jangan lupa ikuti www.uttv.biz secara langsung tiap2 malam dari jam 9 hingga 12 malam.
Hari ini 4.4.2012 Tan Sri Anuar Musa berdepan dengan jawatankuasa tatatartib FAM atas tuduhan kesalahan melanggar kod tatatartib tapi malangnya keputusan perbicaraan itu tidak diumamkan oleh TSAM semasa memberi ucapan dihadapan penyokongnya selepas selesai perbicaraan.
Bolasepak juga ada perlembagaan dan ada 'patang larang' seperti juga parti UMNO. Ada jawatankuasa yang boleh menghukum, kadang-kadang sengaja mencari kesalahan untuk menghukum.
Dimana ketua-ketua UMNO Bahagian dari negeri Kelantan semasa TSAM memerlukan sokongan. TSAM merasa dirinya tidak bersalah tapi terpaksa menghadapi jawatankuasa tatatertib dan tentunya TSAM memerlukan kawan2 untuk mendampinginya.
Percayalah sekiranya diwaktu ini TSAM adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan tentu ramai pemimpin UMNO Kelantan turun ke Wisma FAM bagi memberi sokongan kepada TSAM.
Yang hadir memberi sokongan hari ini kebanyakkan rakyat kelantan yang berada di Kuala Lumpur yang meminati TSAM selaku Presiden KAFA kerana kejayaan beliau membawa pasukan bolasepak kelantan menjadi sebuah pasukan hebat di Malayia.
Nak khidamt pun tak boleh, Inilah Malaysia.
No comments:
Post a Comment