Monday, May 20, 2013

Najib dan Anwar memiliki perangai yang sama?

Jangan pertikai berhubung perlantikan 7 orang menteri dari ugama krestian kerana masih ramai lagi menteri yang berugama Islam dan ada juga menteri yang berugama lain. Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya boleh mengamalkan ugama berbagai-bagai. Tak salah.

Lagi pun Yang DiPertuan Agong dah setuju, rakyat mesti menghormati sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem berpelembagaan. Mempertikaikan menteri yang dilantik berada dalam kabinet bererti tidak setuju dengan apa Yang DiPertuan Agong setuju, itu tidak molek, sebagai rakyat yang diasuh supaya bertatasusila.

Apa yang boleh dipertikai ialah kenapa Bung Mokhtar yang dah lama menjadi ahli Perlimen tidak dilantik sebagai Menteri, Beliau juga berasal dari Sabah, kenapa wakil daripada PRS hanya ditawar sebagai Timbalan Menteri sedangkan beliau juga dah lama jadi Timbalan Menteri kenapa tak dinaikkan pangkat jadi Menteri, beliau juga berasal dari Serawak.Itulah kuasa namanya

Apa yang terjadi adalah kerana kuasa. Sesiapa yang berkuasa dan jadi ketua akan mengunakan kuasanya ikut citarasanya, itulah terjadi dalam pembentukkan kerajaan hari ini, oleh kerana Najib sebagai ketua dan berkuasa, beliau lakukan atas pertimbangannya, sama ada orang suka atau tidak suka, beliau peduli apa kerana dia sebagai ketua dan berkuasa.

Begitu juga semasa hendak memberi watikah kepada mereka yang dicalunkan semasa PRU13 lalu, sama ada BN atau PR sama saja, cakap saja akan meletakkan calun yang berwibawa tapi apabila sampai masa semuanya lantik keluarga dan temna rapat sebagai calun, cakap lain buat lain, kerana dialah ketua dan dialah berkuasa.

Sebab itu dalam PRU13 lalu, BN hilang 7 kerusi dan PR hilang 15 kerusi, semua itu kerana ketua tidak tunai janji, tidak meletakkan calun yang disukai oleh pengundi ertinya antara PM Najib dan Anwar Ibrahim sama saja 'gila guna kuasa'. oleh itu PRU 14 kelak selagi ketua tidak berubah, keputusan PRU pun tidak akan berubah.

No comments: