Wednesday, June 29, 2011

PERKASA, BERSAMA, KITA bertanding PRU 13.

gambar ibrahim ali bersama yusof merah. 'pejuang melayu'.

Mungkinkah pada pilihanraya umum ke 13 nanti PERKASA akan bertanding disemua kerusi yang mejoritinya pengundi Melayu. Memerhati kepada kelajuan PERKASA mengambil bahagian untuk turut berhimpun pada 9.7.2011 bersama BERSIH 2.0 seperti ada 'signal' daripada PERKASA untuk menunjuk kekuatan kepada kerajaan.

Saya memerhati bahawa Presiden PERKASA YB. Dato' Ibrahim Ali mempunyai kekuatan untuk menghimpun orang-orang melayu supaya turun kejalanan bagi turut serta berpesta bersama Ambiga pada 9.7.2011 yang mana sudah beribu-ribu lapuran polis telah dibuat supaya perhimpunan itu disekat oleh kerajaan termasuklah lapuran polis yang dibuat oleh PERKASA.

Saya tidak berhajat untuk mengulas perhimpunan BERSIH 2.0 tapi ingin saya memuatkan berita berhubung parti-parti yang akan bertanding pada PRU 13 ini. Kepada saya walaupun PERKASA tidak didaftar sebagai sebuah parti politik tapi akan menjadi kenyataan ahli-ahli PERKASA akan turut bertanding sekiranya Presiden mereka tidak diberi tempat untuk bertanding atas tiket BN pada PRU 13 ini.

Ahli-ahli PERKASA tentunya merasa kecewa sekiranya pengerbonan 'bos' mereka yang mempertahankan kerajaan dan BN serta UMNO tidak diambil kira dan diberi tempat untuk bertanding atas lambang dacing kerana untuk mewakili UMNO tentunya tidak boleh disebabkan Dato' Ibrahim Ali telah dipecat keahlian UMNO seumur hidup.

Jadi Dato' Ibrahim hanya ada satu saja talihayat untuk bertanding atas parti kerajaaan iaitu melalui BN, sekiranya talihayat itu tidak menjadi sudah pasti beliau akan bertanding atas tiket bebas yang disokong dan didokong oleh ahli-ahli PERKASA sepertimana yang diwar-warkan di Pasir Mas minggu lalu dalam ceramah bersama Zulkepli Nordin.

Sekiranya itu terjadi maka pilihanraya umum ke 13 ini akan menyaksikan parti dari BN, PAS, PKR, DAP dan lain-lain serta parti KITA dan parti BERSAMA akan turut serta manakala ahli PERKASA akan bertanding diatas tiket bebas bersatu. Seluruh rakyat malaysia sedang menunggu lambang apakah Dato' Ibrahim Ali akan bertanding dalam PRU nanti.

Apakah Dato' Ibrahim Ali akan memecah rekod dunia sebagai seorang ahli politik yang serba boleh mewakili rakyat di parlimen kerana dalam usia politik beliau sudah tiga parti besar di malaysia pernah beliau mewakilinya didalam parlimen.

Dato' Ibrahim Ali pernah jadi ahli parlimen parti semangat 46 (1990), senator UMNO (1998) dan ahli parlimen PAS (2008) kini sebagai ahli parlimen bebas yang mengepalai PERKASA yang memerlukan sentuhan PM Najib bagi membolehkan beliau bergantung kepada UMNO.

No comments: