Saturday, May 1, 2010

Siapa berkuasa dalam UMNO Bahagian Ketereh?

Hari Khamis lalu, berlangsung majlis penyampian watikah perlantikan kepada penjawat awam melalui parti UMNO yang dikenali dengan bahasa mudah iaitu Pengarah pilihanraya Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Penggawa dan Penghulu mukim yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

Disamping memberi watikah perlantikan disertakan juga sekeping cek sebagai bayaran gaji yang bermula daripada bulan januari 2010 hingga april 2010, di cek tersebut ada yang dapat dari RM1,600 hingga kepada RM 16,ooo seorang termasuklah dikalangan wakil rakyat UMNO yang menjawat jawatan Pengarah DUN.

Rezeki yang diberi atas pilihan politik UMNO disetiap Bahagian di Kelantan itu sesuai dengan kehendak kerajaan supaya pada pilihanraya umum ke 13 nanti, BN Kelantan akan dapat menjatuhkan Kerajaan PAS dan UMNO dapat menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan.

Tentulah bergalak sakan mereka-mereka itu yang mendapat wang durian runtuh yang disampaikan oleh YB. Dato' Seri Mustapha Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, tapi dalam kesukaan hari tersebut ada juga yang duka dimalukan didepan orang ramai.

Ceritanya berlaku kepada seorang ahli UMNO yang bernama Rozi dalam Bahagian Ketereh yang disenaraikan oleh JPP Kelantan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung, yang mana beliau telah naik menerima watikah perlantikan yang disampaikan oleh Dato' Pa tapi malangnya setelah beliau turun dari pentas seorang yang berkuasa dalam UMNO Bahagian Ketereh telah meminta surat perlantikan itu dan memberi tahu bahawa beliau tidak dikehendaki sebagai Pengerusi JKKP dan akan diberi kepada orang lain.

Alangkah malunya si Rozi diperlakukan sebegitu rupa oleh orang yang berkuasa itu, setelah dijemput datang oleh JPP tapi ada lagi orang yang lebih berkuasa daripada Jabatan Pembangunan Persekutuaan (JPP) yang mana orang itu tidak ada autoriti dari segi general order kerajaan.

Dalam erti kata, Rozi dipecat tak sampai seminit setelah menerima perlantikan dan pemencatan bukan dilakukan oleh pihak Kerajaan tapi dilakukan oleh orang UMNO yang berlagak besar. Nasib kamulah wahai Rozi diperlakukan sebegitu rupa.

Dalam hal ini saya sarankan supaya Tan Sri Anuar Musa selaku Ketua UMNO Bahagian segera kembali ke Kelantan dan selesaikan masaalah kecil itu supaya tidak merebak menjadi besar yang boleh menjejaskan UMNO Bahagian Ketereh, kerana saya dengar beberapa orang Ketua Cawangan tidak senang dengan tindakan yang dilakukan oleh orang besar pejabat UMNO Ketereh itu.

Padahlah akan terjadi kepada UMNO Bahagian Ketereh sekiranya keputusan yang dibuat secara mufakat tiba-tiba digangu dan diubah mengikut kehendak peribadi orang yang menganggap dirinya lebih berkuasa dari Ketua UMNO Bahagian dan JPP. Dan saya syorkan supaya perlantikan orang besar di pejabat UMNO Ketereh itu dikaji semula oleh Anuar Musa supaya tidak akan menjadi penyakit kepada UMNO Ketereh.

Walau apa pun alasan yang akan diberi diatas perlantik Rozi itu yang tidak disenangi oleh orang besar UMNO Ketereh itu, tapi adalah elok diberi peluang kepada Rozi menjalankan tugasnya dan sekiranya didapati beliau tidak dapat menjalankan tugas dengan baik, maka pecatlah dia secara terhormat, jangan rebut kertas perlantikan yang telah diserahkan kepada beliau yang belum pun sempat menukarkan cek elaun yang telah diberi diatas namanya.

Rozi hanya mendapat habuah sebanyak RM1,600 saja sedangkan orang berkuasa di pejabat UMNO Ketereh itu mendapat lebih kuran RM9,000, kenapa sanggup menutup rezeki Rozi yang juga sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Ketereh. Adik Mat Ketua Pemuda Bahagian dan Zuri Naib Ketua kenalah berjuang supaya Rozi dikekalkan, kalau tidak bacullah Pergerakan Pemuda UMNOL Bahagian Ketereh.

Jangan kerana Rozi adalah penyokong Cik Gu Mat Yani yang juga dari DUN Melaor maka beliau mesti disingkirkan. Itu adalah tidak adil namanya.


2 comments:

is said...

bos. ini lah budaya ore kelate kita, baso menate sungguh jenih ore umno lagu ni, bukan nok pakat pakat bersatu demi menjahanamkan pas.

Unknown said...

mungkin menarik untuk dibahaskan kita semua isi dalam blog kumanddieaf.blogspot.com/