Wednesday, April 18, 2012

UMNO terseksa.

Tamrin Ghafar kelihatan serasi bersama Tok Guru.
Retak menanti belah

Tamrin Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghafar Baba malam tadi berada dipentas BERSIH 3.0 bertempat di kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur dan turut berucap bagi memberi semangat kepada rakyat Malaysia supaya keluar berhimpun dalam himpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 28hb. April 2012.

Beliau memulakan ucapan dengan berkata, 'saya masih ahli UMNO' diiringi dengan tepukan gemuruh oleh hadirin dan meneruskan dengan ucapan nada bersemangat supaya rakyat mempertahankan negara Malaysia dari digadai kepada bangsa asing kerana sekarang ini ada rakyat 'lahore' telah mendapat kad pengenalan dan telah menjadi warganegara Malaysia.

Isu yang hendak dibangkitkan oleh Tamrin Ghafar adalah sekarang ini teramat mudah Kad Pengenalan diberi kepada warga asing dan diberi taraf warganegara begitu senang dan inilah yang didedahkan oleh BERSIH bahawa terdapat warga asing boleh mengundi pada Pilihanraya umum.

Pada malam tadi pihak uttv telah berjaya mengadakan siaran secara live dari padang kelab sultan sulaiman walaupun studio uttv berada di Kota Bharu, lebih daripada 1000 viewar melihat 'Saluran Harmoni Sokmo' uttv secara live.

Apabila Tamrin Ghafar menzahirkan diri bersama pembangkang itu menandakan ada perkara yang tak kena dalam UMNO yang mana minggu lepas YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah secara terang menyokong BERSIH 3.0 disatu majlis yang dianjurkan oleh uttv di KTC Kota Bharu,Kelantan.

Tentu sokongan YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Tamrin Ghafar yang masih menjadi ahli UMNO terhadap BERSIH 3.0 secara terbuka akan membuah hasil yang berguna untuk parti pembangkang. UMNO kini serba salah kerana ahli-ahlinya secara terbuka menyokong program yang dianjurkan oleh NGO yang sokong parti pembangkang.

Apakah UMNO takut kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Tamrin Ghafar sehingga mereka berdua secara terbuka mencabar Suruhanjaya Pilihanraya yang pasti seperti mencabar kerajaan BN yang dikepalai oleh UMNO. Sampai bila UMNO boleh berdiam diri dengan kerenah ahli-ahli yang secara terbuka seperti mencabar UMNO.

Apakah UMNO malu alah sehingga melupakan prinsip parti.


No comments: