Saturday, September 24, 2011

Tok Guru & Hukum Hudud.


tertib, seorang tok guru.


Parti politik mana yang tak mahu sokongan rakyat?. Semua parti politik yang mahu bertanding dalam Pilihanraya wajib hendak kepada sokongan rakyat terutamanya pengundi. Jadi 'gilalah orang iitu ' sekiranya tidak mahu sokongan untuk menang pilihanraya.


Dalam akhbar yang dikuasai oleh UMNO hari-hari mencemohkan bahawa Parti PAS bercakap pasal Hukum Hudud kerana ingin mendapat sokongan rakyat bagi memenangi pilihanraya. Yang peliknya kenapa UMNO mempertikaikan hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.


Jawabnya senang, kerana UMNO takut umat Islam di Malaysia menyokong hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan mengundi PAS dalam pilihanraya umum yang membolehkan Kerajaan BN akan tumbang dan diganti dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.


Sebenarnya bukan semua pemimpin Islam UMNO menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, ramai yang menyetujuinya terutama ketua-ketua cawangan UMNO yang tidak ada kepentingan peribadi, mereka melihat kejujuran Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebagai serius untuk melaksanakan hukum hudud. Mereka sokong Tok Guru secara diam kerana mereka tidak mahu bertegang leher dengan pemimpin UMNO Bahagian yang telah terpesong dalam mentafsirkan kejujuran Tok Guru Nik Aziz.


Penyokong dan pemimpin UMNO yang cetek ugama pun nak ulas soal hukum hudud kerana nak tunjuk pandai dan dapat peluang gambarnya terpapar disurat kabar sedangkan mereka tidak tahu pun sejauh mana hukum hudud dapat dilaksanakan dengan seadil-adilnya. Maka adalah orang cuba mendabik dada mengambil isu hukum hudud untuk dipertikaikan kejujuran Tok Guru Nik Aziz.


Saya ingin nasihatkan kepada semua para kaum kerabat dalam UMNO yang tidak tinggi ilmu ugamanya, tak usahlah nak jadikan isu hukum hudud untuk nak cari keuntungan politik murahan, kerana dalam hal ugama ini sekiranya terlalai hukumannya berdosa dan sebagai orang Islam kita seharusnya hindirkanlah diri daripada dosa sebelum ajal menjemput kita.


Banyak lagi isu lain yang boleh UMNO ketengahkan untuk memutarkan fikiran rakyat supaya tidak menyokng parti Pakatan Rakyat, hanya yang perlu diusahakan, bagaimana nak suruh rakyat percaya kepada UMNO dan BN. Kerana semakin hampir ura-ura pembubaran parlimen sudah dekat hendak diadakan, maka semakin jelas nampak kemuakan rakyat kepada UMNO dan BN.


Keyakinan Rakyat Malaysia terhadap kerajaan baru (PR) semakin menebal dan telah tersemat dalam hati sanubari untuk kepusat pengundian bagi memangkah parti pakatan rakyat, PAS, PKR dan DAP dalam PRU ke 13 nanti.


Kebijkasaan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan menawarkan, Keberanian berjuang menegakkan Keadilan serta menentang kemungkaran, Kejujuran melaksanakan hukum-hukum ugama Islam dan Kesabaran menghadapi tuduhan dan tomohan dari musuh politik terutamanya oleh UMNO tentunya akan menghasilkan keberkatan dan diterima oleh Allah swt.


Melalui undi rakyat, PRU 13 akan merubahkan sejarah politik tanahair. Insya Allah.

No comments: