling baik dan bermaruah bagi Khairy adalah Keluar dari UMNO.

IBRAHIM ALI

Beliau begitu lantang mengkritik Tok Guru Nik Aziz apabila Tok Guru Nik Aziz menyelar Mustapha Mohamed supaya lupa angan-angan untuk mendapat 23 kerusi DUN Kelantan dalam pilihanraya umum ke 13 ini.

Kata Tok Him, UMNO Kelantan ada jalan untuk memerintah Kelantan sekiranya pemimpin UMNO Kelantan ada keyakinan diri. Tok Him tahu memang payah untuk UMN)O nak jatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan tapi beliau memaksa dirinya bercakap untuk dijadikan umpan kalau kalau UMNO ataupun Dato' Najib termakan dengan ulasan beliau itu.

Kerana kata Tok Him, UMNO Kelantan kena ada pemimpin yang boleh bertindak secara agresif baru rakyat yakin untuk menyokong UMNO, orang politik yang boleh bertindak secara agresif dan boleh melawan PAS di Kelantan adalah orang seperti Tok Him. Oleh itu sekiranya UMNO bercita-cita nak rampas Kelantan maka orang seperti Tok Him ini hendaklah diberi tempat dan peranan.

KESIMPULANNYA

Sama ada Ummi Halfida, Khairy Jamaluddin ataupun Ibrahim Ali semua mereka itu hanya dijadikan perkakas kayu api kepada UMNO saja untuk berlawan dangan Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz semuga BN menang lagi dalam pilihanraya umum ke 13. Perlu diingat Perkakas seperti kayu api akhirnya menjadi abu apabila dibakar atau terbakar.

Thursday, January 13, 2011

Email yang baru diterima.

Tuan newkk,
Tulisan Tuan newkk "Mustapa Tipu Najib" ada kebenarannya. Dan saya amat bersetuju dengan topik rencana Tuan kali ini. Cuma perkataan 'Tipu" itu, lebih manis kalau digantikan dengan "Mustapa Tidak Jujur dengan Najib" atau "Mustapa Tidak Bercakap benar dengan Najib". Pernyataan Mustapa (lebih tepat digantikan dengan "Angan2 Mustapa....") untuk menawan 23 kerusi DUN Kelantan pada PRU13 nanti adalah ungkapan sekadar untuk menyedap hati Presiden parti. Sedangkan, seperti ulasan Tuan, kata-kata itu sekadar untuk membuktikan beliau sedang bekerja keras, dalam kapasiti Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, untuk menawan semula Kelantan setelah negeri Cik Siti wan Kembang ini berada didalam cengkaman PAS sudah lebih 20 tahun. Setelah melalui 5 PRU, UMNO masih berputih mata untuk mengambil balik negeri ini.
Bersetuju dengan ulasan Tuan bahawa Mustapa hanya bekerja keras untuk mempastikan Parlimen Jeli sahaja menjadi miliknya. Pergi jahanam dengan Bahagian2 atau DUN2 lain. Mustapa masih yakin, kiranya beliau terus memenangi kerusi parlimen ini, beliau akan tetap dilantik ke jawatan Kabinet.
Ketua penerangan UMNO kelantan, Dali Hussain seperti biasa, seperti burung tiong, mengulangi tutur bosnya, dan mengungkapkan ungkapan yang sama. Malah menambah sedikit aji-no-moto dan menambah UMNO yakin dapat menawan lebih dari 23 kerusi!!! Termasuk memenangi kerusi DUN Cempaka. Sekali lagi Mustapa mengeluarkan kenyataan 'ABS" - asal bos senang. Senang mendengarnya dan terus dibuai fantasi.
Saya bersetuju dengan kupasan newkk dan masih berpendapat, bukan kerja senang bagi UMNO untuk menawan kelantan. Tidak berpaksikan Kajian yang Analitikal, tanpa statistik yang konklusif tapi berdasarkan pandangan matakasar dan temuduga secara informal dengan jumlah responden yang menasabah angkanya untuk dibuat rumusan:-

a. Mustapa Mohamed adalah Pemimpin UMNO yang TIDAK ada karisma dan 'lembik'. Beliau adalah pendengar yang baik (a good listener) tetapi TIDAK mendengan nasihat;
b. Mustapa tidak ada kemahiran bersshabat dan dalam banyak keadaan 'tidak mesra rakyat'. Cakapnya diawang-awangan dan sukar difahami oleh pendengar;
c. Beliau lebih mementingkan kroni2nya di jeli tanpa menghiraukan masyarakat ramai disitu;
d. Beliau tidak mendapat penghormatan ramai Ketua2 bahagian di kelantan dan orang tidak 'takut' padanya. Dalam bahasa kelantan, Datok Pa ni, orang tidak hormat,orang tidak takut.
e. Pegawai2 sokongan beliau, Setiausaha Politiknya, Azmi Setapo terutamanya, adalah terlalu huruk perangainya. Sombong dan angkuh. Berkawan 'terpilih-terpilih'. hanya mereka yang dapat memberi manfaat kepadanya sahaja, itulah kawannya. Diantara sifat buruknya lagi ialah, tidak gemar menjawab panggilan telefon.Kalau terpancar panggilan ke handfonnya hanya nombor sahaja (tidak nama), pasti dia tidak akan menjawab panggilan itu. Azmi juga tidak mempunyai sifat 'perhubungan sesama manusia' (human relation) yang baik. Semamangnya tidak layak menceburi bidang politik.

Diatas hujah2 yang longgar tetapi menasabah diatas, agak sukar bagi UMNO untuk merealisasikan angan-angan menawan 23 kerusi dalam PRU13 akan datang. Cuma Mustapa patut berusaha lebih kuat dan gigih lagi untk mengekalkan 7 Kerusi DUN yang ada sekarang. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran.

Kiranya masih gagal untuk menawan kembali Kelantan dalam PRU13 nanti, Najib, sebagai Presiden UMNO/BN patut menilai semula kedudukan2 orang2 Politik dari kelantan ini. Mereka patut diberi habuan hanya bila ada kemajuan. Jangan sekali-kali memilih dan melantik mereka ke apa-apa jawatan Kabinet atau mempengerusikan mana-mana badan/organisasi kerajaan (itupun kalau BN masih kekal berkuasa). Mereka, untuk kesekiankalinya patut diajar. kalau tidak selama itulah UMNO/BN akan terus di'tipu' dengan memberi dan membuat kenyataan-kenyataan yang hanya untuk menyedapkan hati pemimpin2 Pusat.

Pemerhati Politik.

Wednesday, January 12, 2011

Mustapha tipu Najib?

YBM Tengku Razaleigh Hamzah, diketepikan oleh UMNO tapi masih lagi mahu jadi 'gurkha'.


Seminggu ini adalah hari-hari bertenang untuk aku memusatkan pemikiran bagi menyelasaikan kes dimahkamah. Insyah Allah selepas semuanya selesai dan berjalan dengan baik aku akan terus menulis dan menyampaikan maklumat apa yang aku dengar dan aku lihat disekeliling kita.

Tentunya isu politik akan menjadi bahan utama kerana semangat bagi menghadapi pilihanraya umum oleh semua rakyat malaysia berkobar-kobar, ini kerana ekoran pengumuman Dato' Seri Mohd Najib mengumumkan penangguhan pemilihan dan persidangan Agung UMNO Malaysia selama 18 bulan.

Deman pilihanraya telah meletakkan parti-parti politik dalam keadaan bersiap sedia, jentera pilihanraya telah digerakkan. Semalam Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan telah mengadakan pertemuan dengan jentera dan rakyat Kelantan yang pro BN di kediaman rasminya di Kuala Lumpur.

Bincang soal pengurusan pengundi luar, bagaimana startegi apabila pengundi luar balik ke Kelantan untuk mengundi BN. Tentunya akan melibatkan peruntukan yang besar sepertimana peruntukan bagi pengundi luar dalam pilihanraya umum ke 12 lalu. Untunglah mereka yang diberi tanggongjawab mengurus kewangan pengundi luar.

Yang dapat wang adalah orang yang mengurus kewangan manakala pengundi bersesak-sesak untuk menuntut haknya. Peristiwa melarikan wang pengundi luar dikalangan juak-juak dalam UMNO akan berulang lagi kali ini. Tak percaya tunggu dan lihatnya kelak.

Langkah UMNO menyalurkan wang untuk diagihkan kepada pengundi luar sebagai tambang untuk balik mengundi adalah dialu-alukan sekurang-kurangnya dapat meringinkan beban rakyat kelantan yang berada diluar Kelantan untuk balik mengundi. Dengan demikian adalah diharap pengumuman yang Mustapha Mohamed buat di Macang dua tiga hari lepas yang mana UMNO akan menang 23 kerusi akan menjadi kenyataan.

Tapi apabila melihat masaalah didalam keseluruhan UMNO di Kelantan kini, angka yang diumumkan oleh Mustapha Mohamed itu seperti mimpi disiang hari kerana rakyat Kelantan masih tidak mempunyai keyakinan kepada barisan kepimpianan UMNO Kelantan. Apatah lagi apabila UMNO menafikan kekuatan pengaruh YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Kelantan.

Pengumuman Mustapha Mohamed bahawa UMNO yakin mendapat 23 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti adalah sebagai langkah Mustapha Mohamed untuk memberitahu kepada Dato' Seri Najib bahawa beliau bekerja untuk UMNO Kelantan, walhal sebenarnya beliau hanya menumpukan gerak kerja di Parlimen Jeli sahaja.

Itulah stail politik Mustapha Mohamed bagi menghalalkan pengagihan AP kepada kroni-kroni beliau didalam UMNO Kelantan. Dato' Seri Najib akan TERTIPU sekiranya percaya terhadap pengumuman yang dibuat oleh Mustapha Mohamed itu.




Friday, January 7, 2011

Untuk Kepentingan Melayu dan Raja-Raja.


BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA

Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu:

(a) memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;
(b) memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;
(c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;
(d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;
(e) perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
(f) pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman [YG DIJATUHKAN OLEH MAHKAMAH].


"Pinda Perlembagaan Negara - Hanya Melayu Saja Yang Layak Menjadi Calun Ahli Parlimen Malaysia"



Tergelak saya apabila baca berita dalam akhbar pro BN, semua isu dijuruskan kesalahan kepada pemimpin KEADILAN terutamanya yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz.

Apabila Nallakurapan mengatakan Anwar Ibrahim adalah sebagai 'pelacur politik', maka si Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR daripada Pulau Pinang pun menyelar Datin Seri Wan Azizah, kerana Wan Azizah terus membisu.

Apabila Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mempertikai cara perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ada pula suara mengatakan Anwar Ibrahim menjadi dalang dan Khalid Ibrahim dituduh 'Keras Kepala' sehingga ada isu yang mengaitkan soal Penderhakaan kepada Sultan.

Apabila ada ahli PKR keluar parti, Anwar Ibrahim dipersoalkan kewibawaan sebagai pemimpin dan apabila YB. Gobalakerisnan diberi surat tunjuk sebab ianya menjadi berita utama bagi memburuk-burukkan parti KEADILAN dan apabila Tok Guru Nik Aziz bersama Yang DiPertuan Agong, cerita kekemasan Pakatan Rakyat dicanang supaya PKR dan DAP mempertikaikan kehadiran Tok Guru Nik Aziz.

Itulah diantara perkara yang dihebohkan oleh Media yang pro Kerajaan BN bagi menyakinkan rakyat bahawa parti-parti pembangkang tidak boleh disokong kerana terdapat banyak keburukan terhadap peribadi pemimpin Pakatan Rakyat.

Kesimpulannya, Rakyat diminta supaya tidak sokong parti PAKATAN RAKYAT iaitu PKR, PAS dan DAP dalam pilihnaraya umum ke 13, takut apabila parti Pakatan Rakyat menang maka akan tumbanglah Kerajaan BN dan PUTRAJAYA bertukar tangan pemerintahannya.

Diantara isu yang dimainkan ialah:-

Sekiranya PR memerintah, orang Melayu Malaysia akan menerima nasib seperti Melayu Singapura.

Malaysia akan jatuh kepada bangsa asing. Cina akan jadi Perdana Menteri Malaysia.

Kuasa Raja akan hilang.

Sabah dan Serawak akan mempunyai kuasa Otunomi.

Itulah lagu dan syair yang didendangkan oleh BN, yang sebenarnya tidak berapa cerdik. Apa yang patut berlaku hari ini Kerajaan BN sepatutnya meminda Perlembagaan Negara dengan membenarkan hanya orang melayu saja yang boleh bertanding menjadi ahli Parlimen. maka soal isu takut Melayu hilang kuasa, takut Melayu jadi pengemis, takut Raja-Raja hilang tahta semuanya akan terselamat dan diselamatkan.

Oleh kerana negara ini,Tuannya adalah Melayu, bangsa lain tidak boleh pertikaikan peruntukan keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia dan Melayu berhak pinda perlembagaan untuk menyelamatkan bangsanya ditanahairnya sendiri.

Jadi isu dan kemelut apabila sampai edah pilihanraya umum hendak diadakan, tidak timbullah isu-siu sensitif yang boleh menjejaskan kestabilan negara, tidak ada orang Melayu yang dihina dan diaibkan, tidak ada orang Melayu dicaci dan dihina oleh Naallkurapan, Tidak ada isu pertikaikan nama Allah dan sebagainya.

Hanya yang akan ada berbedza pendapat, itu pun tentunya untuk kebaikan rakyat dan negara.

Thursday, January 6, 2011

Nazri diminta jawab.

Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that “it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to pr
Written by Webmaster
WEDNESDAY, 05 JANUARY 2011
Image
Satu tuduhan serius ke atas Peguam Negara Abdul Gani Patail

SURAT RAYUAN TERBUKA -

Mat Zain bin Ibrahim
5 hb.Januari 2011

Kepada;

Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,
Peguam Cara Negara Malaysia,
(Solicitor General of Malaysia)
Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan.

Block C3,Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62152 Putrajaya.

YBhg.Datuk,

Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998.


Mana lebih serius antara isu SUK Selangor dengan Isu diatas.

Negara Selamat, Rakyat Selamat, Raja pun Selamat.


Semacam ada satu benda yang tersembunyi sedang berlaku dalam negara kita (Malaysia) sejak akhir-akhir ini, Sejak Dato' Najib Tun Razak istihar PUTRAJAYA akan dipertahankan dengan apa cara sekali pun, sejak pengumuman supaya persidangan Agong UMNO ditangguhkan selama 18bulan.

Macam-macam isu sensitif dilapurkan oleh media, macam-macam tulisan keras dan pedas diluahkan didalam blog-blog dan sudah banyak kenyataan daripada Sultan-Sultan dikaitkan dengan parti-parti politik. Terbaru sedang panas dan hangat berlaku di Selangor.

Macam-macam cadangan telah dibuat supaya YB. Suhaimi diambil tindakan, dipenjara hatta digantung sampai mati, ianya kerana dituduh derhaka kepada SULTAN Selangor. Natijahnya kerana YB. Suhaimi adalah wakil Rakyat dari Parti KEADILAN dan bukan dari anggota polis yang ada kekebalan.

Rata-rata bercakap mahu mempertahankan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU, adalah menjadi tanggongjawab rakyat Malaysia mempertahankan maruah RAJA-RAJA MELAYU supaya jangan dihina dan diaibkan, sesiapa yang cuba menghina Raja-Raja Melayu harus ditentang dan diambil tindakan. Apakah tulisan YB. Suhaimi itu sudah sampai kekemuncak menghina SULTAN Selangor sehingga banyak desakan dibuat supaya YB. Suhaimi dihadap kemahkamah dan dihukum seberat-beratnya.

Kalau kesalahan yang dilakukan oleh YB. Suhaimi itu dengan menulis dan bercakap sudah menjadi perkara yang amat besar sehingga tak boleh dimaafkan dan sepatutnya beliau dipenjara ataupun dihukum gantung dan berita tulisan dalam blog YB. Suhaimi menjadi tajuk-tajuk berita media massa arus perdana, bagaimana pula dengan berita perlakuan tindakan polis UTK terhadap SULTAN Kelantan.

Kenapa media massa arus perdana, NGO-NGO yang mendabik dada berjuang untuk mempertahankan maruah RAJA-RAJA MELAYU diam seribu bahasa apabila Tuanku Ismail Petra, Sultan Kelantan disekat oleh pasukan polis UTK dengan menggunakan senjatapi dan dilakukan terhadap SULTAN Kelantan seperti mengepung 'Penjenayah Yang Amat Merbahaya'. Sehingga kini pun rakyat tidak diberitahu kisah kejadian tersebut.

Mana Surat kabar yang bebas bersuara, mana TV dan Radio yang sekarang ini hari-hari keluarkan berita supaya YB. Suhaimi diambil tindakan kerana dikatakan menghina SULTAN tapi pada masa yang sama apabila Sultan Kelantan dihina semuanya diam tak berkata-kata.

Perlu diingat, apa yang saya tulis ini bukan soal tahta, tapi soal tindakan dan perbuatan yang menghinakan institusi raja-raja kita. Oleh itu diharap kepada rakyat Malaysia, sekiranya hendak mempertahankan maruah Raja-Raja kita, maka hindirkanlah Raja-Raja dilibatkan dalam isu-isu politik kepertian.

Wednesday, January 5, 2011

PKR masih ada masa

'heal the deep pain'


??????????????????

Sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan akan dikuasai oleh UMNO dalam PRU ke 13 kelak, selain 7 kerusi yang sudah dimiliki oleh UMNO sebanyak 8 kerusi lagi yang kini dikuasai oleh PAS akan jatuh. Kata bekas ahli Parlimen PAS.

Analisa tersebut akan memberi petanda baik kepada Dato' Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, analisa itu juga akan menafikan andaian yang saya katakan bahawa kerusi UMNO akan terus kehilangan di Kelantan dalam PRU 13 nanti.

Peramal politik Kelantan tersebut memberi beberapa contoh kenapa PAS akan kehilangan sebanyak 8 lagi kerusi DUN di Kelantan, diantaranya kerana rakyat sudah dapat tahu bahawa ada dikalangan wakil-wakil rakyat PAS sedang mengumpul harta kekayaan lebih daripada pemimpin UMNO.

Sekiranya PAS tidak membersihkan wakil rakyat yang bermasaalah dengan rakyat sekarang ini kedudukan Kerajaan PAS Kelantan tidak akan sekuat seperti hari ini, tambahan pula rakyat juga sedang mencari-cari siapakah bakal Menteri Besar selepas daripada Tok Guru Nik Aziz, kerana didalam PAS pun ada banyak kumpulan.

Kedudukan PAS akan kuat sekiranya Tok Guru Nik Aziz dapat gambaran sebenar apa yang berlaku dikalangan pemimpin PAS dan Wakil Rakyat PAS hari ini dan sekiranya Tok Guru Nik Aziz cepat bertindak dan mengambil tindakan bagi merihatkan mereka yang ada masaalah, tak kiralah masaalah dengan rakyat atau masaalah peribadi.

Kelibat Tok Guru Nik Aziz di Istana Trengganu Kuala Lumpur minggu lepas menguatkan lagi hujah penganalisa politik tersebut bahawa PAS pun tahu dia tidak sekuat dulu, PAS terpaksa bergantung kepada PKR dan DAP untuk terus hidup lebih bergaya dalam politik tanahair. PAS juga ada cita-cita untuk menerajui Kerajaan Malaysia, kalau tak dapat jadi Perdana Menteri pun boleh jadi Timbalan Perdana Menteri jadilah.

Walau pun PAS sudah selesa di Kelantan tapi kekalutan di Negeri Selangor dan Kedah tidak menyakinkan PAS bahawa dua negeri tersebut akan kekal dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat, kecualilah DAP dapat menyakinkan pengundi Cina dan India bersama PKR bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat benar-benar sudah bersedia untuk ke PUTRAJAYA.

Untuk ke PUTRAJAYA rakyat sedang mengintai apa yang sedang berlaku dalam Parti KEADILAN, apakah masih ramai lagi YB. dari PKR akan meninggalkan Anwar Ibrahim atau yang keluar hanya saki baki penyokong Zahid Ibrahim yang memangnya sudah tidak diperlukan lagi oleh PKR. Tunggu beritanya pada 19hb. Januari 2011.

Apakah pemimpin PKR tidak angkuh sepertimana angkuhnya pemimpin UMNO. Sekiranya pemimpin PKR juga angkuh sepertimana pemimpin UMNO, adalah elok bagi PAS menyahut cadangan Tun Abdullah Badawi yang telah menyampaikan titah daripada Yang Di Pertuan Agong kepada pemimpin PAS dan UMNO. Kerana PUTRAJAYA tidak akan dapat ditawan sekiranya rakyat tidak menyokong perjuangan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

baca komen dibawah tajuk saya juga terasa malu.

Sama-sama kita renung kembali ucapan YB tsb... “Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato' Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati' oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja. "Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego. "Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.”

Tuesday, January 4, 2011

Saya juga terasa malu.

Sultan lebih cerdik daripada mereka.


Sikit-Sikit buat lapuran POLIS, dituduh DERHAKA, tangkap dan siasat. TAK ADA KERJA LAINKAH budak-budak YB. Dato' Paduka Ibrahim Ali. Kasihan tujuan dan matlamat penubuhan PERKASA adalah murni dan jitu untuk memartabatkan bangsa, menjunjung perlembagaan negara tapi dijual oleh budak-budak yang tidak faham erti perjuangan PERKASA.

Saya tahu keikhlasan Dato' Ibrahim Ali pada mula penubuhan PERKASA dan saya kenal Dato' Ab. Rahman Bakar mempunyai niat yang baik apabila menyertai PERKASA, Keikhlasan mereka berdua untuk melihat bangsa melayu tidak dijajah sekali lagi ditanahairnya sendiri patut mendapat sokongan. Tapi sayangnya diakhir-akhir ini budak-budak yang menyertai PERKASA telah menjaja dan mejual PERKASA kepada NGO lain.

Apa tidaknya, aktibiti PERKASA sejak akhir-akhir ini asyik buat lapuran polis, berhimpun empat lima orang buat bising dan buat lapuran polis, kini buat lapuran polis terhadap seorang Yang Berhormat yang dituduh derhaka kepada Sultan. Tahukah budak-budak PERKASA itu, apa ertinya derhaka, tahukah mereka itu perbuatannya boleh memalukan Sultan sekiranya polis tidak dapat mendakwa orang yang dituduh derhaka itu.

Oleh itu sudah sampai masanya Dato' Ibrahim Ali dan Dato' Abdul Rahman Bakar tidak membiarkan nama PERKASA dijual dan dijaja oleh budak-budak yang hanya mahu suka-suka dan terlopong suka apabila gambarnya dipapar dimedia pro kerajaan. Kerana sekiranya ada orang yang bercakap tidak elok tentang PERKASA saya juga terasa malu kerana Dato' Ibrahim Ali dan Dato' Rahman Bakar adalah sahabat saya walaupun saya bukan ahli PERKASA.

Monday, January 3, 2011

Keluhan 'bukan anak PERMATA' melalui email.


Sdra newkk,
Tertarik dengan posting dibawah, terpanggil saya untuk menambah rasa kekecwaan saya dengan keputusan yang telah dibuat oleh jabatan kerja raya mengenai satu projek Tender Terbuka di Johor yang telah diiklankan pada Ogos 2010 lepas.

Lebih seratus Kontraktor Kelas A telah menghadiri Lawatan Tapak dan 80 Kontraktor telah menyertai pembidaan Kontrak ini yang telah ditutup pada 30 Sept 2010.

Dengan penuh debaran, saya menunggu keputusan pembidaan ini dan dengan penuh kekecewaan dan kehampaan, saya dimaklumkan bahawa Kementerian dalam Negeri telah mengambil alih pengurusan Projek ini dan hanya 10 Kontraktor Kelas A telah dijemput untuk menyertai Tender Terpilih (Selected tender).

Tersangatlah hairan bin ajaib, bagaimana satu projek yang telah diurus oleh JKR, tiba-tiba diambil alih oleh KDN dan sepertimana saya dimaklumkan lagi, kesemua 10 Kontraktor yang ter'selected' adalah Kontraktor-Kontraktor yang 'rapat' dengan KDN.

Walhasilnya, kesemua 80 Kontraktor yang telah bersusah payah melawat tapak di Johor Bahru, membeli Tender Documents dengan harga RM1,000.00 dan membidanya dan menunggu keputusan Tender yang pastinya tidak berjaya.

Adalah wajar kalau pihak-pihak berwajib menyiasat kesahihan 'kes' ini dan kalaulah ianya didapati benar, tidakkah ada kemungkinan kesemua 80 Kontraktor yang telah membida projek ini, diberi pampasan yang setimpal dan pihak JKR dan/atau KDN diberi surat tunjuk sebab mengapa keadaan ini boleh berlaku?

Janganlah hendaknya slogan 'Rakyat Didahulukan" menjadi retorik semata-mata.

-- Luahan hati nurani Kontraktor Malang.

Bukan Anak 'PERMATA'.


Tahun 2011 sudah bermula. Rakyat sedang menanti segala pengumuman daripada Kerajaan yang boleh memberi semangat untuk terus menyokong BN dalam piliharaya umum ke 13. Rakyat tidak mahu kerajaan yang disokong sejak lebih 50tahun lalu tumbang. Rakyat mahu melihat kesenabungan corak kepimpinan hari ini dapat terus membawa mandat rakyat iaitu Kerajaan BERSIH, CEKAP, AMANAH yang berteraskan kepada menjiwai masaalah rakyat, yang tahu membalas budi rakyat, yang setiap masa menyumbang tenaga untuk menyelesaikan masaalah rakyat.

Apakah Kerajaan BN hari ini mampu menonjolkan bahawa Menterinaya mengamalkan sikap BERSIH dalam pentadbirannya, apakah setiap projek yang diluluskan mengikut konsep tawaran tender yang telah ditetapkan, tidak ada kroni yang dapat projek melalui tender terhad dan tidak ada projek yang dibatalkan kerana kroninya tidak disenaraikan untuk mendapat projek?.

Apakah Pegawai Kerajaan dibawah BN hari ini dapat menjalankan tugasnya dengan CEKAP tanpa digangu gugut oleh menteri yang hanya mahu melihat cadangannya saja yang betul tanpa membeti peluang kepada pegawai menguruskan organisasinya dengan wibawa pegawai tersebut.

Apakah masih ada Menteri dan Pegawai Kerajaan yang pro BN melaksanakan tugas dengan penuh AMANAH sedangkan segala projek ratusan juta ringgit hanya dimonopoli oleh kroni Menteri dan Kroni PegawaI Kerajaan disetiap Kementerian.

Semuanya itu rakyat sedang memerhati. bukan rakyat tak tahu apa yang sedang berlaku disetiap Kementerian, bukan rakyat tak tahu sudah ratusan juta ringgit wang kerajaan dibelanjakan untuk kepentingan orang-orang tertentu, bahkan berbillion ringgit projek telah ditawarkankan kepada kroni-kroni melalui tender terhad. Semuanya sedang ditimbang oleh rakyat.

Mahu tidak mahu, pada pilihanraya umum ke 13 kelak rakyat akan membuat keputusan, sama ada pilihanraya akan cepat berlangsung atau pun lambat rakyat sudah tanda dalam 'cakrol' untuk membuat pilihan. Makin cepat pilihanraya diadakan makin tidak selamat kerana fikiran rakyat masih lagi tidak percaya bahawa Menteri yang ada hari ini semuanya BERSIH dan AMANAH.

Sekiranya pilihanraya umum diadakan serentak dengan pilihanraya Serawak. Itu tandanya keberanian BN kerana sekiranya rakyat masih berpihak kepada BN inilah masanya yang paling sesuai tapi risikonnya amat besar, sekiranya andaian tidak berpihak kepada BN maka inilah sejarah seorang Perdana Menteri yang paling pendek usianya mentadbir negara.

Anak-anak yang kesekolah hari ini tidak mahu tercatit dalam sejarah bahaw Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling pendek berkhidmat untuk Negara.