Wednesday, April 11, 2012

Sekiranya UMNO kalah, ambo tidak kalah. kata Tengku Razaleigh.

Orangramai memenohi dewan KTC Kota Bharu untuk memberi sokongan kepada YBM Tengku Razaliegh Hamzah
YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Bicara UT6 didewan KTC Kota Bharu berlangsung dengan jayanya. 1,500 orang memenohi dewan yang dingin tergolong dari mereka yang menyokong PAS, UMNO, PKR dan yang tidak berparti. Program aemalam menzahirkan bahawa uttv mampu menganjurkan program yang besar yang dihadiri oleh tokoh yang besar.

Ketelusan YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk hadir dalam program uttv dan disiarkan secara langsung keseluruh dunia menandakan sokongan diatas usaha ahli group FB UMNO tumPAS tidak sia-sia apabila banyak persoalan dapat terjawab dengan keikhsan YBM Tengku Razaleigh melayan hadirin yang mengemukan soalan yag bernas dan nyata.

YBM Razaleigh Hamzah melahirkan sokongan kepada himpunan bersih 3.0 yang akan berlangsung pada 28hb. April 2012 ini, katanya apabila beliau tidak melarang dan menyuruh ahli-ahli AMANAH menyertai himpunan BERSIH 3.0 itu.

Dalam Bicara UT6 itu juga YBM Tengku Razaleigh Hamzah banyak menjelaskan perkara yang sebenarnya apa yang berlaku berhubung dengan Royalti Minyak Kelantan, Projekj NFC Lembu 250 juta, Pendidikan PTPTN, FELDA dan nasib generasi masa depan serta kerakusan orang-orang yang berkuasa mengunakan kuasa secara tidak adil.

Walau pun banyak pertanyaan dari yang hadir yang bertanya berhubung pilihan politk YBM Tengku Razaleigh pada PRU13. Beliau tidak menzahirkan secara terang, tapi bolehlah disimpul akan ada 'kejutan' setelah YBM Tengku selesai membuat roadshow keseluruh negera diatas platfom AMANAH.

Kesimpulan ini saya ambil apabila YBM Tengku dalam jawapan kepada soalan 'kemana Tengku apabila dalam PRU13 nanti sekiranya BN kalah dalam pilihanraya' beliau menjawan, 'yang kalah adalah BN tapi ambo tidak kalah'. Dalam maknya tu.

Walau apapun tunggulah, apabila PRU makin hampir, sikap YBM Tengku Razaleigh akan terserlah kerana beliau bukan tidak pernah melawan BN dalam pilihanraya umum. dalam politik semua boleh berlaku dan tak ada perkara yang mustahil, Hari ini YBM Tengku Razaleigh bersama UMNO dan belum tahu lagi besok.

No comments: