Friday, September 30, 2011

Hasrat Beberapa Orang Pemimpin UMNO Ketereh.



Sekiranya PM Najib jujur pada dirinya sendiri bahawa PRU 13 ini UMNO akan meletak calunnya orang yang boleh memberi kemenangan kepada parti, maka pemilihan pengarah pilihanraya olok-olok di Perlimen Ketereh hari ini adalah orang yang layak diletak menjadi calun.

Pengarah DUN Melor Cikgu Hadi Nawi adalah orang yang tidak banyak memberi ruang kepada PAS untuk mencari kelemahan dan bersesuai pula kerana beliau adalah anak kepada bekas penghulu (PPM). Begitu juga di DUN Kadok yang mana Cik Gu Sanusi menjadi pengarahnya. Cikgu Sanusi adalah bekas pengarah KEMAS yang anak buahnya bertabur didalam DUN Kadok termasuk Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ketereh iaitu Sabariah Hamzah seorang Penyeluia KEMAS dan ramai penyokong wanita.

Manakala di DUN Kok Lanas adalah seorang pengetua sekolah yang saya sendiri pun tidak begitu kenal jadi bolehlah diberi sebagai calun kerana orang yang tidak pernah dikenali yang akan memberi untung kepada UMNO kerana tidak akan ada isu yang boleh dibangkitkan. Manakala Pengarah untuk Parlimen Ketereh adalah Cikgu Mat Yani yang sememangnya layak diberi peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Ketereh.

Inilah masanya untuk rakyat Ketereh bertukar angin kerana calun-calunnya muka baru dan nama Anuar Musa serta Alwi Che Mat tidak lagi disebut dimusim berkempen dalam pilihanraya yang mana sekiranya nama Anuar Musa dan Alwi Che Mat masih kedengaran didalam Parlimen Ketereh dimusim PRU 13 nanti akan mempercepatkan kekalahan kepada UMNO.

Apa yang saya tulis ini bukannya datang dari sanubari saya tapi itulah yang disampaikan oleh beberapa orang pemimpin UMNO Ketereh kepada saya melalui telepon. Mereka itu memberi amaran kepada saya bahawa PAS di Kawasan Ketereh tidak akan menang mudah pada PRU 13 nanti sekiranya PM Najib dan Ibu Pejabat UMNO mengotakan janji bahawa PRU 13 kelak, pemimpin UMNO Bahagian tidak semestinya dipilih menjadi calun.

Sekiranya harapan beberapa orang pemimpin UMNO Ketereh itu menjadi kenyataan, saya kira UMNO telah memecah rekod yang mana Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian tidak bertanding dalam Piliharaya di parlimen Ketereh dan terbukti bahawa PM Najib bukan berbohong dengan plan tranformasi dalam UMNO. Oleh itu PAS Kawasan Ketereh perlu juga bersiap dengan kemungkinan tersebut kerana nama-nama guru-guru yang menjadi pengarah pilihanraya olok-olok hari ini tidak pernah diuji.

Sekiranya perkara yang disebutkan ini benar-benar terjadi maka tidak sia-sialah Pengarah Pendidikan Kelantan berperanan menyokong UMNO kerana UMNO akan memberi kepercayaan kepada Cikgu-Cikgu sebagai calun dalam PRU 13.

Saya doakan supaya hasrat beberapa orang pemimpin UMNO dalam Parlimen Ketereh itu betul-betul berlaku pada PRU 13 kelak kerana Anuar Musa dan Alwi Che Mat tidak dipilih sebagai calun dan tumPAS sebelum bertanding.


Thursday, September 29, 2011

PAS Kelantan perlu berhati-hati




Parlimen Malaysia sudah hampir bersidang, kali ini PM Najib Tun Razak akan bentang budget dan ada ura-ura mengatakan selepas budget dibentang Parlimen akan dibubarkan dan diikuti dengan pilihanraya umum ke 13.


Mahyuddin Yassin telah memberitahu bahawa senarai calun-calun Barisan Nasional telah siap hanya menunggu masa untuk diumumkan. Calun BN kali ini tidak semestinya dipilih dikalangan pemimpin ianya bergantung kepada keadaan setempat, sekiranya itu berlaku maka termakbulkan hajat dikalangan orang-orang yang tak ada jawatan dalam parti dipilih menjadi calun.


Di Kelantan, Mustapha Mohamed begitu yakin bahawa UMNO dapat membentuk kerajaan dengan mengalahkan PAS dan PKR dalam pilihanraya umum nanti, manakala PAS pula tidak sedikit pun gentar menghadapi tentangan dari UMNO kerana sejarah telah membuktikan selepas saja Dewan Undanagan Negeri dan Perlimen dibubarkan maka akan adalah pos-pos atau pondok-pondok parti UMNO dibakar atau dirobohkan.


Yang membakar dan meroboh bukannya orang-orang PAS tapi orang-orang UMNO sendiri yang tidak berpuas hati kerana idolanya tidak dipilih jadi calun dan dendam itu akan berterusan sehingga kehari mengundi yang menyebabkan calun UMNO akan kalah kerana orang UMNO sendiri tidak memberi undi kepada calun yang tidak disukainya.


Ini berlaku dengan jelas pada pilihanraya umum ke 12 di Parlimen KETEREH, yang mana Anuar Musa kalah kepada Aziz Kadir sebanyak 400 undi manakala undi rosak sebanyak 999 undi dan ada pula peti undi yang mana Alwi Che Mat menang tapi Anuar Musa kalah, hakikatnya kekelahan Anuar Musa kerana ada ahli UMNO yang tak undi beliau disebabkan ada golongan yang tak puas hati kepada Anuar Musa kerana tidak meletakkan Alwi Che Mat bertanding dikerusi Parlimen.


Walau bagaimana pun PAS perlu berhati-hati, mungkin sejarah 2008 tidak akan berulang lagi di Kelantan kerana dengan jelas sekarang ini UMNO sedang menumpukan hanya kepada 23 kerusi untuk menang bagi membolehkan UMNO membentuk kerajaan. Sehingga kini daripada 23 kerusi yang diidam-idamkan oleh Musatpha Mohamed itu, UMNO sudah mengenal pasti sebanyak 19 kerusi untuk diberi perhatian termasuklah yang sudah dimiliki sekarang ini.


PAS hendaklah berkubu di 18 kerusi yang menjadi perhatian UMNO itu selain memperkemaskan yang selebihnya bagi memberi pukulan 'maut' kepada UMNO dalam PRU 13 ini sesuai dengan semangat menuju ke PUTRAJAYA. Yang ke 19 kami akan pastikan bahawa kerusi UMNO DUN Kok Lanas akan dirampas oleh PAS. Insya Allah.

Wednesday, September 28, 2011

Mereka ini berani kerana benar.

anak siapakah ini?

Z pun berkata - Sudah lama org2 M'yu tlh 'dipandir' & 'diPakKadok kn' olh k'jaan UMNO. Sudah sampai masanya kita bangkit 'melawan' dan secara total MENOLAK k'jaan ini. Jgn sampai anak cucu kita mencaci, menyumpah & mnghina kita kelak. Hari ini, kemu...ncak kpd segala 'pengkhianatan' ini, k'jaan UMNO/BN tlh mmberi IC & hak mngundi kpd warga asing. Kita secara prseorangan, jgn bersubahat mnjual negara ini kpd warga asing! Jgn ikut jdi PENGKHIANAT!!

Tambah pula M - Abe ..Ambo sudah tiada kata kata untuk berkata kata dengan pengkhianatan demi pengkhianatan yang di buat oleh kerajaan yang menolak hukum tuhan ini ...hukum alam pun mereka tolak ..ZALIM.

Y pula menyampuk - Tak ada yang tak skandal melainkan semua skandal dalam Umno ni.

Itulah secebis kisah luahan hati rakyat Malaysia yang prihatin terhadap masa depan anak-cucu serta nasib orang melayu dan Islam di negara ini apabila kuasa politik terus diberi kepada pemimpin UMNO yang tidak pernah merasai kesusahan dan kepayahan hidup.

UNTUK membaca ayat-ayat yang lagi klasik ikutilah facebook wall UMNO tumPAS.

Monday, September 26, 2011

UMNO Ketereh & Langgar Kuda..

Kelmarin dikabarkan UMNO Bahagian Ketereh telah membubarkan Parlimen yang mana kerusi tersebut dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) iatu Aziz Kadir adalah wakil rakyatnya yang telah mengalahkan Tan Sri Anuar Musa pada tahun 2008 ketika itu Anuar Musa adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Tujuan pembubaran adalah bagi membolehkan UMNO mengada simulasi (pilihanraya olok-olok) supaya UMNO menang dalam pilihanraya olol-olok yang sedang rancak diadakan di Kelantan sekarang ini. UMNO Ketereh tidak melepaskan peluang ini supaya ahli-ahli UMNO dapat diperbodohkan yang mana pada 30hb. September nanti iaitu hari menabur pitih akan diumumkan bahawa UMNO Ketereh menang semua DUN dan Parlimen.

Dalam majlis kelmarin yang hadir terdiri daripada pemimpin UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri hadir juga semua pemimpin UMNO cawangan, Guru-Guru, KEMAS, JKKPP dan pegawai parti dalam Kerajaan Persekutuan yang dibekalkan dengan baju merah sesuai dengan slogan UMNO Kelantan 'gelombang merah'.

Anuar Musa bersyarah, Alwi Cik Mat bersyarah yang tentunya mereka berdua akan bertanding dalam PRU 13 nanti sekiranya PM Najib tidak tunai janji iaitu untuk meletakkan calun yang boleh memberi kemenangnan kepada UMNO pada PRU nanti. Kerana yang jelasnya Anuar Musa tidak lagi disokong oleh semua jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh untuk dijadikan calun pada PRU 13.

Manakala Alwi Che Mat sudah menanyang body sebagai calun utama untuk dicalunkan bertanding di kerusi Parlimen Ketereh. Perlu diingat Alwi Che Mat pernah menjadi wakil rakyat Parlimen Ketereh pada tahun 2004 tapi tidak dicalunkan oleh Anuar Musa pada tahun 2008 kerana Anuar Musa sendiri bertanding yang akhirnya Anuar Musa dikalahkan oleh Aziz Kadir kerana dibantu oleh ahli UMNO yang kecewa kerana Alwi Che Mat ditukar bertanding di DUN Kok Lanas oleh Anuar Musa.

Siapakah ahli UMNO yang kecewa apabila Anuar Musa tidak memberi laluan kepada Alwi Che Mat bertanding, untuk mendapat jawapan yang tepat bolehlah bertanya Cikgu Mat Yani kerana beliau bersama saya berada ditempat kejadian selepas pengumuman penamaan calun berlangsung. Tapi malangnya selepas pilihanraya umum ke 12, Cikgu Mat Yani di war-warkan sebagai salah seorang yang mengempen untuk mengalahkan Anuar Musa. Fitnah terhadap Cikgu Mat Yani berlaku sampai kepada hari ini, itulah sebabnya walau pun Cikgu Mat Yani menang besar dalam pemiliham G7 dan Ahli Jawatankuasa Bahagian, beliau tidak diberi peranan yang sepatutnya oleh Anuar Musa.

Kelmarin Cikgu Mat Yani diberi tugas dan tanggongjawab bagi mempastikan pilihanraya olok-olok dijalankan dengan lancar, itu pun atas arahan Pengarah Pendidikan Kelantan, tapi Mat Yani ni jenis gila kepada kerja parti, walau pun dia tahu pemimpin UMNO Ketereh tak suka kepadanya tapi dia tetap 'holor' kepala untuk bekerja. Nak kata dia 'gila' nak jadi calun tak menasabah kerana dia tahu pada PRU 13 ni semua kerusi di Perlimen Ketereh UMNO akan kalah.

Kalah kerana DUN Kadok dah tentu milik PAS, lagi cepat kalah sekiranyan Basri Awang diturunkan sebagai calun UMNO kerana Basri Awang dilihat calun yang diturunkan oleh Fatmi Che Salleh iaitu Setiausaha Politik PM Najib. orang Ketereh 'geli' dengan orang PM Najib disebabkan kisah yang silam dimasa Anuar Musa jadi Menteri Belia dan Sukan dulu.

DUN Melor pula UMNO ketandusan calun, Nama Cikgu Zemi yang sudah dua penggal jadi calun dan kalah pada tahun 2008 sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Melor tapi nampaknya itulah yang UMNO ada kerana Cikgu Seman Jawatankuasa UMNO Bahagian yang selalu dapat undi tinggi dalam pemilihan telah pun dinasihat supaya tidak memasang angan-angan untuk jadi calun dan diminta tumpu kepada perniagaan (banyaklah agaknya projek yang akan dapat kepada Cikgu Seman lepas ni).

Ada seorang lagi yang bergelar 'Ustaz Mat Wee' adik kepada Ustaz Harun yang menjadi talibarut UMNO sebagai pencermah upahan (hahahha) yang juga disebut-sebut, tapi Ustaz Mat Wee telah tumbang awal lagi apabila kalah bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh kepada Adik Mat (Mohamed Abdullah) tahun lalu. Ustaz Mat Wee dikatakan calun yang disokong oleh Alwi Che Mat manakala Adik Mat disokong oleh puak-puak Mat Yani dan Zudi.

Hanya tinggal di DUN Kok Lanas yang masih dikuasai oleh UMNO pada PRU 12 lalu, itu pun menang hanya 500 undi walaupun ada kem tentera dan nama Alwi Che Mat masih harum pada ketika itu, harum bunga 'tahi ayam', yang mana masih tak nampak 'Kejahatan berpolitik sesama sendiri'. Sekarang sudah lain, yang mana orang yang siang malam bekerja untuk kemenangan Alwi Che Mat dalam PRU 2008 lalu telah keluar UMNO dan menyertai PAS dengan satu niat iaitu untuk mengalahkan Alwi Che Mat dimana saja Alwi bertanding. Orang itu adalah dikenali nama Pak Da Kori (Zahari Hassan) Pak Da Kori adalah sahabat Anuar Musa yang mana makan, minum dan tidur sebantal bersama dengan Anuar Musa.

Pernah satu waktu dulu, lebih kurang jam 4 pagi, dari mana sebenarnya Pak Da Kori dan Alwi Che Mat datang sehingga kereta yang dipandu oleh Alwi Che Mat dilanggar oleh kuda. Adakah kuda diturun dari langit untuk menghalang kejadian yang tidak baik akan berlaku ataupun telah berlaku?.

Hanya Pak Da Kori dan Alwi Che Mat saja yang tahu.

Saturday, September 24, 2011

Tok Guru & Hukum Hudud.


tertib, seorang tok guru.


Parti politik mana yang tak mahu sokongan rakyat?. Semua parti politik yang mahu bertanding dalam Pilihanraya wajib hendak kepada sokongan rakyat terutamanya pengundi. Jadi 'gilalah orang iitu ' sekiranya tidak mahu sokongan untuk menang pilihanraya.


Dalam akhbar yang dikuasai oleh UMNO hari-hari mencemohkan bahawa Parti PAS bercakap pasal Hukum Hudud kerana ingin mendapat sokongan rakyat bagi memenangi pilihanraya. Yang peliknya kenapa UMNO mempertikaikan hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.


Jawabnya senang, kerana UMNO takut umat Islam di Malaysia menyokong hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan mengundi PAS dalam pilihanraya umum yang membolehkan Kerajaan BN akan tumbang dan diganti dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.


Sebenarnya bukan semua pemimpin Islam UMNO menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, ramai yang menyetujuinya terutama ketua-ketua cawangan UMNO yang tidak ada kepentingan peribadi, mereka melihat kejujuran Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebagai serius untuk melaksanakan hukum hudud. Mereka sokong Tok Guru secara diam kerana mereka tidak mahu bertegang leher dengan pemimpin UMNO Bahagian yang telah terpesong dalam mentafsirkan kejujuran Tok Guru Nik Aziz.


Penyokong dan pemimpin UMNO yang cetek ugama pun nak ulas soal hukum hudud kerana nak tunjuk pandai dan dapat peluang gambarnya terpapar disurat kabar sedangkan mereka tidak tahu pun sejauh mana hukum hudud dapat dilaksanakan dengan seadil-adilnya. Maka adalah orang cuba mendabik dada mengambil isu hukum hudud untuk dipertikaikan kejujuran Tok Guru Nik Aziz.


Saya ingin nasihatkan kepada semua para kaum kerabat dalam UMNO yang tidak tinggi ilmu ugamanya, tak usahlah nak jadikan isu hukum hudud untuk nak cari keuntungan politik murahan, kerana dalam hal ugama ini sekiranya terlalai hukumannya berdosa dan sebagai orang Islam kita seharusnya hindirkanlah diri daripada dosa sebelum ajal menjemput kita.


Banyak lagi isu lain yang boleh UMNO ketengahkan untuk memutarkan fikiran rakyat supaya tidak menyokng parti Pakatan Rakyat, hanya yang perlu diusahakan, bagaimana nak suruh rakyat percaya kepada UMNO dan BN. Kerana semakin hampir ura-ura pembubaran parlimen sudah dekat hendak diadakan, maka semakin jelas nampak kemuakan rakyat kepada UMNO dan BN.


Keyakinan Rakyat Malaysia terhadap kerajaan baru (PR) semakin menebal dan telah tersemat dalam hati sanubari untuk kepusat pengundian bagi memangkah parti pakatan rakyat, PAS, PKR dan DAP dalam PRU ke 13 nanti.


Kebijkasaan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan menawarkan, Keberanian berjuang menegakkan Keadilan serta menentang kemungkaran, Kejujuran melaksanakan hukum-hukum ugama Islam dan Kesabaran menghadapi tuduhan dan tomohan dari musuh politik terutamanya oleh UMNO tentunya akan menghasilkan keberkatan dan diterima oleh Allah swt.


Melalui undi rakyat, PRU 13 akan merubahkan sejarah politik tanahair. Insya Allah.

Friday, September 23, 2011

Memalia yang bernama Cicak Karung.

Cicik Karung ni ada di Pasir Puteh. Kurus Kering. Entah apa yang dirangahnya atau dok senak memikirkan nak jadi calun BN dalam Pilihanraya UMUM ke 13. Nampak sangat nak bodek Ketua Bahagian Pasir Puteh Sdr Zawawi sehingga sanggup mengajak orang lain supaya tumpang marah kepada AV.


Memalia beginilah yang menjadi perosak kepada keharmonian di Pasir Puteh, sekiranya Sdr AV tidak cocok air keras kepada memalia ini maka UMNO Bahagian Pasir Puteh semakin hari semakin jauh dihati rakyat. Ertinya kerja keras yang AV lakukan sebelum daripada ini iaitu pengistiharan borang PAS masuk UMNO adalah sia-sia.


Zukri Salleh tu Naib Ketua Bahagian, Cicak Karung tu kalau nak atuk dengan Zukri Salleh gak panggil tak dengar. Wassalam.

Wednesday, September 21, 2011

UMNO Kelantan tak penting menang PRU.

INI BUKAN RAKYAT MALAYSIA, YANG BOLEH DITIPU

Kes Liwat II yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahin sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mana Anwar Ibrahim diarah membela diri oleh Mahkamah. Disamping itu timbul pula video yang mengambarkan Anwar Ibrahim sedang menaiki lif dengan Eskay bagi mengaitkan masih ada sisa-sisa bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam Video Lucah.

Itulah yang sedang berlaku kepada Ketua UMUM Pakatan Rakyat yang mana sekiranya pilihanraya umum diadakan sebelum Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah dan parti-parti Pakatan Rakyat menang serta BN kalah maka Anwar Ibrahimlah akan menjadi Perdana Malaysia yang ke 7.

Tugas besar rakyat Malaysia hari ini yang sudah boleh mengundi adalah untuk mempastikan pada PRU 13, Malaysia akan mempunyai sebuah Kerajaan yang mementingkan Kebajikan Rakyat dan tidak mengambil propaganda mencemarkan nama baik pemimpin politik semata-mata untuk mengekalkan kuasa bagi bertindak rakus terhadap khazanah negara untuk diberi kemenangan.

Kini tiba-tiba pula ada rakaman suara yang dikatakan 'suara' Timbalan Presiden PAS Mat Sabu sedang bercakap melalui telepon dengan seorang perempuan yang berbicara soal sex melampau. Yang anehnya dari mana tape itu didapati dan diedarkan setelah Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS.

Rakyat Malaysia tahu akan kebolehan Mat Sabu berpidato mempengaruhi rakyat bagi menumbangkan Kerajaan BN. Adakah ini juga satu propaganda bagi menyekat kemaraan pemimpin parti pembangkang supaya Pakatan Rakyat akan kehilangan pemimpin dan akan tandus dalam PRU 13.

Sebelum tibanya hari pembubaran Parlimen siapakah lagi dikalangan pemimpin pembangkang melayu akan dikaitkan dengan skandal sebagai usaha terakhir Kerajaan BN untuk mencemarkan peribadi seseorang itu supaya rakyat terus sokong Kerajaan BN. Husam Musa barangkali kerana beliau juga dikira sebagai pemimpin yang berwibawa.

Walau bagaimana pun ada juga baiknya kerana dalam masa ini ada pula usaha dikalangan ahli-ahli UMNO yang merasakan bahawa PRU 13 nanti BN akan terus dapat berkuasa dan sedang mengatur startegi bagi menentukan pemilihan dalam Perhimpunan Agong UMNO Malaysia ada pertandingan dalam merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Baru-baru ini berlangsung pertemuan yang dinamakan 'perjumpaan rangkaian sahabat' disebuah hotel lima bintang di Kelantan yang mana dihadiri oleh Dato' Zahid Hamidi. Apakah secara kebetulan atau dirancang itu tidak menjadi hal, tapi ucapan salah seorang yang hadir melabungkan Dato' Zahid sebagai orang yang layak jadi Timbalan Presiden UMNO mencetuskan suasana baru dalam UMNO.

Ertinya dalam masa UMNO sedang menyusun calun-calun yang layak untuk diturunkan sebagai calun telah ada usaha kedepan daripada itu, sudah pasti dan jelas bahawa UMNO Kelantan tidak mustahak untuk menang PRU13 tapi ahli-ahlinya sedang mencari kuda baru untuk ditunggang selepas PRU13.

Dengar kabar, majlis tersebut dianjurkan oleh Fatmi Salleh, Setiausaha Politik Dato' Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO. Apakah akan menimbulkan masaalah kepada Mahyuddin Yassin yang sekarang ini adalah Timbalan Presiden UMNO.

Dalam majlis yang sama ada suara untuk menukarkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri daripada Mustapha Mohamed kepada Fatmi Salleh kerana dikatakan bahawa Mustapha Mohamed hanya asyik menumpukan kepada Bahagian Jeli saja sedangkan Bahagian lain yang menghadapi masaalah langsung tidak diberi perhatian.

Kata suara itu lagi, Mustapha Mohamed hanya nak menang pilihanraya untuk dia seorang saja, yang lain biar kalah tak apa. Ayat ini sekarang teramat 'sohor' di Kelantan terutamanya dikalangan pemimpin UMNO Bahagian-Bahagian. Orang-orang di Jabatan Pendidikan Kelantan tahu akan hal ini.


Tuesday, September 20, 2011

Rakyat dapat menafaatnya.


Pengistiharan Majlis Bandaran Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam -MPKB BRI oleh Kerajaan Negeri Kelantan beberapa tahun lalu kini telah menghasilkan satu wadah yang telah diterima pakai oleh Kerajaan Persekutuan apabila (Kelmarin) Kerajaan Persekutuan telah menandatangani perjanjian Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal dimuktamadkan.

Dengan termenterinya perjanjian tersebut maka MPKB BRI tidak lagi akan menghadapi masaalah kewangan untuk mempastikan MPKB BRI sentiasa bersih dan diurus dengan teratur kerana sekiranya Kerajaan Kelantan menyetujui dengan tawaran Kerajaan Persekutuan maka Syarikat yang telah diberi tanggongjawab bagi mempastikan sisa pepejal dan kebersihan bandar akan beropersi bermula awal tahun depan.

Adalah disahkan bahawa Syarikat Alam Flora telah dipilih oleh Kerajaan Malaysia bagi mengurus semua masaalah pepejal dan kebersihan bandar dibawah pengawasan MPKB BRI untuk permulaannya dan akan diikuti oleh kesemuan Majlis Daerah diseluruh negeri Kelantan.

Sekiranya ini berlaku adalah tepat Negeri Kelantan di Panggil Negeri Serambi Mekkah sesuai dengan negeri yang akan sentiasa ceria dengan kebersihan persikitaran dan tidak dicemari oleh sisa pepejal yang kadang-kadang boleh merosakkan pemandangan dan menganggu udara yang bersih dan nyaman.

Kerajaan Negeri Kelantan hendaklah bersungguh menerima kehadiran Syarikat Alam Flora yang telah pun dilantik oleh Kerajaan Malaysia bagi menentukan sisa pepejal dan kebersihan negeri-negeri dipantai timur dapat diurus dengan sebaik mungkin kerana Kerajaan tidak payah mengeluarkan wang yang lebih dan rakyat juga tidak memerlukan membayar caj yang lebih dan tidak membebabkan rakyat. Bahkan rakyat dapat perkhidmatan yang percuma yang lebih selesa dan memberi keuntungan.

Negeri Bersih, Rakyat Sihat adalah amalan sebuah Kerajaan yang prihatin.

Monday, September 19, 2011

Rakyat Malaysia keturunan Bangladesh. Memang ujud..


Betulkah ada rakyat warganegara Bangladesh jadi rakyat Malaysia. sama ada dengan cara kerajaan memberi kewarganegaraan atau pun dengan cara nombur dua (cara tidak sah).Ini satu isu yang telah lama diperkatakan tapi tidak diberi perhatian serius oleh pihak Kerajaan kerana boleh jadi disengajakan atau pun malas mengambil tahu.

Hari ini isu rakyat Bangladesh sah menjadi rakyat Malaysia sedang heboh diperkatakan, ekoran pengakuan Laman web rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyat Bangladesh telah diberi taraf kewarganegaraan oleh Kerajaan Malaysia.

Tapi Timbalan Perdana Menteri Malaysia menafikannya. Persoalannya adakah penafian yang dibuat oleh Mahyuddin itu betul atau hanya mahu menyangkal ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan. Perlu diingat bahawa Mahyuddin pun kurang arif dengan apa yang berlaku dalam tawaran kewarganegaraan kepada seseorangan rakyat asing yang telah berada di Malaysia ini.

Sumber dari NGO tersebut seharusnya diberi perhatian dan diambil sebagai satu cabaran bagi melihat betapa mudahnya warga asing mendapat taraf penduduk tetap dinegara ini apatah lagi sekiranya benar-benar terdapat warganegara Bangladesh yang telah mendapat kerakyatan sebagai rakyat malaysia yang keistimewaannya sama dengan anak watan negara ini, Boleh mengundi dan boleh memiliki keistimewaan seperti rakyat Malaysia asli.

Yang jelas, rakyat Bangladesh boleh membuka kilang memproses manusia, boleh berkahwin satu, dua, tiga dan empat, boleh berniaga, boleh menipu dan baru-baru ini dapat peluang memproses program 6P dengan berselindung disebalik syarikat-syarikat yang dimiliki oleh ahli politik dan bekas menteri. Itulah kelebihan Kerajaan BN hari ini.

Friday, September 16, 2011

Jabatan Pendidikan Kelantan hina guru.

Jabatan Pendidikan Kelantan diminta jangan gantung guru-guru yang hadir menyertai Hari Kemerdekaan Anjuran Kerajaan Negeri Kelantan (16.9.2011)

Satu lagi usaha Jabatan Kerajaan Persekutuan di Kelantan iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk menjatuhkan UMNO secara tidak langsung. Pagi ini dikabarkan pihak Kerajaan Negeri mengadakan sambutan hari Kebangsaan di Machang Kelantan tapi dengar kabar ada usaha Jabatan Pendidikan Negeri tidak memberi kerjasama bagi mengagalkan sambutan tersebut.

Betul atau tidak belum lagi kami dapat mengesahkan kerana agen kita di Kota Bharu masih tak dapat dihubungi, tapi mengikut kaum kerabat kita di Kelantan pihak Jabatan Pendidikan Kelantan telah mengarahkan semua Guru-Guru dan Kakitangan Jabatan Pendidikan Kelantan tidak dibenarkan turut serta bagi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan pagi ini.

Walau pun tidak disertai oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, sambutan Hari Kemerdekaan ini meriah kerana banyak lagi agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Pusat turut serta memeriahkan. Ini adalah petanda bahawa rakyat kelantan sudah celik mata berhubung dengan perkembangan politik semasa tanahair.

Buat apa sabotaj program kerajaan pakatan rakyat sedangkan dalam pilihanraya umum ke 13 kelak, Kerajaan Pakatan Rakyat sudah hampir pasti akan membentuk sebuah Kerajaan Berkebajikan, Adil dan Bersih.

Rakyat sudah 'jeluak' dengan janji-janji yang diberi oleh pemimpin-pemimpin UMNO terutamanya pemimpin UMNO Negeri-Negeri yang sudah terang-terangan mementingkan diri sendiri daripada menyelesaikan masaalah rakyat terutamanya pemimpin UMNO Negeri Kelantan. Sama UMNO sendiri pun hentam kiri hentam kanan, pecat situ pecat sini seperti hidup ini tidak akan mati.

Bagaimana orang UMNO Pasir Puteh, UMNO Bachok, UMNO Pasir Mas, UMNO Rantau Panjang. Makin tenat agaknya sehari dua ni.

Thursday, September 15, 2011

Menyokong Najib atau Nak Ganti Najib?


Apa simbolik dalam gambar diatas.

Fatmi Salleh adalah Setiausaha Politik kepada Dato' Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga adalah Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Kelantan, desas desus mengatakan beliau berminat untuk bertanding di DUN Bunut Payung kerana dikatakan kerusi Bunut Payung pernah dimenangi oleh UMNO. (Nak cari kawasan selamat,agaknya)

Nak bertanding di kerusi Parlimen tentunya menunggu kekalahan, kerana YB. PAS hari ini iaitu Dato' Cikgu Wan Rahim sentiasa mendampingi rakyat dan disayangi oleh semua lapisan pengundi tak kita tua,muda,lelaki perempuan hatta termasuk golongan peminat bolasepak.

Manakala YB.Dato' Ibrahim Ali adalah bekas Ahli Parlimen PAS yang telah mengistiharkan dirinya sebagai calun bebas dan kini menjadi President PERKASA, sama taraf dengan Presiden UMNO dan mempunyai rangkaian diseluruh negara.

Sekiranya PERKASA dijadikasn sebuah badan politik dan sama-sama bertanding dalam PRU 13 nanti dan kerana rakyat melayu semuanya sokong perjuangan PERKASA serta menang banyak kerusi, beliau berkemungkinan besar boleh jadi Perdana Menteri yang ke 7.

Itulah cita-cita mereka agaknya dan Mustapha Mohamed (Tok Pa) belum tentu lagi akan kekal sebagai menteri selepas pilihanraya nanti.

Tuesday, September 13, 2011

Revisionist history.

YB. Cikgu Wan Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu yang mengalahkan Fatmi Salleh (Setiausaha Politik Perdana Menteri) pada PRU 12. tahun 2008 .

Semalam diadakan Forum Rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohd ke4, Kota Bharu dengan jayanya yang mana sekitar 10,000 membanjiri dataran Stadium. Forum Rakyat bertajuk 'Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara' dianjur oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan dibantu oleh PAS Kawasan Kota Bharu.

Pengerak utama yang menjayakan Forum Rakyat tersebut ialah Dato' Cikgu Wan Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu dan barisan jawatankuasa Muslimin dan Muslimat PAS Kawasan. Dua orang tokoh telah dijemput dan memberi hujah yang boleh memadamkan isu-isu yang telah diputarbelitkan oleh media massa yang pro Kerajaan BN.

Penyandang kursi Tun Abdul Razak ke 12, Universiti Ohio Amerika Syarikat merupakan kakitangan akademik di Jabatan Sejarah selama 20 tahun sebelum memegang jawatan Ketua dan Profesor di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, dan Dekan Fekulti Sastera Sosial, Universiti Malaya iaitu Prof. Dato' Mohamnad Abu Bakar telah memperjelaskan berhubung dengan golongan kiri dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Prof. Dato' Mohamed Abu Bakar pernak menjadi Profesor di Universiti Nasional La Plata, Argentina, Felo Pelawat di Pusat Pengajian Islam Oxford, Felo Pelawat Fulbright di Universiti Washington, Amerika Syarikat, Felo Pelawat di Universiti Victoria, Wellington New Zealand dan Pensyarah di Jabatan Pengajian di Universiti Kaherah Mesir.

Belia bercakap tentang penulisan sejarah yang perlu kepada disiplin yang tinggi dan ilmu akademik yang tulin, tidak seperti sesetengan orang yang bercakap tentang sejarah tapi tidak pernah membuat kajian sejarah secara akademik seperti apa yang berlaku dalam sehari dua ini ada orang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Itu sebenarnya pendapat oleh orang yang 'juling' sejarah.

Malam semalam juga Yang Berbahagia Haji Mohamed Sabu (Mat Sabu) yang telah melontarkan nama Mat Indera sebagai 'wira' yang berjuang untuk menentang penjajah British telah menghuraikan panjang leber berhubung syarahan beliau pada 21hb. Ogos 2011 di Padang Menora, Tasik Gelugur, Pulau Pinang yang telah diputarbelit oleh Akhbar Utusan Malaysia sehingga memaksa beliau mengambil tindakan undang-undang.

Pada Forum Rakyat semalam juga bolehlah disahkan bahawa Mohamned Sabu tidak seorang ahli Komunis kerana beliau gagal memberitahu nombor keahlian sebagai ahli PKM apabila saya bertanya secara terbuka. Sedangkan UMNO pada mula ditubuhkan terdapat ahli yang bernombor 000006, bukanya seorang melayu.

Dalam Forum semalam saya telah merumuskan bahawa:-

(1) Sejarah itu ditulis oleh mereka yang menang, bukannya ditulis oleh mereka yang kalah (History is written by victors not the vanquished).

(2) Perjuangan Kebangsaan juga digerakkan oleh mereka-mereka yang berfahaman kiri.

(3) Mereka-mereka yang beraliran kiri yang sebenarnya mendahului gerakan Kebangsaan Melayu manakala yang berpendidikan Inggeris hanya menumpang gelombang Kebangsaan dan mendapat labanya.

(4) Apabila Mohamed Sabu (Mat Sabu) bercerita pasal Mat Indera, mungkin Mat Sabu memikirkan bahawa sejarah perjuangan Kebangsaan perlu dikaji semula kerana beliau berpendapat bahawa Mat Indera seperti juga Dr. Burhanuddin atau Ahmad Boestaman sebagai PEJUANG KEBANGSAAN.

Yang harus juga dikaji, kenapa Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) yang diterajui oleh Dr. Burhanuddin, Parti Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestaman serta Parti Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang mana Shamsiah Fakeh ketuanya diharamkan oleh British.

Yang jelas bahawa Mat Sabu, bukan komunis seperti apa yang diberitahu oleh beliau sendiri semalam dalam Forum Rakyat bertajuk 'Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara' yang ideanya dicetuskan oleh YB. Dato' Cikgu Wan Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu. Syabas dan tahniah.

Saturday, September 10, 2011

Antara Pengaruh Reformis Islam dengan Gerakan Kebangsaan.



Bagi mendedahkan apa sebenarnya yang tersirat dalam isu 'Mat Indera' yang kini dipesongkan sejarahnya oleh kerajaan yang menang termasuk yang terbaru bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British seperti yang diwar-warkan dalam media. Maka Dato' Wan Rahim Ahli Parlimen Kota Bharu dan Unit Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil daya usaha bagi mengajurkan 'Foram Rakyat' seperti berikut:-


Tarikh: 12hb. September 2011 (Hari Isnin)


Tempat: Dataran Stadium Sultan Mohd ke 4.


Masa: Jam 9.00 Malam.


Orangramai dijemput hadir bagi mendapat penjelasan terus dari YBhg. Haji Mohamed Sabu (Mat Sabu) Timbalan Presiden PAS yang telah mencetuskan isu tersebut sehingga ramai pembesar tanahair dan pembodek kerajaan panas punggung dan jadi nanar.


Diantara yang akan menyuarakan pendapat 'Sejarah Pejuang Kemerdekaan' pada malam tersebut ialah Prof. Dato' Mohd Abu Bakar dari Universiti Malaya seorang pakar dalam jurusan Department Of International And Startegi Studies Fulculty Of Art Anda Sosial Sains Designation.


Dimalam tersebut juga akan dihadiri oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Moderatornya ialah Haji Mohd Soberi Shafii.

Wednesday, September 7, 2011

UMNO Bunut Payung 'hancur'.

hanya yang tak cukup umur saja yang sokong fatmi.


Hari ini dapat berita dari Kota Bharu yang menceritakan perlantikan Pengarah Pilihanraya UMNO bagi DUN Bunut Payung. Rakan Ambo yang dikenali dengan nama pak Ngah telah digugurkan sebagai Pengarah DUN Bunut Payung. Kenapa?

Pak Ngah, dulunya telah diberi kepercayaan untuk mentadbir UMNO DUN Bunut Payung kerana banyak pengalaman sebagai bekas Pegawai Kerajaan dan pernah berkhidmat di Negeri Kelantan. Beliau ada 'class' dan banyak teman-teman di Kelantan, beliau adalah seorang yang cerdik dan pandai berkawan.

Tapi minggu lalu beliau telah disingkir dan dilucutkan jawatan sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Bunut Payung oleh Fatmi Che Salleh selaku Ketua UMNO Bahagoian Kota Bharu. Apa motif sebenarnya kerana Pak Nagh tidak membawa bencana kepada UMNO, sehingga kini Pak Ngah setia bersama UMNO, besuk belum tahu.

Desas desus mengatakan, Pak Nagh dipecat kerana kehebatan beliau menjalankan tugas di DUN Bunut Payung yang membawa keberkesanan kepada rakyat Bunut Payung yang telah beralih angin untuk menyokong BN pada PRU 13. Sejak Pak Ngah jadi orang kuat UMNO Bunut Payung kedudukan YB. Dato' Takiyuddin ada goyang sedikit kerana Pak Ngah pandai menyalurkan 'hasutan' supaya kewibawaan Takiyuddin dipersoalkan oleh rakyat.

Biasalah dalam UMNO kalau ada orang yang cerdik dan pandai selalu dipacung, nak hidup dalam UMNO jangan jadi orang pandai dan cerdik. Itulah nasib yang diterima oleh Pak Ngah.

Sebagai bekas Pegawai di Jabatan Keselamatan Negeri., Pak Ngah ataupun nama asalnya Nazri tahu keadeh dan cara untuk melemahkan orang bagi menyokong individu tertentu, itulah cara yang beliau tanamkan kepada rakyat Bunut Payung supaya tidak menyokong YB. Takiyuddin.

Hari ini YB. Takiyuddin telah di selamatkan oleh Fatmi Che Salleh dengan menyingkirkan Pak Ngah sebagai Pengarah Pilihanraya DUN Bunut Payung dengan melantik Hanafi yang terang-terang dari dulu lagi ditolak oleh pengundi dalam DUN Bunut Payung. Ertinya pada PRU 13 nanti UMNO akan kalah sebelum bertanding.

Usaha Shikh Rozi seorang usahawan yang kaya yang juga Bendahari UMNO Bahagian Bunut Payung yang juga anak tempatan Bunut Payung yang bercita-cita untuk melihat UMNO menang di DUN Bunut Payung akan tinggal impian kerana belum pun bermula hari penamaan calun, UMNO di Bunut Payung akan berpecah kepada 4 kumpulan.

Satu kumpulan yang inginkan Fatmi Salleh menjadi calun. Ada kumpulan yang menyokong Dato' Shahril Zahari yang juga disisihkan oleh Fatmi Che Salleh, Kini orang-orang yang bersama Pak Ngah akan membalas dendam kerana Pak Nagh dimalukan oleh Fatmi Che salleh dan yang terbaru ada usaha membawa Dato' Azmi (sepupu Dato' Najib) menjadi calun payung terjun.

Nampaknya siapa saja yang dipilih oleh UMNO untuk bertanding di DUN Bunut Payung bolehlah bercita-cita pakai kereta besar dan bina rumah baru dengan tak payah menabur wang peruntukan pilihanraya kerana kalah sudah dalam tangan, simpan duit itu untuk digunakan selepas pilihanraya.

Kalau Fatmi Salleh nak jadi calun pun bukan kerana nak menang tapi nak menambahkan lagi kekayaan yang ada, lainlah sekiranya sahabat Ambo Shikh dipilih jadi calun, beliau rela habiskan wang untuk mencapai kemenangan kerana beliau adalah seorang pejuang dan bukan cari makan dengan parti.

Rosmadi sudah tidak berminat untuk mengali lubang bagi mengambus dirinya sendiri.

Tuesday, September 6, 2011

PAS diingatkan, jangan lalai.


Salam Bahagia dan selamat bertemu lagi setelah bercuti menulis selama beberapa hari kerana saya ke Tanah Suci Mekkah, berhari raya disana bersama isteri tersayang Hajjah Mahani Abd. Ghani dan hari ini sempat menatap beberapa berita politik tanahair.

Diantaranya, UMNO Kelantan percaya dapat memerintah Negeri Kelantan selepas PRU 13 kerana UMNO akan menang 23 kerusi. Itulah kenyataan terbaru dari Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Mustapha mengeluarkan kenyataan tersebut di Pasir Mas yang mana di Bahagian Pasir Mas sendiri kedudukan UMNO masih gelap untuk memenangi sebarang kerusi sama ada kerusi DUN Tendung, Pengkalan Pasir atau Cetok. Sekiranya di Pasir Mas UMNO tidak dapat menang walaupun satu kerusi sedangkan di Perlimen tersebut adalah kerusi tradisi UMNO, mana mungkin UMNO boleh menang 23 kerusi di Kelantan. Mustahil.

Mustahil untuk UMNO menang kerana rakyat Kelantan keseluruhan telah menolak kepimpinan UMNO di Peringkat Bahagina-Bahagian kerana jelas sikap pilih kasih dan kroni masih diamalkan oleh mereka yang berkuasa diperingkat Bahagian. Contoh jelas, apa yang berlaku di UMNO Bahagian Pasir Mas, dimana duduknya bekas YB. Haji Fauzi Mamat, ADUN Tendung dalam arus kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Mas, apakah Fauzi tidak ada pengaruh langsung terhadap rakyat di Tendung. Apakah kerana kalah bertanding dalam kepimpinan UMNO Bahagian maka Haji Fauzi dijadikan 'ular air' di Bahagian Pasir Mas.

Itu adalah sebagai contoh kecil bagi menafikan hasrat Mustapha untuk memerintah Kelantan, tidak termasuk cerita seorang Ketua Bahagian telah mengugut untuk menyaman syarikat yang dimiliki oleh keluarga Naib Ketua Pemuda Bahagian kerana lambat dapat wang komisen projek. Kabarnya Ketua Bahagian tersebut sudah dapat RM2 juta untuk tidak meneruskan tindakan hasrat untuk membawa kes tersebut di mahkamah.

UMNO Kelantan dinasihat supaya jangan bercakap besar terlebih dahulu. Apa yang perlu Mustapha buat untuk masa ini ialah 'mendisiplin' Ketua-Ketua UMNO Bahagian supaya melaksanakan hasrat Presiden UMNO iaitu disetiap Bahagian jangan ada puak. Selagi dalam Bahagian ujud puak-puak selagi itulah rakyat akan menjauhkan diri dari UMNO.

Bagaimana UMNO nak menang apabila rakyat tidak menyokong. Jelas kenyataan Mustapha bahawa UMNO Kelantan akan menang 23 kerusi dalam PRU 13 adalah semata-mata untuk menutup kelemahan kepimpinan UMNO Bahagian-Bahagian di Kelantan. Mustpaha tahu dalam UMNO Kelantan ada banyak masaalah tapi beliau tidak mampu untuk mengatasinya lantas untuk menyakinkan UMNO Malaysia beliau memaksakan diri membuat kenyataan yang 'retorik' itu.

Sekiranya UMNO boleh menang 23 kerusi itu bukan rakyat nak sokong UMNO tapi rakyat nak ajar wakil rakyat PAS yang lalai dan lupa asal usulnya.