Friday, May 25, 2012

Lepasan SPM wajib sertai PLKN?


Program Latihan Khidmat Negara sudah lama diperkenalkan oleh kerajaan, bermacam-macam peristiwa berlaku ada yang suka dan ada yang duka. Oleh itu Majlis Latihan Khidmat Negara akan mencadangkan kepada kerajaan supaya pelajar2 yang tamat peperiksaan SPM diwajibkan menyertai latihan tersebut.

Alasanya program PLKN adalah lengkap, ia mengajar tentang displin, tentang sejarah kerajaan , tentang pentadbiran kerajaan. Persoalannya betulkah alasan tersebut, kerana pelajar2 telah didedahkan dengan mata pelajaran sejarah disekolah-sekolah, sudah dilengkapkan dengan ilmu rukun negara. Atau ada kilasan lain.

Lapurnya program ini berjaya dan disukai oleh ibubapa. sekiranya ramai ibubapa dan anak2 menyukainya, kenapa harus dipaksa, buatlah secara sukarela supaya nanti tidak timbul perkara2 yang tak diingini berlaku, seperti rogol dan mati.

Sejak program khidmat negara diadakan sudah 17 orang pelatih telah meninggal dunia, seorang telah dirogol, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan disalahkan kepada pihak kerajaan adalah lebih baik program khidmat Negara ini jangan dipaksa dan biarlah ia menjadi amalan rakyat malaysia secara sukarela untuk mengikuti latihan dipusat khidmat negara.

Kecualilah ada agenda lain, seperti untuk memberi peluang kepada kroni-kroni membina dan mengurus kem-kem latihan, membekalkan makanan dan uniform dll. Kalau tidak kerana tersebut adalah elok kerajaan memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan sama ada mahu menyertai kem latihan khidmat negara secara percuma atau pun tidak.

Eloknya, kem latihan tersebut disediakan kepada mereka yang didapati bersalah kerana terlibat dengan gejala dadah dan pil-pil kuda yang sekarang semakin serius serangan terhadap gulongan muda mudi dan juga kepada pesalah traffic yang menyertai lumba-lumba haram yang sengaja menempah maut dijalan-jalanraya.


No comments: