Tuesday, September 6, 2011

PAS diingatkan, jangan lalai.


Salam Bahagia dan selamat bertemu lagi setelah bercuti menulis selama beberapa hari kerana saya ke Tanah Suci Mekkah, berhari raya disana bersama isteri tersayang Hajjah Mahani Abd. Ghani dan hari ini sempat menatap beberapa berita politik tanahair.

Diantaranya, UMNO Kelantan percaya dapat memerintah Negeri Kelantan selepas PRU 13 kerana UMNO akan menang 23 kerusi. Itulah kenyataan terbaru dari Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Mustapha mengeluarkan kenyataan tersebut di Pasir Mas yang mana di Bahagian Pasir Mas sendiri kedudukan UMNO masih gelap untuk memenangi sebarang kerusi sama ada kerusi DUN Tendung, Pengkalan Pasir atau Cetok. Sekiranya di Pasir Mas UMNO tidak dapat menang walaupun satu kerusi sedangkan di Perlimen tersebut adalah kerusi tradisi UMNO, mana mungkin UMNO boleh menang 23 kerusi di Kelantan. Mustahil.

Mustahil untuk UMNO menang kerana rakyat Kelantan keseluruhan telah menolak kepimpinan UMNO di Peringkat Bahagina-Bahagian kerana jelas sikap pilih kasih dan kroni masih diamalkan oleh mereka yang berkuasa diperingkat Bahagian. Contoh jelas, apa yang berlaku di UMNO Bahagian Pasir Mas, dimana duduknya bekas YB. Haji Fauzi Mamat, ADUN Tendung dalam arus kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Mas, apakah Fauzi tidak ada pengaruh langsung terhadap rakyat di Tendung. Apakah kerana kalah bertanding dalam kepimpinan UMNO Bahagian maka Haji Fauzi dijadikan 'ular air' di Bahagian Pasir Mas.

Itu adalah sebagai contoh kecil bagi menafikan hasrat Mustapha untuk memerintah Kelantan, tidak termasuk cerita seorang Ketua Bahagian telah mengugut untuk menyaman syarikat yang dimiliki oleh keluarga Naib Ketua Pemuda Bahagian kerana lambat dapat wang komisen projek. Kabarnya Ketua Bahagian tersebut sudah dapat RM2 juta untuk tidak meneruskan tindakan hasrat untuk membawa kes tersebut di mahkamah.

UMNO Kelantan dinasihat supaya jangan bercakap besar terlebih dahulu. Apa yang perlu Mustapha buat untuk masa ini ialah 'mendisiplin' Ketua-Ketua UMNO Bahagian supaya melaksanakan hasrat Presiden UMNO iaitu disetiap Bahagian jangan ada puak. Selagi dalam Bahagian ujud puak-puak selagi itulah rakyat akan menjauhkan diri dari UMNO.

Bagaimana UMNO nak menang apabila rakyat tidak menyokong. Jelas kenyataan Mustapha bahawa UMNO Kelantan akan menang 23 kerusi dalam PRU 13 adalah semata-mata untuk menutup kelemahan kepimpinan UMNO Bahagian-Bahagian di Kelantan. Mustpaha tahu dalam UMNO Kelantan ada banyak masaalah tapi beliau tidak mampu untuk mengatasinya lantas untuk menyakinkan UMNO Malaysia beliau memaksakan diri membuat kenyataan yang 'retorik' itu.

Sekiranya UMNO boleh menang 23 kerusi itu bukan rakyat nak sokong UMNO tapi rakyat nak ajar wakil rakyat PAS yang lalai dan lupa asal usulnya.

No comments: