Thursday, August 19, 2010

Saat Persaraan telah pun tiba ! BERSARALAH.

"Inilah masaalah orang kita, apabila kita ambil tindakan mereka marah. Negara kita memiliki infarstruktur negara membangun, namum mentaliti rakyat masih dinegara dunia ketiga," - kata Musa Hassan (lapuran akhbar UM).



Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara Malaysia kini.



Saya setuju dengan pengumuman Ketua Polis Negara, Musa Hassan supaya 'Saman Ekor' diteruskan dimusim rakyat pulang untuk menyambut HariRaya AidilFitri, ini kerana bagi mengurangkan berlaku kemalangan dan mengelak kesesakan lalu lintas. Kerana ada orang kita yang selalunya memotong tidak mengikut peraturan yang mungkin terdedah kepada kemalangan jiwa.

Kerana kedegilan dan kegilaan pemandu yang tidak mengikut peraturan, nyawa orang yang tidak berdosa hilang, kadang-kadang bukan satu orang yang mati, ada yang berlaku matinya satu keluarga kerana kegilaan pemandu kereta yang tidak mengunakan akal.

Pemandu yang 'gila itu' usahkan patut disaman ekor dan didenda, hukuman mati atau pun penjara seumor hidup pun patut dikenakan, kerana dialah orang yang tersayang hilang, keluarga yang bahagia menjadi malang, kes kemalangan menjulang. Mereka yang memandu secara 'gila' itu perlu diambil tindakan seperti juga tindakan dikenakan ISA. kerana dia lah jalanraya menjadi haru biru dan boleh menjejaskan keselamatan orang awam.

Tapi ada yang saya tidak setuju dengan kenyataan Musa Hassan, yang mana beliau menggangapkan mentaliti rakyat Malaysia hari ini masih berfikiran negara dunia ketiga, beliau marah. kerana rakyat marah berhubung dengan tindakan saman ekor.

Sebelum ini rakyat tidah pernah bersunggut kerana disaman, mereka yang ada wang terus bayar kompaun, yang tak ada wang mereka simpan sedikit-sedikit untuk membayar denda, rakyat tidak pernah memberontak bagi melanggar undang-undang, tapi rakyat tidak boleh tahan sekiranya kebebasannya disekat kerana undang-undang yang menyakitkan.

Saman-samanlah, tapi jangan pula nak memperbaharui lesen tidak boleh kerana tak bayar saman yang tuan lesen sendiri tidak tahu bila dia disaman, jangan pula nak bayar cukai jalan tidak dibenarkan sedangkan tuan punya kereta tidak tahu bila keretanya melanggar undang-undang jalanraya.

Disinilah rakyat menuntut keadilan, kerana rakyat Malaysia mempunyai mentaliti KELAS PERTAMA, sekiranya rakyat Malaysia masih lagi mempunyai mentaliti kelas ketiga, tentunya rakyat tidak menuntut untuk mendapat keadilan. bab ini saya tidak sokong Musa Hassan kerana bukan rakyat yang mempunyai mentaliti kelas ketiga tapi nampaknya beliaulah yang mempunyai kekolotan kerana tidak dapat menyelami perasaan dan hati budi rakyat.

Musa Hassan juga tidak dapat menyelami perasaan rakan-rakannya dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia, walaupun beliau tahu edahnya telah sampai ke penghujung bagi memegang jawatan Ketua Polis Negara, tapi masih tidak bercuti bagi membolehkan PDRM mengadakan persiapan untuk mengatur mengadakan majlis 'Hari Perpisahan'. Seolah-oleh belaiu mahu terus memegang jawatan tersebut sehingga dibawa keakhir zaman.

Sekiranya beliau mempunyai mentaliti kelas pertama, sudah sampai masanya beliau mengambil cuti bersara kerana sudah tidak samapi 30 hari lagi kontreknya akan tamat sebagai Ketua Pols Negara dan apa salahnya memberi peluang kepada rakan-rakan yang lain dalam pasukan polis DiRaja Malaysia mengambil tempat sebagai Ketua Polis Negara yang baru.

Orang lain pun ada cita-cita nak rasa jadi Ketua Poilis Negara (IGP), kerana pegawai polis yang lain pun mempunyai mentaliti kelas pertama. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Sri Hishamuddin Tun Husein pun agaknya tidak menghalang.

Boleh jadi Ezam Md.Noor masih kekal dengan mentaliti dunia ketiga.

4 comments:

airman_1 said...

salam tuan,
apa nak marah2 dgn kpn, pada saya culprit sebenarnya ialah ahli2 politik yg didewan2 negara/rakyat yg gagal menjalankan kerja yg betul, kpn cuma melaksanakan saja apa yg telah ditentukan oleh kerajaan, nak marah lah dekat orang2 yg buat undang2 tsbt, saya pun ada banyak saman yg bukan saya buat, saya beli kereta second hand,orang dulu tak bayar saman saya yg nak tanggung JPJ buat apa masa tukar nama masa saya beli dulu.bye

dAzz said...

Sistem Kejara patut digunapakai untuk semua jenis lesen penuh memandu, bukan hanya terhad untuk lesen memandu percubaan sahaja.

newkk said...

Airman, saya tidak marah kepada KPN, saya puji apa yang betul dan saya nasihat apa yang tidak patut.

Betul Parlimen yang buat undang-undang tapi pelaksananya mestilah guna 'budi bicara'. Kan itu adatnya orang kita.

airman_1 said...

salam newkk,
saya masih tak setuju dgn para dua tulisan saudara prlaksanaan undang mana ada kira budi bicara kalau salah a dia akan hukum a kalau salah b dia akan hukum b dia straight foward . macam saya kata sebelum ni semua trgantung pada menteri2 yg brkuasa, kalau dia kata stop sama ekor than polis akan stop, itu saja.. bye