Parlimen Malaysia.
Pilihanraya ke 13 tetap tiba, hanya tunggu waktu parlimen dibubarkan, yang pertahan kuasa sedang menarik nafas lega, yang ingin merampas kuasa sedang mencari punca untuk mengalah pihak yang berkuasa. Itulah yang terjadi kini.
PM Najib ke hulu ke hilir bagi mempastikan jentera parti BN dan rakyat terus kekal menyokong BN, manakala Anwar Ibrahim menjelajah untuk menarik sokongan bagi menumpas sebuah kerajaan yang bertahan 66tahun.
Kerajaan BN menarik nafas lega apabila kini terdapat tidak ada kesefaham parti Pakatan Rakyat dalam beberapa isu dengan harapan PR akan hancur dan berkecai menjelang bubarnya parlimen. Sebagai contoh, isu hudud tak pernah selesai. Karpal Singh selalu mencanggah pendapat yang di war-warkan oleh Tok Guru Nik Aziz.
Begitu juga dengan pengaihan kerusi dibeberapa negeri, bukan soal kemenangan yang diperdebatkan tapi masih tamak kepada banyaknya bilangan kerusi yang dipertandingkan. Dan apabila isu ini diperbincangkan, maka rakyat yang mahu menyokong PR mulai gelisah.
Gelisah kerana bimbang cita-cita mahu melihat sebuah kerajaan baru di Malaysia tidak menjadi kenyataan, kerana disaat ini nampaknya, bukan soal kemenangan yang menjadi agenda utama tapi perebutan kerusi menjadi matlamat, sehingga ada parti daripada PR mengekalkan keputusan yang tidak sehaluan dengan pengundi.
Manakala BN sudah menerima acuan yang terbaik dari kalangan mereka dengan masih mempunyai harapan yang tinggi bahawa di Sabah, Serawak dan Johor akan terus memberi kemenangan besar kepada BN. PM Najib tentunya akan membuat apa saja keputusan bagi menuruti kehendak rakyat khasnya pengundi bagi menjamin BN terus cemerlang pada PRU13 nanti.
Sedangkan pihak PR hanya berangan-angan dengan merasakan bahawa PRU13 ini adalah pilihan rakyat yang mahu dan bertekad untuk menumpaskan BN dan akan membentuk sebuah kerajaan baru dibawah pentadbiran PR. Apakah angan-angan akan menjadi kenyataan. Boleh terjadi sekiranya apabila Parlimen dibubarkan para pemimpin PR duduk secara ikhlas berbincang dan mengambil pendekatan bahawa perjuangan utama adalah tawan PUTRAJAYA yang mana para pemimpin PR hendaklah buang sifat angkuh dan meletakkan calun2 yang boleh menang disetiap Parliman.
Rakyat dah bersedia, tapi nampaknya pimpinan PR masih belum bersedia untuk tunduk kepada kehendak rakyat, sedangkan yang boleh memberi kemenagan dan kekalahan kepada sesautu parti dan calun itu adalah rakyat iaitu pengundi.
Kita tahu BN kalah pada 2008 kerana calunnya terdiri daripada musuh rakyat dan kroni para pemimpin dan nampaknya PRU13 nanti, pihak PR pula beriya-iya nak pertaruhkan kroni sebagai calun. Perlu diingat walaupun wang sudah berada dalam kocek baju, belum tentu wang itu kita punya.
No comments:
Post a Comment