Tuesday, May 22, 2012

Tazkirah 'Boikot Petronas'.


Mujur ada pertandingan akhir piala FA di stadium bukit jalil, 7000 tandatangan dapat dikumpul disebidang spanduk bagi menutut supaya kerajaan malaysia memberi royalti minyak kepada kerajaan negeri kelantan. Tahniah kerana berani menyuarakan hasrat rakyat kelantan kepada kerajaan BN melalui kumpul tandatangan disebidang sepanduk.

Tujuannya untuk menyampaikan makluman kepada seluruh dunia bahawa rakyat kelantan sedang berusaha untuk mendapat royalti minyak yang disekat oleh kerajaan BN, yang secara terang telah melakukan perkara yangt tidak adil kepada kerajaan kelantan dan rakyat kelantan. Usaha sebegini perlu diteruskan walaupun kerajaan kelantan telah membawa perkara ini ke mahkamah.

Kepada saya kempen tersebut telah berjaya kerana untuk mendapat 7000 tandatangan bukan senang, sekiranya tak berlaku pertandingan akhir piala FA yang melibatkan pasukan kelantan mungkin tandatangan tersebut tidak tercapai 7000. Ini dikira banyak kerana kehadiran rakyat kelantan di stadium bukit jalil melebihi 70,000 orang. 10% dikira besar sekiranya hendak dibandingkan aktiviti yang dilakukan oleh setengah NGO yang pro kerajaan setiap kali diadakan kempen tandatangan tak sampai pun 1000.

Kempen untuk menuntut royalti disokong oleh seluruh rakyat kelantan tanpa kira fahaman politik, ini kerana rakyat tahu bahawa wang royalti itu adalah hak mutlak kerajaan dan rakyat kelantan dan dengan wang royalti itu rakyat tahu kerajaan kelantan dapat mengunakan perbelanjaan untuk kepentingan rakyat sebaik mungkin.

Berlainan dengan kempen 'Boikot Petronas' yang masih samar-samar tujuan asalnya, apakah 'Boikot Petronas' satu usaha untuk mendesak kerajaan sekiranya hak rakyat kelantan tidak diberi (iaitu royalti) maka usaha Boikot Petronas akan berlarutan sehingga pam-pam station minyak juga akan jadi sasaran supaya ditutup dan rakyat kelantan diminta supaya tidak mengunakan jenama petronas dalam kehidupan sehari-hari.

Atau sekadar nak tulis dalam FB untuk suka-suka cari 'glamur' lepas seminggu hilang begitu saja. 'Boikot Petronas' adalah satu nama yang populor dalam FB terutamanya dalam wall UMNO tumPAS, ada yang sokong dan ada yang menasihati supaya ianya tidak tercacat tujuan asal berhubung dengan kempen royalti minyak.

Yang tentu berjaya dalam kempen 'Boikot Petronas' ialah sekiranya rakyat termakan dengan hasutan tersebut, rakyat tak akan beli minyak petronas dan akan menjejas pendapatan pemilik2 pam minyak petronas dan kempen boikot petronas akan lagi lebih berjaya sekira semua pam-pam minyak petronas di kelantan ditutup.

Sedangkan semua rakyat didunia tahu hanya kerajaan BN saja boleh menyelesaikan masaalah royalti minyak dan tentunya selagi kerajaan PAS masih berkuasa di kelantan mustahil kerajaan BN akan melepaskan royaliti yang kini dianggarkan melebihi 7 billion ringgit, kecualilah dapat perintah mahkamah atau pun kerajaan BN jatuh.

Untuk menjatuhkan kerajaan BN rakyat hendaklah ramai menyokong PR dan bagaimana rakyat nak sokong pakatan rakyat sekiranya rezeki mereka dihalang oleh sekumpulan orang tapi pihak PR tak menegah perbuatan boikot rezeki mereka.

Oi, orang-orang tersebut tak ada kena mengena dengan parti, jadi apakah tujuan 'Boikot'tersebut diadakan, Apakah tujuannya supaya rakyat yang terlibat dengan petronas tidak menyokong PR dan kerajaan BN terus menang. Ertinya terkuburlah pam minyak petronas dan wang royalti pun tak merasa. Apakah begitu tujuannya?

Orang yang ghairah untuk 'Boikot Petronas" tentulah mereka ada alasan tersendiri, yang paling mustahaknya semua tindakan yang hendak diambil perlu ada perkiraan untung rugi. Apakah kempen boikot petronas ada kena mengena dengan tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri kelantan. Sekiranya ada kaitan maka kempen boikot petronas itu sebenarnya boleh merosak usaha kerajaan untuk menarik semua rakyat menyokong tuntutan royalti tersebut tak kira dari golongan mana sekali pun, hatta taukeh2 pam minyak petronas diminta sokong kempen royalti.

Kecualilah kempen 'Biokot Petronas' tak ada kena mengena dengan tuntutan royalti minyak, maka usaha 'Boikot Petronas' boleh diteruskan kerana, boleh suka-suka dan dapat melihat hasilnya nanti, adakah pam minyak petronas akan ditutup atau pendapatannya merosot dan ada pengusaha petronas terpaksa membuang pekerja. Maka kita pun suka dan puas.

No comments: