Friday, January 30, 2009

Setia untuk apa?

Salam Bahagia.
Terima kasih kepada anda yang sering bertanya kabar.
Sudah terlalu lama saya tidak aktifkan blog ini kerana berada diluar negara hampir dua bulan dan diluar kota yang tidak ada kemudahan.
Sempena hari mulia ini saya membuka semula langkah untuk mempaparkan pandangan saya berhubung dengan apa yang saya dengar dan saya lihat dalam dunia hari ini yang jarang jarang dibicarakan oleh manusia. Apa yang saya lihat dan saya dengar bermula dari hari ini tidak hanya tertumpu kepada putaran alam sejagat tetapi juga akan memberi pendapat dan pandangan untuk dikongsi bersama dengan tujuan kebaikan.
Dan kepada sahabat yang teringin bersama saya untuk berkata benar walaupun pahit bolehlah berhubung dengan saya melalui sms +6012 3570391.
CINTA & AIRMATA
Kalau di Plastine rakyatnya diperlakukan oleh yahudi begitu rupa, tanpa belas kasihan, tanpa ada perikemanusian, nyawa melayang seperti halilintar, tapi mereka tetap berjuang untuk mempertahankan negaranya. Mereka cinta pada tanahair walaupun tiap detik mereka menangis sehingga tidak ada airmata lagi. Inilah diantara contoh yang patut kita mengambil iktibar terutamanya persitiwa sabra dan satila. Anak anak sembelih dan perempuan dirogol seikut kehendaknya. Mujur di Malaysia tidak lagi begitu.
Bagaimana 10 tahun akan datang di Malaysia ini?
Akan juga terjadi sekiranya rakyat yang berbilang bangsa dan kaum ini tidak insaf akan perlunya perpaduan. Sekiranya Melayu sudah tidak lagi bersatu, pecehan kepada tiga kelompok politik Melayu hari ini adalah tanda tanda Melayu akan dijajah dibumi sendiri dimasa akan datang.
Yang perlu disikapkan disini, Apakah pemimpin Melayu hari ini semuanya jujur. Terutamanya pemimpin yang berkuasa dan ada kuasa. Lihatlah perangai menteri menteri Melayu kita hari ini, mereka hanya melayan dikalangan sahabat handai mereka, mereka sudah tidak mempeduli kepada pekerja yang dibawah yang meletakkan mereka ditahta untuk berkuasa.
Dan sekiranya Dato' Seri Najib yang akan berkuasa dibulan Mac nanti tidak peka dengan kehendak orang dibawah iaitu menteri yang sudah tidak diperlukan lagi masih diberkuasa, alamatnya negara akan berdepan dengan malapetaka kuasa, kerana mereka itu akan terus rakus.
Disini CINTA & AIRMATA sudah tidak diperlukan lagi.

No comments: