Wednesday, June 10, 2009

Ibrahim Ali sokong UMNO?

Belum pun sampai masa untuk menentukan siapa calun BN dalam pilihanraya kecil Manik Urai dan mula tercetus suasana yang tidak seronok. Bekas Calun BN pada piliharaya umum lalu di ADUN Manik Urai telah membeber, tidak cukup dengan itu di kemukakan teori siapa calun yang akan kalah.

Ramzi Ab.Rahman Ketua UMNO Bahagian, Jalal dan Ketua Wanita adalah calun yang akan kalah sekiranya BN memilih mereka itu salah satu calun BN dalam Pilihanraya Kecil Manik Urai nanti, Inilah kenyataan yang telah disuarakan oleh Zulkepli (ZUL).

Jadi siapa yang akan menang?

Inilah penyakit dalam UMNO, tak habis habis dengan liku kepalsuan sebagai seorang pejuang, kalau tidak aku, maka akan kalahlah sebuah perjuangan dan kalau diminta supaya menunjukkan siapa yang patut menang, maka jawabnya cari lah orang yang lain selain daripada mereka itu, itulah jawapan yang paling mudah dan tidak bertanggongjawab.

Di Manik Urai, PAS tidak boleh berpeluk tubuh, PAS akan kalah dalam pilihanraya kecil nanti kerana kekuatan PAS sebelum ini disebabkan pengaruh Allahyarham Pak Su Wil, bukan kerana PAS kuat, yang kuatnya UMNO tapi kerana Allahyarham disukai oleh orang ramai maka beliau menang pada pilihanraya lalu. UMNO tidak pandai memenafaatkan kekuatannya.

Kali ini UMNO boleh menang, tak kira siapa calun, kerana UMNO kuat di Manik Urai, yang perlu dipersegarkan adalah orang muda yang tidak tahu sekolah politik, UMNO kena tahu dimana harus dimulakan kempen, UMNO kena lantik penjual yang berpengalaman untuk meraih undi, UMNO kena jerut orang atas pagar dengan intan permata, UMNO kena tawaf dikampung-kampung tradisional. UMNO kenapa pandai bermain kata-kata, UMNO kena tahu geletek pengundinya dimana. UMNO Boleh menang.

PAS juga boleh menang, bahkan akan menang mudah dengan mejoriti yang lebih besar, PAS kena tahu siapa orang UMNO yang akan bakar kelambu, PAS kena jual hukum hudud dan PAS kena tawar Syurga Fidausi. Orang kampung Manik Urai mahu mati masuk syurga, orang kampung Manik Urai akan setia kepada tok guru dan orang kampung Manik Urai benci kepada pemimpin yang berlagak sombong.

UMNO mahu penyokong PAS berpaling tadah seramai 800 orang. kerja itu bukan senang tapi mudah, ada pakar yang boleh bekerja, ada masa untuk berbicara dengan kepala keluarga kerana masa ini PAS sudah kehilangan punca kerana budaya UMNO telah dilaksanakan oleh pemimpin PAS Kelantan. Budaya cah genting telah bermaharajalela, lihatlah dalam muktamar PAS baru-baru ini, tidak ada seorang pun pemimpim PAS Kelantan dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, hasil daripada cah geting sesama sendiri.

PAS pula suka dengan kenyataan Zulkepli itu, kerana UMNO sudah dilihat retak dan biasanya retak dalam UMNO akan menjadi pecah. Pecah akan menutup peluang untuk UMNO akan menang dan disinilah perlunya kewibawaan seseorang pemimpin, untuk melihat pemimpin itu berwibawa maka pegawai tadbir hendaklah pandai mengurus dan sekiranya pengurusan itu hancur maka hancurlah harapan ahli UMNO diakar umbi untuk melihat UMNO menang di Manik Urai.

Tok Pa jangan lupakan orang semacam saya untuk sama-sama membantu UMNO. Pilih bulu untuk menyokong UMNO tidak menunjukkan teladan yang baik, semua orang harus digembelingkan tenaga untuk menyokong UMNO, hatta Ibrahim Ali pun hendaklah diberi peluang untuk berucap menyokong calun UMNO sekiranya beliau bersetuju.

Manik Urai hendaklah dijadikan sebuah piala untuk di hadiahkan kepada Dato' Najib sebagai tanda terima kasih ahli UMNO Kelantan kepada beliau yang telah melantik seorang menteri dan seorang timbalan menteri daripada rakyat Kelantan.

No comments: