Kelmarin dikabarkan UMNO Bahagian Ketereh telah membubarkan Parlimen yang mana kerusi tersebut dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) iatu Aziz Kadir adalah wakil rakyatnya yang telah mengalahkan Tan Sri Anuar Musa pada tahun 2008 ketika itu Anuar Musa adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
Tujuan pembubaran adalah bagi membolehkan UMNO mengada simulasi (pilihanraya olok-olok) supaya UMNO menang dalam pilihanraya olol-olok yang sedang rancak diadakan di Kelantan sekarang ini. UMNO Ketereh tidak melepaskan peluang ini supaya ahli-ahli UMNO dapat diperbodohkan yang mana pada 30hb. September nanti iaitu hari menabur pitih akan diumumkan bahawa UMNO Ketereh menang semua DUN dan Parlimen.
Dalam majlis kelmarin yang hadir terdiri daripada pemimpin UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri hadir juga semua pemimpin UMNO cawangan, Guru-Guru, KEMAS, JKKPP dan pegawai parti dalam Kerajaan Persekutuan yang dibekalkan dengan baju merah sesuai dengan slogan UMNO Kelantan 'gelombang merah'.
Anuar Musa bersyarah, Alwi Cik Mat bersyarah yang tentunya mereka berdua akan bertanding dalam PRU 13 nanti sekiranya PM Najib tidak tunai janji iaitu untuk meletakkan calun yang boleh memberi kemenangnan kepada UMNO pada PRU nanti. Kerana yang jelasnya Anuar Musa tidak lagi disokong oleh semua jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh untuk dijadikan calun pada PRU 13.
Manakala Alwi Che Mat sudah menanyang body sebagai calun utama untuk dicalunkan bertanding di kerusi Parlimen Ketereh. Perlu diingat Alwi Che Mat pernah menjadi wakil rakyat Parlimen Ketereh pada tahun 2004 tapi tidak dicalunkan oleh Anuar Musa pada tahun 2008 kerana Anuar Musa sendiri bertanding yang akhirnya Anuar Musa dikalahkan oleh Aziz Kadir kerana dibantu oleh ahli UMNO yang kecewa kerana Alwi Che Mat ditukar bertanding di DUN Kok Lanas oleh Anuar Musa.
Siapakah ahli UMNO yang kecewa apabila Anuar Musa tidak memberi laluan kepada Alwi Che Mat bertanding, untuk mendapat jawapan yang tepat bolehlah bertanya Cikgu Mat Yani kerana beliau bersama saya berada ditempat kejadian selepas pengumuman penamaan calun berlangsung. Tapi malangnya selepas pilihanraya umum ke 12, Cikgu Mat Yani di war-warkan sebagai salah seorang yang mengempen untuk mengalahkan Anuar Musa. Fitnah terhadap Cikgu Mat Yani berlaku sampai kepada hari ini, itulah sebabnya walau pun Cikgu Mat Yani menang besar dalam pemiliham G7 dan Ahli Jawatankuasa Bahagian, beliau tidak diberi peranan yang sepatutnya oleh Anuar Musa.
Kelmarin Cikgu Mat Yani diberi tugas dan tanggongjawab bagi mempastikan pilihanraya olok-olok dijalankan dengan lancar, itu pun atas arahan Pengarah Pendidikan Kelantan, tapi Mat Yani ni jenis gila kepada kerja parti, walau pun dia tahu pemimpin UMNO Ketereh tak suka kepadanya tapi dia tetap 'holor' kepala untuk bekerja. Nak kata dia 'gila' nak jadi calun tak menasabah kerana dia tahu pada PRU 13 ni semua kerusi di Perlimen Ketereh UMNO akan kalah.
Kalah kerana DUN Kadok dah tentu milik PAS, lagi cepat kalah sekiranyan Basri Awang diturunkan sebagai calun UMNO kerana Basri Awang dilihat calun yang diturunkan oleh Fatmi Che Salleh iaitu Setiausaha Politik PM Najib. orang Ketereh 'geli' dengan orang PM Najib disebabkan kisah yang silam dimasa Anuar Musa jadi Menteri Belia dan Sukan dulu.
DUN Melor pula UMNO ketandusan calun, Nama Cikgu Zemi yang sudah dua penggal jadi calun dan kalah pada tahun 2008 sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Melor tapi nampaknya itulah yang UMNO ada kerana Cikgu Seman Jawatankuasa UMNO Bahagian yang selalu dapat undi tinggi dalam pemilihan telah pun dinasihat supaya tidak memasang angan-angan untuk jadi calun dan diminta tumpu kepada perniagaan (banyaklah agaknya projek yang akan dapat kepada Cikgu Seman lepas ni).
Ada seorang lagi yang bergelar 'Ustaz Mat Wee' adik kepada Ustaz Harun yang menjadi talibarut UMNO sebagai pencermah upahan (hahahha) yang juga disebut-sebut, tapi Ustaz Mat Wee telah tumbang awal lagi apabila kalah bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh kepada Adik Mat (Mohamed Abdullah) tahun lalu. Ustaz Mat Wee dikatakan calun yang disokong oleh Alwi Che Mat manakala Adik Mat disokong oleh puak-puak Mat Yani dan Zudi.
Hanya tinggal di DUN Kok Lanas yang masih dikuasai oleh UMNO pada PRU 12 lalu, itu pun menang hanya 500 undi walaupun ada kem tentera dan nama Alwi Che Mat masih harum pada ketika itu, harum bunga 'tahi ayam', yang mana masih tak nampak 'Kejahatan berpolitik sesama sendiri'. Sekarang sudah lain, yang mana orang yang siang malam bekerja untuk kemenangan Alwi Che Mat dalam PRU 2008 lalu telah keluar UMNO dan menyertai PAS dengan satu niat iaitu untuk mengalahkan Alwi Che Mat dimana saja Alwi bertanding. Orang itu adalah dikenali nama Pak Da Kori (Zahari Hassan) Pak Da Kori adalah sahabat Anuar Musa yang mana makan, minum dan tidur sebantal bersama dengan Anuar Musa.
Pernah satu waktu dulu, lebih kurang jam 4 pagi, dari mana sebenarnya Pak Da Kori dan Alwi Che Mat datang sehingga kereta yang dipandu oleh Alwi Che Mat dilanggar oleh kuda. Adakah kuda diturun dari langit untuk menghalang kejadian yang tidak baik akan berlaku ataupun telah berlaku?.
Hanya Pak Da Kori dan Alwi Che Mat saja yang tahu.
No comments:
Post a Comment