Monday, January 18, 2010

50 JUTA WANG RAKYAT ASING MISKIN.

  • 'wang levi telah diambil'
  • tapi pekerja tidak dibenarkan datang
  • cerita benar tapi pelik
  • itulah MALAYSIA kini.

Pada 19hb. Januari 2010 (esok, selasa). Jawatankuasa Kabinet mengenai boroh asing akan bersidang yang akan pengerusi oleh YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Isu perbincangan tentulah menjurus kepada bagaimana untuk mengatasi lambakan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Negara kita ini.

Isu yang kurang berjaya diatasi sejak dulu lagi, sudah berapa orang menteri bertugas di Kementerian Dalam Negeri (KDN) tapi hasil untuk mengurang atau membendong gejala ini kurang berhasil, yang berhasil ada yang dapat wang hasil daripada memberi kelulusan khas kemasukan pekerja Asing kesini. Hasilnya bukan sedikit mencecah ribuan juta ringgit malaysia.

Dan tentunya beberapa perkara keputusan yang akan dibuah dari hasil mesyuarat tersebut kerana masing-masing kementerian ada pakar yang mahir untuk dilontarkan ideal bagaimana cara dan keadah bagi mengurangkan 'masyarakat yang tidak diingini itu berada didalam negara yang aman dan makmur ini'.

Semua orang tahu untuk pendatang asing masuk ke Malaysia ini sangat mudah kerana keadaan sempadannya terdedah dan tidak berpagar, anggota keselamatan yang ditempatkan disempadan tidak mencukupi untuk mengawal kawasan yang luas, lagi pun banyak juga berlaku ketirisan yang disengajakan.

Pendatang asing yang masuk ke Malaysia ada beberapa ketegori, pertamanya mereka datang untuk mencari rezeki bagi menyara hidup, mereka terpaksa masuk secara haram kerana ada kemudahan dan mereka tidak mempunyai cukup wang untuk membayar levi. Keduanya mereka pada mulanya datang dengan mendapat kelulusan daripada kerajaan dan membayar levi dengan berhutang ikampung halaman mereka, setelah mereka datang bekerja disini wang yang dapat pada setiap tahun tidak cukup untuk membayar levi jadi mereka lari mencari kerja ditempat lain yang tak perlu bayar levi, maka jadilah mereka pekerja asing yang tidak sah yang boleh dianggap pendatang tanpa izin (PATI).

Ketiga mereka itu datang melalui sindeket maksiat, sama ada datang untuk menjadi pelacur atau GRO, mereka guna Visa Pelancong dan mereka tidak akan pulang selagi tidak ditangkap, mereka bekerja 22jam sehari untuk mengumpul seberapa banyak wang sebagai bekal dihari tua. Keempatnya mereka datang dengan niat jahat, mencuri, merompak, menipu, meragut dan merogol, mereka kebanyakannya mengunakan pasport palsu dan juga datang melalui jalan gelap dan haram yang ada petualangnya.

Gejala inilah yang menyebabkan ramai terdapat Pendatang Tanpa Izin berada di Negara kita ini, pedatang yang izin juga telah menjadi pendatang tanpa izin kerana sistem kerajaan selalu berubah-ubah, sistem di Kementerian Dalam Negeri (KDN) selalu berubah seperti pantai diipukul ombak, setiap menteri bertukar ada saja cara dan keadah bertukar, pegawai naik pening dengan mesyuarat yang tak habis-habis tapi sistemnya tetap sama, KPI pun tidak kemana kerana masalah kecil yang b oleh memalukan negara pun gtidak dapat diselesaikan.

Sebagai contoh, pada tahun 2008 dan 2009 Kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri telah meluluskan dan memberi kebenaran kepada ratusan majikan untuk membawa masuk pekerja asing dengan mengambil wang lavi. Dah menjadi rahsia umum wang levi itu sebenarnya wang dari bakal pekerja yang mahu datang bekerja di Malaysia. Tapi setelah wang levi itu dimasuk kedalam khazanah negara maka kelulusan yang diberi itu dibatalkan dengan sebab yang tidak masuk akal.

Adalah dianggarkan lebih kurang 50 ribu orang kelulusan dan calling visa dibatalkan serta merta untuk tidak membenarkan mereka masuk kerja di Malaysia sedangkan wang lavi yang dianggarkan lebih daripada 50juta ringgit malaysia telah diambil oleh kerajaan. Dan wang itu adalah wang dari rakyat miskin yang mengharapkan dapat datang mencari rezeki dibumi ISLAM malaysia yang tersohor ini.

Pihak KDN telah memberi alasan, wang lavi boleh dituntut balik oleh majikan, sedangkan semua pegawai tinggi KDN tahu dan sedar bahawa sekiranya majikan menuntut balik wang levi itu ianya tidak akan dikembalikan kepada tuan punya yang membayar lavi untuk datang bekerja di Malaysia dan mereka itu sudah lah miskin kini dibebani masaalah hutang di negaranya kerana permainan dasar oleh Kerajaan Malaysia.

Memandangkan sekarang ini ekonomi malaysia sudah pulih prmintaan barangan Malaysia diluar negara telah meningkat serta majikan memerlukan tenaga kerja yang ketara, apa salahnya sekiranya Kerajaan Malaysia membenarkan majikan yang telah mendapat kelulusan dn telahpun membayar levi dapat membawa masuk pekerja yang dipohonkan itu melalui satu sistem yang tidak melambakkan pekerja yang datang terkandas diairport dan sampai ketempat mengikut jadual yang dikhaskan.

Dengan itu kerajaan malaysia tidak akan dipandang menganyai rakyat negara miskin yang mahu mencuba nasib dengan menambah pendapatan untuk menyara hidup keluarga yang susah dan tidak semua yang datang itu jahat yang boleh menguggatkan negara. Bantulah rakyat miskin yang berugama ISLAM sesuai terkenalnya negera Malaysia adalah sebuah negara Islam yang dihormati diseluruh dunia.

Jangan pula kerana 50juta ringgit malaysia wang rakyat miskin yang disimpan dalam khazanah negara maka kita dilihat tidak mempunyai dasar yang menjaminkan kepercayaan negera lain terhadap kita.

Kepada mereka yang baca atau terbaca tulisan ini, tolonglah persampaikan kepada YAB Tan Sri Muhyidden Yassin, Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein, Dato' Mustapha Muhammad, Dato' S. Subarmanian, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri supaya bincanglah perkara yang dilihat kecil ini tapi besar ganjaran dari Allah swt

Saya ada kertas cadangan bagaimana untuk melincinkan kemasukan pekerja asing yang sudah mendapat kelulusan dan yang telahpun bayar levi supaya mereka itu terkawal dari mula sampai ke Malaysia sehinggalah mereka pulang apabila cukup tempuhnya. Pasti yang datang dengan izin melalui sistem ini tidak akan menjadi penatang tanpa izin.

Tahukah kita, kerajaan Malaysia telah berjaya memunggut wang lavi daripada pekerja asing yang datang ke malaysia sejak tahun 2008 sehingga ogos 2009 setelah warga negara Bangladesh dibenarkan datang berkerja disini adalah sebanyak RM Billion 3.135. "Banyaknya".

No comments: