Tuesday, November 30, 2010

Antara 'Ketuanan Melayu' dan Perpaduan Melayu

Datin Seri Wan Azizah Ismail, Presiden PKR sedang berucap soal 'Ketuanan Melayu'

Apabila Datin Seri Wan Azizah Presiden PKR bersuara mengatakan PKR menolak perkataan 'Ketuanan Melayu', hirup pekut mereka-mereka yang gelabah untuk mempertahankan kuasa politik dan NGO yang dikatakan memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang-orang melayu sehingga ada yang tersasul dikaitkan pula tentang kuasa-kuasa raja melayu.

Semua yang mengeluarkan kenyataan yang tidak senang cara Wan Azizah berpolitik telah menyelar Wan Azizah dengan sanggup mengatakan bahawa Wan Azizah adalah 'pelacur politik' yang pada hakikatnya, siapa sebenarnya yang dirinya dilacurkan hanya semata-mata berjuang bagi menegakkan slogan saja tapi tidak dengan perbuatan dan tindakan.

Mana ada lagi matlamat 'ketuanan melayu' dibumi Malaysia ini kalau dilihat seramai 6 orang Ketua Setiausaha Kementerian dilantik bukan dikalangan penjawat awam terdiri daripada orang-orang melayu, bukankah itu buktinya bahawa 'ketuanan melayu' telah dihapuskan dalam pentadbiran Kerajaan melayu dan Slogan 1Malaysia juga menuju kearah penghapusan perkataan 'ketuanan melayu'.

Pada hemat saya, inilah yang hendak diperkatakan oleh Wan Azizah bahawa dalam sesebuah negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum tidak mengira bangsa dan keturunan yang harus dapat mesti diberikan asalkan tidak melanggar perlembagaan negara dan tidak menafikan hak-hak keistimewaan oranag-orang melayu.

Orang melayu akan terus menjadi tuan selagi kedudukan Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara masih kekal dan ini akan terus kekal selagi kuasa politik berada ditangan orang-orang melayu. Tapi buat apa dibesar-besarkan slogan 'ketuanan melayu' yang mana kuasa ada pada melayu tapi tidak menolong rakyat melayu yang hampir 90% taraf hidup rakyat miskin adalah terdiri daripada bangsa melayu.

Melayu akan terus bertahan dan bermartabat dibumi Malaysia (Tanah Melayu) selagi kuasa dipegan oleh orang melayu dan untuk menjaminkan kuasa terus berada ditangan orang melayu faktor utamanya melayu itu kena bersatu.

Bergerak kearah mewujudkan "Perpaduan Melayu' adalah usaha yang sangat murni yang akan menjaminkan kepentingan melayu, disinilah slogan keutamaaan perpaduan hendaklah melebihi keutamaan peribadi. Tolak soal gila kuasa dan jawatan, rapatkan barisan kepimpinan melayu tak kira dari fahaman parti politik mana sekali pun, jangan ada pilih-pilih bulu untuk berbincang soal perpaduan melayu.

Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi, Dato' Najib, Tan Sri Muhyideen, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz adalah pemimpin-pemimpin melayu, ditangan merekalah terletaknya bagi mewujudkan perpaduan melayu sekiranya kedudukan mereka ini boleh disatukan dalam kerangka mewujudkan perpaduan melayu maka perkataan 'ketuanan melayu' tidak perlu dibahaskan.

NGO yang mendabik dada untuk menjadi hero melayu hendaklah berusaha kearah itu, tak berjaya hanya dengan membuat lapuran polis dan mencerca sesama melayu. Kencing dulu didalam tempurung dan lihatlah wajah sendiri. Betul-betul melayukah kamu itu.

No comments: