Thursday, May 15, 2008

Naib Presiden UMNO, berapa harganya?

Laris jawatan Naib Presiden UMNO.

Dato' Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin pastinya akan mempertahankan jawatannya, Tan Sri Isa Samad (belum kedengaran), walau bagaimanapun mungkin senario penjawat jawatan akan berubah sekiranya UMNO Bahagian membuat pencalunan memihak kepada YB. Tan Sri Muhyuddin untuk ditonjolkan sebagai Timbalan Presiden berganding dengan YAB. Dato' Seri Najib yang akan dicalunkan sebagai Presiden sekiranya peralihan kuasa berlaku sebelum pemilihan parti.

Sekiranya andaian ini berlaku, maka ada kekosangan dijawatan Naib Presiden yang mana Dato' Seri Mohamed Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Sahidan Kassim, Bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Bekas Ketua Menteri Melaka dan Dato' Seri Adnan Yaakub, Menteri Besar Pahang telah melahirkan hasrat untuk bertanding. Mungkin ada dikalangan menteri juga bersedia untuk bertanding seperti Dato' Zahid Hamidi, Menteri dijabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Syed Hamid Albar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan Tan Sri Muhd Mohamad Taib, Menteri Pembanguan Luar Bandar.

Semuanya hebat-hebat, ada gaya dan ada penyokong. Mereka tentunya ada tujuan dan matlamat untuk menjadi Naib Presiden UMNO, sekurang-kurangnya mereka menCINTAI pada jawatan itu dan selebihnya mereka saja yang tahu, Untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO harganya tidak murah. Hati penyokong hendaklah dijaga, lawatan ke negeri-negeri hendaklah dibuat bagi mendampingi perwakilan, kena juga berhadapan dengan jawatakuasa 'mandi' dan yang paling takut apabila menang kena tindakan disiplin, jadi mangsa keadaan, jadi kambing hitam untuk mencerminkan bahawa pemilihan dalam parti adalah putih bersih.

Jawatankuasa disiplin pun orang, ada yang dia suka terlepas dan yang kurang berkenan dihukum sesuka hati. Tidak mengambarkan menghukum untuk pengajaran, rezeki orang yang melayang bersama jawatan, sedangkan orang itu berjuang untuk parti habis berjuta wang tidak diambil sebagai pakatan. Pemimpin minta ahli berkorban untuk parti, parti tak pernahpun berkorban untuk ahli.

Dulu politik wang dan sekarang nak tukar jadi rasuah politik, dua kali satu, satu kali dua pun sama. Apa hal nak menghalang orang berbelanja sakan, biarkan lah mereka, kerana mereka ada banyak wang untuk mencari kemenangan. Dalam pilihanraya pun guna wang, kadang kadang guna wang kerajaan untuk mencapai kemenangan. (hukum menghalalkan cara).

Dan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding tentunya tahu, tatacara pertandingan yang boleh merosakkan perjuangan, mereka adalah pemimpin yang telah menaburkan CINTA kepada parti, meraka mahu berkhidmat kerana mereka tidak mahu CINTAnya kepada parti terhalang. Biarkan pertandingan menjadi satu temasya untuk rakan-rakan. Ada ubi ada batas, ada undi boleh kebas.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "pilihlah antara Uda atau Aduka"

No comments: