Saturday, April 26, 2008

3 PERISTIWA

Semalam 25hb April 2008, di Kelantan ada 3 perhimpunan besar.
Bertempat di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kota Bharu. YBM Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Cawangan di dalam bahagian sekitar jajahan Kota Bharu. Padat kehadiran ribuan peyokong beliau turut melimpahkan dewan tanda memberi sokongan dan melahirkan KECINTAAN kepada pejuangan beliau kerana penyokong beliau tahu perjumpaan semalam adalah untuk melahirkan hasrat beliau ingin menjadi Presiden UMNO yang ke-6.
Yang kudengar di Machang ada majlis ceramah perdana oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat PKR dan puluhan ribu manusia yang MENCINTAI perjuangan beliau hadir tanda memberi sokongan. Dan tentunya yang hadir itu bagi melahirkan sokongan kepada cita-cita beliau yang ingin mejadi Perdana Menteri yang ke-6.
Dan peristiwa yang ke-3 yang kulihat ribuan manusia menonton perlawanan bola sepak Piala Liga Perdana diantara Kelantan lawan Felda FC yang mana Kelantan menang cemerlang dengan 4-1. Setiap gol yang dijaringkan pasukan Kelantan, penyokong berpesta bersorak gembira .Kedudukan pasukan Kelantan sekarang sangat kukuh kerana rakyat Kelantan teramat MENCINTAI sukan bola sepak. Semenjak KAFA diterajui oleh Datuk Seri Panglima Anwar Musa, pasukan Kelantan menicpta nama yang cemerlang dalam arena sukan bola sepak negara.
Dalam ketiga-tiga peristiwa itu semuanya ada cita-cita YBM Tengku Razaleigh Hamzah bercita-cita nak jadi Presiden UMNO ke-6,Datuk Seri Anuar Ibrahim bercita-cita nak jadi Perdana Menteri Malayasia ke-6. Datuk Seri Anuar Musa bercita-cita nak memartabatkan pasukan bola sepak negeri Kelantan dan nampknya yang hampir berjaya adalah cita-cita Datuk Seri Anuar Musa yang mana walaupun berjaya tetapi tiada kuasa.
Ketiga-tiga peristiwa tersebut juga menggambarkan citarasa rakyat Kelantan. Masing-masing ada pilihan bak kata Ayat-Ayat CINTA "Lain Padang, Lain Belalang"

No comments: