Wednesday, October 7, 2009

Bagan Pinang; 'bersatu tapi tak setia'?


Sebenarnya keputusan parti mana yang menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang nanti akan mengambarkan minat rakyat malaysia berpolitik dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.


Terutamanya parti PAS dan Pakatan Rakyat, sekiranya PAS dapat mengalahkan calun BN di DUN Bagan Pinang nanti, suasana politik Malaysia akan bertukar arus, semangat PAS dan Pakatan Rakyat untuk menubuh kerajaan dalam pilihanraya ke 13 nanti akan berkobar-kobar begitu juga dengan rakyat yang kurang senang dengan kepimpinan UMNO di peringkat Bahagian, mereka akan terjemahkan kebenciannya dengan memberi kemenangan kepada parti Pakatan Rakyat.


BN boleh meredakan keghairahan Pakatan Rakyat itu dengan berusaha untuk mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang nanti, dengan menambah mejoriti BN boleh melemahkan Pakatan Rakyat dari terus dibuai mimpi tapi sekiranya BN tidak berusaha dengan keras dan mejoriti merusot atau pun kalah maka mimpi pakatan rakyat akan menjadi kenyataan. Mood boleh merubah keputusan politik.


Oleh itu teramat malang kerana nampaknya pemimpin UMNO Bahagian diseluruh negara tidak begitu berminat untuk datang membantu UMNO di DUN Bagan Pinang yang datang sedikit jentera dari wanita dan puteri UMNO untuk menolong, nampaknya ramai berharap UMNO akan menang kerana kawasan DUN Bagan Pinang adalah kawasan selamat buat BN.


Sepatutnya agenda utama seluruh orang UMNO adalah mahu melihat PAS hilang deposit di DUN Bagan Pinang, mereka patut datang kempen dari rumah kerumah supaya seluruh rakyat dalam DUN Bagan Pinang menolak PAS dan sekiranya jentera UMNO seluruh negara datang menghampiri kepada 14,000 pengundi maka tidak mustahil UMNO boleh menang besar.


Nampaknya dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ini, UMNO kurang startegi tapi banyak aktibiti sedangkan aktibiti belum tentu boleh menjaminkan kemenangan tapi sekiranya startegi itu betul tidak mustahil BN akan menang mudah di DUN Bagan Pinang dan PAS kecundang dengan membawa padah sehingga ke pilihanraya umum ke 13 nanti.


Yang takutnya apabila UMNO mengambil mudah, akibatnya akan terima padah.

1 comment:

mudz said...

Kenapa UMNO pilih Isa??

Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.

Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.

Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.


Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?


Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.

Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.