Saturday, January 30, 2010

YBM Tengku Razaleigh, Kebalkah dia?

YBM. Tengku Razaleigh Hamzah berkata, apa salahnyanya bersyarah diatas pentas parti Pembangkang kerana tujuannya adalah untuk membela rakyat Kelantan dan menuntut 'hak' yang patut diberi oleh Petronas kepada Kerajaan Kelantan berkiatan isu royalti minyak.

Manakala pucuk pimpinan UMNO pula akan meneliti isi ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Stadium Sultan Mohd ke4, Kota Bharu, malam kelmarin yang dihadiri puluhan ribu rakyat kelantan termasuk YAB Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan para EXCO kerajaan Negeri untuk menentukan, apakah ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah itu menyalahi dan melanggar displin parti.

Drama ini akan terus dinanti episod seterusnya oleh pemerhati politik tanahair dan juga luar negara, rakyat malaysia berbagai kaum pun berminat untuk menanti penghujung episod yang menarik ini. Kerana semasa Tun Dr. Mahathir bersyarah diatas pentas PAS dizaman YTM Tengku Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi Presiden parti UMNO, Tun Mahathir dipecat dari parti walaupun Tun Mahathir berucap untuk mengkritik Tengku untuk kebaikan parti.

Apakah isu YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan Tun Mahathir itu adalah 'sama tapi tak serupa, maka bentuk tindakan juga akan berlainan kerana semasa YTM Tengku Abdul Rahman pecat Tun Mahathir pada waktu itu UMNO Kuat, tapi sekarang ini UMNO tidak sekuat dulu kerana rakyat yang tidak didahulukan seperti slogan 1MALAYSIA sedang menanti waktunya untuk mengajar para pemimpin UMNO yang 'ego' dan masih mementingkan diri dari memberi keutamaan kepada parti.

MUJUR SEKARANG INI DATO' SERI NAJIB DAN TAN SRI MUHYIDDIN BERSAMA NAIB-NAIB PRESIDEN PARTI TELAH TURUN PADANG BAGI MENDAMPINGI RAKYAT DAN MEMPERUNTUKAN BEGITU BANYAK PROJEK MESRA RAKYAT TERUTAMANYA MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR, MEMBELA NASIB IBU TUNGGAL.

Tapi apakah cukup dengan program tersebut bagi menyakinkan rakyat jelata yang lain yang juga memerlukan keadilan kerajaan tapi diabaikan. Bagaimana dengan mahasiswa yang menganggur, bagaimana dengan petani dan peneroka yang ditindas oleh orang tengah yang masih mengharapkan subsidi tapi tak pernah diberi secukupnya. Bagaimana layanan terpilih oleh menteri terhadap keinginan rakyat untuk temujanji dan beberapa perkara lagi yang tidak memuaskan hati sebilangan besar pengundi yang akan memutuskan seleranya dalam pilihanraya nanti.

Disamping menunggu apa akan jadi kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah, rakyat juga menanti dengan penuh minat apa akan jadi dengan Anwar Ibrahim setelah Mahkamah menolak permohonannya untuk mendapat dekuman daripada pihak pendakwa dalam kes tuduhan main punggong.

Retak menanti belah, PAS Kelantan berkecamuk, tapi UMNO masih lesu.

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Pendekatan Kelantan lebih kepada 'politik' dalam isu wang ehsan atau royalti petroleium dengan cara 'menyerang' walaupun mungkin dari segi undang2 tidak menyebelahi tetapi dari segi politik, musuh (UMNO) pasti terluka dan calar kalau tak patah riuk pun.

Kenapa tidak Kelantan menerima wang tersebut terlebih dahulu untuk membangunkan 'rakyat' Kelantan dan kemudiannya menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk menuntut wang ehsan tersebut sebagai royalti yang sah. Jika pun selepas kajian dan perundingan permohonan itu gagal, Kelantan masih boleh merayu untuk dinaikkan jumlah wang ehsan tersebut.

Kenapa begitu drastik, terburu buru dan digembar gemburkan kalau tidak bukan sebab 'faktor politik'.

Kalau Ku Li itu tidak berpolitik, kenapa pula soal wang ehsan kepada Sabah dan Terengganu tidak dibangkitkannya dan kenapa tidak diperjuangkannya semasa dia masih berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan sebelum ini.

Ku Li sendiri yang hilang pengaruh istana kembali bangkit dengan perkembangan politik dan istana Kelantan untuk kembali relevan.

Apa yang lebih penting sekarang ialah wang ehsan yang akan diterima dapat digunakan sepenuhnya dengan optimum dan berkualiti untuk rakyat.

PAS hanya mempejuangkan lebih kepada kuantiti dan harus masuk secara langsung kedalam kantung mereka.

Kenapa? Untuk siapa? Kroni? Projek apa? ... rakyat harus memerhati