Sunday, September 13, 2009

SMS dari Masjid Nabi.

  • Jam 11.00malam di kota Madinah. Kawe baru selesai menunaikan solat Isya dan terawih 20 rekaat. Seluruh jemaah di Masjid Nabawi menangis syahdu mengaminkan doa iman pada solat witir ke 2, selama 20 minit. Imam memohon kehadrat ilahi agar umat Islam diseluruh dunia bersatu. Saling sayang menyayangi dan bersedia berkorban mempertahankan syariat Islam di bumi ini. Kawe sayu bila teringatkan umat Islam dibumi kita yang ralik dok berpecah, balah bermatian pertahankan politik puak masing-masing. Terasa sungguh damai dibumi anbia ini bila seluruh umat Islam dari seluruh pelbagai bangsa pelusuk dunia berkumpul mengabdi diri kepada penciptaNya tanpa batasan politik, puak dan negara. Mereka memuji Malaysia dan Mahathir. DS Najib, Muhyuddin, Anwar Ibrahim hatta Nik Aziz. Yang kurang dikenali disini bila kawe tanya kenal ko tidak Anuar Musa, Hj.Alwi dan Lim Kit Siang, mereka jadi terpinga2 bengong sebentar. Kawe pun rasa nak su'ka dan tergelak besar kerana Malaysia yang mereka puji sebenarnya amat dahysat perpaduan Islamiah. Kawe pun tak pasti sama ada ibadat kawe disini diterima oleh Allah swt. atau tidak kerana Nik Aziz kata orang UMNO tak bau syurga. Sekadar celoteh buat ilham demo tulis dalam blog.

Bersesuai dengan pengakuan Dato' Najib bahawa UMNO adalah parti Islam. dan PAS juga mengelar partinya adalah Parti Islam se Tanah Melayu, tepatlah isi kandungan yang dihantar oleh seorang hamba Allah yang berada di Madinah itu bahawa umat Islam dari negara lain memuji negara kita Malaysia yang mempunyai nama tersohor didunia dan pemimpinnya adalah berugama Islam.

tapi jauh dari itu kerana kepentingan politik nampaknya pemimpin Islam Malaysia tidak boleh bersatu,. salam yang diberi tidak disahut, tangan yang dihulur tidak disambut tawaran yang diberi tidak diterima dengan ikhlas bahkan dibalas dengan perli yang boleh menyakitkan hati. Malang sungguh semua pemimpin politik bercakap tentang perpaduan, kerana mereka tahu 'bersatu itu teguh' tapi mereka membiarkan supaya melayu tidak bersatu.

Pelawaan Dato' Najib kepada PAS untuk mencari titik permulaan supaya Melayu dan Islam bersatu disambut dingin oleh pemimpin PAS, kisah silam diungkit, sedangkan dalam Islam menuntut supaya bermaaf-maafan. Apakah PAS tidak boleh maaf sekiranya mereka berkecil hati terhadap UMNO setelah kerajaan campuran hancur. Sedangkan sekarang ini negara menuntut kepada perpaduan supaya kuasa MELAYU dan ISLAM terjamin sebagai pemerintah negara ini.

Kita tidak mahu negara kita nanti menjadi kerajaan boneka, pemimpinnya Melayu tapi segala dasar dan tindakan tidak menguntungkan Melayu dan Islam. Rekod UMNO telah terbukti sejak kita merdeka bahawa Melayu dan Islam terbela, jangan nanti kerana terlalu ghairah untuk menjadi jaguh kita menang sorak tapi negara tergadai. Oleh itu UMNO khasnya Dato' Najib kena bertindak bersihkan orang-orang yang tidak bersih dari memimpin parti diperingkat Bahagian dan Majlis Tertinggi supaya godaan PAS dan PKR tidak termakan dengan mudah oleh pengundi dalam pilihanraya ke 13 nanti.

UMNO dengarlah, masa masih ada. Ubahlah sebelum diubah.

No comments: