Friday, November 5, 2010

Tahniah BN. parti Ku Li menang di DUN Galas.


Kerja kuat dan kesungguhan YBM Tengku Razaleigh Hamzah berhasil memberi kemenagan besar kepada lambang BN didalam piliharaya kecil DUN Galas. Ternyata pengaruh Ku Li sejak 50tahun menjadi wakil rakyat di Gua Musang masih kuat, walau pun khidmat beliau sudah tidak diperlukan oleh Kerajaan Malaysia.

Parti Ku Li menang dengan 1,119 undi mejoriti mengalahkan calun PAS yang selalu kalah dalam piliharaya umum di Parlimen Gua Musang pada piliharaya umum, ini menunjukkan batang tubuh Ku Li yang dinobatkan sebagai 'Anak Raja Berjiwa Rakyat' tidak boleh dipersendakan dalam arena politik Negeri Kelantan bahkan di Malaysia.

Walau pun Aziz sebagai calun tapi sebenarnya menganti batang tubuh Ku Li, ini kerana Ku Li berkerja dalam piliharaya kecil di DUN Galas ini adalah luar biasa. Tidak pernah Ku Li turun berkempen siang dan malam, pagi dan petang walau pun beliau sendiri bertanding sebelum daripada ini. Dalam keputusan piliharaya umum ke 12 lalu di DUN Galas ini undi Ku Li kalah kepada calun PAS.

Dan keputusan piliharaya kecil ini tidak semestinya akan kekal pada piliharaya umum ke 13 nanti, rakyat Galas tahu dan akan menelai sejauh mana janji-janji yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam pilihanraya akan dilaksana, jawapan sebenar apakah pengundi Galas akan terus menyokong BN akan dapat dilihat pada pilihanraya umum kelak.

Orang Gua Musang hanya akan memerhati, apakah Kerajaan Barisan Nasional akan beri pengiktirafan kepada wakil rakyat mereka iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah terbukti telah menebus keaiban BN. Apakah Kerajaan BN akan memberi kelulusan atas permintaan Ku Li supaya Royalti Minyak diberi kepada rakyat kelantan.

Keputusan Piliharaya kecil DUN Galas ini adalah untuk menguji layanan Kerajaan BN kepada Ku Li yang mana selama ini dilihat Ku Li telah dipinggirkan. Kalau dalam piliharaya kecil ini Ku Li adalah Pengarah Pilihanraya dan Mustapha Mohamed adalah timbalannya terbukti BN menang apakah nanti kedudukan ini akan diterjemahkan kepada penyusunan Badan Perhubungan UMNO Negeri iaitu YBM Tengku Li akan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baru seperti mana yang dijanjikan oleh Dato' Sri Mohd Najib dalam perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini bahawa akan ada penyusunan baru dalam UMNO diperingkat pusat dan negeri.

Sanggupkah Ku Li hanya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan tanpa terlibat dalam pentadbiran negara.

2 comments:

Sam PPuteh said...

Salam.

Sangat setuju dgn pendapat tuan tu.. Gua Musang adalah kawasan Kuli, cuba tengok masa dia dalam S46 pun tetap menang. cuma pada PRU12 baru2 ni, Galas terlepas mungkin dia over confiden.

Rakyat Gua Musang nak tengok, sekarang macamana layanan DS Najib pada Kuli selepas mendapat kejayaan dalam PRk. Tapi macam biasa la UMNO ni, yg dicanang bukan Kuli tapi kejayaan transformasi DS Najib. Kuli?... Balik asal gak.. pi mai, pi mai tang tu jak.. Tak percaya??.. tengok laa.. sejarah tetap berulang walau pun masih ada manusia yang ingin meminda sejarah.

zeme said...

Salam Tuan Hj.,

Saya berpendapat bahawa faktor utama kemenangan BN pada PRK DUN Galas ini adalah kerana ketokohan dan peranan YBM Tengku Razaleigh dalam kawasan beliau yang cukup sebati sejak memenangi kerusi DUN Ulu Kelantan Barat 1969 sebelum beralih ke Parlimen pada 1974.

Selain faktor YBM Ku Li, Gua Musang juga terkenal dengan faktor orang Asli. Masa kini orang Asli semakin bijak berpolitik dan cara mereka berpolitik juga cukup unik. Jika kita melihat statistik kepada peratusan undi dari peti kawasan orang Asli, jelas hampir 90% undi diberikan kepada BN berbanding PAS. Pekara ini perlu dilihat sebaiknya oleh pihak PAS selepas ini terutamanya menyelesaikan isu tanah berbangkit yang jelas difahami oleh orang Asli bahawa isu tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri sekiranya ingin menawan kembali hati pengundi-pengundi orang Asli yang mewakili hampir 2,000 orang pengundi.

Statistik pada PRK DUN Galas kali ini terhadap peti undi kawasan orang Asli menunjukkan BN memenangi kesemua saluran peti undi orang Asli sebagai contoh antaranya peti undi (Sekolah Pos Brooke - BN 424 PAS 78), peti undi (Bihai Saluran 1 - BN 233 PAS 5), peti undi (Belati Saluran 1
BN 117 PAS 9), peti undi (Sekolah Kebangsaan Hendrop - BN 257 PAS 99) dan statistik juga menunjukkan julat undi BN banyak diperolehi melalui saluran 1 dan 2 bagi setiap peti undi manakala saluran 3 dan 4 agak seimbang bagi BN dan PAS.

Jika dilihat, undi yang diperolehi oleh BN selain undi orang Asli melalui saluran 1 dan 2 ini adalah faktor pengundi lama yang masih mengenang jasa YBM Ku Li dan BN di Gua Musang manakala saluran 3 dan 4 rata-rata mewakili pengundi-pengundi berdartar yang baru dan golongan orang muda.

Secara rumusan, anggaplah keputusan PRK DUN Galas ini adalah kemenangan dan kuasa mutlak yang telah ditentukan oleh rakyat Galas. Tahniah buat yang menang bagi menjalankan amanah yang diberikan dan juga tahniah buat kedua-dua parti bertanding serta semua yang terlibat kerana PRK DUN Galas telah berjalan secara aman dan jelas ia telah membawa satu tonik era baru politik iaitu pilihanraya persahabatan.

BN mampu menakluk kembali kerajaan Kelantan daripada PAS seperti mana dilakukan pada tahun 1978 sekiranya ahli-ahli UMNO dan BN itu sendiri bersatu. Parti PAS kehilangan kerajaan Kelantan tahun 1978 adalah kerana tiada penyatuan dan perselisihan dalaman parti itu sendiri. Amalkan pendekatan kempen seperti mana YBM Ku Li lakukan di PRK DUN Galas yang lebih mendekati pengundi dan rakyat kerana ia akan lebih dekat menangani isu-isu yang membelenggu rakyat.

Tahniah Semua. Wasalam.