Cerita warga Bangladesh akan tiba untuk berkerja diladang-ladang di Malaysia kini mendapat perhatian dikalangan rakyat. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Terutama dikalangan penyokong parti politik.
Isu Bangladesh bukan isu baru, sudah lama warga Bangladesh jadi mangsa orang politik sehingga kedatangan warga Bangladesh ke Malaysia dilihat memudaratkan negara, kerana selain dikaitkan dengan penyakit sosial ianya dikaitkan juga dengan pengundi hantu. Kasihan Bangla yang datang secara jujur untuk mencari rezeki dengan hahal.
Kini kedatangan warga Bangla ke Malaysia diurus oleh agensi pekerja di negaranya, di Malaysia pula diurus oleh Kementerian Sumber Manusia, ianya diberi nama G to G bagi mengelakkan orang tengah mencari keuntungan diatas kehadiran pekerja Bangladesh di Malaysia.
Salah satu sebab mengapa Kerajaan Malaysia membekukan pengambilan pekerja Bangladesh disebabkan bagi mengelakan orang tengah mendapat keuntungan, bukan kerana masaalah sosial atau pun kebanjiran warga asing di Malaysia.
Ertinya kerajaan tak suka sekiranya akan ada orang menjadi senang apabila berusaha membawa masuk pekerja asing warga Bangladesh secara sah. Ekoran daripada tindakan kerajaan membekukan kemasukan pekerja ASING WARGA BANGLADESH ITU MENGAKIBATKAN KERAJAAN MELAYSIA MELALUI AGENSI FELDA DAN AGENSI KERAJAAN LAIN YANG TERLIBAR DALAM PERELADANGAN TIDAK DAPAT MEMUNGGUT HASIL DAN RUGI HASIL PENDAPATAN BERPULOH JUTA RINGGIT SETAHUN. semua itu kerana ada perasaan dengki dikalangan yang berkuasa dalam kerajaan.
Sedangkan yang mendapat peluang dari pengambilan pekerja Bangladesh adalah terdiri dari ahli-ahli UMNO yang mendapat surat kelulusan khas daripada pejabat menteri. tapi entah kenapa kerajaan mengharamkan pengambilan pekerja Bangladesh sejak tahun 2009. tentu ada muslihat disebalik pembekuaan itu.
Kini kerajaan telah membenarkan pengambilan pekerja Bangladesh, tapi dengan syarat G to G, kenapa pekerja negara lain tidak G to G, dan kenapa hanya untuk sektor perladangan saja, tidak untuk sektor lain-lain. Tentu ada perkara yang tersembunyi, yang menjadi tandatanya kenapa berpusat di Kementerian sumber manusia tidak seperti pekerja asing dari negara lain. (Ingat, menterinya pada masa itu siapa)
Pihak kerajaan hendaklah berhati-hati dengan lakunan program G to G, kerana tentunya tidak lama lagi program G to G ini akan gagal dari matlamat yang tertulis kerana tak ada sesiapa pun boleh memberi jaminan setelah puluhan ribu warga asing datang bekerja disatu sektor ianya tidak akan menghilangkan diri (lari ditempat kerja, terutama kerja ladang) dan apabila ada dikalangan mereka lari, pada masa itu lah akan melahirkan lambakan pekerja asing yang haram akan bertambah.

Jaminan pihak kerajaan Bangladesh berhubung dengan program G to G jangan diambil mudah kerana yang akan menerima beban kelak adalah kita di Malaysia ini yang tentunya akan berhadapan dengan lambakan pendatang tanpa izin warga Bangladesh, kita tak boleh salahkan pekerja yang lari dari majikan perladangan kerana apabila mereka tiba di Malaysia banyak lagi sektor yang menawarkan gaji yang lebih mahal daripada perladangan.
Mereka datang mahu mencari rezeki, bekerja diladang gaji murah, bekerja di sektor pembuatan gajinya jauh lebih mahal. Sekiranya anda jadi mereka disektor manakah yang akan anda pilih. Hati-hatilah Tan Sri Muhyuddin selaku Pengerusi Pekerja Asing dan Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri, silap percaturan negara akan menampung lambakan PATI DAN BOLEH MENCECAH 5 JUTA DALAM MASA LIMA TAHUN LAGI. walau bagimana pun pengambilan pekerja asing amatlah perlu kerana negara kita kekuranagan tenaga kerja dan bagi mengelakkan dari kurangnya pendapatan agensi kerajaan dan negara.
Orangramai hendaklah faham bahawa sekarang ini negara mengalami krisis tenaga boroh, ianya perlu diatasi bagi mengelakan sektor perniagaan negara tidak menjadi muram. pengambilan pekerja asing perlu disokong, hanya cara yang ada sekarang sangat lemah dan harus dipertingkatkan terutamanya kawalan dari pihak penguatkuasa jangan ada ketirisan.