Monday, September 28, 2009

'Labu Sira' & Kerajaan Kelantan Cacamarba !

Assalaimualaikum.
Selamat berjumpa kembali setelah lama tidak up date blog ini kerana beraya sakan. Alhamdulillah bermula setelah kesihatan tubuh badan segar dapatlah kita sama-sama bertukar celoteh dengan beberapa topik yang didengar dan dilihat sepanjang 'Hari Raya' AidilFitri 2009 ini.

Raya tahun ini bukan saja menzairahi sanak saudara dikampung tapi berpeluang ke negeri jiran Trengganu untuk beraya dengan sahabat yang mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga. Raya ala orang kampung dengan jamuan yang enak dengan masakan daging gulai, sup tulang serta budu petai agak menyenangkan dan lalu makan sehingga bertambah suami isteri.

Yang paling menyeronokkan apabila dapat mengecap 'Labu Sira' yang sudah lama tidak merasa kerana berada di Ibu Kota tidak berjumpa dengan masakan "Labu Sira" lagi, tidak seperti budu dan petai senang didapati dimana-mana kedai masakan kelantan.

Beraya di Kampung Tok Dor, Jertih tidak terasa beraya dinegeri orang, seperti beraya di Kelantan juga kerana rata-rata penduduk disana bercakap pelek Kelantan dan gaya bahasa kelantan, masakan pun, masakan kelantan. Jadi betullah kata cerita orang, Jerih itu asalnya negeri kelantan hanya sejarah silam yang meletakkan jertih itu sebahagian negeri Trengganu. Itu adalah sejarah, tapi hakikatnya bagaimana?.

Selama 10hari berada di Kelantan semasa berpuasa dan berhari raya banyak cerita menarik didengar, ada yang seronok dan ada juga yang binggong terutama apabila melihat suasana pentadbiran kerajaan negeri yang semacam berkucar kacir. Ini kerana terdapat ada pegawai Kerajaan negeri yang berpangkat besar yang gajinya berpuluh ribu ringgit (Jusa) telah di 'Pool' dalam satu bilik kecil dengan satu meja dan lima biji kerusi.

Mereka yang di 'Pool' sekarang menerima gaji buta, tak diberi tugas untuk bekerja, yang peliknya dalam keadaan kerajaan negeri kekurang wang untuk membayar gaji kakitangan kerajaan ada pula trajedi kakitangan yang bertaraf Jusa yang gajinya lumayan tidak diberi tugas dan tanggongjawab. Ini membazirkan wang rakyat, berpuluh ribu ringgit dibuang begitu saja, sekiranya pegawai itu sudah tidak berguna lagi kepada pentadbiran kerajaan pecat saja mereka itu, kenapa dibiarkan berada dipejabat dengan dibayar gaji buta atau pegawai itu sengaja dibuat begitu kerana ada udang disebalik batu.

Yang peliknya lagi, YAB Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri tidak berbuat apa-apa, walaupun kejadian itu berlaku sudah hampir lebih 100 hari. Disini rakyat bertanya apa fungsi Menteri Besar dan Exco dalam menentukan Pentadbiran Negeri tidak menjadi cacamarba. sekiranya perkara sebegini berlaku tidak mustahil satu hari nanti hanya tinggal seorang saja penjawat tertinggi dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri kerana yang lain semuanya di 'Pool' sebab kuasa hanya berada ditangan beliau dan Menteri Besar dan Exco hanya menjadi papet dan boneka saja.

No comments: