Thursday, July 5, 2012

Mangsa terbaru.


Umurnya baru 57 tahun, masih ada baki 3 tahun lagi untuk cukup umur bersara dalam perkhidmatan awam, tapi kini telah dipecat dari menjawat jawatan yang paling dekat dengan hampir 1.4 juta penjawat awam di Malaysia ini. Begitulah nasib yang diterima oleh Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Besar mana salah yang telah dilakukan oleh Tan Sri Abu Bakar sehingga nilai perkhidmatan beliau selama ini dipacung dengan tragis sekali. Apakah sistem perkhidmatan awam telah hancur atau pun kucar kacir selama ini. Siapa yang 'jahat' terhadap negara sebenarnya.

Rata-rata penjawat awam bercakap sekarang dan masih mencari punca, apakah bentuk kesalahan yang telah dilakukan oleh Tan Sri Abu Bakar sehingga tindakan diambil begitu rupa atau apakah Tan Sri sendiri dengan secara sukarela mahu berhenti dari terus berkhidmat untuk negara.

Suhu kepanasan sedang menghangatkan kedudukan kerajaan BN dengan peristiwa tersebut. 1.4 juta penjawat awam akan memerhati, apakah ada ruang untuk mereka menterjemahkan pembalasan yang menimpa kepada bekas Ketua Pengarah mereka. Tentu tidak semua kakitanga awam bersetuju dengan pemecatan tersebut.

Siapa sebenarnya yang mencadangkan kepada kerajaan supaya Tan Sri Abu Bakar dipecat, dan kenapakah mudahnya kerajaan memecat orang yang begitu lama memberi khidmat kepada kerajaan atau adakah negara akan hancur dan berada dalam bahaya sekiranya Tan Sri Abu Bakar tidak dipecat?. Persoalan inilah yang berada dalam kepala semua penjawat awam kini.

Mengikut cerita, walaupun ada dikalangan kakitangan kerajaan yang gembira diatas pemecatan Ketua Pengarah perkhidmatan awam itu tetapi lebih ramai yang tidak setuju dan simpati dengan Tan Sri Abu Bakar. Persoalannya adilkah pemecatan tersebut?.

Sekiranya pemecatan itu tidak adil, akibatnya kedudukan kerajaan BN akan terancam pada PRU13 nanti kerana isu pemecatan tersebut akan dijadikan isu kempen oleh PR untuk menjatuhkan kerajaan BN yang sekarang ini sudah hampir jatuh dengan berbagai-bagai isu kemanusiaan.

Penghinaan kerajaan BN terhadap kerajaan dan rakyat kelantan dengan menafikan royalti minyak dan memansuhkan pembinaan lebuhraya dan penghinaan terhadap Tan Sri Abu Bakar akan mengumpulkan tenaga bagi rakyat dan kakitangan awam untuk berkempen mengalahkan BN pada PRU13 nanti.

No comments: