Monday, November 29, 2010

PKR- Bahtera yang SELAMAT.

terjun dengan labu-labunya


Lebih sebulan lalu (oktober 2010) saya mewakili UMNO Bahagian Ketereh menjadi Perwakilan ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia dan pada 1hb. November 2010 saya dengan rasminya telah mengistihar KELUAR UMNO. Keluar bukan kerana 'benci' kepada rakan-rakan ahli dalam UMNO tapi keluar dengan kesedaran dan insaf bahawa terdapat banyak pemimpin UMNO telah terpesong dari pejuangan asal penubuhan UMNO untuk melaksanakan landas perjuangan sebenar. Mereka jadikan UMNO sebagai alat untuk kepentingan diri dan kroni bagi mengaut keuntungan peribadi dengan melupakan kepada jasa dan budi pejuang-pejuang UMNO yang terdahulu.

Banyak perkara-perkara asas dalam perjuangan UMNO telah dipesongkan yang mana akan saya hujahkan dalam pedato 'jalajah Kelantan' yang akan bermula tahun 2011 nanti, Insya Allah akhir Januari ataupun awal Februari akan dimulakan.

Pada 27 dan 28hb. November kelmarin saya dijemput sebagai tetamu khas oleh Parti KEADILAN Rakyat PKR di Konvensyen perti tersebut yang ke 7 di Dewan Sivik, Petaling Jaya, Selangor, saya mengikuti perjalanan persidangan parti tersebut dengan minat untuk mengetahui keadaan sebenar kekuatan semangat ahli-ahli perwakilan dan pemimpinnya kerana sebelum ini terpapar didada akhbar arus perdana dan dilayar tv milik kerajaan bahawa parti PKR seakan-akan 'hancur' dan tidak bermaya.

Ternyata setelah dua hari menjadi tetamu khas segala tomohan dan propaganda yang diberitakan melalui media arus perdana yang pro Kerajaan BN adalah sebagai 'gimik' untuk memesongkan pemikiran rakyat bahawa parti PKR sudah 'nazak' seperti kata, Tan Sri Muhyudden Yassin bahawa PKR adalah kapal yang sudah pecah yang disiarkan oleh Astro Awani semalam.

Semua berita yang disiarkan bahawa parti PKR seakan-akan terkubur adalah meleset sama sekali setelah melihat semangat yang tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli perwakilan dan pemimpin PKR yang berada didalam dewan sivik itu. Bahkan apabila mengamati perbahasan dan pengulungan yang diluahkan oleh setiap orang yang diberi peluang berucap ternyata bukan kapal PKR yang akan pecah tapi sebaliknya kapal UMNO/BN yang akan tenggelam.

Dua peristiwa yang saya ikuti iaitu Perhimpunan Agong UMNO dan Konvensyen PKR ternyata perbedzaannya amat ketera. Dalam Perhimpunan Agong UMNO persidangan hambar dan perwakilan asyik membodek pemimpin manakala pemimpin pula tidak langsung memberi jaminan bahawa UMNO akan menyingkirkan mana-mana pemimpin yang menyalah guna kuasa untuk kepentingan diri dan puak-puaknya.

Sebagai contoh, YB. Sdr Saifuddin Nasution selaku setiausaha Agong PKR menerima kretitkan ahli-ahlinya secara terbuka dan bersedia membetulkan kesilapan yang ada dan mengambil tanggongjawab penuh untuk menyelesaikan segala rayuan dan aduan yang dibuat oleh ahli-ahli, tidak seperti setiausaha Agong UMNO yang tidak mahu menyelesaikan masaalah dan melepaskan tanggongjawab kepada orang lain.

Kapal PKR tidak akan tenggelam sepeti mana dakwaan Muhyideen Yassin tapi hanya masuk kepengkalan untuk membaiki sedikit kerusakan yang dipunah oleh Zaid Ibrahim, kini kapal PKR sudah mulai belayar untuk meredah lautan bagi menuju ke PUTRAJAYA, ianya akan bermula di negeri Serawak dengan berpaksikan wadah perjuangan 'KEADILAN' untuk rakyat. YB. Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR yang baru dengan berani mengatakan bahawa pada PRU 13 nanti Pakatan Rakyat akan merebahkan kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Sri Najib dan Rosmah Mansor.

Ketika sempat duduk minum bersama dengan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail dan suaminya Dato' Seri Anwar Ibrahim jelas kelihatan mereka berdua itu tidak gundah gunala, kelihatan mereka berdua ceria dan penuh yakin bahawa PKR akan terus kukuh dan kuat walaupun Anwar Ibrahim sedang dicanangkan dengan isu moral oleh UMNO dan BN.

Manakala ketegasan Sdr. Mustapa Kamil Ayub akan terus bersama PKR walaupun dipujuk oleh Muhyideen Yassin untuk meninggalkan PKR memberi suntikan semangat yang berkobor-kobor kepada ahli-ahli PKR sehinga ada yang menitis airmata tanya kesyukuran dan gembira.

Senario ini akan membuat pemimpin UMNO tidak akan 'genera' tidur. (sila baca akhbar buletin RAKYAT keluaran terbaru dipasaran sekarang).

No comments: