Tan Sri Mahyuddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO dibelasah teruk oleh seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian. Demikian berita yang didengar hari ini dan apabila membelik berita daripada 'ways to get the latest news' maka terpaparlah kisah bahawa Mahyuddin dianggap sebagai pemimpin UMNO yang lemah sekiranya dibandingkan dengan Rosmah Mansor.
Demikian ditulis apa yang boleh difahami dari kata-kata Mohd Lukhman Ghani, Pegawai Khas kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah apabila membandingkan populoriti dalam carta orang yang diberi prioriti dalam UMNO didapati Mahyuddin kebawah kalau dibandingkan dengan Rosmah dan Maznah.
Itulah yang berlaku dalam UMNO, ahli jawatankuasa Bahagian sendiri sudah muak dengan kepimpinan yang berada dalam UMNO apatah lagi YB-YB UMNO yang kurang berminat dengan permainan politik dalaman sedang membina tapak untuk diterjah dalam PRU 13 terhadap kerakusan para pemimpin dan bini pemimpin UMNO untuk mengejar kemewahan.
Dalam perkembangan terbaru semasa ketiadaan PM Najib dalam negara kerana menunaikan ibadat haji banyak peristiwa berlaku yang boleh menghakiskan kuasa melayu dari terus bertapak di bumi Malaysia ini. Oleh itu adalah mustahak satu kesedaran dikejutkan kepada pemimpin politik melayu supaya cepat insaf bahawa negara sedang diambang keruntuhan.
PM Najib hendaklah mengambil sikap tegas supaya 'arjuna-arjuna upahan' berhenti daripada memaki hamun pemimpin pembangkang melayu dan menabur fitnah seperti apa yang dilakukan terhadap YAB Tok Guru Nik Aziz serta Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sesungguhnya bangsa lain sedang bersorak apabila setiap kali tulisan daripada 'arjuna-arjuna upahan' melayu tertera dalam blog ataupun facebook serta twitter.
UMNO akan kalah pada PRU13 nanti, bukan kerana UMNO tidak kuat, tapi UMNO gagal menawarkan orang yang benar-benar berjiwa rakyat untuk membela rakyat, ertinya diseluruh parlimen UMNO gagal meletakkan calun yang bersih daripada rakus kuasa dan berkepentingan diri terutamanya di Kelantan.
Gelombang PRU 13 ini bukan datangnya dari Kuala Lumpur tapi datang dari Kelantan yang semua rakyat berugama Islam mahu kesucian ugama Islam wajib dipertahankan. Runtuhnya parti PAS bererti runtuhlah parti yang memperjuangkan Ugama Suci Allah dan rakyat sudah bertekad akan mempertahankan Islam melalui menerajui Kerajaan Malaysia.
Arjuna-arjuna upahan yang secara sedar mengaibkan pemimpin melayu sepatutnya boleh dikurung tapi bukannya dalam 'sangkar madu' kerana walaupun swastika buta, tidak bererti tidak mampu melawan pemfitnah terhadap kekasihnya.
No comments:
Post a Comment