Tuesday, May 15, 2012

Silap langkah PR kecundang.

inilah tanda awal kejatuhan kerajaan.

Gila tarikh pilihanraya bermula, selepas dua peristiwa besar berlaku di negara kita ini. Pertama perhimpunan BERSIH 3.0 yang melihatkan lebih 250,000 orang keluar ke Dataran Merdeka kerana bantah dan duduk supaya SPR mengadakan pilihanraya yang adil pada PRU13 nanti.

Kedua himpunan sambutan hari lahir UMNO yang ke 66 yang dapat menghimpunkan lebih kurang 100,ooo ahli diseluruh negara dengan arahan punggah dan menyediakan pengakutan berbayar, bolehlah dianggap berjaya juga.

Melihat kepada kedua peristiwa ini, sudah tentu PR akan mendesak kerajaan supaya membubarkan parlimen dalam masa terdekat kerana 'mood' untuk menukar kerajaan sedang berasak-asak dalam pemikiran rakyat di malaysia hari ini, kelesuan sambutan rakyat terhadap program parti UMNO kian terasa kini setelah berbagai usaha dibuat bagi mendapat sokongan.

Yang jelas dapat dilihat ialah melalui program BR1M yang mana rakyat dihulurkan wang ringgit sebanyak RM500. tapi tidak merangsangkan rakyat menyokong UMNO secara total. Dan apabila pengagihan BR1M gagal mendapat sokongan sedangkan RM Billion telah dilaburkan kini kerajaan beralih ke kawasan FELDA yang mana sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan sebanyak 56 kerusi Parlimen Melayu.

Itu saja harapan yang ada pada UMNO., sebab itulah satu keluarga peneroka diberi habuan yang dipanggil durian runtuh sebanyak RM15,000 satu keluarga. Biasanya wang ringgit kerajaan tidak bertahan sehingga kehari plihanraya dan sekiranya ini berlaku maka pelaburan sebanyak 1.7 billion ringgit yang kerajaan curahkan kepada peneroka FELDA tidak akan mendapat sokongan kekal sehingga hari PRU.

Apa saja rancangan yang dibuat oleh kerajaan dan UMNO sekarang dilihat satu cubaan membeli undi oleh rakyat. Bantuan kepada murid sekolah RM100.00, bantuan buku teks RM200.00, BR1M RM500.00, Durian Runtuh FELDA RM15,000, Kedai 1Malaysia, Klinik 1M semuanya diterima oleh rakyat kerana rakyat faham semuanya itu adalah tanggongjawab sebuah kerajaan dan duit tersebut adalah duit rakyat.

Rakyat tahu hak mereka, kempen UMNO yang mengatakan itu adalah hasil perjuangan UMNO diketawakan oleh rakyat, kerana rakyat juga tahu bahawa kekayaan negara malaysia ini kerana adanya rakyat yang membayar cukai dan atas penat lelah semua rakyat malaysia tak kira parti mana sekali pun. Jadi rakyat tahu hak mereka.

Tumbangnya kerajaan BN nanti bukan kerana rakyat tidak berterima kasih kepada pemimpin negara yang lalu dan dasar kerajaan yang telah diamalkan pada masa lalu, tapi rakyat menolak kerajaan sekarang kerana pemimpinnya tidak peka terhadap masaalah rakyat, rasuah berlaku didepan mata, kroni semakin menebal dan balaci UMNO tidak dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka itu mempunyai budi pekerti yang baik.

Kegagalan pemimpin UMNO mendisplinkan ahli-ahlinya terutama balaci yang begitu rendah moralnya dengan mengeluarkan berbagai-bagai penulisan dan kata nesta kepada rakyat yang tidak menyokong UMNO menambahkan lagi kebencian rakyat kepada kerajaan kerana rakyat tahu orang UMNO yang bercakap pasal keburukan orang lain itu, perangainya lebih buruk dari 'yahudi'.

Fasa kedua kebangkitan rakyat bukan kerana rakyat menyokong Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang tapi rakyat mahu melahirkan bahawa sekarang ini kerajaan sudah tidak mampu membendung kemungkaran berlaku didepan mata. rakyat mahu menyelamatkan negara dari diperguna untuk mengaut kekayaan oleh 'haram jadah' (pinjam kata PM Najib). Rakyat mahu sebuah kerajaan yang benar2 bersih dan adil.

Lagi cepat tarikh pilihanraya diumumkan,maka lagi cepatlah rakyat malaysia akan dapat sebuah kerajaan baru sekiranya PR dapat membezakan perjuangan diantara kemenangan kerusi parlimen dengan kemenangan untuk meletakkan kroni sebagai calun.





2 comments:

zas zachary said...

Ironiknya, jumlah kehadiran yg ramai dlm program2 PR tidak menggambarkan jumlah undi sebenar yg bakal diperolehi PR dlm PRU. Tuan Guru Presiden ketika bertamu ke Shah Alam baru2 ini menekankan agar semua jentera bergerak utk memastikan kepimpinan mendapat data pengundi sebenar sblm PRU13. Drp data yg diterima 80k pengundi yg tiada di dlm JPN telah lahir di Selangor. Itu belum termasuk negeri2 lain yg tidak mempunyai data terkini. Ini adalah krn, menurut beliau kejatuhan Terengganu pd PRU lalu pun berkait rapat dgn pengundi yg tidak berdaftar di JPN ttp tiba2 wujud dlm senarai SPR....di mana jaminan PR kali ini??

Abang Sayang said...

JAKIM Bersama UMNO - Gandingan Mantap MEDIA PRIMA dan UTUSAN PORNO membuahkan hasil. Lihat sendiri BUKTI 'Transformasi Besar Kpd Generasi Muda' telah berjaya!

Usaha Berkesan TV3
1~BUKTI 1 * (HOT)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)

Usaha Berkesan Utusan Malaysia
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3


Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155