Monday, August 10, 2009

Saya, G7 UMNO Bahagian Ketereh, anehkan!

Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Ketereh sudah pun selesai dalam suasana baik, walaupun tidak semeriah persidangan Agong yang lalu. Pemilihan G7 tidaklah sehebat dulu, tidak ada anjuran majlis memperkenalkan calun, jamu sana jamu sini, bunuh tokoh supaya tidak dipilih sama ada dalam jawatan tertinggi ataupun dalam peringkat Bahagian semuanya tidak berlaku. Ini kerana Persidangan Bahagian tidak memilih pemimpin.

Dalam pemilihan G7 tidak ada pertandingan, semuanya diatur walaupun lebih daripada 7 orang yang layak bertanding dan oleh kerana diatur maka aku juga disenaraikan sebagai salah seorang yang mewakili UMNO Bahagian Ketereh ke Persidangan Agong UMNO Malaysia pada Oktober 2009 nanti.

Perwakilan tahun ini juga mustahak kerana UMNO Malaysia akan membawa usul supaya perlembagaan UMNO dipinda, terutamanya hak ahli memilih pemimpin, adakah mahu kekal seperti sekarang atau wakil cawangan ke mesyuarat Bahagian yang dianggarkan seramai 60,000 orang dibenrkan memilih atau semua ahli UMNO yang dianggarkan 3 juta orang akan memilih pemimpin. Dan keputusannya akan terjadi sepertimana kehendak Dato' Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO kerana dalam UMNO ada budaya tersendiri.

Tujuh orang yang disenaraikan sebagai wakil UMNO Bahagian Ketereh ke Kuala Lumpur nanti ialah:

  1. Mohd. Soberi Shafii (tidak J/K Bahagian)
  2. Mat Harun Ab. Rahman (tidak J/K Bahagian)
  3. Mat Wi Ab.Rahman (J/K Bahagian yang dilantik)
  4. Ab. Aziz Deraman (J/K Bahagian)
  5. Wan Ghani Che Pe' (J/K Bahagian)
  6. Mat Amin Yusof (J/K Bahagian)
  7. Suradi Mamat (J/K Bahagian)

Dikesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih kepada semua cawangan yang mencalunkan saya dan kepada cawangan yang kedekut untuk mencalunkan saya juga saya ucapkan selamat menjadi tanah ko' kepada orang-orang tertentu dalam Bahagian Ketereh.

Yang menjadi tandatanya saya, berapa ramaikah perwakilan dari cawangan yang datang mesyuarat pada hari jumaat 7hb. Ogos 2009 itu yang sah kerana setahu saya ada cawangan yang hantar wakil tapi dicawangan tidak mengadakan mesyuarat mengikut peraturan dan perlembagaan UMNO. Maaf sekiranya maklumat saya ini tidak betul, tapi biasanya maklumat yang saya dapat adalah benar dan betul belaka.

No comments: