raja gelek bersama ibrahim ali dan ezam md nor dipentas ceramah bn semalam.
Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim dijadikan 'target' serangan jentera penerangan BN di PRK DUN Marlimau dan DUN Kerdau, mereka menghasut rakyat dengan merendah-rendahkan status Tok Guru (Nik Aziz) dan bekas pemimpin negara (Anwar Ibrahim) yang banyak membantu Ketua Ketua UMNO Bahagian diseluruh negara disatu masa dulu.
Rakyat dihasut supaya tidak terpengaruh dengan kewibawaan Tok Guru Nik Aziz yang dapat memerintah Negeri Kelantan lebih daripada 20 tahun hanya dengan berbekalkan semangat serta ilmu ugama yang disukai oleh rakyat Kelantan.
Manakala Anwar Ibrahim pula yang setiap hari dihina dan diaibkan oleh media arus perdana tapi masih lagi disokong dan didokong oleh bilangan besar rakyat negara Malaysia dari sang petani hinggalah cerdik pandai, dari yang muda hingga ke yang tua dan dari yang miskin hingga kepada yang kaya raya. Sokongan terhadap Anwar Ibrahim tidak surut-surut.
Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz adalah penghalang yang paling besar kepada BN bagi menjaminkan kemenangan besar BN dalam PRU ke 13 nanti. Oleh itu pengaruh mereka berdua hendaklah dihakiskan, hendaklah ditanam supaya rakyat tidak ada pilihan. Maka seluruh jentera penerangan UMNO/BN melalui media arus perdana, blogger pro UMNO dan juak-juak (pinjam kata-kata Ibrahim Ali) yang diupah yang dulunya peminat Anwar Ibrahim kini menjadi pencaci kepada Anwar Ibrahim kerana kurang makan agaknya.
Tidak ada kulit yang tidak disetak dengan ekor pari, tidak ada kain yang tidak dilumuri dengan air char oleh pencaci-pencaci dipentas BN/UMNO terhadap Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim sehingga 'betina garik' seorang itu pun sampai tertepuk buah dadanya sendiri apabila mencabar Anwar Ibrahim untuk berdebat. Gila punya betina.
Tujuannya hanya satu. Buatlah apa tindakan sekali pun supaya Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim tidak dapat mempengaruhi rakyat, Buatlah apa saja asalkan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti BN/UMNO akan menang, kalau boleh mahu menang besar.
Yang peliknya, mengikut kajian hari ini, UMNO/BN tidak susah untuk menang, rakyat dah pun memberi signal kepada Dato' Seri Najib bahawa Kerajaan hari ini akan terus kekal memerintah Malaysia, yang perlu hanya sedikit pengorbanan daripada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan para Menteri. Berilah kuasa sepenuhnya kepada DS Najib memilih calun, jangan ada sabotaj dikalangan pemimpin UMNO, pilih calun yang rakyat suka, bukan pilih calun yang Ketua Bahagian atau Pengerusi Perhubungan saja yang suka.
Dato' Najib pun kena pilih calun ikut kemahuaan rakyat, jangan pilih kerana orang itu adalah balacinya maka yang rakyat tak suka pun pilih juga. Sebagai contoh, sekiranya rakyat Kota Bharu tidak suka kepada Fatmi Hj.Salleh jangan pilih Fatmi sebagai calun barulah UMNO/BN boleh tambah kerusi. Sekiranya Dato' Najib nak juga Fatmi jadi calun pilihlah ditempat lain sebagaimana teori PAS yang dilakukan di Parlimen Kuala Krai.
Pemimpin UMNO kena juga pakai otak orang kampung (katakanlah macam saya) kerana tidak Mustapha Mohamed saja yang boleh memikirkan untuk memberi kemenangan kepada UMNO, kadang-kadang orang diluar dalam sistem boleh nampak lebih jelas kalau dibandingkan orang yang meletakkan dirinya sendiri sebagai sistem.
Politik itu perlu ada Pengorbanan, Keikhlasan dan Pandangan semua lapisan baru beroleh kejayaan yang cemerlang. DS Najib dah ada dua daripada tiga.
1 comment:
untuk bn menang di DUN Kadok, Bn kena calunkan tuan haji sobri. jamin menang besar. rakyat kat sana perlukan tuan haji sobri.
Post a Comment