'pemimpin bahagian hendaklah berubah dan diubah'
'Sebelum mati" nak juga tengok UMNO dapat menubuh Kerajaan di Kelantan. itulah salah satu ayat yang disampaikan oleh Noor Zahidi wakil badan Perhubungan UMNO Kelantan dalam menyampaikan ucapan sebagai menyokong ucapan dasar Presiden parti.
Saya yakin ucapan itu adalah ucapan ikhlas sebagai seorang pemimpin, ucapan yang datang dari hati sanubari yang menjadi impain setiap orang pemimpin yang sudah kenyang, yang mahu melihat negeri kesayangannya terus membangun dan rakyatnya akan hidup dalam sebuah negeri yang aman dan stabil.
Begitu juga dengan ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi, mereka terus menyokong UMNO tak kira masa, tak kira wang ringgit kerana mereka mahu berteduh dibawah sebuah kerajaan yang diterajui oleh UMNO walaupun mereka tahu ada setengah pemimpin UMNO tidak peduli kepada kemenagan parti dalam pilihanraya asalkan mereka itu kekal sebagai Ketua Bahagian.
Biasanya pemimpin seperti itulah yang dapat layanan istimewa dari pemimpin parti diperingkat pusat, diberi semua permintaan untuk kepentingan peribadi pemimpin tersebut. Walaupun tahu Pemimpin Bahagian tersebut kerjanya kepada parti sebagai sambil lewa saja tapi Pemimpin dipusat terus memeliharanya. Isi saku dan kekayaan adalah menjadi keutamaan perjuangannya, minta projek sana sini kata nak tolong parti tapi masuk poket sendiri sedangkan ahli parti kering menjilat gosi.
Zaman Dato' Najib ini sekali lagi ahli UMNO disedarkan dengan slogan "Bangkitlah untuk terus berjuang" kemenangan sedang menanti didepan, 'Bangkitlah' 'Bersatulah' dan terus berjuang dengan merapatkan barisan, itulah pesanan pemimpin dan arahan yang diberi kepada ahli-ahli parti. Dan ahli-ahli parti yang tidak berjawatan penting diperingkat Bahagian akan akur kepada arahan dan kehendak Presiden, tapi bagaimana dengan pemimpin Bahagian, adakah semuanya akur kepada arahan dan saranan dari Presiden dan sekiranya ada yang tidak akur apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka itu?. Inilah persolanan yang tidak dijawab oleh pemimpin UMNO didalam perhimpunan Agung UMNO 2009 yang berakhir semalam.
Orang bawah sentiasa taat dan setia, tapi orang atas terutamanya di peringkat Bahagian bertindak ikut suka hati terhadap ahli, kalau ahli itu ikut telunjuk dia maka ahli itu dijaga tapi sekiranya ahli mempunyai pendangan yang berbedza maka orang itu akan disisih dan dipancung. Fanomen inilah yang membuat UMNO jadi lemah dan rebah kerana walaupun pucuk pimpinan UMNO diperingkat Pusat dan Negeri tahu tapi tidak berbuat apa-apa dan tidak ada tindakan yang diambil apatah lagi sekiranya pemimpin Bahagian itu ada hubungan intim dengan Setiausaha Agung UMNO. Maka segala kurap dan panau pemimpin UMNO Bahagian itu akan ditudung dan dilindungi.
Akibatnya, walaupun UMNO dibawa kepimpinan baru dengan semangat baru dan tekad baru untuk memperkasakan UMNO tapi sekiranya orang lama masih disitu, angin saja yang bertiup dan lalang tetap mendayu.
No comments:
Post a Comment