Saturday, January 31, 2009

UMNO diambang sore'?

Satu ketika dulu negara kita dilanda penyakit binatang iaitu *Penyakit Kuku dan Mulut* banyak lembu lembu jadi korban pembunuhan secara tembak dan kambus. Ratusan ribu ekor nyawa dicabut. Puluhan ribu lubang digali dan ditutup. Ini semua dilakukan supaya wabak penyakit kuku dan mulut tidak merebak. Kerana penyakit ini merbahaya.

Penyakit kuku dan mulut sangat bahaya dan menakutkan, ianya boleh merebak keseluruh tanahair dan boleh menjejaskan keselamatan manusia. Bahaya maka binatang yang membawa penyakit itu ditembak dan dibunuh. Semuanya HALAL kerana kepentingan umum.

Bagaimana penyakit dalam UMNO sekarang?

1. Penyakit poilitik wang yang digembar gemburkan akan membawa kehancuran kepada parti, yang akan melemahkan parti dan sangat merbahaya kepada kekuatan parti dimasa akan datang sekiranya politik wang tidak disekat.

2. Pegawai parti yang berjawatan dilantik bertindak lebih sudu dari kuah, Setiusaha Agong sudah tidak setia dan Usaha untuk parti, bermuka muka, cakap lain buat lain, bertindak membuat keputusan tidak mengikut buku, Setiausaha kerja pula, tidak menjalankan kerja dengan bijaksana, buat kerja ikut kehendak orang yang sering bertemu dengannya, peraturan parti diguna untuk menghukum orang yang hendak dihukum saja. Saya ada bukti.

3. Ketua-ketua Bahagian ada yang mengunakan jawatan untuk memacung dan membunuh keriar politik orang yang tidak sebulu denganya. Mana mana ahli yang bersuara lantang yang kadang-kadang nampak menentang disisih dalam sebarang aktiviti parti dipadamkan dalam senarai orang yang berjasa pada parti walaupun orang itu pernah berjasa besar kepada parti dan pengikutnya juga ramai. Dalam pilihanraya nanti bagaimana nak selesai perkara ini dan sekiranya tidak selesai akibat parti akan kalah kerana ahli ahli parti dan rakyat akan muak kepadsa pemimpin semacam ini.

Kesimpilannya untuk melihata UMNO terus relevan dan masih akan dapat kepercayaan ahli ahli diperingkat akar umbi dan rakyat keseluruhannya, UMNO dan pemimpin hendaklah dlihat telah betul betul berusaha membersihkan, POLITIK WANG dengan memindakan akta supaya ahli ahli parti yang didapati bersalah hendaklah di masuk kedalam JIL (penjara).

Pegawai parti yang dilantik yang tidak menjalankan tugas dengan penoh amanah dan tanggongjawab dipecat dan disisihkan dari mendapat kemudahan daripada parti dan kerajaan dan sekiranya terdapat pecah amanah semasa menjalankan tugas ianya hendaklah dibawa kemuka pengadilan untuk didakwa.

Ketua Ketua Bahagian yang berkhidmat tidak mengutamakan kehendak parti dan mengunakan jawatan semata mata untuk kepentingan peribadi yang tidak menguntungkan parti hendaklah dipecat sebagai ahli. Dan semua jawatan yang dipegang dalam parti dan kerajaan hendaklah digugurkan serta merta.

Inilah diantara usaha yang patut dilaksanakan oleh pucuk pimpinan parti bagi memperlihatkan usaha bahawa UMNO sememangnya sebuah parti yang bersih, amanah dan bertanggongjawab untuk membawa wadah perjuangan untuk Agama,Bangsa dan Negara dengan cara tidak payah menembak seperti pembunuhan pembawa penyakit kuku dan mulut.

Slogan, "BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT hendaklah ditambah iaitu DENGAN AMANAH" seperti yang dituntut dalam Ugama kita Islam.

No comments: