Thursday, November 5, 2009

Usahalah atas KEYAKINAN


Dato' Di, tokoh harapan UMNO Kelantan.

Gambar:

YB. Dato' Noor Zaidi (Dato' Di) Salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang juga sebagai SETIAUSAHA, Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Saya percaya, Dato' Mohd Najib akan tunai kata-katanya di Dewan Rakyat hari ini (4.11.09) berhubung dengan wang ihsan untuk rakyat Negeri Kelantan. Wang Ihsan itu adalah royalti minyak hasil daripada permohonan YAB Menteri Besar Kelantan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Nama tidak penting, yang pentingnya duit akan disalurkan ke Kelantan untuk rakyat Kelantan dan Negeri Kelantan, bagaimana cara dan keadehnya tidak perlu dipersoalkan lagi yang pentingnya Dato' Mohd Najib telah bersetuju untuk menyalurkan duit hasil bumi Kelantan ke Kelantan.

Jelas, tuntutan Kerajaan Kelantan telah berhasil supaya hasil dari lautan dalam kawasan Kelantan dikembalikan kepada rakyat Kelantan dan jelas juga bahawa slogan Dato' Mohd Najib iaitu 1Malaysia, rakyat didahulu telah tertunai sudah untuk rakyat Kelantan kerana itulah harapan seluruh rakyat Kelantan supaya Kelantan juga akan terus membangun bukan saja bersama Islam tapi membangun bersama pembangunan yang pesat dan moden.

Tapi siapakah sebenarnya yang untung, setelah wang ihsan mengalir di Kelantan?

Terdirinya bangunan pencakar langit yang 'gah', siapa punya, siapa kontartornya, lesen siapa yang dipakai. Terbinanya lebuhraya yang besar dan panjang siapa pembuatnya, lesen siapa punya dan harganya berapa ratus juta dan seturusnya pertanyaan, UMNO untungkah atau orang-orang terpilih dalam UMNO yang untung?.

PAS tentu untung kerana orang-orang PAS akan kata inilah "berkat" hasil doa Tok Guru, orang kampung akan percaya dan akan terus memangkah PAS dalam pilihanraya. Ini akan terjadi kerana sehingga kini ramai pemimpin dan ahli-ahli UMNO tidak yakin UMNO dapat menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.

Kini, nampaknya Dato' Mohd Najib sudah YAKIN bahawa UMNO mempunyai peluang yang cerah untuk merampas Kelantan ketangan BN itulah sebabnya tuntutan yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan disambut dengan lemah lembut dan diistihar bahawa rakyat Kelantan akan dapat menikmati hasil buminya dengan menyalurkan wang tersebut tanpa berselindung.

Dato' Mohd Najib sudah YAKIN, saya pun YAKIN dan sekiranya semua ahli UMNO YAKIN tidak ada sebab lagi untuk beberapa pemimpin UMNO Bahagian di Kelantan bercakaran sesama sendiri yang boleh merosakkan impian Presiden UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Dato' Mustapha Mohamed yang mahu melihat Kelantan diperintah oleh BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Ahli-Ahli UMNO Kelantan bermulalah dengan YAKIN.

2 comments:

Unknown said...

Apahal pulak dengan noor zaidi dengan cerita ds najib nak bagi wang ihsan...tak pasal-pasal orang yang dah tak leh pakai ni di tonjolkan...tapi yang tersurat namun yang tersiratnya, saya tafsir inilah manusia yang tak pernah memikirkan rakyat, takbur, sombong dan cakap belakang lain cakap depan lain...umno kelantan akan terus hanyut sekiranya org seperti ini terus wujud dan orang spt ini akan merosakkan umno pusat spt ds tengku adnan dan datuk rauf sekiranya terus dibelit dengan cakap manis, senyum dan kekayaannya....rasa-rasanya lebih baik bagi dia pelihara lembu dari jaga rakyat tumpat yang sudah menyampah dengannya kecuali mereka yang sanggu dibayar...

Rahmat Mokhtar Paranormal World Journey said...

Insyaallah BN akan memerintah kelantan..