KJ mula membuka langkah.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah selesai melaksanakan tugas pemudanya apabila persidangan pemuda telah pun berlangsung. Ucapan Khairy Jamaluddin KJ jelas dituju kepada pucuk pimpinan UMNO apabila 3 perkara utama dapat di simpulkan.
Pertama KJ memberi ingatan kepada golongan yang muncul apabila waktu pilihanraya hampir menjelang tiba seakan-akan 'menjual diri' untuk dipilih menjadi calun, apabila dirinya tidak terpilih maka hilanglah mereka dari menonjolkan diri dan ada pula lari membantu pembangkang. Telahan KJ itu memang ada kebenaran dalam UMNO.
Kedua KJ telah memberi ingatan kepada pucuk pimpinan bahawa pemuda telah menyediakan senarai calun-calun dari kalangan pemuda yang mana KJ menegaskan bahawa calun pemuda adalah calun yang disukai oleh rakyat dan akan menang dalam pertandingan, bukan calun yang disenarai oleh agensi-agensi kerajaan seperti SB dan MIO.
Ketiga KJ minta Perdana Menteri supaya memberi peluang kepada Ketua Wanita Sharizat Jalil untuk terus menjadi menteri walau pun nama Sharizat telah dikaitkan dengan projek 'lembu' NFC yang diurus oleh keluarga Sharizat dengan mendapat pinjaman mudah daripada kerajaan sebanyak RM250 juta.
Tiga perkara diatas adalah isu yang dibawa oleh KJ bagi menghayun pucuk pimpinan UMNO bahawa pemuda UMNO akan terus setia kepada UMNO kerana KJ tahu tiga perkara yang dilontarkan itu akan dipenohi oleh PM Najib.
PM Najib Pertamanya tidak akan memilih calun payung terjun yang bukan dari kalangan orang UMNO seperti apa yang berlaku sebelum daripada ini, kedua PM Najib tentu akan memilih calun dikalangan pemuda seperti lazimnya dalam pilihanraya umum walau pun calun itu bukan dari senarai KJ sepenuhnya dan ketiga sudah semistinya dalam waktu menghadapi pilihanraya PM Najib tidak akan memecat menteri yang beliau lantik. Sharizat tentu terselamat.
Itulah kelebihan KJ bermain politik, menghayun isu yang sudah tentu akan dilaksanakan oleh pucuk pimpinan dan apabila perkara yang dilontar itu berjaya, maka orang pun bercakap bahawa suara KJ telah diikuti oleh pucuk pimpinan parti, pemuda pun membuka dada.
Selain daripada itu apa yang akan menjadi perhatian umum, apabila KJ mencetuskan perasaan beliau dalam membantu kerajaan tidak ditugaskan oleh PM Najib seperti mana ketua pemuda terdahulu yang mana pucuk pimpinan memberi tempat dalam kerajaan atau pun agensi kerajaan.
KJ mengambil contoh Zahid Hamidi, walau pun Zahid Hamidi dimasa menjadi Ketua Pemuda tidak diberi jawatan dalam kabinet tapi sekurang-kurangnya Zahid dilantik pengerusi Bank Simpanan Nasional BSN. Kata KJ,
"tapi dia dilantik pengerusi BSN, kurang-kurang boleh bagi kad kredit, saya nak bagi apa pun tak boleh", sindir ada makna daripada KJ kepada PM Najib. dalam ertinya itu.
KJ sudah mula membuka mulut dan menanti dengan membuka langkah. rupa-rupanya KJ ada startegi dalam diam membisu sebelum ini menerima apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO terhadap dirinya. Dan kerana PRU13 sudah hampir tiba, rentak KJ nampaknya sudah bermula, silap langkah pucuk pimpinan UMNO terhadap pemuda erti 'road to putrajaya' Pakatan Rakyat akan lebih mudah.
Dalam hal maruah dan hak, tentunya KJ tidak bermain dengan kata-kata.
No comments:
Post a Comment