Tuesday, September 8, 2009

Jaminan hendaklah disertakan tindakan !

"diantara perkara yang paling suka diatas muka bumi ini, apabila para sahabat yang berstatus dan berpendidikan tinggi sudi hadir kemajlis yang dijemput. Terima Kasih para sahabat yang sudi hadir dimajlis berbuka puasa semalam (7hb. Sept.2009)".
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membela kebajikan penjawat awam di negara ini.

    Beliau berkata bagaimanapun segala langkah yang diambil dalam membela nasib penjawat awam akan mengikut kemampuan yang ada pada kerajaan.

    "Bila saya buat tinjauan mesra walkabout, bila saya perkenalkan Rakyat Didahulukan (ia) termasuk juga penjawat awam, kita akan bela dengan kemampuan yang ada pada kerajaan," katanya pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Komen saya,

Ini menunjukkan bahawa Dato' Najib faham betapa pentingnya penjawat awam dalam mengekalkan sokongan kepada kerajaan. Jentera yang paling berkesan untuk mempengaruhi rakyat menyokong kerajaan yang didokong oleh UMNO dan BN. Bukan perkara mudah untuk mendapat sokongan yang jitu dari penjawat awam.

Oleh itu adalah diharapkan perhatian yang akan diberi oleh Dato' Najib terhadap penjawat awam itu tidak hanya manis dibibir saja, mesti dilakukan dengan tindakan yang bijak dan perhatian yang benar-benar boleh menyakinkan, kalau tidak bimbang nanti penjawat awam akan membalas dengan mengalih undi kepada parti pembangkang dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Suara tidak puas hati dikalangan penjawat awam jangan diambil mudah dan dianggap remeh, kerana kalau pun ada tuntutan yang mereka minta itu adalah permintaan yang menasabah dan tidak keterlaluan dan permintaan mereka melalui pertubuhan tidak semestinya dilayan semua, tapi kena beri perhatian.

Suara penjawat awam yang tak puas hati didalam pentadbiran kerajaan juga hendaklah diberi perhatian dan diambil kira kerana luahan rasa mereka itu adalah sangat berasas dan memang berlaku, maka kerajaan kena juga akur ketidakpuasan dikalangan penjawat awan yang tidak puas hati diatas perlantikan pegawai tertinggi dalam kerajaan terutamanya mengamalkan keputusan yang suka menyambung perkhidmatan pegawai yang seharus dan wajib berpencen atau bersara.

Sambung perkhidamatan KETUA SETIAUSAHA NEGARA dan KETUA POLIS NEGARA menunjukkan dalam pentadbiran kerajaan tidak ada pengganti ataupun pelapis yang berwibawa dan ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal dalam menyediakan pemimpin pentadbiran pelapis yang berwibawa, amalan ini amat bahaya kepada pentadbiran kerajaan kerena apabila tidak ada pelapis yang berwibawa maka kerajaan akan bermasaalah dan boleh menjejaskan pentadbiran awam yang mengakibat akan merosakkan imej kerajaan. Bagaimana sekiranya orang itu mati mengejut sedangkan tidak ada pelapis yang layak?

Lagi pun penyambungan perkhidamatan kepada orang yang sudah bersara bererti menyekat peluang kenaikan pangkat dan rezeki kepada orang lain, orang dibawah teringin juga mendapat jawatan yang tertinggi dan dengan menyambung perkhidmatan orang yang sepatutnya bersara ini mendatangkan kekecewaan kepada orang lain, maka perkhidmatan awam juga akan terjejas apabila mereka berkhidmat dengan perasaan kecewa.

Dan kepada orang yang disambung perkhidmatan itu harus juga sedar bahawa dengan mereka menerima tawaran untuk disambung itu bererti dia juga sedang menyekat peluang kenaikan pangkat rakan-rakannya dalam jabatan. Disinilah letaknya kehormatan, jangan sudah orang dibawah muak baru mahu gelungsur turun, jadilah pemimpin yang berkonsepkan 'kepimpinan melalui teladan'.

No comments: