UMNO tumPAS
Lama tak menulis, sibuk dan direhatkan. Alhamdulilah semuanya berada dalam keadaan terkawal dan baik, tambahan pula disertai oleh doa ikhlas dari para sahabat dari dekat dan jauh merintasi sempadan himalaya dan laut cina selatan.
UMNO tumPAS yang sangat popular dalam wall facebook waktu ini telah dapat melahirkan banyak ahli-ahli yang tidak berkepentingan diri, sama ada mereka itu ahli PAS, UMNO atau PKR dan juga yang tak 'reti' berparti, semuanya telah memberi sumbangan, kadang-kadang boleh menjejaskan ketenteraman seseorang terutamanya para pemimpin politik Kelantan.
Yang banyaknya, kritikan dan teguran dalam wall UMNO tumPAS telah mendatangkan hasil yang baik kepada rakyat, dengan adanya teguran yang berbunyi keras tapi membina telah banyak masaalah rakyat dapat diselesaikan, yang bertanggongjawab prihatin dengan teguran dan terus mengambil tindakan sehingga masaalah 'air car' pun dapat diselesaikan.
Begitu juga dalam menyelesaikan isu masyarakat dan hukum, baru-baru ini pada 5.11.2011 bertempat di Hotel Raudah, Kota Bharu, group UMNO tumPAS telah berjaya mengadakan 'BICARA HUDUD' yang mana pentas diisi oleh Mat Kamil Awang (MKA) sebagai pengerusi dan ahli penalnya ialah Dato' Mat Iraqi (Ulama), Dato' Dr. Mohd Fadhli, Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Sdr Tarmizi seorang peguam muda.
Bicara Hudud dikira berjaya kerana rakyat Kelantan yang hadir bersepakat menerima hasrat dan niat Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan, yang tak setuju pula tidak melahirkan pendapat dan hujah diwaktu majlis bicara hudud dilangsungkan tapi terus pertikai dalam facebook kerana yang hendak melaksanakan Hukum Hudud bukannya dari UMNO. Ertinya mereka yang menyokong UMNO secara buta dan tuli saja tak sokong Hukum Hudud.
Yang ada sikit panas dalam wall facebook UMNO tumPAS minggu ini berkaitan dengan YB.Takiyuddin Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, soal calun PRU 13 dalam PAS, Kota Bharu. Encik Zawawi Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan (hero subsidi baja) dalam isu 'wang mayang' dan calun BN Pasir Puteh serta 'Agah'nya pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kisah pembahagian daging lembu di Bachok.
Semua isu tersebut hanya sekadar percambahan minda dan percerahan maklumat untuk dihayati oleh penyokong dan diambil tindakan oleh yang disasarkan. YB Wakaf Baru, Tumpat ternyata amat prihatin menyelesaikan kepayahan rakyat.
No comments:
Post a Comment