Ada beberapa kumpulan di Kelantan sedang sibuk membuat lapuran kepada SPRM supaya satu penyiasatan dibuat terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pentadbiran YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, berhubung projek lembah sireh yang telah didedahkan oleh lapuran audit negara baru-baru ini.
Ekoran daripada itu pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat sidang akhbar dan mengaku terdapat kelewatan mengikut perjanjian diantara Kerajaan dengan pemaju tapi menafikan berlaku penyelewangan dan rasuah dalam melaksanakan projek di lembah sireh itu.
Pembangunan lembah sireh yang ditegur oleh audit supaya memastikan empat perkara iaitu Pertama membuat penilian terhadap sumbangan yang berkerjasama diantaranya kerajaan negeri dengan pemaju terutamanya harga tanah. Kedua perlu dikaji dengan teleti diatas projek kerjasama antara kerajaan negeri dan swasta serta adakan pematauan.. Ketiga pastikan syarikat memberi jaminan 'bon' kewangan dan Keempat pihak kerajaan negeri mesti teliti syarat perjanjian usahasama supaya hak kerajaan dan hak rakyat terjamin.
Tuduhan mengatakan kegagalan melaksanakan projek kerana ada penyelewengan adalah tidak betul dalam projek lembah sireh ini, manakala sebenarnya kerajaan telah mendapat keuntungan daripada terlaksana projek ini kerana kerajaan kelantan dapat menyelamatkan RM600 juta wang kerajaan pusat bagi membina tambatan banjir ditebing sungai kelantan..
Dan kini kerajaan mendapat keuntungan sebanyak RM 41 juta manakala MPKB BRI dapat mengutip pendapatan hasil daripada projek lembah sireh hari ini sebanyak RM900. ribu tiap-tiap tahun. Itu pun baru hanya 230 ekar dibangunkan daripada 700 ekar keseluruhannya yang diberi pindah milik secara pajakan.
Kini nama syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. tersohor, semua rakyat kelantan menyebut yang mana nama Dato' Giok juga bermain dibibir orang kelantan kini. Hebat Dato' Giok, siapakah Dato' Giok adakah beliau rakyat negeri Kelantan dan ahli perniagaan yang berjaya di Kelantan atau beliau adalah salah seorang yang akan melabur di Kelantan bagi membangunkan kelewatan pembangunan negeri kelantan diatas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap negeri Kelantan.
Episod projek lembah sireh tidak akan habis begitu saja, kerana isu ini saja yang boleh dimainkan oleh pihak UMNO melalui balaci-balacinya untuk dihidangkan kepada rakyat dan surat kabar pro UMNO. Isu air, depu, ladang rakyat sudah tidak termakan kerana rakyat kelantan sudah tak ada selera dengan tomohan yang dibawa oleh UMNO.
Keghirahan balaci UMNO membawa isu projek lembah sireh dalam arena politik kelantan tentunya akan memakan diri, tidak cekap mencari maklumat dan terburu-buru akan mengakibatkan pemimpin UMNO Kelantan tersepit dan akan 'hancur' hayat politiknya. Sejarah telah membuktikan,
Sekiranya balaci UMNO tidak mahu pemimpinnya dihimpit dan tersepit, berhentilah, sementara masa masih ada. Lajak perahu boleh diundur terlajak kata boleh dimaaf tapi apabila terlajak perbuatan padahlah akibatnya.
Kerajaan PAS tersenyum apabila balaci UMNO membangkitkan projek lembah sireh. Siapakah balaci UMNO yang berselindung disebalik NGO di Kelantan hari ini dan adakah gerakan ini sengaja diadakan untuk meletak Dato' Pa dan Dato' Awang Adik dalam serbasalah atau niat untuk menghancurkan masa depan politik Dato' Pa kerana adalah didapati ada insan dibelakang gerakan NGO tersebut.
Siapak orangnya, insan tersebut. yang begitu berani membangkitkan isu lembah sireh yang melibatkan seorang yang bernama Dato' Giok.
Kita yakin semua isu tersebut akan terpadam apabila wang royalti minyak dipulangkan kepada kerajaan negeri Kelantan oleh Patronas dan Kerajaan BN kerana Negeri Kelantan adalah sebuah negeri yang bertuah yang dikenali dengan nama negeri serambi mekah yang mana rakyat terbanyak adalah berugama Islam dan Melayu dibawah pimpinan YAB Tok Guru Nik Ab.Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar yang terbukti Bersih, Jujur dan Amanah.
No comments:
Post a Comment