Wednesday, September 17, 2008

Ada Orang Gila Di Ketereh?

Aduh, banyak cerita yang ku dengar dalam bulan ramadhan ini, sehingga ayat-ayat yang tak sepatut dilafazkan oleh manusia yang waras berugama islam terhumbur keluar dari mulut yang mengaku diri khalifah Allah dibumi ini, tapi lidah yang tidak bertulang dan otak beku tdak dapat membedzakan yang mana patut diamalkan dalam bulan baik serba keberkatan ini.

Kadang kadang saya binggong mendengar lapuran, yang ada lagi dizaman sain dan teknologi ini manusia bercakap tak guna akal yang dianugerahkan oleh Tuhan. Kononnya nak jadi pemimpin tapi bahasa dan perangai lebih buruk dari babi yang dilanggar lori tahi.

Ini sedang berlaku dalam kempen nak menawarkan diri dalam pemilihan G7 dalam UMNO Bahagian Ketereh. Bahagian yang sepatutnya menjadi contoh kepada Bahagian lain di Negeri Kelantan kerana Ketua Bahagian ini ialah Tan Sri Anuar Musa adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Timbalannya pula ialah ialah Datuk Alwi Che Mat, yang mana beliau adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia.

Yang gilanya, mereka yang makan gaji dengan jawatan yang di sokong oleh parti menjadi dalang bagi mengharu birukan suasana harmoni di Bahagian ini. Yang sedihnya semasa Tan Sri Anuar Musa sedang beribadat ditanah suci mekkah, ada pula puak dalam UMNO Ketereh mengadakan majlis gila gila dengan bersyarah tideak mengunakan kebijaksanaan akal dan fikiran yang waras tapi menunjukkan sifat sebenar diri madsing-masing yang lebih gila daripada orang gila yang hilang akal.

Inilah mukadimah penulisan saya setelah tergendala beberapa waktu kerana hendak menhormati bulan yang mulia ini. tapi terpaksa juga menulis sebagai memberi petunjuk kepada ahli ahli UMNO Ketereh yang sayangkan kerharmonian dan perpaduan dan bagi menghormati ketelusan kepimpinan Tan Sri Anuar Musa dan Keperihatin Datuk Alwi yang sudah 15 tahun berusaha untuk memantapkan UMNOP Ketereh. Sesungguhnya yang patut undur, undurlah secara terhormat sekiranya ada orang lain cukup pencalunan untuk mengantikan tempatnya.

Susunlah untuk elak pertandingan, kalau betul ucapan "saya sayang parti dan tidak untuk kepentingan peribadi".

No comments: